Anda di halaman 1dari 28

AMSS5303

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES

MEI 2014

AMSS5303
MAHKAMAH SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
DI MALAYSIA

NO. MATRIKULASI

CGS00936825

NO. KAD PENGENALAN

720821-07-5129

NO. TELEFON

012-4012327

E-MEL

zakihalim@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PULAU PINANG LEARNING CENTRE


1

AMSS5303

Kandungan

Perkara

Muka surat

1.0. Pengenalan

_____________________________________________

2.0. Konsep Negara Islam


2.1. Definisi Negara Islam

___________________________________
_____________________________________

2.2. Negara Islam Menurut Ulama' Dan Ciri-cirinya


a. Pengtakrifan Ulama' Silam

4
4

_________________

________________________________

b. Pengklasifikasian Ulama Kontemporari

_____________________

3.0. Peranan dan Tanggungjawab Sesebuah Kerajaan Islam


4.0. Analisis Kaedah Usul Fiqh Dalam Kepimpinan Negara
4.1. Al-Masalih al-Mursalah

________

6
9

________

12

____________________________________

12

_________________________________

12

_____________________________

12

4.1.1. Klasifikasi Maslahah


4.1.2. Aspek Kekuatan Pada Zat
a) Al-Daruriyyah

13

b) Al-Hajiyyah

13

c) Al-Tahsiniyyah

13

4.1.3. Aspek Umum Dan Khusus

_____________________________

13

a) Ammah

14

b) Aghlabiyyah

14

c) Khassah

14

4.1.4. Aspek Perakuan Dan Penolakan Syarak

___________________

14

a) Mutabarah

14

b) Mulghah

15

c) Mursalah

15

4.2. Sad al-Zara'i

_____________________________________________

15

4.2.1. Contoh 1

16

4.2.2. Contoh 2

16

4.2.3. Contoh 3

16

4.3. Tasarruf al-Imam 'ala al-Ra'iyyah Manut bi al-Maslahah


2

_________

17

AMSS5303
4.4. Kesimpulan

______________________________________________

18

5.0. Analisis Beberapa Tindakan Atau Keputusan Kerajaan Berdasar


Kaedah Usul Fiqh

___________________________________________

5.1. Masalih al-mursalah Isu Pengambilan Tanah Oleh Kerajaan Malaysia


5.1.1. Dalil-dalil

18
18
19

5.2. Sad al-Zara'i - Kesejahteraan Masyarakat Dan Pembangunan Negara

20

5.3. Tasarruf al-Imam 'ala al-Ra'iyyah Manut bi al-Maslahah Dalam Isu

21

Kalimah Allah
6.0. Kesimpulan

_____________________________________________

RUJUKAN / REFERENSI

____________________________________

22
24

AMSS5303
1. PENGENALAN
Penulisan dalam tugasan ini akan memfokuskan kepada sejarah penubuhan Mahkamah Syariah
bagaimana ianya bermula. Penulisan ini juga akan menghuraikan bandingan perkembangan
Mahkamah Syariah sebelum dan selepas kemerdekaan di Malaysia. Setelah itu penjelasan kepada
langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Jabatan Kehakiman da Syariah Malaysia (JKSM)
dalam memartabatkan Mahkamah Syariah selaras dengan Mahkamah Sivil di Malaysia.
Penulis menggunakan data sekunder untuk melengkapkan penulisan ini dengan membuat
beberapa penyelidikan tentang topik ini melalui buku-buku dan jurnal-jurnal. Kebanyakkan
buku-buku yang digunakan adalah tentang kehakiman dan Mahkamah Syariah serta Undangundang di Malaysia serta pembahasan yang telah dibukukan oleh penulis-penulis seperti yang
tersenarai di bahagian rujukan diakhir bab di dalam tugasan ini. Disamping itu, penulis juga ada
menggunakan kemudahan laman sesawang untuk mendapatkan maklumat berkaitan.
Semoga usaha ini akan dapat membuka ruang minda penulis dan para pembaca untuk
memahami sejarah perkembangan Mahkamah Syariah serta peranan Jabatan Kehakiman dan
Syariah Malaysia (JKSM) dalam memartabatkan Mahkamah Syariah selaras dengan Mahkamah
Sivil di Malaysia. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
Prof. Madya Dr. Jasni Bin Sulong yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya khususnya dalam
pengajian Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Islam di Malaysia, salah satu matapelajaran
di Universiti Terbuka Malaysia cawangan Pulau Pinang untuk sesi ini. Moga Allah SWT
merahmati dan memberi ganjaran yang terbaik kepada beliau.
2.0.

SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH

2.1. Pengertian Mahkamah Syariah


Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman
ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang
diperuntukkan untuknya. Dalam membangunkan sistem perundangan di Malaysia Mahkamah
Syariah tidak boleh dikesampingkan kerana ia mempunyai implikasi yang besar terhadap
komitmen Negara terhadap Islam dan susur galur serta sistem bermasyarakat di Malaysia.
Walaupun sebahagian masyarakat di Malaysia memandang rendah terhadap Mahkamah Syariah
namun hakikatnya ia adalah institusi sah dan penting di Malaysia. Tanpa penonjolan Mahkamah

AMSS5303
Syariah dalam kehidupan seharian umat Islam Malaysia, Islam itu jelas kelihatan cacat dan
tempang.
Sebenarnya Mahkamah Syariah jauh lebih dahulu wujud berbanding dengan mahkamah
sivil namun pembangunan Mahkamah Syariah terbantut kerana tidak diberi perhatian malah
dipinggirkan oleh penjajah. Setelah negara mencapai kemerdekaan Mahkamah Syariah masih
ketinggalan kerana tidak ditingkatkan martabatnya oleh pihak berkuasa yang mengambil alih dari
penjajah Inggeris. Kejanggalan terhadap Mahkamah Syariah ini diperteguhkan lagi kerana sistem
yang ada dilihat tidak menyokong ke arah memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.
2.2. Sejarah Undang-Undang Islam di Malaysia
Islam telah rnenjadi agama orang-orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Pada awalnya Islam
dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke India dan dan India Islamtelah disebarkan ke Tanah
Melayu pada abad ke-15. Sejak dan itu orang-orang Melayu telah diislamkan. Orang-orang
Melayu telah berjuang dalam banyak peperangan menentang kuasa-kuasa penjajah, Portugis dan
Belanda demi melindungi tanah air mereka di samping mempertahankan agama Islam. Manakala
kuasa-kuasa penjajah tersebut selain ingin mengukuhkan kedudukan perdagangan mereka, citacita utama mereka ialah untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu.
Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874 merupakan titik tolak peluasan pengaruh Inggeris
di Tanah Melayu. Perjanjian antara Inggeris dengan peinimpin-peinimpin Melayu menghendaki
peinimpin Melayu menerima seorang penasihat Inggeris di negeri Perak. Nasihat beliau perlu
diininta dan diikuti dalam semua hal pentadbiran kecua]i perkaraperkara yang menyentuh agama
dan adat resam orang-orang Melayu. Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani oleh
peinimpin-peinimpin Melayu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kesannya, pada akhir
abad kesembilan belas kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu telah menerima penasihat
Inggeris ini.
Perlembagaan bertulis yang pertama di Tanah Melayu, Perlembagaan Johor tahun 1895,
telah menampakkan ciri-ciri keIslaman. Satu peruntukan dalam perlembagaan tersebut menyebut
bahawa pemerintah hendaklah seorang yang berbangsa Melayu, berketurunan diraja Johor dan
beragama Islam. Perkara LVII perlembagaan itu menyebut bahawa agama Islam hendaklah
sentiasa dan sepanjang masa menjadi agama negeri Johor.
Perlembagaan negeri Terengganu tahun 1911 juga bercirikan agama Islam. Satu daripada
peruntukannya menghendaki bahawa raja negeri Terengganu seorang beragama Islam, berbangsa

AMSS5303
Melayu berketurunan diraja Terengganu. Perlembagaan itu juga menyebut bahawa Islam agama
negeri dan tiada agama lain yang boleh dijadikan agama resmi negeri Terengganu.
Salah satu sebab berlaku penentangan terhadap penubuhan Malayan Union 1946 ialah
kesan buruk terhadap kedudukan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal terutama sekali
terhadap raja-raja sebagai ketua agama Islam di setiap negeri. Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan
pada tahun 1956 untuk menyediakan satu draf Perlembagaan Malaya yang merdeka pada
awalnya tidak mencadangkan untuk menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan. Salah
seorang anggotanya dari Pakistan, Hakim Abdul Hainid berpendapat bahawa satu peruntukan
sebegitu rupa perlu diadakan. Draf terakhir yang dipersetujui tidak meinihak kepada mana-mana
pendapat majoriti ataupun minoriti. Tidak juga disebut bahawa negara ini sebuah negara secular.
Anggapan bahawa undang Islam tidah pernah diamalkan di negeri Melayu adalah salah.
Kenyataan yang dibuat oleh hakim Inggeris dalam kes Ramah vs. Laton (1927) 6 F.M.S.L.R 128
dimana mahkamah rayuan berpendapat bahawa undang-undang Islam bukanlah undang-undang
asing tetapi undang-undang tempatan di Malaysia (Abu Bakar Abdullah,1986). Kebanyakan
negeri di Semenanjung Tanah Melayu melaksanakan undang-undang Islam sebelum campur
tangan Inggeris.
Undang-undang

Hukum Kanun Melaka adalah bukti berdokumen tentang perkara

tersebut. Ia telah disusun oleh Hang Sidi Ahmad atas perintah Sultan Mahmud Shah. Sultan dan
pegawai tertentu mempunyai kuasa untuk mendengar dan menghakimi kes-kes yang diadukan.
Tidak perlu diwaktu itu untuk mewujudkan sistem kehakiman berasingan bagi kes sivil dan kes
syariah kerana semua kes diputuskan mengikut undang-undang Islam dan adat Melayu. Orangorang bukan Islam pula diberi hak untuk mengamalkan undang-undang diri mereka sendiri
seperti yang diberikan oleh Rasulullah kepada kaum Yahudi dan musyrik di Madinah walaupun
kuasa pemutus adalah ditangan Rasulullah saw jika terdapat pertelingkahan (Farid Sufian
Shuaib, 2008).
Undang-undang Johor termasuk Singapura adalah secara langsung diambil dari undangundang Melaka, kerana kandungan dan susunan undang-undang tersebut dan susunan fasalfasalnya mempunyai persamaan dengan undang-undang Melaka. Begitu jugalah Undang-undang
Kedah, Pahang, Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak, dan undang-undang Islam di
Kelantan dan Trengganu. Inggeris mula memperkenalkan undang-undang British apabila mereka
menguasai Pulau Pinang dalam tahun 1807 dan Negeri-Negeri Selat seluruhnya pada tahun 1826.
Seterusnya mereka membawa kenegeri-negeri Melayu bersekutu diakhir kurun kesembilan belas.

AMSS5303
setelah mereka berjaya campurtangan di negeri-negeri tersebut. Tetapi mereka mengekalkan
undang syariah yang terbatas itu dibawah Majlis Agama Islam bagi menghormati Raja-Raja
Melayu.
..............
a. Pengtakrifan Ulama' Silam
Ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa negara dan agama "sungguh saling berkaitan; tanpa kuasa
negara yang bersifat memaksa, agama berada dalam bahaya. Tanpa disiplin hukum wahyu,
negara pasti menjadi sebuah organisasi yang zalim dengan menggunakan kuasa sesuka hati,
"Dalam al-Siyasah al-Syar'iyyah, ia menganggap penguatkuasaan Negara sebagai tugas suci
untuk mendekatkan manusia kepada Allah. Mendirikan sebuah negara bermakna menyediakan
fungsi yang besar untuk menegakkan ungkapan berikut: "Melihat tegaknya sebuah keadilan
bererti melaksanakan perintah dan mengelak dari kejahatan dan memasyarakatkan tauhid serta
menyediakan bagi kedatangan sebuah masyarakat yang dipersembahkan demi mengabdi Allah
(Khaild 1995).
Al-Shawkani (1985) pula berpendapat, sebuah negara Islam dapat dikenali sekiranya
semua arahan dan larangan syariat Islam dapat dilaksanakan dengan berleluasa. Manakala
golongan bukan Islam yang berada di negara itu tidak mampu melaksanakan urusan keagamaan
mereka kecuali dengan izin pemimpin tertinggi negara. Al-Sarakhsi (1989) pula telah mengambil
pendapat Imam Abu Hanifah yang mengklasifikasikan negara Islam sebagai sebuah negara yang
umat Islam di dalamnya merasa aman untuk beribadah kepada Allah SWT dan melakukan semua
aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan Islam. Sebaliknya, jika umat Islam tidak merasa aman
untuk melakukan ibadah dan aktiviti agama Islam, negara tersebut tidak boleh dinamakan
sebagai negara Islam, bahkan ia dikategorikan sebagai negara al-harbi

(negara kafir).

Pandangan ini dipersetujui oleh ramai ulama kontemporari, antaranya ialah seperti Muhammad
Abu Zahrah (1995), Yusuf al-Qardawi (2002) dan al-Zuhayli (1998). Mazhab Shafie pula
menegaskan sebuah negara Islam itu mestilah memiliki sebahagian daripada ciri-ciri negara
Islam seperti berikut:
1. Undang-undang Islam dilaksanakan sepenuhnya dalam negara Islam tersebut.
2. Umat Islam bebas melaksanakan segala tuntutan syariat tanpa sebarang larangan daripada
pihak berkuasa.

AMSS5303
3. Pemimpin negara itu mestilah terdiri daripada orang yang beragama Islam.
Jika sebahagian besar daripada ciri-ciri di atas terdapat dalam sesebuah negara, negara
tersebut boleh diklasifikasikan sebagai negara Islam.
Selain itu, Ibn Abidin (1966) yang bermazhab Hanafi turut menambah dan mengulas
pandangan mazhab Shafie itu bahawa sebuah negara kafir akan berubah sifatnya kepada sebuah
negara Islam sekiranya hukum-hukum Islam berjaya dilaksanakan di dalamnya seperti kebebasan
menunaikan ibadat solat lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat hari raya. Semua perkara
tersebut dapat dilaksanakan oleh umat Islam dengan bebas dan aman. Sebuah negara boleh
dinisbahkan kepada pengaruh, penguasaan dan orang yang menerajui negara tersebut. Sekiranya
sebuah negara itu dipengaruhi dan dipimpin oleh orang Islam, negara tersebut ialah sebuah
negara Islam. Sebuah negara juga akan diiktiraf sebagai negara Islam sekiranya ia dikuasai oleh
undang-undang Islam.
Dengan demikian, jikalau ia dikuasai oleh undang-undang yang bercanggah dengan
Islam, ia tidak boleh diiktiraf sebagai sebuah negara Islam yang tulen (al-Maqdisi 1971).
Walaupun begitu, al-Nabhani (1980) berpendapat sesebuah negara Islam perlu memenuhi dua
perkara, iaitu pelaksanaan undang-undang Islam seperti hudud serta aspek keamanan yang perlu
dinikmati oleh semua umat Islam dan ahl al-dhimmah yang berada dalam negara tersebut.
Sekiranya satu daripada dua perkara ini atau kedua-duanya tidak dapat dilaksanakan, negara itu
tidak boleh dikategorikan sebagai negara Islam.
b. Pengklasifikasian Ulama Kontemporari
Al-Zuhayli (1998) menyatakan negara Islam ialah semua negara yang berada di bawah pimpinan
atau Sultan yang beragama Islam, manakala undangundang Islam dan syariat Islam juga perlu
dilaksanakan dengan baik dan teratur. Semua umat Islam di dalamnya, khususnya pemimpinpemimpin negara, perlu (al-wajib al-kifai) mempertahankan negara dan syariat Islam sedaya
yang termampu. Sekiranya tiada seorang pun yang berani mempertahankan negara mereka,
semua umat Islam yang berada di dalamnya adalah berdosa. Sebagai contoh, Palestin dikira
sebagai negara Islam walaupun ia ketika ini sedang dijajah oleh pihak Yahudi Zionis.

AMSS5303
Oleh yang demikian, semua umat Islam di Palestin dan di negara Islam lain perlu
berusaha untuk menyelamatkan negara tersebut daripada dijajah oleh kezaliman mereka.
Menurut al-Zuhayli (1998) lagi, negara Islam juga boleh dikatakan sebagai negara Arab dan
negara yang telah dibuka oleh umat Islam sebelum ini, dan ia didiami oleh golongan umat Islam
yang menegakkan syariat dan undang-undang Islam dalam pentadbiran dan kehidupan mereka.
Selain itu, nama lain yang sinonim bagi negara Islam ialah al-dawlah al-adilah. Istilah ini
memberi pengertian bahawa negara itu perlu menegakkan keadilan dalam pentadbirannya dan
dasar ini dijadikan sebagai prinsip terpenting dalam pemerintahan sebuah negara Islam.
Uthman (1985) mentakrifkan negara Islam sebagai sebuah negara yang berada di bawah
naungan dan pemerintahan sultan atau ketua negara yang beragama Islam. Pada masa yang sama,
undang-undang Islam perlu dilaksanakan di dalam negara tersebut, termasuk hukuman hudud.
Qutb (1994) pula mengklasifikasikan negara Islam sebagai sebuah negara yang melaksanakan
undang-undang Islam secara mutlak, sama ada rakyat negara tersebut semuanya beragama Islam
atau pun terdapat golongan bukan Islam di dalamnya.
Manakala Abu Zahrah (1995) menegaskan bahawa negara Islam mestilah negara yang
keselamatan dan keamanannya berpihak kepada umat Islam dan golongan ahl al-dhimmah. Hal
yang sama dinyatakan oleh Awdah (1402H), negara Islam ialah negara yang diperintah oleh
umat Islam, di samping syariat dan undang-undang Islam dapat dilaksanakan dengan aman dan
bebas tanpa sebarang tekanan. Al-Buti (1999) pula tidak terkecuali berpendapat bahawa negara
Islam perlu ditadbir oleh umat Islam kerana dengan itu, syariat akan dilaksanakan dan syiar
Islam tersebar ke seluruh alam buana. Zaydan (1396H) lebih cenderung terhadap pandangan
yang menganggap negara Islam mestilah diperintah oleh umat Islam, kerana dengannya syariat
dan undang-undang Islam akan dilaksanakan di dalam negara tersebut mengikut kebijaksanaan
pemimpin.
Berasaskan penjelasan dan pengklasifikasian para ulama di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa pentakrifan dan ciri-ciri negara Islam ialah perkara yang tidak disepakati oleh para ulama
silam dan moden. Di samping itu juga, kalangan fuqaha juga bersependapat bahawa tiada nas-nas
qati yang membincangkan secara khusus mengenai negara Islam sebenar. Namun begitu, ciriciri negara Islam yang diutarakan oleh kalangan ulama ini tidak jauh berbeza, kerana terdapat

AMSS5303
sebahagian ciri yang disepakati dan sebahagian ciri yang tidak disepakati.
Berdasarkan definisi yang telah dikemukakan oleh para ulama silam dan kontemporari
tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa ciri-ciri maksimum bagi sebuah negara Islam (Mohd
Izhar Ariff 2008), adalah seperti berikut:
1. Melaksanakan syariat dan syiar Islam dengan aman dan bebas.
2. Al-Imam atau pemerintah tergolong daripada kalangan umat Islam.
3. Keselamatan dan keamanan berpihak kepada umat Islam.
4. Undang-undang Islam dilaksanakan secara mutlak.
Apabila diamati, perkara (1) dan (2) yang dinyatakan oleh para ulama di atas adalah titik
persepakatan antara ulama kontemporari dan ulama silam. Manakala perkara (3) dan (4)
merupakan titik perselisihan antara ulama dua zaman tersebut. Ini adalah kerana terdapat dalam
kalangan mereka yang menyebut ciri-ciri tersebut, manakala sebahagian yang lain pula tidak
menyebutnya. Justeru, permasalahan ini merupakan perkara ijtihadiyyah dan umat Islam
mempunyai ruang yang luas untuk memilih pendapat yang paling sesuai dan bertepatan dengan
keperluan dan kepentingan negara masing-masing.
Manakala ciri-ciri minimum yang perlu terdapat dalam sebuah negara Islam ialah seperti
berikut (Mohd Izhar Ariff 2008):
1. Perlu didiami oleh majoriti umat Islam.
2. Ketua Negara dan timbalannya adalah beragama Islam.
3. Pentadbiran negara perlu dikuasai oleh umat Islam.
4. Syariat Islam bebas dilaksanakan oleh umat Islam dengan penuh keamanan.
5. Umat Islam berasa aman sejahtera bila berada di dalam negara tersebut.
3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SESEBUAH NEGARA ISLAM
Sesebuah kerajaan Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bagi
melihat secara lebih jelas, penulisan ini akan merujuk kepada huraian para ulama dalam kitabkitab fiqh antaranya kitab-kitab tulisan Abu Yaala (m. 458H) yang bermazhab Hanbali dan juga
al-Marwadi (m. 450H) seorang ulama yang bermazhab Syafie. Mereka telah menggariskan
peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah pemerintahan Islam.

10

AMSS5303

Menurut al-Mawardi (1989) secara umum tugas pemerintah Islam ialah menjaga
kepentingan agama serta mentadbir urusan negara umat Islam. Manakala secara terperinci, tugastugas tersebut dapatlah dirumuskan seperti berikut;
1. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh
memesongkan akidah dari ajaran Islam yang hakiki seperti yang disepakati oleh para
ulama berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
2. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam melaksanakan tugas-tugas
pemerintahan. Menurut al-Mawardi (1989): harus melantik orang kafir yang menjadi
warga negara Islam (zimmi) sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat
oleh pemerintah Islam (wazir tanfiz).
Mengenai melantik wanita sebagai menteri dan menyandang jawatan-jawatan umum
yang lain, para ulama mempunyai pendapat yang berbeza. Sebahagian ulama seperti alMawardi berpendapat tidak harus, manakala sebahagian yang lain seperti Imam Abu
Hanifah dan Ibn Jarir al-Tabari berpendapat adalah harus melantik wanita bagi
memegang jawatan-jawatan umum kecuali jawatan tertinggi sebagai ketua negara.
Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai
pandangan yang berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia
hari ini, beliau lebih cenderung membenarkan wanita memeganag kesemua jawatan
termasuk Perdana Menteri atas alasan bahawa kepimpinan hari ini bukanlah bersifat
memutuskan keputusan dengan kuasa vetonya tetapi mereka mempunyai kabinet atau
majlis syura yang menentukan dasar dan bukannya hak Perdana Menteri melakukan
sewenang-wenangnya. Tetapi alasan ini tidak boleh diguna pakai dalam sebuah negara
komunis atau autokratik yang memberi peluang serta kuasa sepenuhnya kepada
Presiden/Perdana Menteri. Dr. Yusof al-Qaradhawi juga tidak lupa menyatakan syarat
kepimpinan wanita, adalah mereka juga tidak gagal dalam mentadbir anak-anak
hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yg sesuai bagi wanita
untuk memegang jawatan.

11

AMSS5303
Bahkan di dalam sejarah Islam meriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khatab ra
pernah melantik seorang wanita yang bernama al-Syifa sebagai ketua perbendaharaan
pada zaman pemerintahannya. Saidatina Aisyah ra juga pernah menjadi pemerintah
tertinggi salah satu pasukan tentera yang terlibat dalam peperangan Jamal. Beliau
merupakan salah seorang ahli ijtihad dari kalangan para sahabat.
3. Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara serta agama dari
pencerobohan dan menjamin keamanan dalam negeri.
4. Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.
5. Mendirikan solat lima waktu, solat Jumaat dan solat hari raya dengan membina masjidmasjid dan melantik imam-imam. Al-Qadhi Abu Yaala mengkelaskan masjid kepada dua
jenis; Masjid Sultan, iaitu masjid yang terletak di bawah kuasa pemerintah dan Masjid
Am, iaitu masjid persendirian. Bagi masjid sultan, kuasa melantik imam adalah menjadi
hak pemerintah. Dengan itu, tidak harus menjadi imam di masjid sultan melainkan orang
yang dilantik oleh kerajaan. Sekiranya kerajaan telah melantik seorang imam, maka
dialah yang berhak menjadi imam solat sekalipun ada orang lain yang lebih afdhal dan
lebih alim daripadanya. Malah menurut Abu Yaala; sekiranya imam rasmi telah selesai
menunaikan solat secara jemaah, tidak harus bagi orang lain mendirikan jemaah kerana
ditakuti perbuatan tersebut dianggap sebagai satu bentuk tentangan terhadap kuasa
pemerintah. Demikian juga pendapat para imam mazhab iaitu Syafie, Maliki dan Hanafi.
Pelaksanaan segala ibadat yang disyariatkan oleh Islam dalam suasana aman ialah
antara ciri utama sebuah negara Islam. Kenyataan tersebut memberi maksud bahawa
umat Islam mampu melakukan ibadah fardu dan sunat secara terbuka seperti solat
berjemaah, pengutipan zakat, kebenaran untuk menunaikan haji, solat Jumaat dan
seumpamanya tanpa ada rasa takut atau terancam terhadap nyawa, harta dan keluarga
mereka. Pihak berkuasa juga perlu mewajibkan rakyatnya mengerjakan semua ibadah
fardu dan menetapkan hukuman setimpal terhadap golongan yang meninggalkan
kewajipan mereka dalam mengerjakan ibadah fardu.

12

AMSS5303
6. Mengendalikan urusan mengerjakan ibadat haji.
7. Mengendalikan urusan pemungutan dan pembahagian zakat seperti melantik amil dan
sebagainya.
8. Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam negara (kharaj).
9. Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan tanah (ihya al-mawat).
10. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusan-urusan
kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata.
11. Membenteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan hukuman
yang sesuai, sama ada had (jenayah yang ditetapkan hukumannya oleh syarak dengan
syarat-syarat tertentu seperti zina, mencuri, minum arak dan sebagainya) atau taazir
(jenayah-jenayah lain yang diberi kuasa kepada pemerintah untuk menentukan bentuk
hukumannya).

Golongan yang melakukan kejahatan dan kemaksiatan mereka harus

dihukum dengan penuh keadilan sepertimana yang telah disyariatkan mengikut maslahah
yang ianya dilihat oleh pemimpin sesuai untuk dilaksanakan bagi menjamin keamanan
dan keadilan dalam sesebuah negara (al-Mawardi 1989).
12. Melaksanakan tugas hisbah yang dalam konteks negara moden dikenali dengan bahagian
penguatkuasaan. Ia bertujuan memastikan supaya adab-adab akhlak dan syiar Islam serta
peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.
Namun apa yang disebutkan oleh kedua-dua ulama ini adalah merupakan perkara asas
sahaja dan bukannya menyeluruh. Ada beberapa perkara lagi berkaitan bidang pendidikan,
kesihatan, industri dan sebagainya. Dengan ini, negara Islam bukanlah sebuah negara teokrasi
tetapi adalah negara madani yang sentiasa membangun rohani dan fizikal negara. Ia bukan
negara yang hanya hanyut dalam mengejar tamadun maddiyah bahkan sebuah negara yang
sedar bahawa kebangunan material mesti dibina atas keutuhan, kejujuran iman dan hati rakyat
kepada penciptanya. Dengan itu negara pasti mencapai kebahagian hakiki.

13

AMSS5303

4. ANALISIS KAEDAH USUL FIQH DALAM KEPIMPINAN NEGARA


4.1. Al-Masalih al-Mursalah
Secara bahasa, al-mashalih al-mursalah ( ) terdiri dari dua kata, iaitu al-mashalih (
)dan al-mursalah (). Al-mashalih berposisi sebagai kata yang disifati (), dan
al-mursalah berposisi sebagai kata sifat (). Al-mashalih merupakan jama taksir dari kata almashlahah (). Al-mashlahah sendiri merupakan bentuk mashdar mimi dari kata shalaha
yashluhu () , dan mempunyai makna yang sama dengan kata ash-shalah ( )(yaitu
( lawan dari kerusakan).
Maslahah ditakrifkan sebagai manfaat yang berlandaskan hukum syarak yang menjaga
agama, jiwa, akal fikiran, keturunan dan harta mengikut peringkat. (al-Buti, 2000) Dari segi
istilah pula, maslahah bermaksudkan sebagai manfaat yang ditentukan oleh Allah SWT yang
Maha Bijaksana untuk hamba-hambaNya dengan memelihara agama, jiwa, akal fikiran,
keturunan dan harta. Selain itu, al-masalih al-mursalah juga diertikan sebagai membuat sesuatu
hukum dan undang-undang yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan masyarakat
yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar samada ia boleh dilaksanakan, harus
atau tidak boleh dilaksanakan menurut pandangan ulama fiqh. (Abdul Latif Muda 1997)

4.1.1. Klasifikasi Maslahah


Maslahah boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu dari aspek kekuatan pada zat,
kesyumulan dan juga perakuan syarak.
4.1.2. Aspek Kekuatan Pada Zat
Pembahagian maslahah dari aspek ini terbahagi kepada tiga iaitu:
a) Al-Daruriyyah
Maslahah al-Daruriyyah ialah setiap perkara yang yang dimaksudkan oleh Allah untuk dipelihara
iaitu agama, jiwa, akal, fikiran, keturunan dan harta. Menurut pandangan syarak kelima-lima
perkara ini perlu dalam kehidupan. Sekiranya salah satu daripadanya tiada, kehidupan tidak
dapat diteruskan. Oleh itu mengerjakan ibadat diwajibkan untuk menjaga agama. Selain itu,
14

AMSS5303
undang-undang yang disyariatkan seperti qisas, hudud dan tazir adalah untuk menjaga lima
elemen tersebut agar kehidupan dapat diteruskan. Kesimpulannya, maslahah daruriyyah adalah
bertujuan bagi memelihara lima perkara diatas. (Mohd Saleh Hj Ahmad 1999)
b) Al-Hajiyyah
Maslahah al-Hajiyyah ialah perbuatan-perbuatan atau tindakan-tindakan yang dengan
kewujudannya akan memudahkan. Namun, ketiadaannya tidaklah begitu menyusahkan. Sebagai
contoh, dibolehkan solat jama bagi mereka yang bermusafir, ia merupakan keringanan dalam
menunaikan solat. Sekiranya tidak dilakukan tidaklah memudaratkan musafir tersebut, kerana
solat jamak adalah bertujuan untuk memudahkan musafir menunaikan solat. Maka, hal ini
merupakan perbuatan yang diperlukan untuk memperoleh kelonggaran hidup dan menghilangkan
kesempitan. Contoh lain seperti akad sewa-menyewa. Dengan adanya sewa-menyewa, ia boleh
memenuhi keperluan orang lain. Sekiranya sewa-menyewa dilarang, kehidupan manusia akan
menjadi rumit kerana harus memiliki barang-barang yang diperlukannya walaupun untuk
menggunakannya bagi sementara waktu sahaja. (Mohd Saleh 1999)
c) Al-Tahsiniyyah
Maslahah Tahsiniyyah ialah maslahah yang apabila tidak dikerjakan, kehidupan tidak mengalami
kesulitan tetapi adanya maslahah tersebut ia akan menjadi lebih baik. Oleh yang demikian, ia
termasuk dalam usaha-usaha penyempurnaan perkara yang sepatutnya dan menghindari perkara
yang tidak sepatutnya seperti kesopanan dalam berbicara, makan dan minum, perbelanjaan harta
yang sederhana, dan tidak terlalu pemurah atau terlalu kedekut. (Mohd Saleh 1999)
4.1.3. Aspek Umum Dan Khusus
Selain itu juga, maslahah boleh dilihat dari aspek ruang lingkup sama ada ia umum atau khusus
iaitu maslahah ammah, aghlabiyyah, atau khassah. (Mohd Saleh 1999)
a) Ammah
Maslahah yang merangkumi seluruh manusia. Contohnya, pensyariatan membunuh ahli bidah
jika dikhuatiri golongan ini akan mempengaruhi umat Islam dengan perbuatan bidah yang
mereka lakukan.

15

AMSS5303
b) Aghlabiyyah
Maslahah yang melibatkan sebahagian besar manusia sahaja. Misalnya jaminan yang dikenakan
ke atas pengilang terhadap produk yang dikeluarkan oleh mereka. Ini kerana yang berurusan
dengan pengilang hanyalah sebahagian besar manusia sahaja dan bukan keseluruhannya.
c) Khassah
Kemaslahatan individu tertentu pada situasi tertentu yang jarang berlaku. Contohnya idah wanita
yang agak jauh pusingan haidnya akan dikira mengikut bulan dan bukan kitaran mengikut haid.
4.1.4. Aspek Perakuan Dan Penolakan Syarak
Klasifikasi maslahah yang terakhir dan paling penting ialah mengikut perakuan syarak. Ia
dianggap terpenting berbanding pembahagian lain kerana munasabah sesuatu sifat atau
rasionalnya setelah diperakui oleh al-Shari.
Selain itu juga, pembahagian ini memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
sebagai panduan kepada tertib dan susunan kedudukan yang perlu diambil kira sekiranya
terdapat (taarud) antara sesama maslahah dalam usaha mengistinbat hukum syarak. Ia terbahagi
kepada tiga:
a) Mutabarah
Maslahah Mutabarah iaitu maslahah yang diambil kira oleh syarak dan dibinakan hukum-hakam
bagi mendapatkan maslahah itu. Contohnya bagi maslahah memelihara jiwa, maka disyariatkan
hukum qisas. Bagi maslahah memelihara harta, maka diperundangkan hukum potong tangan
pencuri, dan bagi kepentingan memelihara akal diperundangkan hukuman minum arak. (A
Hanafi 1970)
b) Mulghah
Maslahah Mulghah iaitu yang dibatalkan oleh syarak dan tidak diberi perhitungan, kerana ia
menghilangkan maslahah yang lebih besar seperti menyerah kalah kepada musuh. Maka ia tidak
diperhitung oleh syarak walaupun ada maslahah memelihara jiwa mereka yang berperang, kerana
jika maslahah ini hendak dijaga sudah tentu ia merugikan maslahah yang lebih besar iaitu
memelihara negara daripada dijajah oleh musuh dan mensia-siakan kehormatan dan maruah anak

16

AMSS5303
watannya. Justeru, Islam mewajibkan berperang dan menentang musuh. (A Hanafi 1970)
c) Mursalah
Maslahah mursalah iaitu maslahah yang tidak ada dalil syarak yang menegah atau menyuruh
melakukan sesuatu perbuatan. Contohnya, tindakan Saidina Abu Bakar mengumpul al-Quran
yang bertebaran sebelum itu lalu disusun semula dalam satu mushaf sahaja. Langkah yang
diambil ini tidak terdapat nas khusus yang menyuruh mahupun melarang tetapi ia rasional dan
munasabah bagi memelihara al-Quran daripada hilang dengan kematian ramai sahabat Nabi
Muhammad s.a.w yang menghafal al-Quran. (A Hanafi 1970)
4.2. Sad al-Zara'i
Mengikut para ulama, Sad al-Zara'i bermaksud: cara menentukan hukum syarak dengan
menggunakan kaedah menutup pintu atau saluran yang membawa kepada keburukan dan
kerosakan, walaupun saluran itu pada asalnya harus (al-Burhani, 1985). Kaedah ini biasa juga
diluaskan pemakaiannya kepada konsep membuka pintu-pintu yang membawa ke arah kebaikan
atau sesuatu yang bermanfaat. Ini bererti, walaupun tidak ada nas al-Quran dan al-Sunnah yang
melarang sesuatu perkara secara langsung, tetapi berdasarkan kaedah Sad al-Zara'i, kerajaan
boleh mengambil tindakan menyekat sesuatu perkara yang boleh membawa kepada keburukan
demi menjaga kepentingan rakyat dan negara. Begitulah juga dalam hal-hal yang boleh
mendatangkan kebaikan kepada masyarakat, pihak kerajaan wajar melaksanakan perkara itu
demi kebaikan semua.
Di dalam al-Quran dan al-Sunnah, terdapat banyak contoh pemakaian Sad al-Zara'i
sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya I`lam alMuwaqqi`in, beliau menyebut sebanyak 99 contoh Sad al-Zara'i sebagai mengambil sempena 99
nama Allah (Ibn al-Qayyim, 1977). Beliau juga menghuraikan penggunaan kaedah Sad al-Zara'i
pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Dalam kertas ini dipilih beberapa contoh berikut
bagi memperlihatkan perhubungannya dengan urusan pentadbiran. Contoh-contoh ini
memberikan gambaran bahawa apabila mafsadah (kerosakan) lebih besar daripada maslahah,
maka Allah SWT mengharamkan perkara tersebut.
4.2.1. Contoh 1

17

AMSS5303
Allah SWT melarang orang Islam mencaci tuhan-tuhan orang kafir secara terbuka seperti di
tempat ibadat mereka.Tujuannya ialah supaya orang kafir tidak membalas cacian terhadap Allah
SWT dalam keadaan marah dan geram. Firman Allah SWT di dalam surah al-Anam ayat 108
yang bermaksud: Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain
Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampau batas dengan ketiadaan
pengetahuan. (al-Quran: Surah al-An'am 6:108)
4.2.2. Contoh 2
Rasulullah SAW tidak membunuh golongan munafiq yang sangat merbahaya seperti Abdullah
bin Ubai bin Salul, bagi mengelakkan timbulnya fitnah yang lebih besar, di mana Rasulullah
SAW akan dituduh membunuh sesama Islam. Sebenarnya Rasulullah SAW mengenali golongan
munafik tersebut melalui wahyu dari Allah SWT, tetapi baginda tidak membunuh mereka itu
kerana orang ramai tidak mudah mengenali puak-puak munafiq yang bijak berlakon dan
memperdayakan masyarakat dengan gaya dan percakapan yang amat menarik, sehingga mereka
itu kadang-kadang dianggap oleh masyarakat sebagai orang Islam yang benar-benar beriman.
Jadi untuk menutup ruang fitnah, maka Rasulullah SAW tidak membunuh golongan munafiq
walaupun sepatutnya mereka itu perlu dibunuh bagi menyelamatkan masyarakat Islam dari
kejahatan mereka. Namun begitu, baginda mempunyai pendekatan sendiri untuk menangani
kejahatan puak-puak munafiqin ini.
4.2.3. Contoh 3
Para sahabat bersetuju menjatuhkan hukuman bunuh ke atas semua anggota kumpulan dalam kes
melakukan pakatan bunuh ke atas seorang mangsa (al-Asqalani, 1986). Sedangkan kaedah asal
dalam kes qisas mengatakan satu nyawa dibalas dengan satu nyawa sahaja. Namun begitu
sekiranya jenayah bunuh yang dilakukan secara berkumpulan boleh terlepas daripada hukuman
qisas, sudah tentu ia membuka jalan kepada penjenayah lain untuk menggunakan helah/strategi
tersebut, kerana mereka tahu boleh terlepas daripada hukuman qisas. Jadi untuk menutup ruang
jenayah yang canggih itu, maka hukuman qisas hendaklah dikenakan ke atas semua yang terlibat
melakukan pakatan bunuh, setelah sabit kesalahan mereka di mahkamah.
4.3. Tasarruf al-Imam 'ala al-Ra'iyyah Manut bi al-Maslahah
Dalam analisis mengenai kaedah ini, terdapat dua perkataan yang saling berkaitan, yang pertama

18

AMSS5303
iaitu tasharrul imam (dasar pemimpim) dan yang kedua adalah al-maslahah (maslahat). Tetapi
dari dua perkara tersebut terdapat kata kunci yang menentukan arah dari konsep dasar tersebut,
iaitu maslahat. Oleh kerana itu, perkara asas yang menjadi kajian dalam permasalahan ini adalah
bagaimana sebenarnya konsep maslahat, di mana maslahat inilah yang nantinya akan membawa
dan mengantarkan kepada munculnya sebuah dasar yang akan dibuat oleh seorang pemimpin.
Khususnya apabila kita hendak mempraktikkan kaedah tasharruful imam 'ala al ra'iyyah
manutun bi al-Malahah yang bererti bahawa dasar seorang pemimpin terhadap rakyatnya
bergantung pada kemaslahatan.
Satu contoh yang boleh dijadikan rujukan sebagai praktikal kepada kaedah tersebut ialah
seperti apa yang dikatakan oleh Saidina Umar bin al-Khattab, yang diriwayatkan oleh Sa'in bin
Mansur; "Sungguh aku meletakkan diri dalam mengurus harta Allah SWT seperti kedudukan
seorang wali anak yatim, jika aku memerlukan maka aku mengambil daripadanya, jika aku
dalam kemudahan aku kembali, dan jika aku berkecukupan maka aku menjauhinya. (H.A.
Jazuli 2006). Kaedah ini menegaskan bahawa seorang pemimpin harus mengutamakan aspek
kemaslahatan rakyat bukan mengikuti keinginan hawa nafsunya, atau keinginan keluarganya atau
kelompoknya. Kaedah ini juga diperkuatkan dengan firman Allah SWT:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak
menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya
kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah An-Nisa'
4:58)
Salah satu contoh lain telah dijelaskan dalam kitab al-asybah wa al-nadhair. Syeikh
Imam Jalaluddin Abdurrahman bin Abi Bakr As-Sayuti mendedahkan contoh yang sederhana,
bahawa dalam sesuatu Negara, apabila ada keinginan untuk menghilangkan tentera dalam bajet
program kenegaraan dengan alasan yang dibolehkan maka hal itu dibenarkan. Tetapi kalau
sekiranya alasan yang akan digunakan sebagai landasan peniadaan hal tersebut, maka tidak
dibenarkan atau bahkan tidak dalam kategori penting dan dharurat maka penafian tersebut tidak
dibenarkan. Kemudian contoh yang lain adalah seperti soal pembahagian zakat, seorang imam
atau pemimpin yang masih dalam keadaan mampu tidak boleh mengutamakan dirinya dalam
menerima zakat daripada rakyat yang lebih memerlukan (As-Sayuti 1965).

19

AMSS5303

4.4. Kesimpulan
Kepentingan awam adalah isu asas yang perlu dipertimbangkan dalam meneroka undang-undang
Islam. Sebab tujuan utama Allah SWT menentukan hukum (syar'i) adalah untuk mewujudkan
kemaslahatan untuk orang ramai, iaitu mendatangkan keuntungan bagi manusia dan menolak
perkara-perkara yang memudharatkan atau menghilangkan beban yang menyusahkan orang
ramai. Untuk tujuan itu, para ahli usul fiqh telah memperkenalkan beberapa kaedah istinbat
hukum selepas al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan. Kaedah ini memberikan
keterbukaan kepada akal untuk berfikir apabila adanya permasalahan-permasalahan baru yang
timbul yang memerlukan perjelasan dan penetapan hukum untuk dilaksanakan serta diamalkan.
Kaedah-kaedah seperti istihsan, maslahat al-mursalah, qiyas, dan sad al-dzara'i, atau kaedah lain
sudah cukup popular di kalangan ahli usul fiqh yang semuanya dibina atas pertimbangan
maslahat.

5. ANALISIS BEBERAPA TINDAKAN ATAU KEPUTUSAN KERAJAAN BERDASAR


KAEDAH USUL FIQH
5.1.0. Masalih al-mursalah Isu Pengambilan Tanah Oleh Kerajaan Malaysia
Masalih al-mursalah boleh digunakan dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan muamalat
sesama manusia. Hal ini kerana, akal mampu menganggap sesuatu itu baik berdasarkan
kemaslahatan sesama manusia. (Mohd Nasran Mohamad et. al. 2001) Contohnya, dalam isu
pengambilan tanah oleh kerajaan Malaysia. Hukum pengambilan tanah untuk kepentingan
umum telah dibincangkan oleh para fuqaha untuk menjelaskan tentang kesyumulan hukum Islam
sepanjang zaman. Mazhab-mazhab yang muktabar seperti Hanafi, Maliki, Shafi'e dan Hanbali
bersatu pendapat memberi keizinan kepada kerajaan yang memerintah untuk mengambil balik
mana-mana hak milik persendirian khususnya tanah untuk kepentingan umum seperti membina
jalan raya, masjid, sekolah, hospital dan sebagainya. Mereka berpendapat paksaan di dalam hal
ini adalah paksaan yang diizinkan.

Ibn Qayyim menyatakan harus mengambil sesuatu daripada hak milik tuannya secara
paksa dengan bayaran harga kerana maslahah yang nyata (maslahah al-rajihah) (Ibnu
Qayyim--) Pendapat yang sama juga diutarakan oleh ulama yang ternama di akhir abad ini
20

AMSS5303
seperti Syeikh Ahmad Ibrahim, Syeikh al-Imam Muhammad Abu Zahrah, Syeikh Ali al-Khafif
dan ramai lagi.

5.1.1. Dalil-dalil
Keizinan pengambilan tanah yang terlibat di dalam sebarang projek yang ada hubung kait dengan
maslahah umum di dalam Islam adalah berdasarkan kepada dalil-dalil yang berikut;

Pertama: Firman Allah SWT, maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah
dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (orang-orang yang berkuasa) di antara kamu. (Surah alNisa 4: 59)

Ayat ini memerintahkan orang-orang yang beriman supaya taat kepada Allah, Rasul dan
pemerintah. Justeru sebarang tindakan dan langkah yang diambil oleh pemerintah untuk
maslahah umum adalah termasuk dalam mafhum ketaatan tersebut.

Kedua: Amalan Rasulullah SAW, ketika baginda sampai di kota Madinah, baginda telah
mengambil tanah milik Sahl dan Suhail untuk membina masjid dan tempat kediamannya. Para
cendiakawan dan sejarawan Islam telah berpendapat bahawa pembelian dan pengambilan ini
adalah termasuk ke dalam kategori pengambilan tanah untuk kemaslahatan umum.

Ketiga: Amalan Khalifah Umar ra dan Khalifah Uthman bin Affan ra, telah mengambil tanah
yang berhampiran masjid al-Nabawi dan Masjid al-Haram untuk memperluaskan kedua-dua
masjid tersebut. Mereka telah bertindak meroboh rumah pemilik yang ingkar. Tindakan ini tidak
dibantah oleh para sahabat yang ada pada waktu tersebut. Ketiadaan bantahan ini menunjukkan
mereka sependapat dengan tindakan tersebut. Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu
berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rashidin yang mendapat
petunjuk selepas daripadaku, berpeganglah kepadanya dengan seteguh-teguhnya. (Abu Daud,
no. hadis: 4607)

Dengan merujuk kepada tindakan kedua-dua khalifah tersebut adalah jelas mereka
mengambil balik tanah tersebut melalui pembelian jika mendapat persetujuan pemiliknya dan

21

AMSS5303
mengenakan paksaanke atas pihak yang ingkar. Namun pampasan yang berpatutan tetap
diberikan untuk mengelak sebarang kezaliman.

5.2. Sad al-Zara'i - Kesejahteraan Masyarakat Dan Pembangunan Negara


Peranan kaedah Sad al-Zara'i dalam konteks semasa amat besar kepada kesejahteraan
masyarakat dan juga pembangunan negara. Sebagai contoh kerajaan telah bertindak
mengharamkan penanaman ganja kerana penggunaannya membawa kesan negatif kepada akal
manusia. Kerajaan juga tidak boleh menjual senjata kepada pihak musuh semasa peperangan
kerana amat merbahaya kepada keselamatan negara. Kerajaan perlu bertindak mengharamkan
majalah-majalah yang merosakkan pemikiran dan akhlak muda mudi.
Kaedah Sad al-Zara'i ini sebenarnya dapat memberikan kekuatan dan kemantapan
kepada kerajaan dalam pentadbiran dan pengurusan kerana mampu menghalang segala unsur
buruk dan negatif daripada mengancam kestabilan negara. Mengikut kaedah ini, pihak kerajaan
dapat menyekat segala perkara yang menjadi faktor berlakunya kerosakan, maksiat, jenayah,
gejala sosial dan sebagainya. Apabila kerajaan menghalang sumber atau faktor kemungkaran,
maka kejadian-kejadian buruk tidak mudah berlaku, kerana ia dikawal dengan rapi di peringkat
awalnya.
Kaedah Sad al-Zara'i juga membantu kerajaan untuk membangunkan negara secara
teratur dan selamat. Projek-projek pembangunan dapat dibangunkan dengan baik dan tidak
menimbulkan unsur-unsur kezaliman, penindasan, pencemaran alam sekitar, kerosakan alam
semulajadi, kejadian banjir kilat, dan sebagainya, kerana langkah-langkah pencegahan telah
diambil lebih awal selaras dengan kehendak Sad al-Zara'i. Contohnya menghalang kegiatan
rasuah dapat menjamin kualiti kerja dan projek yang dijalankan. Jelasnya pembangunan yang
berlandaskan

kaedah

ini

benar-benar

dapat

membangunkan

tamaddun

kemanusiaan,

pembangunan fizikal yang canggih dan terjamin keselamatan, keharmonian, ketenangan, dan
sebagainya. Namun begitu harus diingat bahawa kaedah Sad al-Zara'i ini tidak boleh dijadikan
alat untuk mengaut keuntungan peribadi dengan menutup mulut pihak tertentu yang memberikan
teguran atau nasihat membina kepada kerajaan dengan alasan untuk menjaga keselamatan awam
dan sebagainya.
22

AMSS5303

5.3. Tasarruf al-Imam 'ala al-Ra'iyyah Manut bi al-Maslahah Dalam Isu Kalimah Allah
Polemik penggunaan kalimah Allah pernah ditimbulkan semula oleh Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng, dan kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Pakatan Rakyat bertarikh 8
Januari 2013. Isu penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan ini bukanlah merujuk kepada
lafaz atau tutur kata yang mahu digunakan oleh masyarakat bukan Islam, sama ada dalam ibadah
dan upacara-upacara keagamaan mereka. Tetapi isu berbangkit adalah penggunaan kalimah Allah
dalam terjemahan Bible ke dalam edisi Bahasa Melayu.
Untuk menangani isu ini, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang
bersidang kali ke 82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 amat sesuai dikuatkuasakan. Merujuk kepada
keputusan Jawatankuasa Fatwa tersebut; Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi
agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan
Islam yang lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaga lafaz Allah dengan cara yang terbaik
dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut,
maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Bersandarkan kaedah Tasarruf al-Imam ala al-raiyyah manut bi al-maslahah
(Tindak-tanduk seorang Imam [ketua negara] ke atas rakyatnya hendaklah bergantung kepada
maslahat) dan Dar al-mafasid muqaddam ala jalb al-masalih (Menolak kefasadan hendaklah
diutamakan daripada mengambil manfaat) dan prinsip al-Masalih al-Mursalah, maka langkah
dan pendirian pihak JAKIM mewakili kerajaan Malaysia telah menetapkan untuk tidak
membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada komuniti selain daripada Muslim. Ketatapan
dan pendirian ini adalah sesuatu yang amat bertepatan dengan Maqasid al-Shariah sebagai satu
usaha menjaga kemaslahatan agama (hifz al-din).
Walaupun terdapat perbezaan ulama di dalam membenarkan atau tidak membenarkan,
apabila pihak pemerintah telah membuat sesuatu keputusan, maka ianya wajib ditaati. Hal ini
bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyatakan: Hukm al-Qadi yarfa al-khilaf.(keputusan
yang dibuat oleh seorang hakim menyelesaikan perbalahan dan perselisihan yang berlaku).

23

AMSS5303
Keputusan yang dibuat ini dianggap tepat dan bersesuaian, apabila melihatkan kepada aktivitiaktiviti kristianisasi yang berleluasa pada hari ini. Adalah wajar pihak kerajaan membendung dan
mengambil semua langkah yang perlu bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar berlaku
ke atas umat Islam.

6.0. Kesimpulan
Setelah definisi dan ciri-ciri Negara Islam diteliti secara, perbincangan dalam penulisan ini
mendapati Malaysia memiliki ciri minimum bagi sebuah negara Islam sebagaimana yang telah
dibahas dan dicerakinkan oleh para ulama silam dan moden. Oleh yang demikian, dapatlah
dijelaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum menepati ciri minimum
bagi sebuah negara Islam. Mahupun begitu, Malaysia tidak boleh kekal dengan tahap itu sahaja,
akan tetapi usaha-usaha ke arah penambahbaikan untuk mencapai tahap dan ciri maksimum
sebuah negara Islam yang sebenar perlu terus digiat dan direncanakan oleh Kerajaan Malaysia.
Siyasah syarieyyah merupakan kaedah pemerintahan dan pentadbiran negara yang
berlandaskan kepada syariah. Ia juga merupakan mekanisma hukum Islam yang diharuskan
kepada pihak kerajaan Islam menggunakannya bagi menangani dan menyelesaikan perkaraperkara baru yang tidak dijelaskan oleh nas-nas syarak secara langsung. Dalam penelitian
penulisan ini didapati kepimpinan negera ada menggunakan kaedah al-Masalih al-Mursalah,
Sad al-Zarai dan Tasarruf al-Imam ala al-Raiyyah Manut bi al-Maslahah bagi menangani
isu-isu pentadbiran khususnya berkaitan ibadah dan hukum syarak.
Jumhur ulama bersepakat menerima masalih mursalah sebagai salah satu cara untuk
menetapkan hukum. Tetapi hukum yang berkaitan dengan ibadat, para ulama sama sekali tidak
membenarkan kaedah masalih al-mursalah ini dikaitkan kerana dalam soal ibadat tidak ada
ruang untuk berijtihad dan mesti dilakukan sesuai dengan perintah syarak. Di samping itu,
masalih al-mursalah adalah bertepatan dengan maslahah umum iaitu menjaga lima perkara
seperti akal, agama, jiwa, harta dan keturunan. Hal ini kerana beragama merupakan fitrah
manusia dan lima kepentingan ini adalah diperlukan untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia
dan di akhirat.

24

AMSS5303
Justeru, perundangan Islam dengan kaedah-kaedah usul serta qawaid fiqhiyyah yang
bersifat syumul lagi kamil serta komprehensif mampu mendepani pelbagai permasalahan semasa
yang bersifat setempat mahupun global. Dalam kes-kes pentadbiran negara yang melibatkan hak
milik individu kerana bertembung dengan kepentingan umum jelas disokong oleh mafhum alQuran, amalan sunnah Rasulullah SAW serta amalan para sahabat ra serta beberapa kaedah usul
dan qawaid fiqhiyyah. Keanjalan kaedah-kaedah ini menjadikan syariat Islam wajar dijadikan
rujukan utama serta diaplikasikan di dalam kehidupan semasa.

[Bilangan patah perkataan: 5519]

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
A Hanafi. (1970). Pengantar dan sejarah hukum Islam. Jakarta: Pustaka Bulan Bintang.
Abdul Halim el-Muhammady. (1998). Undang-undang Jenayah dalam Islam dan Enakmen
Negeri-negeri. Bangi: Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

25

AMSS5303
Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar usul fiqh. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abu Zahrah, Muhammad. (1995). al- Alaqah al-Duwaliyyah fi al-Islam . Dimashq: Dar al-Fikr.
Ahmad Mohamed Ibrahim. (1999). Prinsip-prinsip Perlembagaan Islam dan Perlembagaan
Malaysia. Dlm. Abdul Monir Yaacob (pnyt). Prinsip-prinsip Pemerintahan dalam
masyarakat majmuk, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
al-Ashqar, Muhammad Sulayman b. Abd Allah. (1996). Zubdat al-Tafsir min al-Fath al-Qadi .
Bayrut: Dar al Muayyid li al-Nashr wa al-Tawzi.
al-Asqalani, I. H. (1986). Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (Vol. 12). Kaherah: Dar alRayyan li al-Turath.
al-Baalbakki, Ruhi. (1988). al-Mawrid: A Modern Arabic-English Dictionary. Bayrut: Dar
al-Ilm li al-Malayin.
al-Burhani, M. H. (1985). Sadd al-Dharai' fi al-Syariah al-Islamiyyah. Beirut: Matba'ah alRaihaniy.
al-Buti, Muhammad Said Ramadan. (1999). al-Jihad fi al-Islam. Bayrut: Dar al-Fikr al-Muasir.
al-Buti, Muhammad Sa'id Ramadhan. (2000). Dawabit al-maslahah fi shariah al- Islamiyyah.
Beirut: Resalah Publisher.
al-Kasani, Abu Bakr b. Masud. (1402H). Bada i al-Sana i . Bayrut: Dar al-Kutub al-Arabi.
al-Maqdisi, Muhammad b. al-Muflih. (1971). al-Adab al-Shar iyyah wa al-Minah al-Mar
iyyah. Riyad: Maktabat al-Riyad al-Hadithah.
al-Mardawi, Ali b. Sulayman. (1989). al-Asnaf fi Ma rifat al-Rajih min al-Khilaf. Dimashq:
Dar al-Bashair.
al-Mawardi, Ali b. Muhammad. (1989). al-Ahkam al-Sultaniyyah fi al-Wilayat al-Diniyyah. alKuwayt: Maktabat Ibn Taymiyyah.
al-Mawdudi, Abu al-Ala Muhammad b. al-Husayn. (1969). Nazariyyat al-Islam wa Hadyihi fi
al-Siyasah wa al-Qanun wa al-Dustur. Bayrut: Muassasat al-Risalah.
al-Munjid fi al-Lughah wa al-A lam. (1987). Ed. ke-34. Bayrut : Dar al-Mashriqiyyah.
al-Nabhani, Taqi al-Din. (1980). al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah. Bayrut: Dar al-Bashair.
al-Qaradawi, Yusuf. (2002). Fiqah al-Dawlah fi al-Islam. Bayrut: Dar al-Qalam.
al-Sarakhsi , Muhammad b. Ahmad. (1989). al-Mabsut. Bayrut : Dar al-Marifah.
26

AMSS5303
al-Shawkani, Muhammad b. Ali. (1985). Sayl al-Jarrar al-Muntafaq ala al-Hada iq al-Azhar.
Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al-Tariqi, Abd Allah b. Ibrahim. (1994). al-Isti anah bi Ghayr al-Muslimin fi al-Fiqah alIslami. Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
al-Zuhayli, Wahbah. (1998). Tafsir al-Munir. Dimashq: Dar al-Fikr.
As-Sayuti, Jalaluddin Abdurrahman bin Abi Bakr. (1965). Al asybah wa al nadhair. Surabaya: Al
Hidayah.
Awdah, Abd al-Qadir. (1402H). al-Tashri al-Jina i al-Islami Muqaranan Bayn al-Qanun alWad i . Tehran: Muassasat al-Bithah.
Ezad Azraai Jamsari & Mohd. Zamro Muda. (2006). Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri sebagai Sumber Undang-undang di Malaysia: Satu Perspektif
Sejarah. Dlm. Mohammad Zaini Yahya, Abdul Basir Mohamad & Mohd. Nasran
Mohamad (pnyt.). Isu Syariah dan Undang-undang, Siri 15. Bangi: Jabatan Syariah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
H.A.Jazuli. (2006). Kaidah-Kaidah Fikih, Kaidah-kaidah Hukum Islam dalam Menyelesaikan
Masalah-masalah yang Praktis. Jakarta: Kencana Pernada Media group.
Hamid Jusoh. (1992). Kedudukan Undang-undang Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Suatu
Rujukan Khas terhadap Kes-kes Konversi dalam Undangundang Keluarga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad b. Abi Bakr. (1401H). Ahkam Ahl al-Dhimmah.
Tahqiq. Sal ih, Subhi. al-Qahirah: Dar al-Ilm l I al-Malayin.
Ibn al-Qayyim. (1977). I'lam al-Muwaqqi'in an Rabb al-Alamin (Vol. 3). Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Abidin. (1966). Hashiyyat Radd al-Mukhtar. al-Qahirah: Maktabat Isa al-Babi al-Halabi.
Ibn Hajar al-Asqalani, Ahmad b. Ali. t.th. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. al-Qahirah:
Maktabat Misr.
Ismail Lutfi. (1995). Ikhtilaf al-Darayn wa Atahruhu fi Ahkam al-Munakahat wa al-Mu amalat.
al-Qahirah: Dar al-Salam.
Khaild Ibrahim Jindan (1995.) Teori Politik Islam: Telaah Kritis Ibnu Taimiyyah Tentang
Pemerintahan Islam, terj. Masrohin, Surabaya: Risalah Gusti
Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. (2008). Penglibatan Bukan Islam dalam Pentadbiran dan

27

AMSS5303
Jawatan Tertinggi di Malaysia. Disertasi Sarjana. Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Saleh Ahmad. (1999). Pengantar syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul
Majid.
Muhammad, Abd al-Qadir. (1986). al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam. Amman: Dar al-Furqan.
Qutb, Sayyid. (1994). Fi Zilal al-Qur an. al-Qahirah: Dar al-Salam.
Sadi, Abu Jayb. 1968. al-Qamus al-Fiqahi Lughatan wa al-Istilahan . Dimashq: Dar al-Fikr.
Uthman, Abd al-Karim. (1985). Maalim al-Thaqafah al-Islamiyyah. Bayrut: Muassasat alRisalah.
Zaydan, Abd al-Karim. (1396H). Ahkam al-Dhimmiyyin wa al-Musta minin. Bayrut:
Muassasat al-Risalah.

28

Anda mungkin juga menyukai