Anda di halaman 1dari 24

KONSEP DAN MATLAMAT

GERAK KERJA KO KURIKULUM


Gerak kerja ko kurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan
diluar bilik darjah. Ia bertujuan untuk pengukuhan dan pengayaan pembelajaran saling
lengkap melengkapi di bilik darjah bagi menyuburkan nilai-nilai murni, mengembang
bakat kepimpinan dan sedia berkhidmat di kalangan masyarakat.
ASAS PERLAKSANAAN GERAK KERJA KO KURIKULUM
Sebagai satu bidang pendidikan, ko kurikulum berasaskan kepada :
-

Semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental


( intelek ) dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi.
Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakanrakan.
Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
Sekolah berperanan mendidik murid-murid dalam memajukan masyarakat.
Masyarakat juga bersama-sama memajukan peranan dalam mendidik muridmurid.

PENTINGNYA GERAK KERJA KO KURIKULUM


Gerak kerja ko kurikulum itu penting bagi melengkapkan pengetahuan dan pengalaman
murid-murid di sekolah. Menerusi gerak kerja ko kurikulum perkembangan sosial, minat
dan bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid. Gerak kerja
ini juga dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan
mengembirakan.
PERANAN GERAK KERJA KO KURIKULUM
-

Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.
Memberi murid-murid pengalaman berhubung, bergaul dan bersatu padu
dalam masyarakat.
Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang murid murid perolehi dalam
bilik darjah.
Memajukan dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-murid
dalam bidang tertentu.

Izzan Izzaty Zaidine

MATLAMAT GERAK KERJA KO KURIKULUM

Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada


Tuhan.
Menseimbangkan antara perkembangan mental dengan rohani, jasmani dan emosi
murid-murid.
Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dikalangan murid-murid dalam gerak
kerja yang diceburi.
Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam bidang yang
diceburi.
Membina dan meningkatkan disiplin.
Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan mengembirakan.
Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah
dan masyarakat.

UNSUR-UNSUR PENDIDIKAN DALAM GERAK KERJA KO KURIKULUM

Percaya kepada Tuhan.


Beradap dan bersusila bersopan santun, berbudi bahasa, hormat menghormati.
Taat dan setia patuh kepada peraturan.
Bertanggungjawab boleh diharap dan dipercayai.
Amanah jujur dan ikhlas.Mengawal diri disiplin kendiri, menjauhi perbuatan
tidak baik.
Tolong menolong dan berkerjasama.
Menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
Kasih sayang dan belas kasihan.
Bertimbang rasa, bertolak ansur dan sentiasa bermaaf-maafan.
Bercita-cita dan bersemangat tinggi.
Gembira dan bersyukur.
Keberanian serta keyakinan diri, cekal hati dan berani mencuba.
Intelek seperti tajam fikiran dan mempunyai kemahiran.
Imaginatif dan kreatif.
Logik seperti rasional, sistematik bekerja dan tertib serta teliti.
Berdikari dan berdedikasi seperti bebas membuat sesuatu dalam lingkungan
peraturan.
Meyuburkan rasa perkemanusiaan.

Izzan Izzaty Zaidine

VISI KO KURIKULUM SEKOLAH


MENJADIKAN SEKOLAH INI SEBAGAI SEKOLAH YANG TERBAIK DI ZON
TUNGKU, LAHAD DATU.
MEMBANGUNKAN DAN MENINGKATKAN MARTABAT KO KURIKULUM
SK ANJUNG TEDUH SETANDING DENGAN SEKOLAH-SEKOLAH LAIN.
MISI KO KURIKULUM SEKOLAH
MENCAPAI TAHAP KECEMERLANGAN DALAM BIDANG KO KURIKULUM.
MATLAMAT
Menjadikan kegiatan sukan ko kurikulum sebagai kegiatan yang disertai oleh semua
murid di sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang terancang supaya dapat membawa
keseronokan, memberi peluang berinteraksi dan memenuhi masa lapang dengan
berfaedah serta memupukkan semangat kesukanan, kerjasama yang tinggi,
bertanggngjawab dan berkemampuan memberi sumbangan mengharumkan nama
sekolah, daerah, negeri dan negara.
OBJEKTIF
1. Menyediakan program ko kurikulum yang dapat menyeimbangkan program
kurikulum.
2. Merancang aktiviti yang dapat memberi peluang kepada lebih ramai murid
melibatkan diri dengan lebih aktif tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.
3. Menjadikan kegiatan permainan sebagai kegiatan rekreasi.
4. Menganjurkan pertandingan yang melibatkan semua murid
5. Menghasilkan perancangan aktiviti aktiviti yang bersistematik, merekod dan
menilai kemajuan murid.
6. Mengenal pasti dan mempertingkatkan potensi dan bakat individu ke tahap yang
lebih tinggi serta menambahkan kemahiran asas permainan murid.
7. Membinbing murid supaya dapat menguasai teknik kemahiran asas permainan.
8. Memupuk minat yang berterusan dikalangan murid supaya terus berkembang dan
maju bukan sahaja di sekolah tetapi juga dikalangan masyarakat.

Izzan Izzaty Zaidine

TUGAS GURU SUKAN DAN PERMAINAN


1. Merancang dan melaksanakan bidang tugas yang berkaitan dengan ko kurikulum.
2. Merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran/Aktiviti Tahunan dengan
berpandukan sukatan kemahiran setiap permainan itu.
3. Dalam perjumpaan mingguan, mengadakan latihan berbentuk kemahiran ilmiah
mengikut jadual yang telah ditetapkan atau waktu lain dengan persetujuan
Setiausaha dan GPK Ko Kum.
4. Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan
lain.
5. Membentuk serta memilih pasukan sekolah, pasukan pelapis dan ahli persatuan
permainan untuk pertandingan MSSMZT, MSSMGLD dan MSSMS.
6. Bertangggungjawab mencari pengadil dan penjaga garisan untuk sesuatu
perlawanan.
7. Merancang dan mengadakan perlawanan di peringkat sekolah misalnya antara
rumah sukan, kelab-kelab, kumpulan undian dsb.
8. Membentuk jawatankuasa pelajar.
9. Mengurus dan mengatur pengangkutan bagi sesuatu perlawanan.
10. Mengiringi dan menjaga disiplin serta mengutamakan keselamatan murid-murid
dalam sesuatu pertandingan yang disertai.
11. Menguruskan surat kebenaran penjaga serta membawa kit pertolongan cemas jika
melibatkan aktiviti di luar sekolah.
12. Merekodkan kedatangan pemain-pemain dan aktiviti mengikut masa latihan dan
perlawanan yang dijadualkan.
13. Membuat laporan tentang sesuatu pertandingan yang disertai.
14. Melengkapkan buku rekod gerko/laporan aktiviti serta mendapatkan pengesahan
GPK Ko Kum.
15. Merekod dan menjaga keselamatan alatan sekolah yang digunakan oleh muridmurid.
16. Menyedia dan menyimpan data maklumat tentang pemain-pemain apabila
dikehendaki oleh jawatankuasa.
17. Merancang keperluan alatan serta memohon kepada pihak pentadbir.
18. Meningkatkan prestasi tahap pencapaian permainan mengikut unjuran sekolah
iaitu untuk menjadi johan di peringkat MSSMZT.
19. Melengkapkan buku rekod pelaporan aktiviti dan menyerahkannya kepada
Setiausaha untuk disemak/direkod dan seterusnya mendapatkan pengesahan
daripada GPK Ko Kum.

Izzan Izzaty Zaidine

TUGAS GURU PERSATUAN & KELAB


1. Merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan berpandukan sukatan
kemahiran yang difikirkan sesuai.
2. Merancang aktiviti dengan tujuan menyelesaikan masalah serta boleh
meningkatkan pencapaian akademik.
3. Mengadakan latihan berbentuk kemahiran ilmiah mengikut jadual yang telah
ditetapkan dalam perjumpaan mingguan.
4. Membentuk serta melatih murid- murid yang dikenalpasti bakatnya sebagai
persiapan untuk pertandingan peringkat MSSMZT.
5. Membentuk serta melatih pasukan/kumpulan murid sebagai persiapan untuk
upacara rasmi sekolah seperti Hari Guru, Hari Patriotik, Hari Kebangsaan, hari
Pendidikan dan sebagainya.
6. Membentuk jawatankuasa pelajar.
7. Menguruskan surat kebenaran penjaga jika melibatkan aktiviti di luar sekolah.
8. Merekodkan kehadiran ahli dan aktiviti di dalam buku pelaporan yang disediakan.
9. Membuat laporan tentang sesuatu pertandingan yang disertai.
10. Melengkapkan buku rekod pelaporan aktiviti dan menyerahkannya kepada
Setiausaha untuk disemak/direkod dan seterusnya mendapatkan pengesahan GPK
Ko Kum.

Izzan Izzaty Zaidine

TUGAS GURU UNIT BERUNIFORM


1. Memupuk dan memajukan perkembangan mental dan fizikal murid dengan
berbagai cara dan aktiviti yang sesuai.
2. Membuat perancangan aktiviti mengikut penggal, mingguan dan harian dengan
berpandukan sukatan pergerakan masing-masing.
3. Melatih mereka mengikut jadual yang telah dirancang atau pada waktu-waktu
lain dengan persetujuan setiausaha dan jawatankuasa ko kurikulum.
4. Mengatur seberapa banyak aktiviti di kawasan sekolah atau di luar kawasan
sekolah yang lebih mencabar untuk menguji ketahanan mental dan fizikal murid.
5. Membentuk satu kumpulan dengan jumlah ahli yang didaftarkan dengan
pergerakan tersendiri.
6. Membentuk jawatankuasa palajar untuk pergerakan bagi membantu ahli- ahli lain
dan penasihat iaitu Ketua, Penolong Ketua, Setiausaha, Ketua-Ketua Kumpulan
dan Penolong-Penolong Ketua Kumpulan.
7. Mempastikan pergerakan itu berjalan mengikut perlembagaan dan peraturan yang
telah ditetapkan.
8. Menentukan ahli-ahli sentiasa kemas dengan pakaian pergerakan yang telah
ditentukan untuk membentuk disiplin diri.
9. Menyediakan ahli-ahli dengan kemahiran dan kempen sebagai persediaan
pertandingan di peringkat sekolah dan daerah.
10. Mengawasi disiplin dan keselamatan murid dalam semua jenis aktiviti di dalam
dan di luar kawasan sekolah.
11. Merekodkan semua aktiviti yang dijalankan dalam Buku Rekod yang telah
disediakan.
12. Mempastikan kehadiran dan merekodkan setiap kali perjumpaan diadakan.
13. Menyedia dan menyiapkan maklumat pergerakan apabila dikehendaki.
14. Mencadang kepada jawatankuasa ko kurikulum segala alatan dan keperluan yang
dikehendaki untuk melicinkan perjalanan aktiviti.
15. Menjaga dan mmerekodkan kewangan daripada kutipan yuran dan perbenlanjaan
yang digunakan.
16. Menempah dan mengaturkan perjalanan pengangkutan untuk pergerakan bagi
aktiviti luar kawasan sekolah
17. Melengkapkan buku rekod pelaporan aktiviti dan menyerahkannya kepada
Setiausaha untuk disemak/direkod dan seterusnya mendapatkan pengesahan
daripada GPK Ko Kum.

Izzan Izzaty Zaidine

PERATURAN PENGGUNAAN ALATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN


ALATAN SUKAN
AM
1. Adalah diingatkan bahawa stor alatan sukan merupakan kawasan LARANGAN
kecuali mereka yang berurusan sahaja.
2. Setiap kali menggunakan alatan di dalam stor , pastikan anda telah mengisi
REKOD PENGGUNAAN ALATAN dan REKOD PEMULANGAN ALATAN.

KHAS
1. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru
yang mengawasinya sahaja.
2. Pemulangan alatan--- Guru sahaja yang boleh memulangkan dan murid hanya
membantu tugas pemulangan.
3. Penggunaan alatan --- Guru hendaklah memastikan alatan digunakan dengan betul
dan memastikan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar adalah seperti yang
dirancangkan sebelum aktiviti.
4. Adalah tidak digalakkan guru terlalu banyak melakukan aktiviti dalam satu satu
masa, contohnya : Seorang guru PJ membahagikan murid kepada 3 kumpulan
permaianan iaitu Bola sepak, Bola tampar dan Hoki.
5. Semua alatan yang diambil mesti direkodkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan
dari dalam stor begitu juga pemulangannya.
6. Bagi alatan yang hendak dibawa keluar dari kawasan sekolah, rekod alatan
bolehlah didapati daripada GPK Ko Kum atau Setiausaha Ko Kum.
7. Alatan di dalam stor hendaklah dipastikan sentiasa kemas dan teratur. ( Guru dan
Pengawas bertugas )
8. Dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek
keselamatan kepada pelajar terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau
memulakan aktiviti.

Izzan Izzaty Zaidine

PERATURAN AKTIVITI SUKAN


AM
1. Adalah diingatkan bahawa pengesahan bertulis mengenai kesihatan murid
daripada ibu bapa atau penjaga yang sah perlu diambil.
2. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil
bahagian.
3. Bagi semua aktiviti lasak murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doctor
terlebih dahulu.
4. Murid-murid yang cedera, semput atau lelah ( asthma ) tidak dibenar mengambil
bahagian.
5. Setiap kali aktiviti yang dilakukan diluar dari kawasan sekolah atau di luar
perjumpaan mingguan setiap murid mesti mendapat kebenaran bertulis daripada
ibubapa atau penjaga yang sah terlebih dahulu ( surat kebenaran boleh didapati
daripada GPK Ko Kum atau S/U Ko Kum atau Pejabat Sekolah )
6. Perancangan aktiviti yang lengkap adalah perlu dan mesti dimaklumkan kepada
GPK Ko Kum atau Pentadbir Sekolah terlebih dahulu.
KHAS
BAHAGIAN PERMAINAN
1. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru
yang mengawasinya sahaja.
2. Setiap aktiviti perlu ada guru yang mengawasinya.
3. Penggunaan alatan Guru hendaklah memastikan semua alatan yang digunakan
berada dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum digunakan serta
menggunakannya dengan cara betul.
4. Peraturan permainan hendaklah diterangkan terlebih dahulu sebelum memulakan
aktiviti dan jangan sekali kali membiarkan murid bermain tanpa pengetahuan asas
terlebih dahulu.
5. Peralatan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan tahap fizikal dan mental
( kemahiran ) para pelajar.
6. Pakaian aktiviti mestilah bersesuaian dengan aktiviti dan jangan benarkan murid
bermain tanpa pakaian yang sesuai dengan permainan berkenaan.
7. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecerdasan dan
kesihatan murid dan guru.
8. Di dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek
keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum mengunakan alatan atau
memulakan aktiviti.
9. Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar kawasan sekolah.
10. Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita hendaklah mengiringi
pasukan tersebut.

Izzan Izzaty Zaidine

BAHAGIAN LOMPAT TINGGI


1. Setiap aktiviti, guru dimestikan mengawasinya.
2. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru
yang mengawasinya sahaja.
3. Jurulatih / guru perlu memastikan tiang dalam keadaan baik dan selamat
digunakan, alas/ tilam mestilah bersesuaian serta tiang diletakkan di atas tanah
yang rata.
4. Peraturan lompatan mestilah diterangkan terlebih dahulu dan janga benarkan atau
membiarkan murid melakukan lompatan tanpa pengetahuan asas lompatan.
5. Ketinggian mestilah bersesuaian dengan tahap kemampuan murid.
6. Pakaian aktiviti mestilah bersesuaian dengan aktiviti dan jangan benarkan murid
bermain tanpa pakaian yang sesuai dengan permaian berkenaan.
7. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau
kesihatan murid dan guru.
8. Di dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek
keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau
memulakan aktiviti.
BAHAGIAN LOMPAT JAUH/ LOMPATAN
1. Setiap aktiviti, guru mestilah mengawasinya.
2. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru
yang mengawasinya.
3. Jurulatih / guru perlulah memastikan pasir berkeadaan baik , selamat digunakan
dan mencukupi untuk menampung kejatuhan murid.
4. Peraturan lompatan mestilah diterangkan terlebih dahulu dan jangan benarkan
atau membiarkan murid melakukan lompatan tanpa pengetahuan asas lompatan.
5. Lompatan hanya boleh dilakukan setelah diarahkan oleh guru dan secara bergilirgilir.
6. Pakaian aktiviti mestilah bersesuaian dengan aktiviti dan jangan benarkan murid
bermain tanpa pakaian yang sesuai dengan permainan berkenaan.
7. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau
kesilapan murid dan guru.
8. Didalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek
keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau
memulakan aktiviti.

Izzan Izzaty Zaidine

BAHAGIAN LONTARAN
1. Setiap aktiviti, guru dimestikan mengawasinya.
2. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru
yang mengawasinya sahaja.
3. Jurulatih / guru perlulah memastikan kawasan lontaran berkeadaan baik, selamat,
jauh dari gangguan, peluru yang digunakan mestilah baik dan selamat, alatan
dikumpulkan ditempat yang selamat dan sentiasa diawasi.
4. Peraturan lontaran mestilah diterangkan terlebih dahulu dan jangan benarkan atau
membiarkan murid melakukan lontaran tanpa pengetahuan asas lontaran.
5. Apabila seseorang melontar pastikan lontaran tiada murid dihadapannya dan
berada di belakang peserta pelontar.
6. Kebenaran lontaran hanya diarahkan oleh guru dan ketegasan guru adalah perlu.
7. Juruukur / pemungut mestilah terdiri daripada mereka yang dilantik oleh guru dan
jangan terlalu ramai bilangannya.
8. Jangan terlalu banyak alatan / peluru yang digunakan memadai satu pekuru di
dalam satu-satu aktiviti.
9. Pakaian mestilah bersesuaian dengan aktiviti dan jangan benarkan murid bermain
tanpa pakaian yang sesuai dengan permainan berkenaan.
10. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau
kesihatan murid dan guru.

BAHAGIAN LARIAN
1. Setiap aktiviti, guru dimestikan mangawasinya.
2. Alatan di dalam stor hanya dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru yang
mengawasinya.
3. Jurulatih / guru perlulah mamastikan kawasan padang / balapan dan semua alatan
berkeadaan baik serta selamat digunakan.
4. Peraturan larian mestilah diterangkan terlebih dahulu dan jangan benarkan atau
membiarkan murid melakukan larian tanpa pengetahuan asas larian.
5. Jarak larian mestilah bersesuaian dengan tahap kemampuan murid.
6. Pakaian dan spike mestilah bersesuaian dan selamat dengan aktiviti dan jangan
benarkan murid berlari tanpa pakaian yang sesuai aktiviti berkenaan.
7. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau
kesihatan murid dan guru.
8. Di dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek
keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau
memulakan aktiviti.
Izzan Izzaty Zaidine

PERATURAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM


( Aktiviti Dalam dan Luar Sekolah )
AM
1. Adalah diingatkan bahawa pengesahan bertulis mengenai kesihatan murid
daripada Ibubapa atau penjaga yang sah perlu diambil.
2. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil
bahagian.
3. Setiap aktiviti yang dilakukan di luar dari kawasan sekolah atau di luar
perjumpaan mingguan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa atau
penjaga yang sah terlebih dahulu.
4. Bagi semua aktiviti lasak murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doctor
terlebih dahulu.
5. Murid-murid yang cedera, semput atau lelah tidak dibenar mengambil bahagian.
6. Perancangan aktiviti yang lengkap adalah perlu dan memaklumkan kepada GPK
Ko Kum atau Pentadbir Sekolah terlebih dahulu.

KHAS
1. Alatan di dalam stor hanya boleh dikeluarkan oleh murid sekiranya terdapat guru
yang mengawasinya.
2. Sebelum aktiviti dijalankan guru perlu memastikan kawasan yang dipilih bukan
berisiko tinggi dan bebas daripada sebarang ancaman serta memastikan segala
kelengkapan adalah mencukupi.
3. Peserta yang mengikut aktiviti perkhemahan mestilah yang telah mendaftar dan
terlatih.
4. Bagi setiap aktiviti penerangan yang jelas hendaklah diberikan kepada para
peserta.
5. Setiap aktiviti perlu ada guru yang mengawasinya.Guru perlu memastikan
bilangan peserta sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
6. Guru hendaklah mengiringi murid dalam semua aktiviti di luar kawasan
sekolah.Sekiranya terdapat murid perempuan, seorang guru wanita hendaklah
mengiringi pasukan tersebut.
7. Benda tajam atau mudah pecah hendaklah disimpan di tempat khas dan selamat.
8. Di dalam keadaan kecemasan peranan guru adalah penting bagi mangawal dan
memastikan murid bertenang dan tidak panik.

Izzan Izzaty Zaidine

9. Bergerak di dalam kumpulan sekiranya kawasan tersebut mempunyai unsur-unsur


merbahaya seperti sungai, air terjun, tepi pantai dan di dalam hutan.
10. Tugasan kerja peserta hendaklah terkawal dan jangan terlalu banyak serta
membebankan mereka.
11. Sebelum meninggalkan kawasan pastikan kawasan tersebut dibersihkan dan tiada
objek berbahaya ditinggalkan.
12. Guru perlu memastikan tiada murid yang membakar sampah, daun- daun atau
ranting sebelum, semasa atau selepas aktiviti dan jika terpaksaapi di dalam
lingkungan terkawal dan pastikan dipadam sepenhunya apabila meninggalkan
kawasan tersebut.
13. Pakaian aktiviti mestilah yang bersesuaian dengan aktiviti.
14. Pastikan persekitaran dan cuaca tidak menjejaskan tahap kecergasan atau
kesihatan murid dan guru.
15. Di dalam setiap aktiviti adalah diingatkan perlunya guru menegaskan aspek
keselamatan kepada murid terlebih dahulu sebelum menggunakan alatan atau
memulakan aktiviti.

Izzan Izzaty Zaidine

TAKWIM KO KURIKULUM 2006


SK ANJUNG TEDUH,
LAHAD DATU , SABAH.
TARIKH/BULAN
JANUARI

FEBRUARI

PERKARA

Mesyuarat Ko Kum kali pertama


Pengagihan tugas guru untuk gerko
Mesyuarat Sukan Tahunan
Perlantikan AJK Sukan Tahunan
Perjumpaan Rumah Sukan
Pemilihan atlit/ wakil rumah sukan
Latihan rumah sukan
Persiapan Sukan Tahunan

Raptai dan persiapan Sukan Tahunan


Kejohanan Sukan Tahunan
Pemilihan atlit dan wakil pasukan
sekolah
Pembentukan Pasukan dan AJK serta
jurulatih sekolah ke MSSZT.
Latihan pasukan sekolah.
Perjumpaan / aktiviti mingguan Gerko
Kejohanan Olahraga MSSZT

Mesyuarat Ko Kum kali kedua


Latihan pasukan sekolah ( permainan )
MSSMZT dan MSSMGLD ( permainan )
Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko

Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko


Latihan pasukan sekolah

MAC

APRIL

TINDAKAN

GPK & S/U Ko


Kum
Semua guru &
KTBM
Guru
Rumah
Sukan

GPK & S/U Ko


Kum
Semua Guru &
KTBM
yang
terlibat
Penyelaras
&
guru penasihat

GPK & S/U Ko


Kum
Jurulatih
Penyelaras
&
guru penasihat
GPK & S/U Ko
Kum
Penyelaras
&
guru penasihat

MEI

JUN

JULAI

OGOS

SEPTEMBER

OKTOBER

NOVEMBER

Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah
Aktiviti perkhemahan Unit Beruniform
Latihan pasukan sekolah

Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko


Latihan pasukan sekolah
Hari keluarga

Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko


Latihan pasukan sekolah
Mesyuarat Ko Kum kali ketiga

Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko


Sambutan Bulan Kemerdekaan
Larian Merdeka
Karnival dan aktiviti Kelab dan Persatuan

Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko


Latihan pasukan sekolah
Mesyuarat Ko Kum kali keempat
Pertandingan permainan

Perjumpaan / aktiviti mingguan gerko


Hari Anugerah kecemerlangan
Hari terbuka
Kemas kini laporan aktiviti gerko

Mesyuarat Ko Kum kali kelima


Hantar fail/ buku pelaporan aktiviti gerko
Hantar perancangan aktiviti tahun 2007
Jamuan akhir tahun

GPK & S/U Ko


Kum
Semua guru
Penyelaras /guru
penasihat
GPK & S/U Ko
Kum
Semua guru
Penyelaras /guru
penasihat
GPK & S/U Ko
Kum
Semua guru
Penyelaras /guru
penasihat
GPK & S/U Ko
Kum
Semua guru
Penyelaras /guru
penasihat
GPK & S/U Ko
Kum
Semua guru
Penyelaras /guru
penasihat
GPK & S/U Ko
Kum
Semua guru
Penyelaras /guru
penasihat
GPK & S/U Ko
Kum
Semua guru &
KTBM

Mesyuarat akhir tahun


Cuti Sekolah bermula

Penyelaras /guru
penasihat
Izzan Zaidine 06

UNIT KO KURIKULUM
SK ANJUNG TEDUH, LAHAD DATU, SABAH.
KANDUNGAN
KONSEP DAN MATLAMAT
Gerak Kerja Ko Kurikulum
Asas pelaksanaan Gerko
Pentingnya Gerko
Peranan Gerko
Matlamat Gerko
Unsur-unsur pendidikan dalam Gerko
VISI KO KURIKULUM SEKOLAH
MISI KO KURIKULUM SEKOLAH
MATLAMAT
OBJEKTIF
PERATURAN PENGGUNAAN ALATAN SUKAN
PERATURAN AKTIVITI SUKAN
Bahagian Permainan
Bahagian Lompat tinggi
Bahagian Lompat jauh
Bahagian Lontaran
Bahagian Larian
PERATURAN AKTIVITI UNIT BERUNIFORM
TUGAS GURU SUKAN DAN PERMAINAN
TUGAS GURU PERSATUAN DAN KELAB
TUGAS GURU UNIT BERUNIFORM
CARTA ORGANISASI UNIT KO KURIKULUM TAHUN 2007
SENARAI NAMA GURU PENASIHAT GERKO
SENARAI GURU RUMAH SUKAN
TAKWIM UNIT KO KUM 2007

Izzan Izzaty Zaidine

JAWATANKUASA ___________________________________ 2007


PENASIHAT 1

GURU BESAR

PENASIHAT 2

GURU PENOLONG KANAN KO KUM

GURU PENASIHAT/PEMIMPIN :
1. _______________________________( K ) 2. ________________________________
3._________________________________

4. ________________________________

5._________________________________

6.________________________________

7._________________________________

8.________________________________

9._________________________________

10.________________________________

11.________________________________

12.________________________________

PENGERUSI

: _____________________________________________

NAIB PENGERUSI : _____________________________________________


SETIAUSAHA

: _____________________________________________

BENDAHARI

: _____________________________________________

AHLI JAWATANKUASA :
TAHUN 6

:______________________________________________

TAHUN 6

: ______________________________________________

TAHUN 5

: ______________________________________________

TAHUN 5

: ______________________________________________

TAHUN 4

: ______________________________________________

TAHUN 4

: ______________________________________________
Izzan IzzatyZaidine 07

LAPORAN AKTIVITI
Perjumpaan kali ke : ______________________
Tarikh
: ______________________
Hari
: ______________________
Masa
: ______________________
Kedatangan Guru
: ______________________
Kedatangan Murid : ______________________
Butir-butir Aktiviti
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

..
(
)
Pemimpin Bertugas

( S / U KO KUM )

..
( GPK KO KUM )

LAPORAN AKTIVITI
Perjumpaan kali ke : ______________________
Tarikh
: ______________________
Hari
: ______________________
Masa
: ______________________
Kedatangan Guru
: ______________________
Kedatangan Murid : ______________________
Butir-butir Aktiviti
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

..

..

(
Pemimpin Bertugas

( S / U KO KUM )

( GPK KO KUM )

Izzan Izzaty Zaidine

LAPORAN PENYELARAS
Perjumpaan kali ke
Tarikh
Hari
Masa
Kedatangan Guru
Kedatangan Murid

: ______________________
: ______________________
: ______________________
: ______________________
: ______________________
: ______________________

ULASAN / LAPORAN
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

..
(
)
Pemimpin Bertugas

( S / U KO KUM )

..
( GPK KO KUM )

LAPORAN AKTIVITI
Perjumpaan kali ke : ______________________
Tarikh
: ______________________
Hari
: ______________________
Masa
: ______________________
Kedatangan Guru
: ______________________
Kedatangan Murid : ______________________
Butir-butir Aktiviti
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

..
(
)
Pemimpin Bertugas

( S / U KO KUM )

..
( GPK KO KUM )

Izzan Izzaty Zaidine

SEKOLAH KEBANGSAAN ANJUNG TEDUH


PETI SURAT 61700
91125 LAHAD DATU
SABAH

GERKO CEMERLANG SAHSIAH GEMILANG


IZZAN IZZATY ZAIDINE
S/U KO KUM

JADUAL GERAK KERJA KO KURIKULUM ( GERKO ) 2007


SK ANJUNG TEDUH, LAHAD DATU, SABAH.
HARI

RABU

GERKO

MASA

KELAB & PERSATUAN

2.30 PTG- 3.30 PTG

BADAN BERUNIFORM

3.30 PTG 4.30 PTG

SUKAN & PERMAINAN

4.30 PTG- 5.30 PTG

SEMUA MURID DAN GURU YANG TERLIBAT WAJIB HADIR.


PASTIKAN KEHADIRAN DIREKOD DAN DITANDATANGANI DALAM
BUKU REKOD GERKO.
PASTIKAN LAPORAN AKTIVITI DIHANTAR DAN DISEMAK OLEH S/U
KO KUM DAN DISAHKAN GPK KO KUM.
SETIAP PENYELARAS HENDAKLAH MEMASTIKAN/ MEMANTAU
SETIAP
UNIT
GERKO
MASING-MASING
DILAKSANA DAN
DIJALANKAN DENGAN LANCAR.
JADUAL DI ATAS TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN.

GERKO CEMERLANG SAHSIAH GEMILANG


DISEDIAKAN OLEH,

DISEMAK OLEH,

..
EN.JAINUDDIN BIN HJ HAJIMI
S/U KO KUM

PN.FATIMAH BT MOHD YUNUS


GPK KO KUM

DISAHKAN OLEH,
.
EN.MARJAN BIN HJ BAHAJAN
GURU BESAR
LAPORAN PENYELARAS
Perjumpaan kali ke
Tarikh
Hari
Masa
UNIT GERKO

: ______________________
: ______________________
: ______________________
: ______________________
KEHADIRAN
MURID

KEHADIRAN
GURU

CATATAN

ULASAN / LAPORAN
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

..
( PENYELARAS )

( S / U KO KUM )

..
( GPK KO KUM )

Anda mungkin juga menyukai