Anda di halaman 1dari 14
WiWlg9 SER AWAY ® Buletin wiissraccrve,. Pusat Pengajian Umum ee BERILMU * BERAKHLAK * BERTAMADUN MAHARAM MAMAT KANDUNGAN Pusat Pengel Universi Kebangsaan 43600 Bangi, Selanser n Umut claysia Ehsan The Future of Liberal Arts Education (LAE) in Malaysia Abdul Latif Samian laman 1-10 Pemikiran Penulis Alaf Baru: Analisis Tiga Kumpulan Cerpen Maharam Mamat aman 11-23 : j Tamadun dari Perspektif Islam Sulaiman Noordin laman 24-33 Indah Water Konsortium: Pengurusan dan Masalah : Mashitoh Yaacob laman 34-46 Pendekatan Kaunseling Berdasarkan Terapan Masjid dalam Pembangunan Insan Mohamad Mohsin Mohamad Said aman 47-54 eee The Authoring Multimedia Materials and Contributions of the Internet. World Wide Web and Video Conferencing to Distance Learning Ahmad Rafizi Salleh laman 55-65 ‘Al-Qarinah (Circumstantial Evidence). Mohamad Sabri Haron laman 66-70 BULETIN PPU u PEMIKIRAN PENULIS ALAF BARU: ANALISIS TIGA KUMPULAN CERPEN Abstract Contrary to their traditional counterparts, new millenium writers tend to improvise many aspects of creative writing. For the purpose of this article, three groups of short stories written by Zaen Kasturi (Yuda), S.M Zakir (Merengkuh Langit) and Daeng Ramliakil (Korporat) are examined. The extensive use of research findings in their writings distinguish them from their more traditional colleagues. ‘Baru’ dalam Pemikiran Karya-karya penulis alaf baru amat ketara perbezaannya dengan karya konvensional, terutama dari sudut pemikiran. Sedikit persamaan yang tinggal mungkin hanya dari sudut tema dan persoalan, Berdasarkan tiga kumpulan cerpen yang akan dianalisis, iaitu ‘Merengkuh Langit (SM Zakir), Yuda (Zaen Kasturi) dan Korporat (Daeng Ramliakil), Kajian mendapati pengarang alaf baru amat cenderung mengangkat beberapa aspek pemikiran untuk digubah dalam karya mereka. Menerusi kajian ini, analisis pemikiran akan dilakukan terhadap tiga aspek iaitu kembali ke zaman silam, aspek falsafah dan bidang kerjaya. i. Kembali ke Zaman Silam Dunia kesusasteraan Melayu kini telah dilonggokkan dengan karya-karya pengarang alaf baru yang menyelongkar kembali ke akar umbi sejarah dan peradaban Melayu silam. Karya-karya “baru’ telah diangkat dari bahan-bahan hikayat lama, karya agung, karya histografi Melayu, mitos, lagenda, cerita rakyat dan cerita panji, Pengarang telah mengeksploitasi bahan-bahan tersebut secara kreatif dan menyakinkan sebagai muatan cerita dalam usaha mempersembahkan pemikiran dan falsafah. Dalam situasi ini pengarang turut menyelitkan unsur satira dan parodi sebagai salah satu teknik dalam penulisan dengan fungsi dan peranan yang tersendiri. Peristiwa-peristiwa berkenaan telah disusun kembali dengan menggunakan sudut pandangan, teknik terkini dan gaya bahasa yang segar serta plot tertentu untuk mempersembahkan suatu pemikiran yang bermakna. Aristotle amat percaya dan sedar bahawa karya sastera bukan sahaja hadir sebagai rakaman sejarah tetapi turut mengandungi nilai falsafah dan estetik tersendiri. Golongan penulis alaf baru bukan sekadar mentafsirkan kehidupan silam dengan pandangan semasa, malah, mereka secara sedar turut menganalisis diri dan masyarakat dengan kesedaran dan penuh tanggungjawab Karya seumpama ini memberi kesan yang bukan sedikit terhadap khalayak dan dunia kesusasteraan khasnya. Teks sastera tidak sekadar berlegar dalam pembicaraan hal- hal harian, tetapi memasuki ruang yang lebih tinggi dan bersifat kerohanian, yang semestinya turut meluaskan harizon kesusasteraan Melayu. SS ‘MEI 1999 - SEPTEMBER 1999 = MUHARAM 1420 ~ JAMADIL AKHIR 1420 BIL.2 -BULETIN PPU_ 12 OO Dari satu sudut, gerak tersebut memperlihatkan kreativiti dan sensitiviti, serta ketajaman imaginasi pengarang mengadun dan mempersembahkan karyanya; dari sudut yang lain, membuktikan kepintaran pengarang berkenaan menggaul dan membancuh ‘bahan kutipan silam yang diuli dengan teori dan struktur kesusasteraan moden. Dari itu lahir karya yang bercampur aduk, berbaur dan bertindih timpa antara plot dan teknik dalam fapisan strukturnya yang tersendiri. Apa yang membanggakan, kombinasi berkenaan melahirkan satu karya baru yang sarat dengan pemikiran, penuh keindahan dan tidak tercicir nilai estetiknya. Charles Dickens mendapat visi dan arah yang kuat dengan eksploitasi industrialisasi negaranya. Emest Hemingway pula menggunakan perang saudara di Sepanyol dalam karya-karyanya. Karya-karya Scott Fitzgerald telah diperkuatkan oleh generasi umbang-ambing di Eropah manakala karya Albert Camus menjadi suara yang berkesan apabila menyelami dan menghayati zaman kemusnahan akibat perang dunia kedua. S.M Zakir dalam kebanyakan karyanya didapati amat cenderung dengan cara ini Cerpen-cerpen beliau sering mengangkat tokoh-tokoh sejarah dan tamadun silam yang dibaur dalam pelbagai zaman dan menggunakan teknik tertentu. Monolog dalaman, aliran kesedaran, imbas muka, imbas kembali dan dialog telah dieksploitasi sebaiknya dalam karya beliau. Kumpulan cerpen Merengkuh Langit telah memuatkan empat buah cerpen yang amat kental, padat dan dominan dengan unsur sejarah, mitos, lagenda dan cerita rakyat, iaitu “Indrajit”, “Mimpi Senapati”, “Kisah Icarus” dan “Lagu Canggung Dahulu Kala”, manakala empat buah cerpen lagi, iaitu “Toa”, “Garis-garis Parallel”, “Sebuah Retrospektif” dan “Phantasmogoria” pula berbaur antara unsur sejarah, falsafah dan ketuhanan, “Indrajit” telah dikutip dari teks Ramayana (Hikayat Seri Rama), menampilkan sikap seorang anak yang tidak bersetuju dengan rancangan ayahnya untuk bertempur hanya kerana seorang perempuan, Sita Dewi. Sekalipun begitu, Indrajit terpaksa mengikut keangkuhan ayahnya, Ramayana yang memintanya memerangi Laksamana dan Seri Rama, kerana dari sudut lain ayahnya seorang bapa yang bertanggungjawab. Sebagai seorang anak, telah menjadi kewajipan pula untuk mempertahankan ayahnya sekalipun terpaksa mengorbankan prinsip dan maruah sendiri, hatta nyawa sekalipun, Kitab Ramayana berprinsipkan ‘tidak’ siapa yang bersalah dan tidak ada kejahatan’ Dengan itu, pengarang cuba menerapkan banyak pemikiran, unsur falsafah, moral dan ‘mesej, menjadikan watak, latar dan plot sudah tidak penting lagi. Cerpen ini masih lagi mengekalkan plot asal dengan olahan yang lebih rapi, kemas dan gaya bahasa yang tersendiri untuk menyusupkan mesej dan falsafah. Pembaca yang menekuni cerpen ini perlu mempunyai pengetahuan tentang teks Ramayana kerana. cerpen tersebut kaya dengan unsur hindu yang terdapat dalam sastera Melayu, terutama kosa kata. Kegagalan pembaca memahami istilah-istilah berkenaan dan ceteknya pengetahuan tentang cerita lasik tersebut akan membantutkan penghayatan dan pemahaman terhadap karya berkenaan. 2 “Mimpi Senapati” mengangkat bahan sejarah yang menggambarkan_perang saudara di Selangor antara kumpulan Raja Mahadi dan Tengku Kudin, iaitu perjuangan menegakkan hak dan maruah diri dari diceroboh penjajah. Berbanding “Indrajit”, “Mimpi Senapati” diadun teliti dengan imbas kembali, imbas muka, monolog dalaman dan aliran kesedaran di samping dialog yang nyata berfungsi mempercepatkan tempo. Teknik ini telah diselitkan dengan kemas, wajar dan sempurna, merangkumi suatu waktu penceritaan yang relatif panjang. ‘MEI 1999 - SEPTEMBER 1999 = MUHARAM I: JAMADIL AKHIR 1420 BIL.2 BULETIN PPU 1b Cerpen “Kisah Icarus” pula mengangkat bahan daripada mitos Greek tentang Icarus-King Minos yang menampilkan kebenaran dan kekejaman. Cerpen ini sarat dengan lambang dan metafora yang bermakna, lebih mengarah kepada kebebasan diri, Dalam cerpen ini, pengarang menyelitkan monolog dalaman dan aliran kesedaran tanpa mengemukakan dialog. Cerpen “Toa” menggali bahan sejarah pada abad ke-5 S.M semasa Dinasti Chow (Zaman feudal China) yang mengembangkan falsafah tentang kepimpinan. Putera Raja yang bakal mewarisi takhta kerajaan telah dihantar kepada Lao Tze untuk berguru. Beliau telah mengembangkan falsafahnya dengan mengambil susunan alam sebagai subjek dasar ‘Memulis semula sejarah lampau dengan teknik dan gaya terkini turut diterap oleh Daeng Ramliakil dalam “Anggun Cik Tunggal”. Cerpen ini mengisahkan tentang Anggun Cik Tunggal yang meninggalkan kemewahan dunia dan kuasanya, merantau dan menetap sedekad lamanya di Tanah Arab serta menghambakan diri kepada Pencipta. Dengan menggunakan imbas kembali, monolog dalaman dan aliran kesedaran, pengarang telah memecahkan cerpen ini kepada lima fragmen dan menutupnya dengan suatu kesedaran baru terbetik di hati Anggun Cik Tunggal, iaitu manusia menjadi hamba hanya kepada Penciptanya. Cerita jenaka Pak Kaduk daripada khazanah sastera Melayu klasik telah diangkat oleh SM Zakir dalam cerpen “Lagu Canggung Dahulu Kala”. Pengarang menggunakan watak Darwis untuk masuk dan berada dalam dunia Pak Kaduk. Melalui watak tersebut, pengarang telah melontarkan kritikan terhadap institusi sosial dan masyarakat, serta ‘memberi interpretasi bara terhadap simbol dan perilaku kehidupan yang berkaitan dengan raja, gelanggang sabung ayam, baju kertas, dan perbuatan menyorak kegirangan sehingga terkoyak pakaian bersesuaian dengan konteks semasa, ‘Memberi nafas dan tafsiran baru tethadap sejarah juga telah diluahkan oleh Daeng Ramliakil dan Zaen Kasturi, melalui “Lebai Malang” dan “Pertarungan Kedua”, Cerpen “Lebai Malang”, telah disesuaikan dengan isu semasa membentuk watak Lebai Malang. sebagai insan yang jujur, lurus dan beriman dengan ciri-ciri peribadi yang mulia. Sesuai dengan konteks zaman, Lebai Malang tidak lagi menggunakan rakit tetapi Honda Cup buruk, menjadi imam di masjid dan dihormati semua lapisan masyarakat, Isu semasa yang, digaul dalam cerpen ini meliputi isu gerakan dakwah yang pincang, corak berpakaian dan kehidupan seharian watak utamanya. Dalam cerita rakyat, Lebai Malang diundang malang bertimpa kerana terlepas untuk makan kenduri, tetapi Daeng Ramliakil telah mengubah situasi berkenaan. Pengarang telah ‘memalangkan’ watak Lebai Malang dengan kekecewaan terhadap suasana masjid tanpa kedatangan jemaah lagi selepas satu kumpulan. pendakwah pergi. ‘Malang’ ini tidak sekadar menimpa lebai berkenaan, tetapi merupakan satu fenomena ‘malang” yang terjadi terhadap umat Islam seluruhnya, Hal ini diserlahkan ‘melalui perenggan kedua terakhir, iaitu Lebai menunggu solat Isyak. Dia mengalunkan azan-Isyak dalam suasana hhujan lebat. Malangnya, lebai bersolat sendirian juga di surau itu. Sewaktu Sujud, sejadahnya basah, Air matanya terlalu banyak tumpah, dan berbekas pada sejadah. (Korporat, hal. 72) “Pertaringan Kedua” melalui corak dan gerak yang sama telah menyorot Sejarah ‘Melayu dati ceritera keenam belas, memetik tiga perenggan dari teks berkenaan. Zaen SE ———————— MEI 1999 - SEPTEMBER 1999 = MUHARAM 1420 JAMADIL AKHIR 1420 ~ BIL.2 BULETIN PPU 14 Kasturi telah mengangkat watak Tuah, Kasturi dan Tun Sri Lanang yang terpaksa melakukan pertarungan semula untuk mengubah sejarah. Tun Sri Lanang yang meriwayatkan Sejarah Melayu menjadi saksi pertarungan tersebut. Pertemuan watak dari dua zaman berbeza ini menyerlahkan kreativiti pengarang dalam mengadun dan menghasilkan karya Gaya dan cara yang sama juga telah diterapkan dalam cerpen “Sat Malangkaii”, melihat sejarah dan tradisi sebagai dialog yang hidup dan segar, menyambungkan masa silam, masa kini dan masa hadapan dengan pelbagai teknik. Berdasarkan cerpen ini, pengarang cuba meneroka dunia kesedaran watak yang disengajakan untuk bertindak balas dengan fenomena batiniah dan mentafsirkan erti kehidupan, Dalam cerpen ini, pengarang tidak lagi mementingkan perwatakan, latar dan sudut pandangan, tetapi terdapat kesengajaan untuk membina kebebasan diri dalam penciptaan dengan melepaskan alam fikir dan emosi watak menjelajah dan menerawang ke segenap pelusuk alam, Corak penceritaan cerpen ini didasarkan satu episod dalam hikayat Tuhfat al-Nafis untuk menggambarkan pengembaraan orang tua pertapaan yang mencari akar bangsanya (Melayu), Penceritaannya lancar dalam gaya bahasa yang segar dan tersendiri, Latar ceritanya bersifat mitos telah dihidupkan dengan sempurna oleh pengarang Karya-karya penulis alaf baru yang cenderung mengangkat dan menyelami sejarah silam secara berbaur, tindih-menindih dan saling berkait dengan masa kini dapat disaksikan dalam karya-karya S.M Zakir dan Daeng Ramliakil. Pertalian dan pembauran seumpama itu menjelaskan kepada pembaca bahawa pengarang berkenaan tidak sekadar mengetahui tetapi bertindak kreatif mengadun pelbagai situasi pada zaman berbeza dalam satu cereka yang bernilai, Melalui “Garis-garis Parallel”, S.M Zakir telah mempertemukan tokoh-tokoh penting seperti Zulkarnain; seorang tokoh Muslim, Vinod; tokoh agama Hindu dan Hsuan Ti; seorang tokoh Buddha yang amat yakin dengan hak kebebasan untuk menemukan kebenaran dalam kehidupan. Pertemuan tokob-tokoh ini berlaku dalam halusinasi seorang abli korporat, mengupas sejarah lampau dan mempamerkan nilai-nilai tersebut dengan nilai kini, “Sebuah Retrospektif” pula menyingkap keagungan tamadun lampau dari seluruh dunia, bermula zaman keagungan. Iskandar Zulkarnain, zaman kekuasaan Hsuan Ti dan Vinod, menyelongkar tamadun Greek, Mekedonia dan Rom. Sekalipun skop yang dijelajahi pengarang sangat luas, tetapi tidak terkesan pertalian antaranya. Pengarang, menyorot unsur sejarah secara global, tanpa cuba untuk memasuki dan diam di dalamnya. Cara yang sama turut diterapkan dalam “Toa” dan “Phantasmogoria”. Pengarang menyelitkan unsur-unsur sejarah dan keagungan sesuatu bangsa dalam karyanya umpama sebuah tempelan, hasil halusinasi dan ketidaksedaran watak berkenaan, sebagai salah satu cara untuk menyisipkan sesuatu pemikiran dan mesej. Daeng Ramliakil menggunakan cara berkenaan dalam karya-karyanya. Unsur sejarah dibaurkan dengan isu semasa. Sekalipun cerpen “Alam Barzakh dan Shahnon” berkisar tentang keislaman, pengarang turut menyelitkan fakta dari sejarah lampau seperti peristiwa pembunuhan Caesar dan tokoh-tokoh Islam seperti Syeikh Hamzah Fansuri dan - Wali Songo dalam perbincangan antara watak. Cerpen “Bacalah” mirip teknik cerpen ini, dengan watak-watak yang sama dan berkesinambungan. “stana Pagaruyung” membaurkan antara kisah lampau dan masa kini dalam halusinasi Pak Ramli yang melawat istana Pagaruyung. Pengarang turut menggunakan teknik imbas kembali untuk menggambarkan keruntuhan kerajaan Minangkabau, mengadunkan pula dengan aliran kesedaran dan monolog dalaman. Manakala cerpen ‘MEI 1999 - SEPTEMBER 1999 = MUHARAM 142 JAMADIL AKHIR 1420 BIL2 BULETIN PPU_ 15 “Menjadi Julius Caesar: Kaca Mata Melayu”, pengarang menjadi halimunan pada zaman Caesar dan menceritakan apa yang berlaku pada waktu tersebut. Pengarang ini mencetuskan kelainan dalam cerpen “Botol Anak Batin” dan “Korporat” dengan mengangkat watak-watak dari karya agung yang berdialog dan mempersoalkan jati dirinya terhadap pengarang karya tersebut. “Botol Anak Batin” telah ‘mempertemukan Macbeth yang tidak puas hati dilahirkan dengan peribadi sedemikian oleh Shakespeare, Pertemuan berkenaan memberi peluang Macbeth memberontak dan mempersoalkan wataknya yang dihidangkan dengan penuh keji dan jijik. Macbeth menginginkan peribadinya diubah dan dibersihkan dari sifat asalnya. Cara yang sama dilakukan terhadap “Korporat”, dengan menghadirkan Pramoedya, Saaman, Patimah, Dax, Robbins dan Joan of Arc, yang saling berdialog dan bertukar pendapat dalam pelbagai hal Teknik seumpama ini kian diminati dan mendapat tempat dalam karya sastera Melayu. Secara keseluruhan, karya berbentuk sejarah dari penulis alaf baru dapat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu sejarah tulin iaitu karya yang mengisahkan semula sejarah silam dengan teknik moden, karya yang membaurkan antara unsur sejarah dan masa kini, dan kisah sejarah yang diberi nafas baru. Jelasnya, pelbagai cara gaya telah digunakan dalam membentuk hasil karya bermutu, hasil kutipan dari sejarah, teks hikayat, mitos, lagenda, cerita panji dan cerita rakyat. Kembali ke zaman silam ‘dengan adunan bauran teknik serta corak persembahan yang lain sama sekali jelas mampu meluaskan harizon sastera tanahair. Berdasarkan karya-karya yang telah dianalisis, kita tidak dapat menolak peranan seniman yang mencipta bayangan kehidupan yang digarap daripada pengalaman. Sebuah hasil kesusasteraan merupakan satu dokumen budaya yang memaparkan secara langsung atau tidak langsung, sesuatu akar pemikiran masyarakat yang melahirkannya pada zaman tertentu. ii, Falsafah imu falsafah mengajar manusia tahu membezakan kebenaran dan kepalsuan, sekurang- kurangnya dapat menilai kebenaran tersebut dalam pelbagai situasi. Berbanding pengarang. Konvensional, penulis alaf baru didapati tampil dengan berani mempersembahkan karya- karya bercorak falsafah. Unsur falsafah menjadi sebahagian daripada cara gaya “barv’, yang mengangkat bukan sekadar falsafah bangsa atau agama, tetapi lebih menyeluruh dan bersifat global. Berdasarkan teks kajian, kebanyakan cerpen Zaen Kasturi didapati sarat dengan pemikiran falsafah yang menuntut tidak sedikit kesabaran untuk memahaminya, malah menguji dan mencabar keilmuan khalayak. Sebahagian besar unsur falsafah yang cuba dimuatkan dalam karya adalah pemikiran yang relatifnya mencari *keakuan’ diri dan kembali ke jalan Allah. Zaen Kasturi telah menghasilkan empat buah cerpen bercorak demikian melalui “Warna Katarsis”, “Bukan Agitasi Bendel”, “Mafatih Nur” dan “Warawiri” Cerpen-cerpen Zaen Kasturi cenderung berfalsafah dan gemar menemukan tokoh- tokoh sebagai kondensasinya terhadap abli falsafah, tetapi kurang memasuki jiwa kefalsafahan tokoh-tokoh tersebut secara tuntas. Sekalipun Zaen mungkin mampu membina falsafah sendiri dalam penulisannya, namun semua itu tidak berfungsi, sclain wujud sebagai nota kaki kerana kegagalan untuk bernafas dalam falsafah yang dikemukakan BIL.2 BULETIN PPU 16 Kebanyakan watak ‘aku’ dan watak lain dalam cerpen Zaen Kasturi merupakan manusia yang mencari diri. Justeru itu, pengarang telah menghubungkan pemikiran dan falsafah dalam usaha menguasai dan memahami alam, menemukan pula keinsafan watak tersebut, Dunia yang dimasuki pengarang adalah dunia kesedaran akliah yang dicetuskan daripada keinsafan mentafsir erti kehidupan. Dalam “Warna Katarsis” Zaen Kasturi melalui watak ‘aku’ cuba mencari dan menterjemah paksi diri serta erti kehidupan yang hakiki. Hasrat tersebut jelas digambarkan seperti dalam petikan di bawah: “Benar sekali, sahabatku. Sang pelukis hanya manusia_galau yang hanyut mencari makna kewujudannya sendiri, Ibarat berada di sebuah ruang yang gelap, dia tidak akan dapat melakar wajahnya sendiri” sang senteri pula menambah, Kulihat kedua-dua sahabat ini benar-benar ingin meletakkan hharga diriku di paras sifar. Apa maknanya ini kalau sifir yang pernah kuhafal bertahun-tahun tentang degup dan gemuruh nafas tiba-tiba harus ditolakdarabkan oleh sang Bohemian dan sang senteri dengan congakan mata kasar sahaja? Mereka terlalu ingin menjadi manusia! (Yuda, hal, 7) ‘Menurut Mana Sikana cerpen ini memaparkan kegawatan wataknya, mencari arah dan paksi diri sebagai usaha penyucian dan pembersihan dari kisah buruk masa silam. Ini dijelaskan sebagai berikut: Wajah muram dan landasan kegelapan pengalaman si pengarang yang secara psikoanalisis mencerminkan tentang nasib buruk masa silam yang terbawa dalam cerpen sebagai usaha penyucian, pembersihan dan katarsis, terutamanya dalam cerpen Warna Katarsis. Proses penyebatian diri, biasanya dapat menerangkan akunya aku dalam cerpen Zaen itu. (Mana Sikana, hal. 89) “Bukan Agitasi Bandel” merupakan sebuah cerpen tentang keinsafan ‘aku’ yang telah menemui apa yang dicarinya setelah melalui pelbagai warna kehidupan. “Aku’ yang telah menemui paksi diri dan arah yang dituju cuba berada dalam alam tersebut sehingga akhir hayatnya dan menyesali seluruh corak hidup silam yang dianggap satu kesilapan. Bersumberkan falsafah Aristotle tentang masyarakat gua, Zaen Kasturi menjadikan “Mafatih Nur” sebagai suara yang tercetus dari dalam diri. Gua yang penuh dengan kegelapan adalah suatu simbol tentang sebuah kehidupan yang tidak menerima Nur atau hidayah dan terbelenggu dalam diri sendiri, “Aku’ teramat ingin keluar dari kegelapan gua dan merasa kehidupan yang lebih bermakna, Pengharapan tersebut dapat disingkap melalui tiga perenggan akhir cerpen ini seperti petikan di bawah; Tapi satu saja harapan terakhir daripadaku, kalau dia sedang asyik memacu kudanya di saujana padang, dengan secara tiba-tiba dia terjumpa kunci yang dapat membuka pintu guaku, maka bukalah. ‘Aku ingin sekali melihat percikan sinar dari langit Tuhan. Iu saja. Tidak lebih daripada itu. ‘MEI 1999 - SEPTEMBER 1999 = MUHARAM 14. = JAMADIL AKHIR 1420 BIL.2 BULETIN PPU_ y Kalau tidak, maka jadilah aku sang petapa selama-lamanya di ruang gua ini! (Yuda, hal. 121) “Warawiri” terdiri daripada tiga mimpi yang dialami oleh “kami, Mimpi pertama adalah melihat bulan yang terbakar hangus dan padang lalang yang kering memaksa *kami? mencari sumur baru di susuk bukit. Mimpi kedua, ‘kami’ karam bersama sekoci di kali berair merah darah, manakala mimpi ketiga, “mereka’ berada di dalam panggung menyaksikan persembahan seorang gadis. Pengarang secara bersahaja_menyelitkan sindiran tajam melalui mimpi yang dapat disaksikan sebagaimana petikan di bawah: “Kalian tidak faham tentang apa yang kutembangkan tadi, tetapi Kenapa pula kalian tertawa” Orang ketiga kembali bangkit. “Kerana tidak faham itulah kami ketawa”. “Jadi kalian mentertawakan kebodohan kalian sendiri? Ah! benar-benar Jucu” anak gadis itu tersenyum nipis. (Yuda, hal. 140) “Musim Yuda” mengutarakan dialog antara mayat-mayat yang terkorban dalam peperangan, Perang membawa kematian, kemusnahan dan tidak menyelesaikan apa-apa masalah selain menonjolkan keegoan iri. Sekalipun Zaen mengangkat korban perang dalam cerpen ini, apa yang ingin ditonjolkan adalah falsafah tentang sahabat. Isu ini diulas dari halaman 173 hingga 175 dan rumusannya seperti berikut; “Cuba kalian lihat dalam dua situasi pertarungan. Pertarungan pertama, seekor kerbau berlaga dengan seekor kerbau yang lain. Pertarungan kedua, seekor kerbau berlaga dengan seekor harimau. Yang manakah adanya kebodohan, dan yang mana pula adanya kebijaksanaan?” Mayat pertama ‘merenung muka sahabat-sabahatnya. Semuanya tetap diam. “Kita dibodohkan oleh kebodohan kita sendiri, Kalau salah seekornya rebah dan menjadi bangkai, siapakah yang beruntung? Bukankah harimau itu yang untung? Ia tidak perlu bersusah payah untuk mematahkan tengkuk kita kerana kita sendiri yang menjadikan sahabat kita sebagai bangkai Suasana pertarungan kedua itu pula? Ah! Kalian fikirkanlah sendiri” (Yuda, hal. 175) SM Zakir memunculkan situasi gawat peperangan dalam cerpen “Merengkuh Langit”, Nada falsafah disorot berdasarkan perenggan berikut, “Sesungguhnya kau tidak akan dapat memasuki kota ini dengan kekerasan Kerana bukan setiap ‘kota’ dapat ditundukkan dengan kekerasan. *Kota-kota’ yang mempunyai jiwa tidak memungkinkan ruangnya untuk "MEI 1999 - SEPTEMBER 1999 = MUHARAM 142 JAMADIL AKHIR 1420 BIL.2 BULETIN PPU- 18 Perhambaan. “Jiva hanya dapat ditundukkan dengan kejiwaan’ yang lebih tinggi daripadanya” (Merengkuh Langit, hal. 273) Unsur falsafah tentang kepimpinan diserlahkan dalam “Toa”. § M Zakir menggali ecisrah dalam Kerajaan China lampau tentang falsafah-falsafah yang dibawa oleh Lan Tze, beliau, pengarang telah menyelitkan unsur flsafah tentang Kepimpinan yang bakal dipikul leh putera berkenaan, Contoh falsafah tesebut dapat dilihat melalui petikan berikut; Scorang pemimpin harus belajar daripada sifat bebatuan ini, Berdiam feorang pemimpin yang bijak tidak akan mencurahkan kata-kata yang banyak dan berulang-ulang kali. Ia hujan dan kemudian berhent Pemimpin mengajar melalui sifat dan perbuatannya, (Merengkuh Langit, hal. 206) Seperti Zaen Kasturi, pengarang ini juga tidak dapat lari dari bidang falsafah dan Kembali kepada diri serta bersifat ketuhanan. Konflik dalam diri akan menyedarkan watak berdayung di tengah samudera luas untuk mempelajari sebuah kehidupan dalam pekat malam. Nirmala yang dicari ditemu dipenghujung hayatnya Laut yang hidup sebagai manusia adalah suatu kehidupan dan kematian, antara kkebaikan dan kejahatan, Ombak dianggap imej paling bahaya dengan ketidakseimbangan, Pergolakan, Kegelisahan, kekacauan dan keributan sedangkan pantsi adalat sumber Kepasrahan pada Kegelojohan ombak Laut juga menjadi inspitasi Pengarang dalam

Anda mungkin juga menyukai