Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG

48000 RAWANG
KERTAS CADANGAN
PROGRAM LIMA MINIT ALATAN TANGAN/MESIN/KOMPONEN
TAHUN 2011
1.0 PENDAHULUAN
Usaha bagi meningkatkan kecermelangan pelajar semestinya mendapat sokongan dan komitmen padu
semua pihak khususnya guru-guru dan para pelajar sendiri. Penting bagi pelajar untuk mereka mengenal
dan mengingat nama dan fungsi alatan tangan/mesin/komponen dalam usaha untuk meningkatkan
kecermelangan mereka. Komitmen yang padu dari semua pelajar diharapkan bagi sama-sama membantu
meningkatkan kecemerlangan mereka.
2.0 MATLAMAT
Memudahkan pelajar mengenal dan mengingat nama, rupa, fungsi dan fakta-fakta alatan
tangan/mesin/komponen.
Memudahkan pelalajar yang lemah terutamanya untuk menguasai soalan-soalan bergambarajah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan semua pelajar dengan alatan tangan/mesin/kompenen sebagai pendedahan dan
persediaan awal bagi membolehkan mereka lebih mengenal dan mengingatinya.
3.2 Memperkembangkan potensi dan kecemerlangan diri pelajar dengan pelaksanaan sistem pembelajaran
terutama setelah selesai sukatan pelajaran.
3.3 Meningkatkan kerjasama antara pelajar-pelajar dan guru-guru bagi mempertingkatkan usaha sama
bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar.
4.0 AKTIVITI
4.1
4.2
4.3
4.4

Pelajar menunjukkan gambar alatan tangan/mesin/komponen, menyebut nama dan fungsinya.


Pelajar melabelkan alatan tangan/mesin/komponen tersebut
Pelajar menyatakan fakta-fakta penting tentang alatan/mesin/komponen tersebut
Pelajar menyoal rakan sekelas tentang apa yang telah dipersembahkannya sebentar tadi

5.0 SASARAN
Semua Pelajar KHB-PK
6.0 TARIKH
Januari Oktober 2011
7.0 MASA
5 Minit pertama setiap waktu P & P bagi kelas KHB-PK
8.0 CADANGAN TEMPAT
Bengkel-bengkel dan Kelas-kelas pelajar KHB-PK

9.0 STRUKTUR ORGANISASI


Penasihat
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Naib Setiausaha
AJK
Perlaksana
(Guru MP)
Post Moterm
Pendokumentasian

:
:
:
:
:

Hjh Mazlah bt Hussein (Pengetua)


Hjh Norseha bt Manaf (Penolong Kanan Pentadbiran)
Pn Faridah bt Omar (GKMP Teknik Dan Vokasional)
Pn Normi Ghazali
Pn Fatimahwati binti Awang Samah

:
:
:
:

Pn Zuriati Zainal Abidin


PN. Rodita bt Muhamad
Pn Faridah bt Omar
Pn Normi Ghazali

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Tiada anggaran perbelanjaan kerana pelajar menggunakan manila kad/alatan tangan/mesin/komponen
sebenar yang telah sedia ada di bengkel

11.0

SUMBER KEWANGAN
Tidak menggunakan sebarang wang PCG Panitia KHB

12.0 PENUTUP
Dengan kerjasama semua pihak, diharapkan program ini akan mendatangkan kesan yang positif dan
berkekalan kepada pelajar, khususnya sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar
yang akan menduduki menduduki peperiksaan pada setiap penggal dan terutamanya kepada calon
PMR 2011. Kesan akhirnya akan mewujudkan suasana dan iklim pengajaran dan pembelajaran yang
harmonis dan melahirkan pelajar-pelajar yang sihat minda dan sentiasa menjiwai kecemerlangan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(FATIMAHWATI BINTI AWANG SAMAH)


Naib Setiausaha Program
SMK Rawang

..
(FARIDAH BINTI OMAR)
Guru Kanan Bidang Teknik Vokasional
SMK Rawang

Disahkan oleh,

Diluluskan oleh,

(HJH NORSEHA BINTI MANAF)


Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Rawang

...
(HJH MAZLAH BINTI HUSSEIN)
Pengetua
SMK Rawang

Anda mungkin juga menyukai