Anda di halaman 1dari 1

Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR 2010 negeri Johor yang dikasihi.

Ayahanda doakan agar anakanda sekalian dikurniakan


kesihatan yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 September 2010 nanti. Ayahanda harapkan
agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan yang penting ini.
Dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap agar dapat menjadi pengganti diri ayahanda dan sesungguhnya anakanda tidak
bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dalam kehidupan anakanda. Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang
yang tulus dari ayahanda yang terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yang cemerlang dalam hidup anakanda.
Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan ayahanda jua.
Anakanda yang dikasihi,
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah.
Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh
dicapai. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk cemerlang adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti.
Sifat putus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh dari diri anakanda.
Seperkara yang ayahanda ingin berkongsi ialah jangan malu untuk bertanya. Seperti kata pepatah melayu Malu Bertanya Sesat
Jalan Tanyalah apa jua kemusykilan pada yang mahir. Di sekolah umpamanya kita mempunyai guru-guru yang cemerlang,
kaunselor kaunselor yang gemilang dan guru guru pakar yang terbilang. Bertanyalah pada mereka semua. Semua persoalan
akan terungkai . Bayangkanlah sekiranya anakanda rajin bertanya pada mereka, anakanda akan menjadi pelajar luarbiasa dan
cemerlang.
Anakanda yang dikasihi,
Ayahanda tahu bahawa masa kini semakin suntuk, ketika warkah ini dibaca, ayahanda rasa hanya tinggal beberapa minggu
sahaja lagi peperiksaan UPSR akan berlangsung. Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Cuba
dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan
melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Mohonlah kemaafan dan doa daripada mereka.
Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan anakanda. Sebelum ayahanda mengundur diri, sekali lagi ayahanda nasihatkan
agar anakanda menjaga kesihatan dan bersenamlah selalu agar badan sihat dan cergas. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini
sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana Masa Itu Emas. Rajinlah mengulangkaji dan ketahuilah subjek atau topik yang
masih belum dikuasai sepenuhnya.
Akhirkata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa dan guru anakanda. Sekali lagi kita capai Johor Top 5 tahun
ini. Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya dengan cemerlang.
Daripada Ayahanda
(HAJI SUFAAT BIN TUMIN)
Pengarah Pelajaran Johor

Anda mungkin juga menyukai