Anda di halaman 1dari 1

.

.

Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbal Alamin,
Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah Tahun 2015 pada
pagi yang berbahagia ini dengan tema Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan
Akhlak.
Ya Allah, Ya Aziz Ya Sattar,
Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang mulia dan
murni. Justeru itu, kurniakanlah kepada guru-guru dengan ganjaran, syafaat dan
keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada
murid-murid dalam mendidik dan membimbing mereka menjadi insan yang
berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah juga kepada
mereka dengan kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama dan permuafakatan dan
semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa di dalam meneruskan
tanggungjawab sebagai pendidik yang mencurahkan segala ilmu serta mendidik
pelajar berakhlak mulia.
Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan
bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan
generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan
juga di akhirat.




.
.
.

Anda mungkin juga menyukai