Anda di halaman 1dari 14

HIKAYAT ABDULLAH

o PEMIKIRAN
o PERANAN WANITA

PEMIKIRAN

Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah bukan sahaja


merupakan seorang penulisMelayu yang agung beliau juga
merupakan seorang mujaddid dan ahli fikir. Buahfikirannya,
walaupun sudah berusia lebih seratus lima puluh tahun,
masih tetap segar dan sesetengahnya masih perlu
diusahakan oleh masyarakat Malaysia pada hari ini.
Pemikiran Abdullah yang liberal dan terkehadapan
berbanding masyarakat yangsezaman dengannya,
terutamanya terhadap ilmu-ilmu Inggeris, terhadap Injil
danKristian dan kritikan-kritikan beliau terhadap
kemunduran masyarakat Melayu yangmenebal dengan
kepercayaan lama yang penuh dengan kekarutan.

Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah


Munsyi melalui pergaulannya dengan tokohtokoh Inggeris seperti Stamford Raffles dan
William Farquhar telahterpengaruh dengan
idea-idea Rennaisance (kelahiran semula)
yang melanda Eropahpada ketika itu.
Pegawai Inggeris seperti Raffles dan Farquhar
ini dilihat cenderungkepada pemikiran
rasionalis dan humanis dalam diri mereka
dan perkara ini cukup terkesan kepada
Abdullah.

Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah dilihat tertarik


dengan idea-idea baru Rennaisance seperti martabat
tinggi individu, kebebasan individu, kemuliaan
yangdiberi kepada ilmu, pemerintahan mengikut
undang-undang, semangat tekun,kebersihan,
perancangan dan disiplin dalam kehidupan.
Disebabkan oleh terpengaruhnya beliau terhadap
fahaman rasionalis, Abdullahsecara terang telah
menolak sebarang bentuk khurafat, tahyul dan
kepercayaankarut lain yang bersebati dalam pemikiran
orang-orang Melayu pada ketika itu. Halini dapat dilihat
melalui kritikan Abdullah terhadap kepercayaan
khurafat dalammasyarakat Melayu:

....Segala hantu syaitan yang tersebut itu pun halnya


kudapati bohong dan tipu dan perdaya dan silap
mata. Maka sebab itulah berani akubersumpah
menyebut nama Allah mengatakan bukannya benar;
hanyasemata-mata kejahatan dalamnya dunia dan
akhirat. Maka adapun orang yang percaya dan orang
yang berbuat dan orang yang membenarkan
pekerjaan itu sama hukumnya menduakan Allah,
sekali-kali tiada yang laindaripada Allah yang boleh
memberi baik atau jahat, dan yang mematikan
danmenghidupkan, dan yang mendatangkan sesuatu
bahaya atau kesukaran di atas hamba-Nya....

Seterusnya, pemikiran humanis Abdullah pula dapat dilihat


melalui kritikannya keatas kezaliman raja pada waktu itu ke
atas masyarakat Melayu. Tulis Abdullah dalamhikayatnya:
... Sebab aku menyatakan zalim dan aniaya perintah rajarajanyakarena sentiasa tabiat raja Melayu itu, iaitu
menghinakan rakyatnya, seolah-olah pada pemandangannya
akan rakyat itu seperti binatang, adanya. Makasebab itulah
apabila rakyatnya itu bertemu dengan dia dapat tiada
hendaklahia dapat duduk di tanah, baik di becak, baik di
kotor. Dan lagi, apabila raja-raja itu menghendaki baik anakanak perempuan, atau barang suatu hartabenda rakyatnya,
diambilnya sahaja tanpa menjadi suatu kesusahan atautakut
kepada Allah...

Pengkisahan mengenai raja-raja Melayu di dalam


hikayatnya itu,ternyata Abdullah telah dipengaruhi oleh
pemikiran humanis Barat yang menjunjungtinggi
kebebasan dan martabat setiap individu yang
diperjuangkan olehnya.
Pemikiran Abdullah ini penuh dengan islah
(pembaharuan) dengan mengkritik secaraterbuka ke
atas raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu yang
dianggap sebagaibodoh dan malas. Malah, pemikiran
islah yang telah dimulakan Abdullah ini telahditeruskan
pula oleh angkatan pemikir Timur Tengah dalam Gerakan
Islah sepertiSyed Syeikh al-Hadi. (Kassim Ahmad, 2004)

Pemikiran Abdullah terhadap bahasa Inggeris adalah


berlawanan dengansikap dan pemikiran masyarakat
Melayu yang lain terhadap ilmu tersebut. Tulis Abdullah
mengenai kepentingan bahasa Inggeris:
.... sudah berapa kali sudah aku ingatkan akan mereka
itu serta memberitahu akan mereka itu bahawa sekalikali Inggeris hendak memasukkan seseorang ke dalam
agamanya kalau yang empunya diri tiadasuka,
melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui
bahasa kamudan bahasa Inggeris, kelak nanti di
belakang banyak gunanya. Kalau sudah pandai, engkau
sekalian boleh mencari kehidupan dengan mudahnya.

PERANAN WANITA

PERI ACHI (NENEK


ABDULLAH)
Menurut Siti AisahMurad (1996), Peri Achi
adalah merupakan seorang guru besar
sebuah sekolah diKampung Pali yang
mengandungi lebih kurang 200 orang murid.
Sekolah tersebutmenekankan pelajaran
membaca, menulis dan mengaji al-Quran.
Malah, Abdullah juga turut mendapat
pendidikan awal bersama neneknya
semasabapanya berniaga di Siak.

Berdasarkan peranan yang dimainkan oleh


Peri Achi, hal ini menunjukkanbagaimana
wanita pada zaman Abdullah telah
memainkan peranannya dalammenjadi
tenaga pendidik dalam kalangan
masyarakat Melayu. Hal ini secara
tidaklangsung juga turut menunjukkan
bagaimana wanita turut berperanan
dalammembangunkan anak bangsanya
pada ketika itu.

SALAMAH (IBU
ABDULLAH)
Menurut Siti Aisah Murad (1996), ibu Abdullah sebelum
bernikah dengan bapanyaadalah merupakan seorang
wanita India beragama Hindu yang berasal dari Kedah.
Peranan Salamah dalam hikayat ini menggambarkan
beliau sebagai seorang ibuyang penyayang dalam
menjaga anak tunggalnya iaitu Abdullah. Walaupun
beliaumendapat seorang suami yang keras dalam
mendisiplinkan anaknya, beliau tidakpernah
mencampuri urusan suaminya itu, malah sentiasa
menyokong tindakansuaminya dan menasihati Abdullah
supaya bersabar dalam menuntut ilmu.

ISTERI TUAN RAFFLES


Ciri seorang wanita Barat yang berpekerti tinggi
sesuai dengan tarafnya sebagai isteriseorang
pegawai tinggi Inggeris.
Catat Abdullah mengenai isteri Tuan Raffles:
Mengenai isteri Tuan Raffles, kulihat dia bukan
sembarang perempuan. Setiap hari dia seperti
suaminya. Semua kerjanya dilakukan dengan tertib
dan sopan dan berwajah manis apabila bertemu
dengan orang sama ada miskin ataupun kaya.

Anda mungkin juga menyukai