Anda di halaman 1dari 3

AL-MASALIH AL-MURSALAH

Ulama menyatakan al-masalih al-mursalah ialah kemaslahatan yang tidak


disyariatkan oleh Syari (Allah s.w.t.) mengenai hukumnya sebagai suatu
ketetapan serta tidak ditunjukkan oleh dalil syarak tentang kedudukan hukumnya
sama ada diakui ataupun tidak. Sehubungan dengan itu, maslahah ini dibina
hukumnya berdasarkan kepada perkara yang boleh mendatangkan kebaikan
dan menghindari keburukan (Sufi Hasan Abu Talib 1990; Abd al-Wahhab Khallaf
t.t; Abd al-Karim Zaydan 1979).
Kaedah al-masalih al-mursalah merupakan antara kaedah yang paling
sesuai sekali dengan nilai fleksibiliti perundangan Islam. Ini kerana terdapat
banyak contoh yang menunjukkan kaedah ini relevan diaplikasikan dalan
perundangan Islam. Di antara contohnya ialah pengumpulan al-Quran dalam
satu mushaf di zaman Sayyiduna Abu Bakr (al-Sabuni Muhammad Ali 1985),
mengenakan cukai tanah (kharaj ) terhadap tanah pertanian yang dirampas oleh
tentera Islam dan tidak membahagikannya kepada tentera Islam di zaman Saydina
Umar al-Khattab (Abu Yusuf Yaqub b. Ibrahim 1352H), mengenakan cukai ke
atas umat Islam yang kaya ketika berada dalam keadaan darurat (Abd al-Karim
Zaydan 1979) oleh pemerintah dan sebagainya. Seluruh kemaslahatan ini tidak
disyariatkan oleh al-Syari (Allah s.w.t.) mengenai hukum-hukumnya dan tidak
ada dalil yang mengakuinya dan membatalkannya. Contoh lain yang
menggambarkan nilai fleksibilti dalam al-masalih al-mursalah ialah suatu
pandangan yang dikemukakan dalam kitab al-Majmu yang bermaksud (Imam alNawawi 1997):
Kiranya ditelan oleh orang yang mati itu sebutir permata yang berharga
kepunyaan orang lain dan dituntut balik oleh tuannya, maka ketika itu
haruslah dibelah perutnya dan dikembalikan permata tersebut kepada
tuannya, dan sekiranya mati seorang perempuan yang masih mengandung
dan anak yang dikandung itu masih hidup, haruslah dibelah perutnya
kerana mengeluarkan anak itu bertujuan untuk memelihara satu nyawa
meskipun dengan merosakkan sebahagian daripada anggota mayat.

Para ulama bersepakat menyatakan bahawa al-masalih al-mursalah


tidak menjadi hujah di dalam perkara yang melibatkan ibadat kerana perkara
tersebut tidak boleh diijtihadkan (Wahbah al-Zuhayli 1986). Manakala dalam
perkara muamalat, ia menjadi perselisihan di kalangan para ulama (Abd al-Wahhab
Khallaf t.t; Muhammad Said Ramadan al-Buti 1986; Husayn Hamid Hasan (t.t);
Wahbah al-Zuhayli 1986). Walau bagaimanapun, mereka yang menjadikan almasalih
al-mursalah sebagai hujah, telah menetapkan beberapa syarat yang
mesti dipelihara (Ibrahim bin Musa al-Syatibi 1994; Sufi Hasan Abu Talib 1990;
Abd al-Wahhab Khallaf t.t).

Contoh2 Masalih Mursalah:


Khalifah Uthman telah menyalin semula al-Quran yang dibukukan oleh Sayyidina Abu Bakar ke dalam
beberapa salinan, kemudian mengedarkannya keseluruh wilayah Islam, seterusnya mengeluarkan arahan
supaya membakar semua catitan/tulisan al-Quran yang dimiliki oleh orang Islam ketika itu(Ibn alQayyim, 1995). Tindakan menyalin semula al-Quran itu sebenarnya tidak dinyatakan oleh mana-mana
nas syaraksecara langsung samada menyuruh atau melarangnya. Sebaliknya langkah itu diambil
berdasarkan kaedah maslahahiaitu bagi mengelakkan perpecahan umat Islam, dan mengembalikan
kesatuan umat dengan cara merujuk kepada satu mushaf yang seragam. Mengelakkan perpecahan dan
menguatkan kesatuan adalah sebahagian daripada Maqasid Syariah, sebagaimana yang ditekankan oleh
firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud: Dan berpegang teguhlah kamu
sekelian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu kamu bercerai berai. (al-Quran 3:103)
Nas ini menyatakan bahawa maslahah kesatuan adalah suatu yang amat dituntut oleh Islam kerana ia
merupakan satu Maqasid Syariahyang penting. Oleh itu tindakan Khalifah Uthman di atas adalah dapat
memenuhi kehendak Maqasid Syariah.
Khalifah Umar pula telah menggunakan kaedah maslahah apabila beliau mengenakan kharaj (cukai
yang dikenakan oleh kerajaan ke atas tanah pertanian)ke atas pemilik-pemilik tanah di Iraq(Abu Yusuf,
t.t). Apa yang dilakukan oleh Khalifah Umar ialah mengembalikan tanah tersebut kepada pemiliknya
dengan mengenakan cukai tertentu yang dipanggil sebagai kharaj. Sebenarnya tidak ada nas secara

langsung yang menyuruh kerajaan Islam mengenakan cukai tersebut. Begitu juga tidak ada nas yang
melarangnya. Oleh itu, tindakan yang diambil oleh Khalifah Umar adalah berdasarkan maslahahnegara
dan umat Islam seperti yang dijelaskan sendiri oleh beliau iaitu; untuk menambahkan pendapatan negara
Islam dan untuk menampung keperluan golongan yang tidak mampu dari segi kewangan seperti balubalu tentera Islam yang syahid, anak-anak para syuhada, anak yatim dan sebagainya.

Sadd al-Dhari`
Mengikut para ulama, Sad al-Dhari` bermaksud: cara menentukan hukum syarak
denganmenggunakan kaedah menutup pintu atau saluran yang membawa kepada keburukan dan
kerosakan, walaupun saluran itu pada asalnya harus(al-Burhani, 1985).Kaedah ini biasa juga
diluaskan pemakaiannya kepada konsep membuka pintu-pintu yang membawa ke arah kebaikan
atau sesuatu yang bermanfaat. Ini bererti, walaupun tidak ada nas al-Quran dan al-Sunnah yang
melarang sesuatu perkara secara langsung, tetapi berdasarkan kaedah Sad al-Dhari, kerajaan boleh
mengambil tindakan menyekat sesuatu perkara yang boleh membawa kepada keburukan demi
menjaga kepentingan rakyat dan negara. Begitulah juga dalam hal-hal yang boleh mendatangkan
kebaikan kepada masyarakat, pihak kerajaan wajar melaksanakan perkara itu demi kebaikan semua.
Di dalam al-Quran dan al-Sunnah, terdapat banyak contoh pemakaian Sad al-Dharisebagaimana
yang telah dikemukakan oleh Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya I`lam al-Muwaqqi`in Beliau
menyebut sebanyak 99 contoh Sad al-Dharisebagai mengambil sempena 99 nama Allah(Ibn alQayyim, 1977). Beliau juga menghuraikan penggunaan kaedah Sad al-Dharipada zaman
pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Dalam kertas ini dipilih beberapa contoh berikut bagi
memperlihatkan perhubungannya dengan urusan pentadbiran.Contoh-contoh ini memberikan
gambaran bahawa apabila mafsadah (kerosakan) lebih besar daripada maslahah, maka Allah S.W.T
mengharamkan perkara tersebut.
Contoh 1
Allah S.W.T melarang orang Islam mencaci tuhan-tuhan orang kafir secara terbuka seperti di tempat
ibadat mereka.Tujuannya ialah supaya orang kafir tidak membalas cacian terhadap Allah S.W.T
dalam keadaan marah dan geram.Firman Allah SWT di dalam surah al-Anam ayat 108 yang
bermaksud: Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah,
kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampau batas dengan ketiadaan pengetahuan.
(al-Quran 6:108) Contoh 2 Rasulullah SAW tidak membunuh golongan munafiq yang sangat
merbahaya seperti Abdullah bin Ubai bin Salul, bagi mengelakkan timbulnya fitnah yang lebih
besar, di mana Rasulullah S.A.W akan dituduh membunuh sesama Islam. Sebenarnya Rasulullah
S.A.W mengenali golongan munafik tersebut melalui wahyu dari Allah S.W.T, tetapi baginda tidak
membunuh mereka itu kerana orang ramai tidak mudah mengenali puak-puak munafiq yang bijak
berlakon dan memperdayakan masyarakat dengan gaya dan percakapan yang amat menarik,
sehingga mereka itu kadang-kadang dianggap oleh masyarakat sebagai orang Islam yang benarbenar beriman. Jadi untuk menutup ruang fitnah, maka Rasulullah S.A.W tidak membunuh
golongan munafiq walaupun sepatutnya mereka itu perlu dibunuh bagi menyelamatkan masyarakat
Islam dari kejahatan mereka.Namun begitu, baginda mempunyai pendekatan sendiri untuk
menangani kejahatan puak-puak munafiqin ini.
Contoh 3
Para sahabat bersetuju menjatuhkan hukuman bunuh ke atas semua anggota kumpulan dalam kes
melakukan pakatan bunuh ke atas seorang mangsa(al-Asqalani, 1986). Sedangkan kaedah asal
dalam kes Qisas mengatakan satu nyawa dibalas dengan satu nyawa sahaja. Namun begitu
sekiranya jenayah bunuh yang dilakukan secara berkumpulan boleh terlepas daripada hukuman
qisas, sudah tentu ia membuka jalan kepada penjenayah lain untuk menggunakan helah/strategi
tersebut, kerana mereka tahu boleh terlepas daripada hukuman qisas Jadi untuk menutup ruang

jenayah yang canggih itu, maka hukuman qisass hendaklah dikenakan ke atas semua yang terlibat
melakukan pakatan bunuh, setelah sabit kesalahan mereka di mahkamah.
Dalam konteks semasa, peranan kaedah Sad al-Dhariamat besar kepada kesejahteraan masyarakat dan
juga pembangunan negara, contohnya kerajaan bertindak mengharamkan penanaman ganja kerana
penggunaannya membawa kesan negatif kepada akal manusia. Kerajaan tidak boleh menjual senjata
kepada pihak musuh semasa peperangan kerana amat merbahaya kepada keselamatan negara.Kerajaan
perlu bertindak mengharamkan majalah-majalah yang merosakkan pemikiran dan akhlak muda mudi.
Kaedah Sad al-Dhariini sebenarnya dapat memberikan kekuatan dan kemantapan kepada kerajaan
Islam dalam pentadbiran dan pengurusan kerana mampu menghalang segala unsur buruk dan negatif
daripada mengancam kestabilan negara.Mengikut kaedah ini, pihak kerajaan dapat menyekat segala
perkara yang menjadi faktor berlakunya kerosakan, maksiat, jenayah, gejala sosial dan sebagainya.
Apabila kerajaan menghalang sumber atau faktor kemungkaran, maka kejadian-kejadian buruk tidak
mudah berlaku, kerana ia dikawal dengan rapi di peringkat awalnya. Kaedah Sad al-Dharijuga
membantu kerajaan untuk membangunkan negara secara teratur dan selamat. Projek-projek
pembangunan dapat dibangunkan dengan baik dan tidak menimbulkan unsur-unsur kezaliman,
penindasan, pencemaran alam sekitar, kerosakan alam semulajadi, kejadian banjir kilat, dan sebagainya,
kerana langkah-langkah pencegahan telah diambil lebih awal selaras dengan kehendak Sad alDhariContohnya menghalang kegiatan rasuah dapat menjamin kualiti kerja dan projek yang
dijalankanJelasnya pembangunan yang berlandaskan kaedah ini benar-benar dapat membangunkan
tamaddun kemanusiaan, pembangunan fizikal yang canggih dan terjamin keselamatan, keharmonian,
ketenangan, dan sebagainya. Namun begitu harus diingat bahawa kaedah Sad al-Dhariini tidak boleh
dijadikan alat untuk mengaut keuntungan peribadi dengan menutup mulut pihak tertentu yang
memberikan teguran atau nasihat membina kepada kerajaan dengan alasan untuk menjaga keselamatan
awam dan sebagainya.
al-Burhani, M. H. (1985). Sadd al-Dharai' fi al-Syariah al-Islamiyyah. Beirut: Matba'ah al-Raihaniy.
Ibn al-Qayyim. (1977). I'lam al-Muwaqqi'in an Rabb al-Alamin (Vol. 3). Beirut: Dar al-Fikr.
al-Asqalani, I. H. (1986). Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (Vol. 12). Kaherah: Dar al-Rayyan li alTurath.

Anda mungkin juga menyukai