Anda di halaman 1dari 7

)(surah Al- Baqarah ayat 195

.
.

. .

Sidang Jumaat yang di rahmati allah,


Marilah kita bersama bertakwa kepada allah SWTdengan sebenar-benar takwa.
Semoga dengan bertakwa kita mendapat rahmat dan hadiah dari allah SWT.
;Firman allah SWT

;Maknanya

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan
hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.( Surah An-Nisaa' ayat 59)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

1. Umat manusia diciptakan dengan memiliki kelebihan tersendiri berbanding


dengan makhluk-makhluk yang lain. kerana ianya dibekalkan dengan akal fikiran
dan anggota badan yang sempurna. Kerana kelebihan itulah, menjadi
tanggungjawab kita sebagai manusia untuk manjaga akal fikiran dan anggota
badan dengan sebaik mungkin dengan mengamalkan cara hidup yang sihat serta
mengelakkan daripada melakukan perkara yang menderitakan.

Antara perkara-perkara yang ditegah oleh allah SWT terhadap hambanya adalah
seperti melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri, harta benda, kesihatan,
kekayaan dan hubungan sesama manusia.

Firman allah SWT dalam surah Al- Baqarah ayat 195 di atas yang bermaksud;
" Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama
Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala
usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berusaha memperbaiki amalannya".

Sesungguhnya kesihatan itu adalah anugerah dan kurniaan allah SWT yang wajib
kita syukuri dan nikmati, akan tetapi terdapat sebilangan orang yang tidak
menghiraukan dan mensyukuri akan hakikat ini. Mereka lalai dan leka
menghargainya sehinggalah apabila ditimpa musibah atau sakit, barulah mereka
menyadari akan kerugian tidak menjaga kesihatan tubuh badannya.

Sebagaimana dalam sebuah Hadia SAW yang bermaksud,

"Daripada Anas Radiallah Katanya, telah bersabda Rasullah SAW ; dua nikmat
yang dilupakan oleh kebanyakan orang adalah kesihatan dan masa lapang."
(Riwayat Imam Al- Imam Albahri)

Islam amat menitikberatkan dalam penjagaan kesihatan tubuh badan dari sebarang
perkara yang boleh memudaratkan. Adapun perkara yang boleh memudaratkan dan
merbahayakan kesihatan itu adalah Tabiat Merokok.

Sidang Jumaat yang dirahamati allah,

2. Kita kesal mengapa masih ada orang yang berterusan dan enggan berhenti
daripada merokok. Walhal pendapat ulamak dari seluruh dunia Islam mengenai
haramnya merokok telah pun banyak telah dijelaskan. Kesan keburukannya
terhadap kesihatan juga telah banyak kali diperingatkan, bahkan Kementerian
Kesihatan juga telah pun menubuhkan klinik Berhenti Merokok bagi
mempermudahkan perokok membuang tabiat buruk itu. Namun, masih terdapat
perokok-perokok yang tidak mengindahkan Peraturan-Peraturan Hasil Tembakau
2004 dengan merokok Di kawasan Larangan Merokok.

Disedari atau tidak perbuatan merokok ini adalah perbuatan yang berdosa.
Ini kerana Islam jelas sekali menyuruh umat untuk menghidarkan diri daripada
mudarat dan bahaya. Islam sangat mementingkan keselamatan dan kesejehteraan
umatnya.

3. Jika ada dikalangan perokok yang telah sedar dan mula untuk menghentikan
tabiat tersebut, Tahniah Kita Ucapkan.

Walaubagaimana pun, masih juga kedengaran alasan dan keluhan dikalangan


perokok yang menyatakan tabiat buruk itu sukar dan susah untuk dihentikan.
Apa yang perlu dilakukan menanam dan melatih jiwa ini untuk menolak terusterusan tabiat merokok ini.

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'd -( ) ayat 11;


Maksudnya;

...................... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian,

4. Udara yang bersih dan bebas dari asap rokok adalah amat penting untuk
kesihatan manusia. Setiap insan di dunia ini mempunyi hak untuk menikmati udara
bersih yang tidak bercampur oleh asap rokok.

Kajian menunjukkan seseorang yang merokok itu hanya menyedut lebih kurang
30% daripada asap rokoknya, sedangkan baki daripadanya 70% asap rokok itu
meresap ke udara dan lebih teruk mungkin atau boleh disedut oleh orang lain
disekelilingnya termasuk kanak-kanak dan ibu hamil.

Asap rokok ini sebenarnya boleh merosakkan semua organ dan tisu dalam badan.
Sumber maklumat menyatakan asap rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia
merbahaya dan termasuk 69 jenis bahan yang menyebabkan penyakit kanser.

Apa yang membimbangkan kita, terdapat segelintir manusia yang bersikap sambil
lewa terhadap tanggungjawab supaya tidak menjerumuskan diri kearah
memudaratkan ini. Sedangkan Allah melarang perbuatan ini. Ajaran Islam juga
melarang umatnya daripada melakukan sesuatu yang memudaratkan orang lain
melalui tindakannya seperti mengancam hak golongan paling ramai bukan perokok
dengan udara yang tercemar asap rokok.

Sebagaimana dalam sebuah Hadis Rasullah SAW yang bermaksud;


" Janganlah melakukan sesuatu yang mudarat dan yang memudaratkan orang lain".

Sidang Jumaat yang dirahamati Allah SWT,

5. Atas sebab itulah usaha untuk menjadikan Daerah Ranau bebas dari ancaman
asap rokok amat penting bermula sekarng. Ia bertujuan untuk melindungi orang
awam dari ancaman terdedah kepada asap rokok yang memudaratkan kesihatan.

Pengistiharan Tempat-Tempat Didalam Dan Di Luar Bangunan tertentu sebagai


kawasan ditegah merokok antaranya seperti Premis-perimis Kerajaan, Masjid,
Surau, Kantin, Dewan Serbaguna, Hospital, Institusi Pendidikan dan juga manamana premis yang digunakan bagi maksud perniagaan seperti Hotel, Restoran,
Setesen Minyak, Taman Rekreasi dan sebagainya.

6. Kesedaran dan pengetahuan setiap ahli masyarakat pula perlu dipertingkatkan


dan diperkasakan. Setiap pemilik premis juga perlu berperanan menyokong usaha
ini sekurang-kurangnya dengan tidak menyediakan kemudahan perokok dan
membantu kempen larangan merokok.

Orang ramai pula terutamanya perokok seharusnya tidak merokok di mana-mana


premis yang mempamerkan tanda larangan merokok bagi menghormati hak ahli
masyarakat yang lain.

Sidang Jumaat yang dirahmati allah sekalian,

Bagi memastikan Daerah Ranau bebas dari asap rokok ini, mimbar menyeru sidang
Jumaat sekalian, marilah kita bersama-sama memastikan persekitaran kita bersih
dari ancaman asap rokok. Iaitu melalui usaha membudayakan tabiat tidak merokok
sebagai amalan cara hidup yang sihat.

7. Dalam masa yang sama, kita hendaklah sama-sama berganding bahu terusmenerus berusaha menasihati perokok agar membuang terus tabiat buruk tersebut.

Sikap nasihat-menasihati adalah merupakan asas kekuatan umat islam yang


sentiasa menjaga masalah saudara sesama Islam.

Disamping itu, kerjasama serta usaha pemantauan berterusan dan sokong dari
pelbagai pihak seperti agensi-agansi kerajaan, agensi Penguatkuasaan, pemilik atau
pengusaha premis-premis perniagaan dan perindustrian dan orang ramai adalah
sangat diharapkan.

Mudah-mudahan dengan kerjasama dan perpaduan kepada usaha mulia ini, kita
mampu mencapai matlamat melahirkan masyarakat dan persekitaran Daerah Ranau
Yang Bebas Dari Asap Rokok.


.
.

Anda mungkin juga menyukai