Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI HOKI

Hoki adalah sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakan negara di
seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang
rumput, dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Di negara yang
mana hoki ais tidak begitu menonjol, jenis hoki yang dimain di dalam padang rumput
dikenali dengan mudah sebagai "hoki", sementara di negara yang mempunyai hoki
ais, sukan itu dikenali sebagai hoki padang. Adalah dipercayai nama hoki berasal
daripada bahasa Perancis, iaitu "hoquet", yang kemudiannya diterjemah kepada
bahasa Inggeris menjadi "hockey".
Asal-usul Hoki
Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu
permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan
demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan
yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.
Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama
kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang
lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia,
Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan
dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.
Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M.
Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk
bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung
daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki
yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500
S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan
permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.
Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang
mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puakpuak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua
1

penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil


bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan
menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.
Sejarah Hoki di Malaysia
Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara
tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki
masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih,
barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.
Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah
mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi
pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah
menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan
permainan persahabatan di sana.

Padang permainan
Kebanyakan ukuran padang hoki pada asalnya diteteapkan menggunakan nombor
integer ukuran imperial dan dituliskan sedemikian dalam rencana ini.

Anda mungkin juga menyukai