Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Bolasepak diminati oleh semua golongan, dari semua peringkat umur dari
murid sekolah rendah hinga dewasa. Di sana sini orang bermain bolasepak. Ada bermain
sekadar mengisi masa lapang dan ada pula yang bermain untuk sesuatu pertandingan.
Ada yang bermain kerana minat dan ada pula yang bermain sebagai sumber penndapatan.
Seorang pemain bolasepak perlu belajar selok-belok permainan. Seorang
pemain perlu cekal menerima tunjuk ajar daripada jurulatihnya. Jurulatih dan guru
pengawas bolasepak perlu meningkatkan pencapaiaannya dalam bidang sukan ini dan
perlu juga lebih cekap berkomunikasi supaya pelatihnya dapat menerima apa yang diajar
dengan lebih mudah dan lekas.
Masalah besar yang dihadapi oleh juruulatih ialah tidak adanya bahanbahan mengajar, selain kemudahan alat dan tempat bermain. Selama ini mereka hanya
merujuk kepada buku-buku dalam bahasa inggeris dan kebanyakannya pula sama ada
telah ketinggalan zaman atau tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya disebabkan faktor
bahasa.

Anda mungkin juga menyukai