Anda di halaman 1dari 1

Tajuk Buku : 40 Kesilapan Mendidik Anak-anak

Penulis : Dr. Hassan Hj. Mohd Ali


Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd
Akademi Keluarga Malaysia (AKRAB) 1996
ISBN -967-61-0609-7
40 kesilapan mendidik anak-anak memaparkan 40 kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan
oleh ibu bapa tanpa disedari dalam mendidik anak-anak. Antara kesilapan yang dinyatakan
adalah memaki hamun anak-anak ketika mereka sedang makan, melahirkan rasa kurang
senang ketika makan, membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak, tidak
mengamalkan konsep keadilan kepada anak-anak, sentiasa menunjukkan muka masam di
hadapan anak-anak, menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan serta tidak
menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
Terdapat 40 kesilapan yang dinyatakan dan setiap kesilapan yang diterangkan, disertakan
dengan panduan tentang langkah-langkah yang boleh dipraktikan yang seharusnya diambil.
Ia membantu ibu bapa untuk tidak melakukan kesilapan yang sama dan membantu ibu bapa
untuk membuat pendekatan menerangkan setiap kesalahan yang dikenalpasti, diulas dan
dikaitkan dengan kesan negatifnya terhadap personaliti anak-anak, keutuhan sesebuah
keluarga dan juga persekitaran kehidupan keluarga.
Daripada dapatan bacaan isi kandungan buku ini, pelbagai persepsi akan wujud dalam
fikiran para pembaca. Persepsi pertama mungkin menganggap bahawa apa yang dihuraikan
tidak berkaitan langsung dengan diri para pembaca. Persepsi kedua menyebabkan
seseorang itu sedar dan insaf lantaran apa yang dibincangkan itu secara tepat mengenai
mereka dan persepsi ketiga menganggap memang terdapat kesilapan-kesilapan yang
sedemikian tetapi dengan perjalanan masa ia boleh dibaiki dengan mudah. Persepsi
seterusnya, kesilapan ini berlaku bukan kerana ibu bapa tetapi lebih berpunca daripada
anak-anak dan terdapat juga persepsi yang menyatakan kesilapan ini telah berlalu dan tidak
banyak usaha pembaikan yang dapat dilakukan.
Namun adalah lebih baik sekiranya penulis dapat mengulas contoh-contoh perbuatan atau
kesilapan-kesilapan agar lebih mudah difahami dan dihayati. Kesimpulannya buku ini sesuai
untuk dijadikan rujukan bagi menilai dan memperbaiki setiap sudut kelemahan seseorang
individu agar dapat diadun ubat penawarnya.

Anda mungkin juga menyukai