Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara sikap murid


terhadap mata pelajaran Sains dengan pencapaian murid di sekolah
rendah dan kajian ini telah dijalankan di daerah Beluran, Sabah. Objektif
kajian ini adalah adalah untuk mengenalpasti persepsi murid terhadap
Sains, mengenalpasti perbezaan persepsi murid terhadap Sains bagi
sekolah pedalaman dan sekolah bukan pedalaman serta seterusnya
mengenalpasti hubungan antara sikap murid dengan pencapaian murid.
Kajian yang dijalankan ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan
soalan ujian Majlis Guru Besar (MGB). Seterusnya, Data yang dikumpul
akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 21.0 digunakan untuk menyimpan data, mengolah,
mengira statistik seterusnya membuat laporan berasaskan data yang
dimasukkan. Data dianalisis bagi untuk mendapatkan nilai min, sisihan
piawai, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian ini telah menunjukkan
bahawa hubungan antara sikap murid terhadap mata pelajaran Sains
dengan pencapaian murid di sekolah rendah adalah negatif lemah dan
tidak signifikan.

Anda mungkin juga menyukai