Anda di halaman 1dari 5

BULETIN RAMADHAN 1435H / 2014

(BIL 1)
1 Ramadhan 1435H 6 Ramadhan 1435H
(Ahad hingga Jumaat)

PERNGERTIAN PUASA
Puasa ialah : menahan diri daripada
makan dan minum serta perkara-perkara
yang membatalkan puasa dari terbit
matahari hingga terbenam matahari.
SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Bermukim tidak dalam musafir
5. Kuat atau mampu mengerjakan puasa
RUKUN PUASA
1. Niat
Perlu berniat setiap malam sebelum terbit
fajar pada malam pertama untuk sebulan
dalam bulan Ramadhan. Sekiranya terlupa
untuk berniat puasa sebulan pada malam
pertama, hendaklah berniat setiap hari
sebelum terbit fajar.
Lafat niat puasa :






Ertinya : Sahaja aku berpuasa pada bulan
Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2. Menahan diri dari makan dan minum ,
disamping meninggalkan segala hal yang
membatalkan puasa dari terbit Fajar
hingga terbenam matahari.
SUNAT-SUNAT PUASA
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika
berpuasa :
1. Makan sahur serta melambatkannya.
2. Menyegerakan berpuasa dan sunat
berbuka dengan buah kurma atau bendabenda yang manis atau air.
3. Menjamu orang-orang berbuka puasa.
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat

baik.
PERKARA-PERKARA YANG
MEMBATALKAN PUASA
1. Keluar air mani dengan sengaja di siang
hari
2. Bersetubuh di siang hari
3. mabuk
4. Tidak sedarkan diri
5. Bersalin
6. Muntah dengan sengaja
7. Memasukkan sesuatu kedalam rongga
badan
8. murtad
9. haid/nifas
10. makan/minum,
DOA BUKA PUASA










Ertinya : Ya Allah. keranaMu aku berpuasa,
dan denganMu aku beriman dan dengan
rezekiMu aku berbuka dengan RahmatMu
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi
Penyayang.
Madrasah Ramadan
PUASA menurut syariat adalah menahan
diri
daripada
perkara
yang
membatalkannya bermula dari terbit fajar
hingga
terbenam
matahari,
dengan
disertai dengan niat kepada Allah. Semua
perintah Allah yang disyariatkan pastinya
mempunyai faedah dan manfaatnya,
begitu juga dengan segala larangan-Nya
yang pasti ada kemudaratannya. Dari segi
kesihatan, puasa dapat menghindarkan
penyakit. Sepertimana kita tahu, dewasa
ini manusia meninggal dunia disebabkan
oleh pemakanan.
Hadis Nabi juga menyebut bahawa perut
adalah rumah penyakit dan puasa adalah
raja segala ubat. Seharian kita berpuasa
telah mendidik perut kita hanyamenerima
makanan pada masa yang ditetapkan
sahaja. Jika hari-hari biasa, merata

tempatkita manusia menikmati hidangan


makanan tanpa mengira masa selagi mata
belum terpejam. Jadi perut pun bekerja
tanpa
rehat.
Para
penyelidik
ilmu
perubatan juga mengakui bahawa puasa
dapat membuang toksin dari badan dan
secara tidak langsung meningkatkan
sistem imunisasi tubuh dalam melawan
penyakit.
Dalam
ilmu
biologi, ketika perut dan usus melakukan
proses pencernaan, otak tidak dapat
berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga
dan pengaliran darah tertumpu kepada
kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab
itulah apabila kita makan sampai terlalu
kenyang, otak kita akan menjadi lemah
untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa
mengantuk dan malas. Ketika berpuasa,
tenaga dan pengaliran darah tertumpu
kepada otak. Inimenjadikan otak dapat
bekerja dengan lancar dan member
peluang
kepada
diri
kita
untuk
melaksanakan
aktivitiaktiviti
yang
menggunakan mental dan fizikal yang
berkesan.

Sabda Nabi S.A.W.


Amat sia sia dan rugi mereka yang
melalui
Ramadhan
namun
tidak
mendapat keampunan
RUTIN HARIAN YANG MENAMBAH
PAHALA
(BERGANDA) SEPANJANG RAMADHAN

Solat sunat tahajjud / berdoa


sebelum sahur
Bersahur ( jangan lupa 3 biji
kurma )
Solat subuh dan berdoa
Membaca Al Quran dan berdoa
Pergi sekolah / belajar kerana Allah
Bertadarus Al Quran / zikir munajat
( waktu rehat )
Bersedekah / menjamu orang
berbuka puasa
Solat zohor dan berdoa
Membaca Al Quran dan berdoa

Solat asar dan berdoa


Membaca Al Quran dan berdoa
Berzikir / berdoa sebelum berbuka
puasa
Segerakan
berbuka
(mulakan
dengan kurma)
Solat Maghrib dan berdoa
Solat Isyak dan berdoa
Solat sunat tarawih dan berdoa
Membaca Al Quran dan berdoa
Berniat puasa ( sebelum tidur atau
selepas sahur )

PERBUATAN

PERBUATAN
YANG
MENGIKIS / MENGURANGKAN PAHALA
PUASA

Berpuasa tetapi tidak solat fardhu


5 waktu
Berpuasa tetapi tidak menutup
aurat
Berbuka puasa dengan makanan
yang haram / punca rezeki yang
haram
Bergaduh / bertengkar
Menipu / berbohong
Mengumpat / menfitnah
Mengutuk / mengeji / mencarut
Melihat sesuatu yang haram (lihat
aurat wanita di bazar Ramadhan!)
Mendengar sesuatu yang haram
atau melalaikan

Sabda Nabi S.A.W.


Betapa
ramainya
orang
yang
berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa
dari puasanya melainkan lapar dan
dahaga sahaja...
PERINGATAN DI BULAN RAMADHAN
1
Orang yang berpuasa hendaklah
sentiasa menjaga diri dari melakukan
segala
perkara
yang
membatalkan
puasa.

2 Menjauhkan diri dari segala dosa ( dosa


melalui mata , hati , telinga , lidah dan
panca indera yang lain ).
3 Puasa
merupakan
suatu
ibadah
bukannya adat.
4 Tujuan sebenar puasa adalah untuk
mendidik jiwa manusia supaya menjadi
insan yang bertaqwa dan menjauhi segala
sifat yang keji atau tercela.
5 Untuk mencari bekalan akhirat yang
secukupnya sebelum kedatangan maut.
6 Setiap amalan dalam Islam mesti
dilaksanakan dengan ikhlas iaitu tidak ber
campur syirik dan ria.
-wallahu alamDisediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.
SK. Gelong Gajah, Beruas.

BULETIN RAMADHAN 1435H / 2014


(BIL 2)
7 Ramadhan 1435H 13 Ramadhan 1435H
(sabtu hingga Jumaat)

AMALAN

AMALAN
DI
BULAN
RAMADHAN
1 - 10 Ramadhan :
Allahummarhamni Ya Arhammarrahimin
(Ya Allah Kasihaniku Wahai Yang Maha
Penyayang Maha Mengasihani)
11 - 20 Ramadhan:
Allahummaghfir Zunubi Ya Rabbal Alamin
(Ya Allah Ampunkan Dosaku Wahai Tuhan
Sekalian Alam)
21 - Akhir Ramadhan:
Allahumma A'tiqni minannar wadkhilni
Jannataka Ya Rabbal 'Alamin Birahmatika
Ya Arhamarrahimin

(Ya Allah selamatkanku dari nerakaMu dan


masukkanlah aku ke syurgaMu wahai
Tuhan Sekalian Alam dengan rahmatMu
Wahai Yang Maha Penyayang Maha
Mengasihani)
Tips bagi Ramadan lebih bermakna .
1. Banyakkan berdoa agar Allah S.W.T
memberikan keinginan dan semangat
beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita
kadangkala tertanya diri sendiri
mengapalah malas sangat aku ini .
Tanpa berbuat apa-apa kita dengan
kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak
semangat beribadat boleh dirawat dengan
meminta Allah mendatangkan semangat.
Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah
ibadat dan ada kuasa tersendiri.
2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di
awal Ramadan kerana ia akan
mengingatkan betapa kurangnya kita
persiapan amalan. Ziarah kubur
sebenarnya hendak menolong diri kita,
bukan sahaja si mati. Sebenarnya time is
life (masa itu kehidupan). Luang masa itu
membunuh kehidupan. Orang yang sudah
mati tidak ada masa. Dengan keinsafan
berziarah mendorong kita untuk tidak siasiakan peluang sebulan Ramadan kali ini.
3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan
perbanyakkan ucapan sesama sahabat
dan keluarga dengan kata-kata semangat
agar bertambah ghairah dan bermakna
dalam bulan berkat ini.
Dalam sunnah pun Nabi S.A.W selalu
memberikan khabar gembira kepada
kalangan sahabatnya setiap kali datang
bulan Ramadan: Telah datang kepada
kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh
berkat. Allah telah mewajibkan kepada
kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu
Allah membuka pintu-pintu syurga dan
menutup pintu-pintu neraka. (HR Ahmad)
Marilah kita sama-sama mengucapkan
Marhaban Ya Ramadan

Mengucapkan Marhaban Ya Ramadan


( Selamat Datang Ramadan) dengan ikhlas
menunjukkan kita gembira menyambut
kedatangan bulan Ramadan yang mulia
ini.
Rasulullah
sendiri gembira setiap
kali
kedatangan Ramadan.
Rasulullah
s.a.w
mengucapkan tahniah kerana kedatangan
Ramadan.
Berita gembira itu disampaikan pula
kepada sahabatnya sambil bersabda
Sungguh telah datang kepadamu
bulan Ramadan , bulan yang penuh
keberkatan. Allah memfardhukan ke
atas kamu berpuasa. Di dalam bulan
Ramadan dibuka segala pintu syurga
dan dikunci segala pintu neraka dan
dibelenggu seluruh syaitan . Padanya
ada suatu malam yang lebih baik
daripada 1000 bulan. Barang siapa
tidak diberikan kepadanya kebaikan
malam itu , maka sesungguhnya dia
telah dijauhkan daripada kebajikan.
( Riwayat Ahmad)
Apabila tiba bulan Ramadan maka
dibuka pintu-pintu rahmat.( Riwayat
Muslim)
Sesiapa sempat bertemu Ramadan
dan tidak diampun dosanya, maka
semakin jauh dia dengan Allah
( Riwayat Ibnu Hibban ).
Sesiapa yang berpuasa kerana iman
dan ikhlas mengharapkan pahala
daripada Allah, maka dosanya yang
lalu akan diampun oleh Allah.
( Riwayat Imam al Bukhari )
Nabi Bersabda , Solat lima waktu ,
Jumaat ke Jumaat , Ramadan ke
Ramadan adalah penghapus dosadosa yang terjadi di antara waktu
tersebut jika dijauhi dosa- dosa
besar. (HR Muslim )
Nabi S.A.W bersabda : Tiga doa yang
sangat mustajab, doa orang yang
puasa, doa orang yang dizalimi dan
doa orang musafir. ( HR Bukhari )

Nabi S.A.W bersabda :Doa yang tidak


akan
ditolak
bagi
orang yang
berpuasa ialah ketika dia berbuka . (
HR Ibn Majah )
Nabi S.A.W bersabda :Sesiapa yang
menjamu makanan untuk berbuka
bagi orang yang berpuasa, pahalanya
sama seperti pahala orang yang
berpuasa , iaitu pahala orang yang
berpuasa tidak kurang walau sedikit
. ( HR At Tarmizi )
Nabi
S.A.W
bersabda
:Apabila
seseorang itu berpuasa , maka
janganlah
dia
mengucapkan
perkataan yang kotor dan jangan
pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki
oleh seseorang atau diajak bergaduh
maka
hendaklah
dia
berkata
:
sesungguhnya aku berpuasa. (HR
Bukhari dan Muslim )
Nabi S.A.W bersabda :Sesungguhnya di
dalam syurga itu ada sebuah pintu
yang disebut pintu Rayyan. Semua
orang
yang
berpuasa
akan
memasukinya pada hari kiamat dan
tidak dibenarkan sesiapa pun selain
daripada mereka memasukinya. Lalu
dikatakan : Di manakah orang yang
berpuasa? . Lantas mereka pun
berdiri dan tidak ada seorang pun
yang dapat masuk selain orang yang
berpuasa. Apabila sekalian orang
berpuasa
telah
masuk
,
maka
ditutuplah dan tiada seorang pun
yang
dapat
memasukinya.
(HR
Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Umamah r.a. Aku bertanya
kepada Rasulullah S.A.W Tunjukkan aku
satu amalan yang membolehkan aku
masuk syurga Rasulullah S.A.W bersabda
hendaklah kamu berpuasa , tiada lagi
yang seumpamanya . ( HR Ibn Hibban )

Nabi S.A.W bersabda :


Puasa adalah perisai yang akan
melindungi seseorang daripada api
neraka. ( HR Ahmad )

Munajat Ramadhan
Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim..
Dalam dakapan ramadhan yang suci ini,
dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil
dan hina ini memohon doa dengan penuh
pengharapan kepadaMu Ya Allah..semoga
Engkau sudi mendengar permintaan kami,
kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan
yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim..
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk
melihat jalan keluar dari semua masalah
yang membelenggu kami, bukakanlah
hijab kepada kami yang tak mampu
melihat segala kebaikan pada setiap
kejadian
dan
takdirMu,
Ya
Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk
diri kami. Janganlah Engkau menguji kami
pada apa yang tidak mampu kami
lalui..bukakanlah pintu-pintu rahmatMu
untuk kami ya Allah..
Ya Allah Rabbul Jalil...
Sejahterakanlah untuk kami dengan
kesihatan yang baik..supaya dengan nya
kami dapat beribadah kepadaMu. Ya
Allah..ampukanlah segala dosa kami,
kerana
kami
terlalu
banyak
dosa
kepadaMu, ya Allah..kami lupa akan
Engkau ketika sihat, kami ingat kepadaMu
bila ditimpa sakit, kami lupa kapadaMu

ketika senang, kami ingat padaMu bila


datang kesusahan, kami lupa kepadaMu
disaat
kami
gembira,
kami
ingat
kepadaMu ketka sedih dan kecewa, kami
habiskan usia muda dengan keseronokan
dunia, kami mula mengingatiMu tika usia
sudah tua..justeru ya Allah..ampunilah
semua
dosa
kami..berilah
kekuatan
kepada kami untuk melawan hawa nafsu
dan dunia yang sentiasa melalaikan kami
daripada mengingatiMu ya Allah..
Ya Allah..Ya Rahman..ya Rahim..
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,
setiap titik susu ibu yang mengalir dalam
diri
kami..Kau
gantikanlah
dengan
kebajikan
untuknya
yang
boleh
membawanya ke syurgaMu ya Allah..ya
Rahman..pada
setiap
keringat
yang
mengalir pada tubuh ayah kami dalam
mencari rezeki pada keluarga kami, Kau
gantikalah dengan keampunan yang
membawanya ke syurgaMu ya Allah,
sesungguhnya pengorbanan mereka tidak
akan mampu kami membalasnya, Bahkan
terkadang mereka hidup dalam kesusahan
dan kesempitan,sedangkan kami berada
dalam
kesenangan
dan
kemewahan..Justeru, kurniakanlah kepada
kedua ibubapa kami
tempat yang
istimewa di syurgaMu ya Allah..Amin.
Semoga Ramadan kali ini merupakan
Ramadan yang TERBAIK bagi kita semua.
InsyaAllah. Amin.

Anda mungkin juga menyukai