Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Sosial ialah suatu aturan dan cara hidup yang mencerminkan segala perbuatan
yang adakalnya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan
bulan atau tahun. Selain itu, perkara yang difaham khalayak berkenaan dengan
adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya.Manakala budaya
pula ialah, cara hidup atau tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat
bersifat maya iaitu tidak dapat diliat. Ia timbul daripada sesuatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak di zahirkan. Adat bercukur, bersanding dan
sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu
bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.
Adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada
keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan
hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilainilai kebudayaan, norma, kebiasaan , kelembagaan dan hukum adat yang lazim
dilakukan disesuatu daerah. Secara umumnya, kebiasaan sesuatu perkara yang
dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu masyarakat dari sesuatu
negara, kebudayaan waktu atau agama yang sama. Adat dapat diteruskan
dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik
secara bertulis ataupun lisan.

Terdapat 30 suku kaum di Sabah yang meliputi seperti kaum Bajau, kadazandusun, Iranun,
bisaya, Rungus, Dusun Bonggi dan banyak lagi. Segelintir suku kaum yang terdapat di
Sabah telah lama pupus tetapi belum dapat dinyatakan lagi.
Melalui tajuk yang akan dikaji ialah adat perkahwinan bagi kaum bajau di
Kampung Tempurung. Di Kampung Tempurung secara umunya berbangsa bajau ,
ada sesetengah masih mengamalkan adat tersebut dan ada yang sudah
melupakan adat tersebut. Kaum bajau di kampung Tempurung sesetengah
mereka ada yang menggunakan bahasa bajau atau brunei.
Pengakaji mengkaji kaum bajau di kmapung Tempurung, disebabkan oleh
keunikannya tersendiri yang menarik perhatian pengkaji iaitu adat cara
bersanding dan sebagainya. Walaupun adat tersebut telah lama ditinggalkan
oleh kaum bajau di kampung Tempurung, tetapi mereka maih mengetahui adat
perkahwinan kaum bajau.

Anda mungkin juga menyukai