Anda di halaman 1dari 4

Harapan kini terletak di bahu Azwan.

Berbekalkan pistol dengan beberapa biji


peluru logam khas yag disalut dengan racun CT-32 sahaja, dia harus memburu raksasa
pemakan manusia itu. Dek kerana kecuaian Dr Asnizam terhadap hawa nafsunya ingin
membina senjata baru, kini dia termakan oleh kerakusannya sendiri. Dia dibunuh dengan
begitu kejam sekali, mati katak, itu sahaja boleh diungkapkan dengan kematian tragis Dr
Asnizam.Tidak membawa sebarang kebaikan kepada hidupan di dunia ini malah hanya
membawa khabar buruk kepada manusia sejagat kerana ketamakannya. Habis segala alat
radas di makmalnya musnah dijilat api angkara makhluk pemakan manusia itu, Amukan
daripada makhluk yang tidak mengenal erti kemanusiaan itu telah mencetuskan huru-hara
dalam kalangan penduduk bandar Kuala Lumpur. Pihak polis yang bertungkus lumus
mencari serta cuba memusnahkan subjek eksperimen Dr Asnizam yang kini menjadi makhluk
pembunuh telah memakan puluhan nyawa dibunuh oleh makhluk bukan kepalang ganasnya.
Fizikal makhluk yang telah diubahsuai supaya kalis peluru serta regenerasi semula pada
kadar yang terlalu cepat telah menambah kepayahan pihak berkuasa bagi
memburunya,Kajian yang dijalankan oleh Dr Asnizam tanpa pengetahuan daripada manamana agensi telah terbongkar di saat kematiannya.. .
Ya Allah! Bukan main idea aku hari ini, imaganisi terlebih sikit agaknya. Sampai ke
raksasalah, senjatalah, apa dia? Peluru logam bersalut racun? CT-32? Kelakar juga bila
difikirkan semula tapi seronok juga ya sebab dapat mencipta dunia sendiri dalam kepala.
Bukannya selalu sangat pun, asyik berfikir cerita pasangan cinta, syarikat itu, syarikat ini,
mak mentua tak terima anak menantu, suami isteri bergaduh. Nak dikatakan bosan, kadangkadang rasa nak mengaku juga tapi itu yang biasa aku buat. Plot yang hampir sama, Cuma
olahan yang berbeza. Tukar watak, tukar latar tempat, latar masa dan pelbagai lagi dan siap.
Hobi yang aku lakukan sejak setahun menceburi dunia penulis. Idea yang ada dalam minda
tidak lari daripada cinta antara dua insan yang kadang-kadang tidak direstui oleh salah satu

mentua. Kalau tidak pun, dicemburui oleh pihak yang ketiga dan berlaku pergaduhan antara
dau belah pihak keluarga. Wah, terasa seperti orang professional pula. Tidak apa, anganangan jangan sampai jadi macam Mat Jenin, yang penting usaha ada. Azwan, nama pertama
yang terlintas dalam fikiran aku apabila hendak memulakan cerita. Nama seperti kawan
baikku yang mempunyai perwatakan yang agak berbeza daripadaku. Seorang yang boleh saya
gelar periang, jenaka yang agak kasar tetapi seorang yang sangat kreatif. Namun, kami
berkongsi satu minat yang sama iaitu menonton anime. Kami digelar otaku oleh beberapa
kawan yang lain kerana masa lapang kami yang sering diisi dengan anime berbanding rakan
lain yang lebih meluangkan masa seperti remaja kini yang lain dengan twitter, Instagram,
Facebook, Whatsapp dan macam-macam lagi. Tidak lagi seperti remaja zaman dahulu.
Berkonvoi menuju ke kedai makan, memancing. Sangat berbeza. Beepbeep, sungguhpun
hanya sekadar mod gegaran, aku terkejut seperti ada kilat menyambar. Azwan calling.
Teman aku keluar esok. Aku free. Ok, esok pukul 9.00 pagi, aku tunggu dekat
depan rumah. Jemput aku sekali. Yang paling penting, aku nak kau hamparkan karpet merah
depan pintu rumah aku. Mesti kau ingat kau lawak kan? Kami diam sebentar, tidak sampai
sepuluh saat, Azwan tergelak besar. Sakit hati bukan main lagi rasanya. Kalau bukan
disebabkan dia kawan rapat aku, sudah tentu sumpah seranah sudah aku hamburkan pada dia.
Ada juga sedikit tetapi aku tidak mengaggapnya sebagai satu perkara yang serius kerana
sudah jemu dengan perangainya sejak kami mula berkawan lagi. Bagi aku, ini bukanlah kali
pertama aku diperlakukan sedemikian. Tidak terkira. Namun. Sebagai kawan baik, aku tidak
pernah membiarkan aku sahaja diperlakukan seperti itu.Beberapa kali aku juga pernah aku
kenakan jenaka kasar aku kepadanya. Bak kata orang putih, fair and square. Prinsip yang aku
pegang sepanjang aku berkawan dengannya. Agaknya yang membaca ini mesti menganggap
kami agak kasar perilakunya. Bagiku, berjenaka biar kena pada orangnya kecuali Azwan.
Aku sudah terlalu kenal dengan perangainya.

Ok, jam pukul 9.00 pagi. Dia masih belum tiba di hadapan rumahku seperti biasa,
Apabila dia beritahu pukul 9.00 pagi, aku sudah agak, dalam 9.30 pagi baru akan tiba.
Perkara kebiasaan yang berlaku antara kami. Haziq! Mak dah siapkan sarapan, turun dekat
dapur sekarang. Baik mak! Sekejap lagi Haziq turun ya.
Usai sarapan, aku meminta izin ibuku ingin keluar sebentar dengan rakan sebentar,
mungkin dalam tengah hari atau petang akan kembali semula. Kebetulan juga pada masa itu,
kedengaran bunyi kereta Proton Saga yang dipandu Azwan di hadapan rumah dan aku terus
keluar menuju ke kereta. Kau lambat! Kau pun tahu aku biasa bangun pukul berapa, buat
biasa sahajalah. Azwan tersenyum dan terus pandu keretanya ke destinasi yang diingininya.
Kau nak pergi mana hari ni? Azwan dengan selambanya menjawab Teman aku beli DVD
anime sekejap. Aku dengar Tokyo Ghoul dah keluar season ketiga dah. Kau biar betul?
Lapas kau tengok, aku nak pinjam. Kau cakap macam beratus je nak pinjam dengan aku,
padahal berapa kau sorang sahaja yang tengok anime yang aku kenal selain aku sendiri. Aku
tergelak sedikit. Ok Wan, yang penting aku pinjam dulu. Kalau orang lain tiba-tiba pinjam
nanti aku sekeh kepala dia. Baru aku dengar dia gelak hari ini dengan lawak aku.
Dalam perjalanan ke bandar besar, dia memang tak henti-henti bercerita tentang
teman wanitanya yang penuh dengan cabaran. Aku yang mendengar pun turut naik simpati
walhal aku jarang bersimpati dengannya. Perangai teman wanitanya memang tidak terjangka.
Kuat cemburu, cepat merajuk, cepat marah dan macam-macam lagi. Tetapi, siapalah aku
untuk campur urusan pribadinya. Berkawan baik sekalipun biar ada batasannya. Oh, dalam
juga aku fikir sekarang ini. Overthinking kadang-kadang berlaku pada diri aku. Pelbagai
keadaan yang aku bayangkan apabila ada sebarang masalah yang timbul. Aku bukannya
mesin tetapi manusia, memang tidak mustahil aku terfikir perkara-perkara yang pelik
sehingga menjejaskan mood aku sepanjang hari.

Tiba-tiba dunia menjadi gelap gelita, sunyi sepi. Bunyi suara Azwan bercerita, enjin
kereta semuanya lenyap. Apa yang terjadi? Aku sepatutnya sihat walafiat namun dunia terasa
pusing. Pening kepala yang teramat tiba-tiba menerjah ke dalam kepala aku.

Anda mungkin juga menyukai