Anda di halaman 1dari 17

Berdasarkan artikel Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah tulisan Shamsudin Othman dan Abd
Rashid Jamian, Universiti Putra Malaysia.
1.Pengenalan
Pendidikan Kesusasteraan Melayu selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Menyedari bahawa kesusasteraa ialah cerminan masyarakat dan budaya, maka
kesusasteraan sangat penting dipelajari oleh semua murid.

Dengan ini, murid dapat

memahami manusia dan kemanusiaan melalui apresiasi karya kesusasteraan Melayu.


Selain itu, pendidikan Kesusasteraan Melayu berupaya mengukuhkan penguasaan Bahasa
Melayu di kalangan murid dan merealisasikan pengetahuan kesusasteraan dalam bidang
kerjaya. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga bertujuan untuk mendidik murid agar dapat
menikmati kehalusan dan keindahan karya saster Melayu. Sukatan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah telah memasukkan beberapa elemen baharu dalam pengisian kurikulum,
iaitu ilmu, peraturan sosiobudaya, nilai kemanusiaan, kewarganegaraan dan kemahiran
bernilai tambah.
2.Tujuan Kajian
Elemen seni bahasa mula dilaksanakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
secara berperingkat bermula tahun 2011, KSSR memberi tumpuan pada empat kemahirn iatiu
membaca, menulis, mngira dan menaakul dalam usaha memperkasakan pembelajarn mata
pelajaran Bahasa Melayu. Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya
saing, kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri daripada suatu elemen baharu telah
diperkenalkan dalam kurikulum huraian sekatan pelajaran Bahasa Melayu KSSR iaitu seni
bahasa, sementara didik hibur menjadi salah satu pendekatan dalam pengajaran dn
pembelajaran. Seni bahasa ini merujuk kepada keupayaan murid untuk memahami, ,
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan
secara didik hibur. Maka kajian yang dilakukan ini adalah untuk mngenal pasti keyakinan
guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur
sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks satera dalam meningkatkan
keberkesanan kemahiran pembacaan murid.
3.Rasional Kajian

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaa amalan pembelajaran yang
menyeronokkan dalam kalangan guru Bahasa Melayu dalam pembelajaran dan pengajaran
Bahasa Melayu. Ini adalah usaha untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan
memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan satu usaha dalam mengangkat
bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan serta fungsinya
sebagai bahasa penyatuan dalam konteks perpaduan negara. Oleh itu, pengajaran bahasa
Melayu melalui seni bahasa dengan pendekatan didik hibur dilihat sebagai pemangkin ke
arah memaksimumkan penguasaan murid dalam seni sastera. Kajian ini juga adalah untuk
memastikan kesediaan guru Bahasa Melayu mengaplikasikan pembelajaran menyeronokkan
dalam engajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Ia juga adalah bertujuan untuk

memastikan pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran dan pengajaran


Bahasa Melayu dan mengenal pasti sejauh mana kebolehan guru Bahasa Melayu
melaksanakan pembelajaran menyeronokkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
4.Huraian Kaedah Pengumpulan Data
Kajian deskriptif menggunakan borang kaji selidik dan sesi temu bual bagi
mendapatkan maklum balas responden telah digunakan dalam proses pengumpulan data
dalam kajian ini. Hal ini kerana kajian tersebut tidak memerlukan usaha untuk mengawal
sesuatu olahan sebagaimana pandangan Mohd Majid Konting (2009). Seramai 75 orang guru
Bahasa Malaysia telah bertindak sebagai responden dengan mengisi borang soal selidik yang
disediakan oleh pengkaji. Walau bagaimanapun, seramai 30 orang guru yang dipilih mengikut
zon negeri seperti Sabah, Perlis, Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, dan Kedah telah
bertindak sebagai responden sebagai wahana kepada kebolehpercayaan instrument kaji
selidik yang dijalankan.
Melalui sesi temu bual pula, dua orang guru Tahap 1 yang mengajar Bahasa Melayu KSSR
merupakan responden di mana perbualan pengkaji bersama responden telah dirakamkan yang
kemudian dianalisis dalam bentuk transkip.
Prosedur pengumpulan dan penganalisisan data dalam kajian ini menggunakan
Perisian Statistica Package for Social Science (SPSS) for window versi 16.0, sementara
statistic deskriptif digunakan untuk menentukan peratusan, min dan sisihan piawai.
Melaluinya penyelidik boleh membuat gambaran set data yang terhimpun di samping
mengkaji taburan kekerapan. Selain itu, kaedah tersebut memudahkan penganalisisan bagi
memperlihatkan data yang jelas dan terperinci. Seterusnya data yang dikumpul di analisis.

Statistik deskriptif yang diguna pakai dalam kaedah pengumpulan data dilihat memang
amat bertepatan. Hal ini kerana selain memudahkan pengkaji dalam mendapatkan data yang
diperlukan secara tepat dan jelas, rumusan berkaitan data yang dibincangkan mengikut itemitem yang ditunjukkan dalam bentuk penjadualan dapat difahami dengan mudah oleh
pengguna.
Min

Interpretasi Tahap

1.0 hingga 2.33

Rendah

2.34 hingga 3.67

Sedarhana

3.67 hingga 5.00

Tinggi

5.Dapatan Kajian
Data yang dikehendaki dapat dikumpulkan dengan mudah malah dapat dianalisis melalui
penggunaan statistic deskriptif seterusnya markah ujian yang diperolehi dianalisis
menggunakan kekerapan dan peratusan. Daripada dapatan kajian, seni bahasa jelas
merupakan satu bentuk kurikulum baharu yang dapat meningkatkan kualiti pengetahuan dan
tahap kefahaman murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya. Hal ini dapat dilihat
dan dibuktikan melalui jadual di bawah
Bil
1.

Pemboleh Ubah Kajian


Manfaat pelaksanaan elemen sastera dalam

Min

Sisihan Piawai

Pengajaran dan pembelajaran seni bahasa


Kefahaman konsep terhadap huraian sukatan

3.12

.630

2.
3.
4.
5.

Pelajaran Seni Bahasa


Tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera
Pengajaran guru berdasarkan KSSR
Penggunaan teks dan bahan mengajar dalam

3.11
3.07
2.98

.387
.266
.257

6.

Pembelajaran seni bahasa


Masalah pelaksanaan elemen sastera

2.96
2.69

.243
.216

Berdasarkan pemboleh ubah kajian bil. 1, dapatan kajian mendapat skor min sebanyak
3.12 dan ini menunjukkan penggunaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran
seni bahasa memang bermanfaat bukan sahaja kepada guru bahkan kepada murid. Hal ini
dapat dibuktikan melalui 5 daripada 7 item pemboleh ubah bil 1 menunjukkan peningkatan
murid dalam kemahiran 4M.

Dapatan Kajian seterusnya, berdasarkan pemboleh ubah kajian bil. 2 iaitu, kefahaman
konsep terhadap huraian sukatan pelajaran seni bahasa mendapati skor min ke-2 tertinggi
sebanyak 3.11 dan ini menjelaskan guru-guru yang mengajar bahasa Melayu KSSR
memahami HSP seni bahasa kerana telah menghadiri kursus pendedahan berkaitan KSSR.
Data ini juga menunjukkan guru bersikap positif terhadap pembelajaran
menyeronokkan. Selanjutnya, dapatan kajian berdasarkan pemboleh ubah kajian bil.3, tahap
pembacaan murid terhadap elemen sastera. Skor min yang diperolehi dalam item ini ialah
sebanyak 3.07 dan ternyata objektif pengajaran berkonsepkan didik hibur melalui elemen
sastera bukan sekadar pelengkap dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni bahasa
malah membantu murid dalam memahami dan

mempertingkatkan penguasaan bacaan

mekanis dan mentalis.


Dapatan kajian berdasarkan pemboleh ubah kajian bil. 4, iaitu pengajaran guru
berdasarkan KSSR. Sebanyak 11 item yang dinyatakan dan skor min yang diperolehi ialah
2.98. Ini menunjukkan guru mengajar dengan mengaplikasikan teknik dan pendekatan yang
variasi berpaksikan KSSR mengikut kreativiti masing-masing dalam suasana yang berbeza.
Walaupun penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran terhad, keyakinan guru dan
kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dapat dijelmakan
melalui kepelbagaian dan keterbukaan aktiviti yang dilaksanakan secara terancang.
Seterusnya, dapatan kajian berdasarkan pemboleh ubah kajian bil. 5, penggunaan teks
dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa. Berdasarkan jadual yang dipaparkan,
sebanyak 2.97 skor min yang diperolehi. Hal ini menunjukkan bahawa guru menggunakan
pelbagai bahan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Selain menggunakan bahan pengajaran yang dibina menggunakan kreativiti guru, bahan
multimedia TMK atau ICT yang bersifat elektronik juga digunapakai dengan tujuan untuk
membantu murid dalam penguasaan seni bahasa secara holistik bahkan menjadi satu
kepuasan kepada guru dalam menyempurnakan tugas sebagai pembimbing.
Dapatan kajian daripada pemboleh ubah kajian bil.6; masalah pelaksanaan elemen
sastera. Walaupun mendapat skor min sebanyak 2.69, jumlah yang rendah daripada 5
pemboleh ubah kajian, sebenarnya guru-guru tidak menghadapi banyak masalah dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berunsurkan elemen sastera. Hal ini kerana
aktiviti pengajaran dan pembelajaran KSSR boleh divariasikan dan dipelbagaikan
berpandukan HSP dengan konsep pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan,

penglibatan menyeluruh murid dan dalam suasana yang terkawal. Walau bagaimanapun,kunci
kejayaan kepada proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran dengan aplikasi serta
pendekatan didik hibur bergantung kepada guru sebagai pemudah cara dan pelaksana.
Akhir sekali, terbukti guru-guru mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan
pembelajaran

menyeronokkan

dan

menunjukkan

mereka

begitu

menitikberatkan

keberkesanan pengajaran berkaitan pembelajarn menyeronokkan. Hal ini demikian kerana


setiap masalah yang timbul daripada elemen sastera tersebut dapat diatasi dengan kursus
peningkatan profesionalisme perlu disertai dengan bengkel-bengkel penghasilan bahan bantu
mengajar yang efektif bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pengajaran guru untuk
menarik tumpuan murid.
6. Implikasi Dapatan Kajian
Amalan pembelajaran menyeronokkan dalam Bahasa Melayu yang lebih ketara adalah
kepada aspek perspektif dan aplikasi pengetahuan responden tentang kaedah mahupun teknik
yang efektif sehingga mampu meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Guru-guru sedar
jika mereka dapat mengamalkan pembelajaran menyeronokkan maka murid-murid akan lebih
bermotivasi mengikuti pengajaran mereka.
Namun begitu, kelemahan yang nyata adalah dari segi penyediaan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi dan kemhiran menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi yang masih pada tahap sederhan. Pusat Kegaiatan Guru memainkan pernan
untuk melaksanakan kursus peningkatan professional dalam konsep didik hibur

bagi

memudahkan guru-guru untuk menghasilkan bahan bantu mengajar.


Di samping itu juga, program latihan dalam perkhidmatan untuk menjemput guruguru pakar berkongsi pengalaman khususnya tentang budaya kerja dan meningkatkan
pemahaman tentang pembelajaran menyeronokkan. Unsur-unsur didik hibur didatangkan
dalam bentuk modul yang lengkap dan aktiviti- aktiviti yang disusun rapi sebagai panduan
kepada guru tentang konsep didik hibur.

7.Penutup
Kesimpulannya, pendekatan seni bahasa dan didik hibur yang diperkenalkan di
sekolah rendah memang bertepatan. Kesedaran yang tinggi dalam meningkatkan kemahiran

pedagogi dengan mengikuti kursus peningkatan profesionalise berkaitan pembelajaran


menyeronokkan membantu guru mengaplikasikan pengajaran berpusatkan murid. Interaksi
antara murid, guru dengan rakan sekelas membantu percambahan idea yang kreatif dan
inovatif. Penggunaan kemudahan komputer untuk bahan pembelajaran yang menyeronokkan
seperti
Cd Interaktif, video dan sebagainya. Unsur humor atau jenaka akan membantu melaksanakan
sekaligus meningkatka prestasi dalam pengajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

Bahagian B
KESAN BARAT TERHADAP KESUSASTERAAN MELAYU
1.Pengenalan
Pengaruh tamadun luar dalam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh tamaduntamadun luar seperti Arab, Cina, India serta Barat. Pengaruh-pengaruh ini dapat dilihat
dalam sistem politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Pengaruh tamadun luar ini telah
memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga sekarang. Tamadun
Barat pula banyak mempengaruhi masyarakat Melayu dalam bidang politik, ekonomi,
pendidikan dan lain-lain. Hal ini kerana masyarakat Melayu telah mengalami perubahan
struktur dan organisasi setelah

Tanah Melayu dijaajah seluruhnya oleh Inggeris.

Bagaimanapun pengaruh Islam masih lagi memainkan peranan yang amat penting dalam
scenario politik Melayu khasnya dan masih digunakan sehingga kini.

Penaklukan Melaka pada tahun 1511 oleh bangsa Portugis telah menjadi titik tolak
bermulanya kuasa penjajahan barat di Tanah Melayu, walaupun pada dasarnya matlamat
penjajahan adalah untuk memonopoli sumber kekayaan alam yang berasaskan bahan mentah
di samping agenda sampingan untuk menyebarluaskan pengaruh agama kristian. Sedikit
sebanyak telah memaksa penjajah campur tangan secara sengaja.kerana dengan cara dan
tektik tersebutlah membuka ruang dan peluang kepada mereka menjayakan agenda besar
yang tersirat.
Zaman penjajahan kuasa barat bermula dengan bangsa Portugis diikuti kuasa Inggeris
dan British dan kemudianya kuasa Belanda yang mana silih berganti sehingga dalam tempoh
yang agak lama menjajah dapat mempengaruhi dengan menerapkan fahaman dan cara
pemikiran barat kepada semua aspek yang melibatkan semua hal

kecuali berkaitan

kebudayaan dan agama Islam. Justeru itu maka lahirlah karya seni sastera sebagai wadah
dalam menyampaikan mesej dan pengajaran yang berunsurkan ciri-ciri keislaman dan ditulis
dalam sistem ejaan jawi.
Novel Faridah Hanom juga menerima pengaruh falsafah Perancis, terutamanya idea
Rousseau yang sudah terserap dalam novel Zainab yang terbit lebih dahulu di Mesir. Novel
Zainab yang dikatakan mengandungi idea feminisme Perancis sememangnya mempunyai
jalur naratif dan idea yang sama dengan novel Faridah Hanom.
Novel Faridah Hanom bukan sahaja merintis kemunculan genre novel di Tanah Melayu yang
ketika itu

di bawah pemerintah Inggeris, malahan mencetuskan satu fenomena dalam

perkembangan kesusasteraan Melayu. Sejak itu, satu demi satu vovel ralisme lahir daripada
kalangan penulis yang kebanyakannya terdiri daripad guru dan wartawan.
Dalam tahun 20-an, selain Faridah Hanom, antara novel yang kuat membahaskan
pertentangan antara nilai Barat dengan Timur ialah Iakah Salmah? Yang lebih bersifat
tempatan berbanding dengan novel Faridah Hanom kerana watak-watak dan latar serta
persoalannya berlegar dalam masyarakat di Tanah Melayu yang baru menerima pengaruh
Barat melalui idea yang disalurkan dalam kebanyakan majalah ketika itu.
2. Penerapan Falsafah dan Pemikiran Barat
Penerapan falsafah dan pemikiran Barat melalui sistem pendidikan sekular juga telah
berjaya menyingkirkan kegiatan sastera bercirikan islam dengan benteng bersifat periodikal
terhadap kesusasteraan Melayu melalui istilah moden . Hal ini dapat dibuktikan melalui

beberapa pandangan Syed Muhammad Naquib AL-Attas dalam syarahan beliau bahawa
kehadiran pengaruh Barat menyebabkan kegiatan kesusasteraan Melayu tidak mencerminkan
sifat dan ciri kebudayaan Melayu yang sebenar dan menganggap penobatan Abdullah bin
Abdul Kadir sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden semata-mata permainan Barat
sebagai usaha dalam menyerlahkan kesignifikan kehadiran Barat di alam Melayu. Seperti
yang kita sedia maklumi bahawa Abdullah bin Abdul Kadir atau lebih sinonim dengan
gelaran Munshi Abdullah diangkat oleh Barat sedemikian rupa kerana Abdullah bin Abdul
Kadir merupakan individu yang menerima pendidikan Barat. Oleh itu hasil penulisan beliau
lebih kepada gaya dan bercirikan unsur-unsur kebaratan.

3. Pengaruh Genre-genre Sastera Barat


Pengenalan genre-genre sastera Barat membawa impak yang besar lebih-lebih lagi
dengan mengenepikan bentuk sastera Melayu zaman Islam seperti menghilangkan ciri-ciri
keluwesan dan kedinamikan serta turut memadamkan semangat dan tradisi persuratan Islam.
Kebanyakan genre sastera Barat yang diperkenalkan melalui karya sastera moden tidak
mencerminkan keterikatan manusia dengan agama sebaliknya banyak menonjolkan falsafah
dan pemikiran Barat yang diserlahkan melalui Angkatan 45 dan ASAS 50 yang cenderung
kepada konsep dan praktik sastera Barat. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan kata , ...
Kita telah membiarkan perkembangan sastera Melayu baru itu hanyut tanpa satu falsafah
seni atau falsafah penulisan yang jelas, sehingga akhirnya sastera Melayu baru itu hanyut
dalam acuan Barat sepenuhnya, dengan sasterawan,sarjana dan pengkritik sastera tenggelam
dalam pengaruh faham penulisan serta kritikan yang dikembangkan di Barat Seterusnya,
kesan Barat terhadap kesusasteraan Melayu yang tidak dapat dinafikan ialah kecenderungan
terhadap konsep sastera berasaskan peniruan atau mimesis yang diakui sendiri oleh
sasterawan Negara A.Samad Said sebagai pengamal dalam kegiatan kreatif beliau. Seorang
lagi sasterawan Negara iaitu Shahnon Ahmad turut mengakui bahawa peniruan atau
mimesis merupakan ciri penting dalam fiksyen yang berlandaskan dunia sebenar daripada
pengalaman pengarang itu sendiri dalam menghasilkan karya yang lebih berkesan.
Selain konsep mimesis, konsep tragediiaitu pemaparan konflik dan pergolakan hidup
manusia yang menjadi kepada penggerak keseluruhan karya dalam kebanyakkan karya
sastera Barat turut mempengaruhi karya sastera masa kini dan

ditemui dalam

novel

Musafir dan Desa Pingitan karya penulis tempatan. Selain itu, konsep tragedi lazimnya

dicetuskan berdasarkan latar kehidupan individu yang biasanya berhadapan masalah,


kejahatan dan kelemahan. Hal ini turut mendapat sokongan daripada penulis dan sasterawan
negara malah pendapat serupa juga diyakini oleh sasterawan barat. Walau bagaimanapun,
Arena Wati berpendapat baik sasterawan dan penulis berhak dalam menentukan bentuk
karya yang dihasilkan sama ada memaparkan kebaikan ataupun sebaliknya.
Kebangkitan aliran realisme berpendapat bahawa sastera merupakan sesuatu yang
nyata dalam kehidupan yang tidak perlu disembunyikan dan tidak wajar ditokoktambah
dengan unsur yang bersifat supernatural . Hal ini kerana manusia dapat mengatasi dan
menangani permasalahan dalam kehidupan melalui pancainderanya.

Keterbukaan para

penulis sastera Melayu terhadap aliran ini dapat dilihat melalui penghasilan novel-novel
Melayu yang berjaya kerana dapat menggarap unsur-unsur realisme, naturalisme, dan
romantis seperti dalam novel, Rumah Itu Dunia Aku oleh Hamzah, novel Salina dan
Sungai Mengalir Lesu oleh A.Samad Said dan juga novel Ranjau Sepanjang Jalan dan
Srengenge oleh Shahnon Ahmad. Ternyata kebanyakkan sastera Melayu masa kini banyak
dipengaruhi oleh aliran-aliran Barat .
Walau bagaimanapun para penulis dan sasterawan perlu bersikap bijak dalam
penyampaian nilai moral atau didaktik kepada pembaca. Oleh itu konsep belajar sambil
berhibur yang di guna pakai oleh Barat merupakan kaedah terbaik dalam menyampaikan
unsur-unsur didaktik dalam penulisan di mana mesej dan pengajaran dapat disampaikan
secara tidak langsung kepada pembaca.
Para sasterawan negara juga beranggapan karya-karya sastera Melayu perlu seiring
dengan kemajuan zaman . Oleh itu konsep praktik acuan Barat dalam penghasilan karya
sastera turut diguna pakai.

Walaupun terdapat karya sastera Barat dalam bentuk novel

menonjolkan unsur-unsur porno dan lucah serta mendapat kecaman kerana mencacatkan
kesusasteraan, akhirnya telah diiktiraf sebagai novel yang berkualiti. Hal yang sama turut
berlaku dalam karya sasterawan negara A.Samad Said menerusi novel Salina. Melalui
konsep praktik ini jugalah telah mengubah persepsi para sarjana tempatan terhadap karya
sastera berunsur lucah.
Sememangnya pengaruh Barat telah membawa impak besar dalam kesusasteraan
Melayu. Bermula dengan pengenalan dasar Deislamization yang berjaya melenyapkan ciriciri persuratan Islam secara total. Seterusnya penerapan falsafah dan pemikiran Barat melalui
Kesusasteraan Melayu Moden. Pengaruh Barat yang paling jelas terhadap kesusasteraan

Melayu yang tidak dapat dinafikan ialah kecenderungan terhadap konsep mimesis,realisme,
dan belajar sambil berhibur acuan Barat menjadi ikutan dan diguna pakai oleh kebanyakkan
penulis,sarjana, dan sasterawan Melayu dalam penghasilan karya sastera masa kini.
kurangnya dapat menjadi bukti kewujudan semangat nasionalisme dalam sastera Melayu
secara ideological dan seterusnya menjadi ikon teks sastera pasca kolonial pada awal dekad
di Malaysia.
4.Masa Depan Kesusasteraan Melayu di Malaysia
Kesusasteraan Melayu sudah mati di Malaysia, menjadi korban para sarjana yang
ketinggalan zaman dan ketinggalan ilmu, para pengkritik yang terus kabur dan keliru dalam
mmbuat penilaian dan para sasterawan yang masih meraba-raba mencari kepuasan emosi
dengan menentang sebarang usaha untuk membawa ilmu ke dalam karya kreatif seperi
ditegaskan oleh Prof. Rahman Shaari dan teman-teman beliau yang cintakan sastera tetapi
terus membunuhnya dengan menolak ke tepi unsur penting yang boleh menghidupkan sastera
iaitu ilmu ritis memang benar. Jika anda membaca dengan kritis karya-karya ini, sehingga
tidak mahu diberi analisis dan kritikal kecuali untuk memuji. Sebaik saja gagasan Persuratan
Baru bertapak dalam medan persuratan dan kesusasteraan, para sarjana, pengkritik dan para
sasterawan mula risau, yang akhirnya menjadi histerikal seperti yang ditunjukkan oleh Dr.
Fatimah Busu yang menulis kritikan hamun dalam bukunya memalukan para sarjana yang
berpegang kepada kualiti akademik, Nyanyi Sunyi Salam Maria VS Sarjana Nasi Dingin,
(Univision 2007).

Kedua-duanya tidak mementingkan standard dan penghujahan, tetapi

hanya ingin meluahkam perasaan yang tidak terkawal. Dalam keadaan beginilah dan dalam
tangan para sasterawan beginilah kesusasteraan Melayu dibunuh perlahan-lahan sehingga
akhirnya merempat di dalam negaranya sendiri.

5.Penutup
Dalam perkembangan persuratan Malaysia, pengaruh Barat telah wujud sejak sebelum
munculnya sastera moden lagi tetapi tidak diperincikan. Imej Barat dalam karya saster
sejarah hanya menjadi titik hitam yang hadir sebagai pencemar keagungan kesultanan
Melayu. Pengaruh yang lebih ketara dapat dlihat dalam karya realisme yang dihasilkan oleh
pengarang peribumi pada abad ke-19 oleh Abdullah Munsyi baik dari sudut bentuk mahupun
pemikirannya yang condong kepada nilai Inggeris dan Eropah

Hal ini demikian mungkin

disebabkan penerimaan golongan elit yang sudah terdedah kepada nilai moden tersebut
semasa mereka menuntut di luar negara.
Sebagai anak jajahan, pengarang peribumi tidak memperlihatkan penentangan terhadap
Barat atau kuasa penjajah dalam karya mereka sebaliknya menyanjung nilai Barat dan
mempromosikannya kepada masyarakat Melayu untuk diteladani. Pergaulan bebas, hiburan
berlebihan dan sikap materialistic dilihat sebagai gejala penularan nilai Barat yang
mengakibatkan keruntuhan institusi keluarga, kerosakan iman, dan kepunahan jati diri.
Kesedaran politik yang bersifat antipenjajahan hanya terungkap dalam novel Putera Gunung
Tahan karya Ishak Haji Muhammad pada tahun 1937.

Kelahiran karya ini sekurang-

kurangnya dapat menjadi bukti kewujudan semangat nasionalisme dalam sastera Melayu
secara ideological dan seterusnya menjadi ikon teks sastera pasca kolonial pada awal dekad
di Malaysia.

BAHAGIAN C
1.Rancangan Pengajaran Harian Kesusasteraan Melayu
TEMA
TAJUK
MASA
STANDARD

KESIHATAN
Hidup Bebas Tanpa Dadah
8.40 9.40 ( 1 jam)
4.4.2 Membina sajak secara terkawal dan mendeklamasikannya

PEMBELAJARA

dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur

N
OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat:


i.
ii.

Melengkapkan sajak dengan perkataan yang sesuai


Mendeklamasikan sajak yang dibina dengan sebutan jelas

PENGISIAN

dan intonasi yang betul secara didik hibur


Ilmu : Pendidikan Kesihatan, Sivik

KURIKULUM

Nilai : Kasih Sayang, Menghargai


EMK : Krativiti dan Inovasi
BCB : Mendengar dengan berkesan
KB

: Menjana idea

TKP : Verbal linguistic


SISTEM BAHASA Kosa Kata : Menghayalkan, hina, sejahtera dan bersua
BAHAN BANTU Bahan edaran
BELAJAR
PENILAIAN

Murid dapat melengkapkan dan mendeklamasikan sajak dengan

PENGAJARAN

sebutan yang jelas dan inonasi yang betul

DAN
PEMBELAJARA
N
REFLEKSI

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI

PENGISIAN

CATATAN

Mendengar

KURIKULUM
Ilmu : Kesihatan

BCB :

1. Murid

mendengar

rakaman

contoh EMK : ICT

deklamasi sajak

Mendengar
dengan
berkesan
Lampiran 1
KB
:

Berbincang
1. Murid dibimbing menyatakan maklumat

menjana idea

yang terdapat dalam asajak yang telah Nilai : kasih sayang

Lampiran 2

mereka dengar.
Ilmu : sivik
- Mesej yang terkandung dalam sajak
tersebut
Nilai yang dimuatkan dalam sajak ini.
Kesan penyalahgunaan dadah
: kesihatan
: hilang pekerjaan
: jenayah meningkat
Membina sajak secara terkawal
-

1. Murid

secara

kumpulan

Nilai : kasih saying,

dibimbing Menghargai

membina sajak berkenan anti dadah secara EMK : Kretivit dan TKP Verbal
terkawal

iaitu

menukarkan

beberapa Inovasi

perkataan dalam sajak yang diberi dengan


perkataan lain yang sesuai.
2. Murid dan guru bersoal jawab untuk

Linguistik

memahami sajak yang dibina.


3. Murid secara individu,berpasangan dan
kumpulan diminta mendeklamasikan sajak
yang diubah suai dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan jelas secara
bergilir-gilir
Penilaian
1. Murid melengkapkan sajak berdasarkan
tema dadah dengan ayat sendiri
2. Murid mendeklamasikan sajak yang dibina

EMK :

Lampiran 3

Kretiviti dan inovasi

dengan sebutan dan intonasi yang betul


secara didik hibur
3. Guru menilai kreativiti dalam pemilihan
kata yang kreatif dalam kandungan sajak

2.REFLEKSI
2.1.Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)
Pembelajaran aktif dapat mempertingkatkan pemikiran dan tindak balas murid. Murid
seharusnya diberikan peluang untuk menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna.
Penggunaan ICT dalam pembelajaran akan menjadikan murid lebih mudah memahami dan
mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepada mereka. Dalam hal ini, guru memainkan
peranan penting untuk memilih bahan yang bermutu untuk disajikan kepada muridnya.

2.2.Kesediaan belajar
Murid-murid yang telah dikenal pasti mempunyai perbezaan dalam kesediaan emosi,
kesedian kognitif dan kesediaan psikomotor memerlukan pertimbangan sewajarnya daripada
guru dalam memilih kaedah dan teknik mengajar. Murid-murid yang pintar biasanya akan
bersedia awal untuk belajar berbanding dengan murid yang lembam yang memerlukan
ransangan yang lebih untuk menggerakkan mereka belajar.

Perlu diperhatikan daya

kecergasan dan kestabilan emosi murid sebelum pengajaran dimulakan.

Oleh itu,

dicadangkan guru membuat pemerhatian awal secara rambang untuk mendapatkan tahap
kesediaan murid pada hari itu.

2.3.Permulaan yang menarik dan berkesan


Semasa guru hendak memulakan pengajaran itu tadi, beliau telah memulakan sesuatu proses
pengajaran dengan permulaan yang menarik dan berkesan. Ini penting untuk mewujudkan
perasaan seronok terlebih dahulu sebelum murid murid dengan tajuk yang mereka akan
pelajari. Keberkesanan dan keseronokan dalam mengikuti aktiviti pengajaran besar sekali
pengaruhnya kepada murid bagi memastikan kejayaan sesuatu pengajaran.

3.Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran


3.1.Sebelum Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum kelas bermula bagi proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pada kelas yang akan datang, guru perlu
memberitahu murid untuk membaca petikan sajak atau puisi untuk menimbulkan
pengetahuan sedia ada kepada murid. Oleh itu , pengetahuan murid tidak akan berada pada
tahap kosong apabila proses pengajaran dan pembelajaran bermula nanti. Guru juga perlu
menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mencukupi.
Penggunaan teknologi banyak membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru
serta murid.
3.2.Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu menunjukkan cara membaca
sajak dengan betul sebelum mengarah murid melakukan perkara yang sama. Kemudian guru
boleh meminta murid untuk membaca atau menyampaikan sajak tersebut.
Guru meminta murid untuk memberikan pendapat terhadap pemahaman murid melalui
deklamasi sajak tadi secara tidak langsung guru dapat mengenal pasti kelemahan murid serta
murid yang faham dengan murid yang kurang faham. Proses pertanyaan guru dengan
mengemukakan soalan kepada murid perlu dilakukan untuk mewujudkan interaksi yang
berkesan di dalam bilik darjah.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga, guru boleh bertanyakan beberapa soalan
ringkas mengenai makna kosa kata sajak tersebut dan jika jawapan yang diberikan oleh murid

salah, guru boleh beralih kepada soalan lain pula. Hal ini boleh menarik murid untuk cuba
berfikir menjawab soalan secara spontan atau apa yang difahami oleh mereka daripada terus
tidak memahami kehendak soalan.
3.3.Selepas Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Selepas pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menambah pengetahuan murid atau
mengulangi hasil pembelajaran dengan lebih berkesan.

Hal ini demikian kerana murid

kurang meneliti dan memberi tumpuan. Bagi mengelak lupaan ini berlaku secara tidak
sengaja, guru perlu menanganinya dengan memberi satu tugasan kumpulan dan individu
kepada murid atau boleh dikenali sebagai kerja rumah kepada murid tadi.
Guru akan membuat pemantauan tugasan yang diberikan dengan menyemak setiap lembaran
kerja murid. Guru juga akan bertindak membimbing murid dengan memberikan latihan atau
latih tubi soalan-soalan berkaitan dengan tajuk sajak tersebut.

4.Bibliografi
A.Samad Ahmad (peny). (2000). Sulatus Salatin: Sejarah Melayu. Cet. Kelapan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahman al-Ahmadi, 91987). Perancis dalam Saster Melayu Moden.dlm. Sastera
Melayu dan tradisi Kosmopolitan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Kassim Ahmad dan Noriah Mohamed(peny). (2008). Hikayat Hang Tuah. Kuala
Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan.
Shamsudin Othman, 2004. Seni Bahasa. Belajar sambil Berhibur atau Didik Hibur?
dlm. Kalam Bahasa. Kuala Lumpur.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Perkembangan
Kamaruddin Hj. Husin. 1999. Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai