Anda di halaman 1dari 2

Nama : Kalayarasi A/P Gnanasegaran

SOALAN TUGASAN
a) Sebagai guru bimbingan, anda bersedia mengaplikasikan ilmu yang telah
dipelajari dengan memberikan perkhidmatan bimbingan kanuseling kelompok.
Bincangkan kriteria terbaik dalam pemilihan ahli kelompok anda?
Dalam proses membina sesuatu kelompok, beberapa kriteria perlu
dinitiberatkan supaya guru bimbingan dapat membuat pemilihan kelompok
seperti berikut :
1) Diadakan temu bual individu dengan bakal-bakal ahli kelompok untuk
menentukan kesesuaian.
2) Menentukan kriteria-kriteria bagi pemilihan ahli-ahli. Ahli yang suka
mengkritik orang lain tanpa bukti yang jelas seharusnya dielakkan.
3) Memastikan ahli-ahli kelompok tidak akan meninggalkan kelompok
dengan sewenang-wenangnya.
4) Merancang dengan teliti supaya aktiviti kaunseling kelompok dapat
dijalankan dengan baik.
5) Mengambil kira cadangan-cadangan yang diberikan oleh ahli-ahli
kelompok.
6) Memastikan matlamat yang ingin dicapai oleh ahli-ahli.

b) Sejauhmanakah
kaunseling
kelompok
menyelesaikan masalah mereka.

boleh

membantu

ahli-ahli

Kaunseling Kelompok ialah proses perhubungan antara kaunselor dengan


beberapa orang peserta. Mereka menilai diri dan situasi dalam usaha
menukar sikap dan tingkah laku (Hansen, Warner dan smith, 1980)
Kaunseling Kelompok adalah satu proses penyesuaian diri dengan
menggunakan pengalaman-pengalaman peserta dalam kelompok sebagai
penggalak perkembangan diri peserta kelompok. Fokus Kaunseling Kelompok
ialah menolong peserta menghadapi masalah penyesuaian diri dan
perkembangan diri sehari-hari seperti perubahan kelakuan, memperbaiki
kemahiran berhubung, sikap dan nilai atau kerjaya atau membuat keputusan

dalam

hidup.

Terdapat

beberapa

proses

yang

membantu

ahli-ahli

menyelesaikan masalah seperti berikut :


o KK adalah satu perhubungan yang menerima, percaya mempercayai dan
selamat di mana ahli mempelajari cara-cara berbincang secara terbuka
mengenai perkara-perkara yang merisaukan dan mengganggu mereka
o Tujuan KK adalah untuk menentukan kelakuan yang hendak diperbaiki, untuk
memperolehi kemahiran sosial, untuk membina kekuatan dan keyakinan
supaya boleh mencuba kelakuan-kelakuan baru yang dipelajari melalui
pengalaman kaunseling.
o Melalui proses KK, ahli merancang dan menilai perkembangan mereka,
menangai konflik yang dihadapi demi memperkayakan aspek-aspek hidup
mereka seperti perhubungan mereka dengan keluarga dan rakan-rakan,
aspek pekerjaan, aspek kerjaya, agama dan lain-lain.
o KK merupakan social oasis di mana ahli berinteraksi dan dapat mencermin
diri melalui maklumbalas, melalui memberi dan menerima pertolongan serta
melalui kemahiran interpersonal yang digunakan.
o Dalam KK, ahli akan diberi sokongan serta kekuatan supaya dapat
menghadapi orang yang terpenting dalam hidup mereka supaya mereka tidak
merasa putus asa semasa hendak mencuba kelakuan-kelakuan baru.
o Dalam KK, ahli dapat mempercayai kaunselor dan ahli-ahli lain, lalu menjadi
lebih terbuka serta bersikap jujur apabila bercakap tentang dirinya dan
masalah yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai