Anda di halaman 1dari 2

Ayah...

Sumbangan istisafa pada Rabu, 13 Julai 2005 @ 7:27:23


Bila dikenang kembali kenangan lama, terasa sayu hati ini.
Saat - saat kanak - kanaklah saat yang paling bahagia.. tak
perlu fikirkan segala masalah yang melanda. Saat - saat ana
mula mengenal dunia, ibu dan ayah berpisah. Entah apa
yang melanda, ana pun tak tahu. Setelah bergelar dewasa
baru kutahu kisah yang berlaku sebenarnya. Puncanya orang
ketiga! Dialah yang merubah seluruh hidup keluargaku
menjadi sebaliknya.

Selama ini analah permata ayah, kerana ana satu - satunya


anak perempuannya. Kali ini ana tidak bernilai lagi
dimatanya. Setiap hari ana menangis walaupun usiaku
hanya berusia 2 tahun. Setiap saat dan masa ana
bertanyakan ibu, mana ayah, mana ayah.. Ibuku berkata
ayah sibuk bekerja. Sampai bila ibu harus menipu diriku.
Seminggu, sebulan? Akhirnya ibu kata ayah dah meninggal
dunia.

Bermulalah hidupku sebagai seorang anak yang tidak


berayah. Kemana sahaja ana pergi ana akan mengatakan
ayahku tiada. Ayahku meninggal dunia. Namun begitu Allah
masih sayangkan ana. Ana disayangi dan dikasihi oleh
makcik - makcik dan kakak sepupu yang ada.

Saat ana bersekolah, ana dihantar oleh jiran yang duduk


selang tidak jauh dari rumahku. Walaupun jiranku berbangsa
Cina, tapi hatinya sungguh mulia. Sejak umurku 7 tahun
sehinggalah usiaku menjejak 12, dia sahajalah tempat ana
menumpang pergi dan balik dari sekolah. Sesen pun dia
tidak minta, malah dihulurkan pula duit raya sewaktu Tahun
Baru Cina dan ketika tahun baru.

Saat ana menjejakkan kaki ke sekolah menengah, ana


bertemu semula dengan ayahku. Saat ini ana melihatkan
ketabahan hati ibuku untuk menerima ayahku semula.
Ayahku kini lumpuh sebelah dan dihalau oleh isteri barunya.
Oleh kerana belas kasihan yang amat sangat, ibuku
menerima walaupun dalam keadaan terpaksa.

Kini, ayah telah dijemput olehNya. Walaupun kehadiran


ayahku untuk kali kedua tidak sempurna mana, tapi itu
mengajar ana untuk menjadi lebih tabah dan berdikari.
Ayahku insaf pada segala yang telah berlaku. Dua bulan
sebelum dia dipanggil Ilahi, ayahku mengidap penyakit
kencing manis. Setiap hari ibu dan ana berulang ke hospital
Universiti. Sungguh kuat semangat ibu. Dan semangat inilah
ana jadikan inspirasi untuk berjaya. Dan akhirnya ayah
menghembuskan nafasnya dengan sekelip mata.

Alhamdulillah, ayah sempat mengucap dua kalimah


syahadah sebelum menghembuskan nafasnya dengan aman.
Kini telah 6 tahun ayah meninggalkan diriku dan keluarga.
Kalau ayah masih ada, pasti ayah akan berbangga dengan
keluarganya. Cucu ayah dah ada 10 orang. Comel - comel
belaka. Dan kami tak pernah lupakan ibu. Setiap minggu
kami akan menjenguk ibu. Kalau tidak berkesempatan kami
akan menelefon ibu.. harap ayah tenang disana.. kami tak
pernah lupa kirimkan bekalan untuk ayah.. ayahhhh.....

Anda mungkin juga menyukai