Anda di halaman 1dari 49

062 - MENCONTOHI HAJI, UMRAH, & ZIARAH YANG SUNNAH

MENCONTOHI HAJI, UMRAH, & ZIARAH YANG


SUNNAH
Oleh:
Abu Farouq al-Atshary
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Download Kuliah Keratan 01, Keratan 02


Muqaddimah
Ibadah haji, adalah salah satu dari tuntutan agama yang terdapat
dalam rukun Islam yang lima. Ia merupakan seruan Allah kepada
sekalian manusia. Oleh itu, setiap insan yang beriman wajib
menunaikannya setelah mempunyai kemampuan kerana ia telah
diperintahkan oleh Allah Azza wa-jalla di dalam firman-Nya:

Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu


bagi orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah. (Ali
Imran, 97)


Dan serukanlah kepada manusia untuk mengerjakan haji. (Al-Hajj,
27)
Menurut kesepakatan para ulama Salaf as-Soleh, sebelum
seseorang pergi menunaikan ibadah haji, maka wajiblah terlebih
dahulu mempelajari sifat haji Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam,
kerana mencontohi (ittiba) cara-cara baginda mengerjakan haji
adalah wajib.

Baginda bersabda:






Agar kamu sekalian sentiasa mengambil (mencontohi) tata cara
mengerjakan ibadah haji dari aku. (H/R Muslim)
Allah Subhanahu wa-Taala telah memerintahkan agar setiap amal
ibadah berpandukan (mencontohi) ibadah yang telah dicontohkan
oleh RasulNya. Allah Subhanahu wa-Taala berfirman:














Sesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat dan
kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al-Ahzab,
21)
Oleh yang demikian, atas kesedaran tentang kurangnya buku-buku
rujukan yang berkaitan dengan manasik haji, maka penulis
berusaha menyiapkan buku ini untuk dimanfaatkan oleh setiap
bakal jamaah yang akan menunaikan haji.
Penulis berdoa agar buku ini dan buku-buku yang ditulis oleh para
ulama Salaf as-Soleh yang lainnya, semuanya dapat memberi
sumbangan dan panduan kepada mereka yang ingin menunaikan
haji dengan cara mencontohi sifat haji Rasulullah sallallahu alaihi
wa-sallam.
Semoga haji, umrah dan segala amalan yang berkaitan dengan haji
dan umrah yang akan para jamaah kerjakan, sentiasa mendapat
keberkatan, haji yang mabrur dan di dalam rahmat serta
pemeliharaan Allah Azza wa-Jalla. Amin! Wallahu alam.

UMRAH DAN HAJI


Haji menurut ahli ilmu ialah mengangkat suara ketika bertalbiyah.
(Lihat: Hajjatun Nabi sallallahu alaihi wa-sallam kama rawahu
anhu Jabir radiallahu anhu. Nasruddin al-Albani) Haji dan umrah
pula bermaksud: Berihram, tawaf, sai serta tahalul. (Lihat: Subulus
Salam. 2/178)
Ihram adalah niat haji atau umrah, iaitu kesimpulan (tekad) di hati
untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah. (Lihat: Fatwa-Fatwa
Haji & Umrah. Sheikh Soleh al-Uthaimin)
Adapun talbiyah ialah jawapan terhadap seruan Allah yang terdapat
di dalam firmanNya (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Sheikh
Soleh al-Uthaimin):


Dan serukanlah (panggillah) kepada manusia untuk menunaikan
haji. (Al-Haj, 27)
Menunaikan haji merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima
yang wajib ditunaikan bagi mereka yang berdaya.
Ibadah haji dan umrah adalah wajib sebagaimana yang diwajibkan
oleh Umar bin al-Khattab, (Lihat: al-Muhalla 3069. Ibnu Hazm)
wajib (Sebagaimana pendapat para sahabat seperti Ibnu Abbas,
Ibnu Umar, Jabir bin Abdullah. Ia telah dijelaskan dalam al-Muhalla
oleh Ibnu Hazm. Ibnu Khuzaimah 3066-3068. Juga oleh Imam alBukhari 2/198) dikerjakan sekali seumur hidup. Dan adalah sunnah
mengerjakan beberapa kali haji dan umrah bagi mereka yang
mampu. Adapun haji yang mabrur akan mendapat balasan syurga
sebagaimana hadis:




Haji yang mabrur tiada baginya balasan selain syurga. (H/R
Ahmad, Bukhari 2/198, Muslim 4/170 dan selain mereka)
Umrah waktunya tidak terbatas, boleh dikerjakan pada bila-bila
masa, namun yang lebih afdal dan diutamakan ialah dibulan
Ramadan. (


Dari satu
umrah kesatu umrah, menjadi penebus dosa antara keduanya.

Sedangkan haji yang mabrur, tidak ada balasan baginya selain


syurga. H/R Bukhari 2/198. Muslim 4/170)
Allah Subhanahu wa-Taala telah berfirman tentang wajibnya
menunaikan haji dan umrah:



Dan mengerjakan haji itu adalah kewajiban manusia terhadap
Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke
Baitullah. Barangsiapa mengingkari, maka sesungguhnya Allah
Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (Ali
Imran. 97)

Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah,


2:196)
Dan banyak lagi dalil-dalil dari al-Quran dan hadis-hadis sahih yang
menunjukkan wajibnya menunaikan haji dan umrah. Hendaklah
mensegerakan menunaikan haji bagi yang telah mampu, kerana
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:

(
)


.
Bersegeralah kamu menunaikan haji (haji yang wajib), kerana
sesungguhnya seseorang dari kamu tidak mengetahui apa yang
akan menimpa kepadanya. (H/R Ahmad dan selain darinya)








.
Barangsiapa ingin menunaikan haji, maka hendaklah bersegera
melakukannya, kerana boleh jadi dia ditimpa sakit, ketiadaan
kenderaan atau terpaksa memenuhi keperluan yang lain. (H/R
Ahmad dan Ibnu Majah)
Malah ada ancaman dari Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bagi
mereka yang mampu tetapi tidak mahu menunaikan haji, iaitu
sabda baginda:










.
Barangsiapa yang telah memiliki bekalan dan kenderaan, lalu dia
tidak mengerjakan haji, maka bila mati, ia mati sebagai Yahudi atau
Nasrani. (H/R Tirmizi. Sanad hadis ini telah dilemahkan oleh
Syeikh Nasruddin al-Albani. Lihat: Daif Jami As-Sagir No. 5860. Dan
Musykat No. 2521)
Namun kesempurnaan haji sehingga mencapai haji mabrur hanya
setelah mematuhi hadis-hadis berikut:

Ambillah contoh (cara menunaikan haji kamu) dariku,


sesungguhnya aku tidak pasti apakah masih akan berhaji selepas
tahun ini.




Hendaklah kamu mengambil cara-cara ibadah haji kamu dariku.
(H/R Bukhari dan Muslim)

Iaitu kesempurnaan haji sehingga mendapat haji yang mabrur,


ialah setelah berittiba kepada sifat haji Rasulullah sallallahu alaihi
wa-sallam yang diperintahkan semua manusia agar mematuhinya.
Baginda bersabda: Supaya kamu hanya mengambil dariku tatacara kamu mengerjakan haji. (H/R Bukhari dan Muslim) Malah
sewajarnya ditaati perintah Allah Azza wa-Jalla di dalam firmanNya:





Dan apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka
terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka
tinggalkannya. (Al-Hasyr, 7)
NIAT HAJI & UMRAH MENURUT SYARA
Niat ialah menyengaja (sengaja) atau berkehendak melakukan
sesuatu, atau juga mengetahui maksud dan mengetahui sesuatu
yang akan dikerjakan. Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu
alaihi wa-sallam:




Bahawasanya setiap amal itu berserta dengan niat, dan setiap
seseorang memperolehi dari apa yang diniatkan. (Hadis
Muttafaqun alaihi)
Mereka-reka ayat niat, sehingga menjadi susunan ayat niat yang
khusus, menjelaskan di dalam ayat niat tersebut maksud dan
tujuan amal yang akan dilakukan, lalu melafazkan sebagaimana
kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, yang
disangka oleh mereka sebagai wajib sehingga ia dilafazkan dalam
semua ibadah yang utama, seperti berwuduk, mandi junub, solat,
puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lainnya, sedangkan yang benar,
mereka yang melafazkan, membaca atau memperdengarkan
bacaan niatnya dengan jahrah (dengan bersuara), adalah amalan
yang telah disepakati oleh para ulama umat Islam sebagai
perbuatan yang bidah, kerana tidak ada dasarnya dari agama Islam
yang mulia ini (perbuatan melafazkan niat (Lihat: 1/15.
Ibnu Qaiyim) sebelum memulakan ibadah). Malah melafazkan niat
tidak ada keterangan dari Nabi sallallahu alaihi wa-sallam. (Lihat:
Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Bin Bazz)

Niat adalah amalan hati, tidak ada nas yang mencontohkan bahawa
ia dilafazkan dengan lisan, diperdengarkan dengan suara atau
dijahrahkan, sesiapa yang sengaja melafazkan dengan jahrah atau
mengeraskan suara, maka ia adalah perbuatan yang bidah,
demikianlah yang sahih mengikut kesepakatan ulama Salaf asSoleh.
Menurut pendapat yang rajih (lebih kuat/sahih), niat haji dan
umrah disengajakan (diniatkan) setelah sampai di miqat, iaitu
berniat di miqat, tetapi memakai pakaian ihram dibolehkan walau
bukan di miqat (belum sampai di miqat). Dan diwajibkan
menyebutkan dengan lisan/perkataan manasiknya dalam talbiyah,
sama ada manasik haji atau umrah, iaitu dengan ucapan:


Atau

Dan bukan mengucapkan/menyebutkan niatnya seperti melafazkan:





Atau



Atau

Lafaz-lafaz niat di atas dan sebagainya yang dilafazkan dengan


suara keras (nyaring) adalah lafaz yang bidah, kerana sama sekali
tidak ada dalilnya dari syara' dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam kepada umatnya, serta tidak
pernah dicontohkan oleh para Salaf as-Soleh membaca dan
melafazkan niat seperti yang dilakukan oleh kebanyakan umat
Islam.
Dianjurkan bagi mereka yang khuatir tidak mampu melaksanakan
manasiknya sampai selesai, terutama bagi mereka yang sakit atau
takut, iaitu diketika niat ihram agar menyebut bersama niat
ihramnya (talbiyahnya) sebutan berikut:

Jika berlaku sesuatu yang menghalangku, maka tempatku ketika


aku terhalang.
Nabi sallallahu alaihi wa-sallam telah memerintahkan Dhabaah
binti Zubir bin Abdul Mutalib, agar menentukan syarat niat ini dalam
hajinya ketika beliau mengadu sakit.
Ucapan di atas ini dibolehkan juga diucapkan (dilafazkan) oleh
sesiapa sahaja yang menunaikan haji atau umrah, kerana pada
dasarnya ia adalah berupa suruhan secara umum.
MIQAT
Berihram di miqat adalah wajib bagi setiap orang yang akan
menunaikan haji atau umrah. Tempat-tempat miqat telah
ditentukan oleh syara sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
Jabir radiallahu anhu, iaitu:
Menurut hadis riwayat Muslim bahawa penduduk Madinah miqatnya
di Zul Khulaifah. Iaitu satu tempat yang jaraknya enam batu dari
Madinah. Ibn Qayyim berkata: Sekitar satu batu. (Zaadul Maad.
2/178)
Yang datang dari arah Syam, miqatnya di Juhfah yang jauhnya
sekitar tiga marhalah dari Mekah.
Yang datang dari Yaman miqatnya ialah di Yalamlam. (H/R Muslim,
Baihaqi & Ibnu Majah)
Penduduk Mekah (Ahli Mekah) pula miqatnya ialah di Mekah.













Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah menetapkan miqat bagi
penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di al-Juhfah
dan penduduk Yaman di Yalamlam. Lalu baginda bersabda: Tempattempat miqat ini adalah bagi penduduknya dan bagi orang yang
melewatinya dari mereka yang bukan penduduknya, iaitu bagi
orang yang ingin haji dan umrah. Barangsiapa tempat tinggalnya
lebih dekat ke Mekah dari tempat-tempat miqat tersebut maka dia
ihram dari tempat ia berada, hingga penduduk Mekah, maka
mereka berihram di Mekah. (Hadis Muttafaqun alaihi)
Yang datang dari arah Iraq, maka miqatnya ialah di Dzatu Irq. Iaitu
kira-kira empat puluh dua batu dari Mekah. (Lihat: Fathul Bari, Ibnu
Hajar al-Asqalani)
Penduduk dari Najd, miqatnya di Qurnul Manazil.







Penduduk Najd ihram dari Qurnul Manazil dan penduduk Yaman
ihram dari Yalamlam. (H/R An-Nasaii)
Tempat-tempat miqat yang disebutkan di atas, semuanya telah
ditetapkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam sebagaimana
yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ibnu Majah, as-Syafie,
Baihaqi, Ahmad at-Thayalisi. Dan lihat penjelasan Abu Nuim dalam
kitab Al-Mustakhrij yang berkaitan dengan miqat.

SOLAT DUA RAKAAT IHRAM


Solat dua rakaat ihram hukumnya sunnah menurut jumhur ulama.
(Lihat: Fatwa-fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz) Jumhur ulama yang
menilai sunnah berdasarkan hadis:

Allah Azza wa-Jalla berfirman: Solatlah kamu di lembah yang


diberkati ini dan katakanlah: Umrah dan haji. (H/R Ahmad, Bukhari
dan Abu Daud)
Maksud lembah yang diberkati ialah di lembah al-Atiq dalam haji
wada. Malah terdapat riwayat dari seorang sahabat bahawa Nabi
sallallahu alaihi wa-sallam solat sunnah dua rakaat kemudian ihram.
(Lihat: Fatwa-fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz) Dan bagi yang terlupa
untuk solat sunnah sebelum ihram, maka tidak ada qada baginya.
TALBIYAH UMRAH ATAU HAJI
Maksud talbiyah ialah jawapan terhadap seruan Allah Subhanahu
wa-Taala sebagai makhlukNya, semata-mata untuk beribadah haji
ke rumahNya (Baitullah al-Haram di Mekah), menurut lisan
kekasihNya (Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam). (Lihat:
Hajjatun Nabi saw. No. 15) Menurut Ibnu aimiyah, erti talbiyah
ialah: Saya menjawab seruanMu, tunduk patuh kepada hukumMu,
taat terhadap perintahMu dan sentiasa berkeadaan demikian.
(Lihat: Majmu Fatawa. Ibn Taimiyah)
Adapun lafaz yang diucapkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, para sahabat dan para Salaf as-Soleh semasa berihram
untuk menunaikan haji atau umrah ialah:


Ya Allah, aku sambut seruanMu untuk haji!

Dan jika ibadah umrah baginda melafazkan:

Ya Allah, aku sambut seruan Mu untuk umrah!.


Jabir radiallahu anhu berkata:
Kami mengucapkannya dengan lantang. (H/R Muslim)
Menurut Ibnu Taimiyah: Membisu dalam mengerjakan Ibadah haji
atau umrah, tidak mahu berkata sehingga tidak melafazkan talbiyah,
maka ia adalah suatu perbuatan yang bidah. (Lihat: Al-Iqtida hlm.
60. Ibnu Taimiyah)
Jabir berkata lagi:
Dan tidaklah kami niatkan (talbiyah haji) kecuali untuk haji. (H/R
Bukhari, Muslim dan Nasaii)
Ini bermakna, talbiyah adalah wajib, kerana sebagai niat yang wajib
dilafazkan. Setelah melafazkan lafaz di atas, baginda meneruskan
dengan bertalbiyah dengan suara nyaring (Jabir berkata: Kami
melaungkan (talbiyah) dengan suara lantang. H/R Muslim) yang
juga hukumnya wajib, iaitu:
















Aku sambut (tunaikan) seruanMu ya Allah! Aku sambut seruanMu
ya Allah! Aku sambut seruanMu! Tiada sekutu bagiMu, aku sambut
seruanMu! Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kekuasaan
adalah bagiMu. Tidak ada satupun sekutu bagiMu. (H/R Bukhari
2/147. Dan Muslim. 4/7. Ibn Majah)
Atau boleh menambah bertalbiyah seperti berikut:

Aku penuhi panggilanMu, aku bahagia memenuhi panggilanMu.


Semua kebaikan ada ditanganMu dan keburukan tidak kembali
kepadaMu. Aku penuhi panggilanMu dengan penuh sukacita dalam
menghadap kepadaMu dan beramal. Aku penuhi panggilanMu,
bagiMu dengan sepenuhnya dalam mengabdi dan merendahkan
diri. (Hadis Muttafaqun alaihi)
Ibnu Abbas menjelaskan bahasa bertakbir dan bertahlil sebagai
pengganti talbiyah adalah perbuatan bidah. (Lihat: Kanzul Ummal.
3/30) Bertalbiyah dengan cara serentak (dengan satu suara), juga
adalah amalan bidah. ((1). Lihat: Al-Madkhal 2/221. Ibnu Hajj. (2).
Syarah at-Tariqah al-Muhammadiyah. 1/115. H. Rajab)
Talbiyah bagi orang yang umrah selesai (dihentikan) apabila sampai
di Hajar Aswad, iaitu ketika ingin memulakan tawaf. Tetapi talbiyah
bagi yang mengerjakan haji selesai ketika menghampiri (ingin
melimpar batu) di Jamrah Aqabah.
Perlu diketahui, bahawa orang yang sedang ihram adalah bidah
hukumnya jika melakukan solat tahiyatul masjid setelah memasuki
Masjid al-Haram. Pengganti tahiyatul masjid ialah tawaf kemudian
solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim. (Lihat: Al-Qawaid anNuraniyah. Hlm. 101. Ibnu Taimiyah) Kerana menurut hadis
bahawa:
Kami memasuki Mekah pada waktu matahari pagi mulai naik
(waktu duha), lalu Nabi sallallahu alaihi wa-sallam menuju Masjid
al-Haram dan baginda menambatkan untuknya, kemudian masuk
ke masjid, lalu Nabi mengusap Hajar Aswad. (H/R Ibnu Khuzaimah,
al-Hakim, Baihaqi, Ahmad dan Ibnu Jarud)
Kemudian baginda berlari-lari kecil (berjalan cepat dengan langkah
kecil) (Iaitu menurut Imam An-Nawawi) sehinggalah sampai ke
Hajar Aswad tiga kali keliling. (H/R Ahmad) Dan berjalan empat kali
keliling dengan tenang. (Lihat: Syarah al-Mani. At-Tahawi)
Semasa mengusap Hajar Aswad (jika tidak berdaya menciumnya)
ialah dengan tangan kanan (sebelah tangan sahaja), dan
disunnahkan mengusap Hajar Aswad disetiap keliling (putaran),
(Lihat: Penjelasan Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim) atau
mengisyaratkan dengan tangan atau dengan tongkat sambil
membaca takbir. Termasuk amalan sunnah ialah mengusap Rukun
Yamani, juga bertakbir setiap kali mengusapnya sebagaimana hadis
Ibnu Umar, tetapi tidak disunnahkan mencium Rukun Yamani atau
memberi isyarat dengan tangan setiap kali melintasinya jika tidak
mampu mengusapnya.

Semasa tawaf baginda sentiasa berithiba (

), iaitu
memasukkan kain ihramnya di bawah ketiak kanannya dan
hujungnya menutup bahu kirinya sehingga kelihatan bahu kanan
baginda. Apabila selesai tawaf baginda membentangkan kain
ihramnya seperti sediakala (tidak berithiba). (Lihat penjelasan
lanjut dalam al-Mughni. Ibnu Qudamah) Ibnu Abidin berkata:
Disunnahkan berithiba (
)ketika memulakan tawaf,
sehinggalah selesai, tidak ada cara yang selainnya. ((1). Lihat: AlHasyiah. Ibnu Abidin. (2). Lihat: Fathul Qadir 2/150. (3). Lihat:
Talbisul Iblis. Hlm. 154. Ibnu Qaiyim)
HIJIR ISMAIL
Tidak dibolehkan (tidak sah) tawaf sama ada tawaf haji, umrah atau
tawaf sunnah bagi yang bertawaf apabila masuk (melalui/melintasi)
hijir Ismail. Sahnya tawaf hanya mengelilingi Baitullah (Kaabah),
sedangkan hijir Ismail termasuk Baitullah (Kaabah) sebagaimana
hadis dari Aisyah radiallahu anha:
Dari Aisyah radiallahu anha beliau berkata: Aku bertanya kepada
Nabi sallallahu alaihi wa-sallam tentang hijir Ismail, maka baginda
bersabda: Ia termasuk Baitullah (Kaabah). (H/R Muslim)
Dan diriwayat yang lain:
Aisyah berkata: Aku bernazar untuk solat di dalam Baitullah
(Kaabah), maka Nabi sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Solatlah
kamu di hijir Ismail, kerana sesungguhnya hijir Ismail itu termasuk
Baitullah.
Allah Azza wa-Jalla hanya memerintahkan agar tawaf mengelilingi
Baitullah (Kaabah) sebagaimana firmanNya:





Dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling Baitullah
(Kaabah). (Al-Haj, 29)
Tawaf ialah dengan cara mengelilingi Kaabah (Baitullah), bukan
melintasinya atau masuk ke dalamnya. Oleh itu tidak terdapat dalil
yang menunjukkan yang membolehkan tawaf melintasi Hijir Ismail.

LARANGAN SEMASA BERIHRAM


Ada beberapa perkara yang terlarang ketika sedang berihram:
1 - Bagi lelaki khususnya dilarang memakai sarung kaki atau sepatu,
sebagaimana hadis:
Janganlah kamu yang sedang ihram memakai sepatu, kecuali jika
tidak mempunyai sandal (capal), maka potonglah sepatu kamu ke
paras di bawah buku lali (mata kaki). (H/R Bukhari dan Muslim)
Menurut Abdulaziz bin Bazz rahimahullah, hadis di atas ini mansukh
kerana menurut beliau:









Dan telah datang dari baginda di dalam khutbahnya, pada haji
wada di Arafah: Bahawasanya baginda memerintahkan sesiapa
yang tidak memperolehi sandal, agar memakai sepatu, dan tidak
diperintahkan agar memotongnya. (Lihat:
hlm. 30. Ibnu Bazz)
Ibnu Bazz rahimahullah menambah:









Dan yang paling rajih (sahih) insya Allah, bahawa memotong itu
adalah mansukh. Bahawa Nabi sallallahu alaihi wa-sallam
berkhutbah kepada manusia di Arafah, telah dihadiri khutbah

baginda oleh khalayak manusia yang amat ramai, sama ada dari
kota dan perkampungan, hanya mereka yang tidak menghadiri
khutbah baginda dari Madinah sahaja yang masih menyuruh
memotong sepatu. Jika sekiranya memotong sepatu itu wajib atau
telah disyariatkan, pasti telah dijelaskan oleh Nabi kepada umatnya,
maka apabila berdiam dari hal tersebut di Arafah, menunjukkan
bahawa ia telah dimansukhkan. Sesungguhnya Allah Jalla wa-Ala
telah memaafkan dan mengampunkan para hamba dari memotong
sepatunya, yang mana memotongnya adalah membawa kerosakan
kepada sepatu, wallahu alam. (Lihat:
hlm. 31. Ibn Bazz)
2 - Khusus bagi lelaki, dilarang memakai semua jenis pakaian
berjahit seperti baju, menutup kepala (memakai songkok, kupiah,
serban), memakai seluar.







Tidak boleh memakai baju, serban, seluar, tudung kepala dan
sepatu, kecuali orang yang tidak memperolehi capal (sandal), maka
ia boleh memakai sepatu. Dan hendaklah dia memotong khuf
sampai ke bawah mata kaki. (H/R Bukhari dan Muslim)
Tetapi jika tidak memperolehi kain ihram atau sandal, maka
diperbolehkan memakai seluar atau sepatu iaitu berdasarkan hadis:




Barangsiapa yang tidak memperolehi kain (kain ihram) maka
hendaklah dia memakai seluar, dan sesiapa yang memperolehi
sandal (capal), maka hendaklah dia memakai sepatu. (H/R Bukhari
dan Muslim)
3 - Dilarang bagi wanita menutup muka atau memakai niqab ()
kecuali jika terdapat lelaki yang bukan mahramnya, maka
dibolehkan untuk memakai niqab. Dan juga dilarang memakai
sarung tangan kerana menurut hadis:




Orang perempuan tidak menutup muka (memakai niqab) dan tidak
boleh memakai sarung tangan. (H/R Bukhari, Tirmizi dan AnNasaii)
Dikecualikan jika terdapat lelaki yang bukan mahramnya, maka
dibolehkan bagi para wanita menutup wajahnya, iaitu berpandukan
kepada hadis yang diriwayatkan oleh Daraqutni dari Ummu
Salamah dan juga hadis dari Aisyah radiallahu anha:











Dari Aisyah radiallahu anha berkata: Pernah rombongan lelaki
melewati kami dan kami bersama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, maka ketika mereka berdekataan dengan kami, setiap
orang (wanita) antara kami menjulurkan (menurunkan) jilbabnya
(kain penutup mukanya), setelah mereka telah melewati kami,
maka kami membukanya. (H/R Abu Daud dan Ibn Majah)
4 - Dilarang memakai minyak wangi atau wangi-wangian (kecuali
sebelum berihram).
5 - Dilarang mencukur, menggunting atau mencabut rambut, misai,
janggut dan bulu ari-ari. (Mencukur janggut hukumnya haram sama
ada semasa berihram atau di luar ihram, kerana dengan jelas
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam melarang dari menyerupai
orang-orang kafir sebagaimana hadis baginda:






Bezakanlah diri kamu dengan orang-orang musyrik,
tipiskanlah misai kamu dan panjangkanlah janggut kamu. H/R
Bukhari dan Muslim)
6 - Dilarang juga dari memotong kuku kecuali jika adanya sebab
yang membolehkan seperti patah atau pecah.
7 - Dilarang bersetubuh, bercumbu serta berasmara.

8 - Dilarang meminang atau bernikah, sama ada untuk dirinya atau


untuk mewakili orang lain.
9 - Dilarang memburu binatang buruan di darat.
10 - Dilarang rafas, berbuat fasik dan berbantah-bantahan.


Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan
mengerjakan haji, maka tidak boleh rafs, berbuat fasik dan
berbantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji. (Al-Baqarah,
2:197)
Adapun maksud rafs ( )ialah: Melakukan persetubuhan atau
hal-hal yang mengarah kepada melakukan persetubuhan. Maksud
fasik ialah: Semua perbuatan yang berupa maksiat. Dan jidal ialah:
Perdebatan dalam hal-hal yang tidak mendatangkan manfaat atau
kebaikan (tidak berguna), terutamanya yang boleh membawa
kepada pertengkaran, pergaduhan, mengganggu ketenteraman
atau yang memudaratkan orang lain. Dalam hal ini Rasulullah
sallallahu alaihi wa-sallam telah bersabda:






Barangsiapa haji dan dia tidak rafs dan tidak berbuat fasik, maka
dia kembali seperti hari ketika dia baru dilahirkan oleh ibunya.
(H/R Ahmad, Bukhari, An-Nasaii dan Ibnu Majah)

PERKARA-PERKARA YANG DIBOLEHKAN


Di dalam kitab Hajjatun Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, (Lihat:
Hajjatun Nabi saw. Hlm. 26-31 Al-Albani) terdapat perkara-perkara
yang dibolehkan semasa melakukan ihram sebagai keringanan,
antaranya ialah:
1 - Memakai sandal, capal dan tali pinggang. (Namun dilarang bagi
setiap lelaki memakai cincin emas, sama ada semasa berihram atau
di luar ihram:




. Nabi sallallahu alaihi wasallam melarang memakai cincin emas. H/R Bukhari dan Muslim.
Dan hadisnya lagi:




Apakah salah
seorang dari kamu sengaja mengambil bara dari neraka kemudian
meletakkannya di tangannya?. H/R Muslim)
2 - Menukar atau mengganti kain ihramnya bagi lelaki atau wanita.
Ibn Hazam membolehkan mandi atau membersihkan dirinya,
termasuklah mencuci kepalanya. Begitulah menurut hadis:
Dari Abdullah bin Hunain dari Abdullah bin Abbas dan Musawwir
bin Makhramah, iaitu ketika keduanya berselisih pendapat di Abwa:
Seorang yang sedang ihram bolehkah mencuci rambutnya, maka
dalam hal ini Musawwir berpegang bahawa seseorang yang sedang
ihram tidak boleh membasuh rambutnya, kemudian Ibnu Abbas
mengutus Abdullah bin Hunain kepada Abu Ayyub al-Ansari untuk
menanyakan hal tersebut. Pada saat ditemui, Abu Ayyub sedang
mandi bertutup pakaian. Abdullah bin Hunain berkata: Aku memberi
salam kepadanya. Dia bertanya: Siapa itu? Aku menjawab: Aku
Abdullah bin Hunain yang diutus oleh Abdullah bin Abbas untuk
menanyakan kepadamu bagaimana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mencuci rambutnya ketika beliau ihram:





:

!






:



:




:

Abu Ayyub meletakkan tangannya di atas kain, kemudian


menundukkan kepalanya hingga aku melihat kepalanya, lalu
berkata kepada seseorang. Tuangkanlah air. Kemudian orang itu
menuangkan air, sementara Abu Ayyub meramas-ramas rambutnya
ke depan dan ke belakang dengan kedua tangannya, lalu ia
berkata: Beginilah aku melihat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melakukannya. (H/R Bukhari) Imam Muslim menambah,
Musawwir berkata kepada Ibnu Abbas: Aku tidak akan
membantahmu lagi. (H/R Muslim)
Dari Ibnu Abbas radiallahu anhu berkata:




Acap kali Umar bin al-Khattab berkata kepadaku: Kemarilah! Kita
bersama-sama menyelam ke dalam air siapakah antara kita yang
lebih panjang nafasnya, sedangkan ketika itu kami sedang ihram.
(H/R Al-Baihaqi. Hadis Sahih. Lihat: Hajjatun Nabi. Nasruddin AlAlbani)
Di hadis yang lain pula:




Orang yang sedang berihram boleh mandi. (H/R Baihaqi. 5/63)
3 - Dibolehkan memakai tali pinggang.
4 - Dibolehkan mencium benda-benda yang wangi atau wangiwangian walaupun dilarang memakainya. Iaitu berdasarkan hadis
dari Ibnu Abbas radiallahu anhu:



Dan mencium wangi-wangian. (H/R Baihaqi. 5/62. Dengan sanad
sahih)

5 - Bernaung di bawah bangunan, khemah, pokok atau payung.


Sebagaimana yang diterima dari Ummu Husain ia berkata:













Aku mengerjakan haji besama Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada Haji Wada. Kemudian aku melihat Usamah dan Bilal
radiallahu anhuma, salah seorang dari keduanya memegang tali
kekang unta, sementara yang lain mengangkat kainnya untuk
melindungi dari pancaran panas. Mereka lakukan begitu sehingga
melempar Jamrah Aqabah. (H/R Muslim dan Al-Baihaqi 5/69)
6 - Dibolehkan bersikat, menggaru kepala (rambut) atau janggut
walaupun ada beberapa helai yang gugur, runtuh atau tercabut,
kerana bukan bertujuan untuk mencabutnya. (Dalilnya berdasarkan
hadis Abu Ayyub: Abu Ayyub meramas-ramas rambutnya (semasa
membasuh rambutnya) ke hadapan dan ke belakang. H/R Bukhari
dan Muslim) Ibn Hazm berkata: Baginda sallallahu alaihi wa-sallam
hanya menegah kita mencukur rambut tanpa ada alasan ketika
ihram. (Lihat: Penjelasan hal ini terdapat dalam Al-Muhalla 7/257
Oleh Ibnu Hazm) Menurut Syeikhul Islam Ibn Taimiyah: Tidaklah
mengapa bagi orang yang sedang berihram, menggaru anggota
tubuhnya, (Kepala termasuk anggota, maka tidak mengapa
menggaru kepala. Ibn Taimiyah berkata: Orang yang sedang ihram
dibolehkan menggaru badannya, berbekam di kepalanya atau di
bahagian tubuhnya, bahkan jika diperlukan ia dibolehkan mencukur
bulu kemaluannya. Lihat: Kitab Manasik 2/338 Ibnu Taimiyah)
begitu juga jika gugur beberapa helai rambutnya ketika mandi.
(Lihat: Al-Majmuah ar-Rasail al-Kubra. 2/368) Berdasarkan hadis
dari Ummu Alqamah bin Alqamah beliau berkata:

Aku mendengar Aisyah isteri Nabi sallallahu alaihi wa-sallam


ditanya tentang orang yang sedang berihram, apakah orang yang
sedang berihram boleh menggaru badannya? Dia berkata:
Walaupun (sekiranya) tangan aku diikat (aku tetap menggaru), dan
aku merasa gatal pada kakiku, maka aku menggarunya. (H/R Malik
1/358/92. Sanadnya hasan secara syawahid. Lihat: Hajjtun Nabi
saw.)
7 - Dibolehkan berbekam walaupun terpaksa memotong sedikit dari
rambutnya, berdasarkan hadis dari Ibnu Buhainah radiallahu anhu:








(

)





Nabi sallallahu alaihi wa-sallam telah berbekam di tengah
kepalanya, yang mana baginda sedang berihram di Haiy Jaml. Iaitu
suatu jalan di Mekah. (H/R Bukhari dan Muslim. (Muttafaqun
alaihi))
8 - Dibolehkan mencabut atau memotong kuku yang patah. Imam
Malik meriwayatkan dari Muhammad bin Abdillah bin Abi Maryan,
beliau bertanya kepada Said bin Musayyab tentang kuku yang
patah, sedangkan yang bersangkutan sedang berihram. Said
menjawab: Potonglah! Hal ini dibolehkan berdasarkan hadis dari
Ibnu Abbas radiallahu anhu:

Seseorang yang sedang berihram dibolehkan mandi, mencabut gigi,


mencium wangi-wangian, memotong kuku yang patah. (H/R
Baihaqi 5/62. Dengan sanad yang sahih)
Dengan penjelasan ini, sesiapa yang menentang dan membantah
setiap perkara yang telah dihalalkan oleh syara seperti mandi,
mencuci kepala, menggaru badan atau kepala, bersikat rambut,
mencium wangi-wangian atau memotong kuku yang rosak, maka
hendaklah ia membawa hujjah atau dalil.

PERKARA-PERKARA YANG BIDAH


Terdapat beberapa perbuatan atau amalan yang wajib ditinggalkan
kerana ia termasuk perkara-perkara yang menyalahi syara, batil
atau bidah. Ia kebiasaannya dilakukan oleh orang-orang yang jahil
ketika ingin menunaikan haji atau umrah (sebelum berangkat).
Antara perkara-perkara bidah yang dimaksudkan ialah:
1 - Mengadakan majlis bacaan Berzanji (maulid), yasinan, kenduri
arwah, doa selamat atau mengadakan majlis-majlis zikir tertentu.
Sama ada sebelum berangkat ke Mekah atau setelah pulang dari
mengerjakan haji.
2 - Berhutang, meminjam wang atau bergadai untuk menunaikan
haji. Perbuatan seperti ini dilarang dalam syara.
3 - Melaungkan azan sebelum berangkat atau sebelum menaiki
kenderaan atau sesudah berangkat (setelah menaiki kenderaan).
4 - Mengiringi keberangkatan jamaah haji ke lapangan terbang
dengan bacaan al-Quran atau dengan zikir-zikir yang khusus.
5 - Membaca atau melafazkan niat ketika ihram (kecuali talbiyah).
6 - Mengkhususkan memakai ihram di miqat dan melarang
memakainya sebelum miqat.
7 - Menerima amanah dari orang yang belum mengerjakan haji
supaya diserukan namanya di Kaabah agar memperolehi seruan
dari Allah.
8 - Menerima amanah agar menyampaikan salam kepada Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam dan arwah para sahabat
radiallahu anhum.
9 - Ihram dari Tanaim atau Jaranah bagi yang tinggal di Mekah
atau yang berada di Mekah, sedangkan Rasulullah sallallahu alaihi
wa-sallam berihram di Mekah bagi penghuni Mekah sebagaimana
sabda baginda:
Sehingga penghuni (penduduk) Mekah (ihramnya) dari Mekah.
(H/R Bukhari 2/142. Dan Muslim 4/5)
Mereka yang berada di Mekah, kemudian keluar dari Mekah untuk
ihram haji adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah sallallahu
alaihi wa-sallam.

HUKUM TAWAF & CARA YANG SUNNAH


Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan dan
dalam keadaan Kaabah berada di sebelah kirinya. Melafazkan niat
dan mengangkat kedua tangan seperti dalam solat ketika ingin
tawaf atau ketika mengusap Hajar Aswad adalah perbuatan bidah.
(Lihat: Zaadul Maad. 1/303. Ibnu Qaiyim) Begitu juga meletakkan
telapak tangan kanan di atas punggung tangan kiri (bersedekap)
ketika tawaf (Lihat: Al-Madkhal. 1/122) adalah perbuatan bidah
yang tiada dalilnya dari syara.
Tawaf di Kaabah merupakan perintah Allah Azza wa-Jalla:





Dan hendaklah mereka melakukan tawaf mengelilingi BaitulAtiq
(Kaabah). (Al-Haj, 29)
Tawaf dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Tidak
pernah disyariatkan mandi terlebih dahulu khusus untuk
mengerjakan tawaf. (Lihat: Majmuah ar-Rasail al-Kubra. 2/380.
Ibnu Taimiyah) Begitu juga tidak pernah disyariatkan agar memakai
sarung kaki ketika tawaf, sama ada kerana takut terkena tahi
burung, (Lihat penjelasan lanjut dalam Majmuah ar-Rasail al-Kubra.
2/374. Ibnu Taimiyah) bersentuhan dengan wanita atau sebagainya.
Apabila melakukan tawaf, hendaklah berjalan dengan cepat ditiga
pusingan (Lihat hadis riwayat Imam Ahmad) dan berjalan biasa
dipusingan keempat sehingga keakhir pusingan. (Lihat hadis
riwayat At-Tahawi dalam Syarah al-Maani)
Apabila sampai ke Hajar Aswad, disunnahkan mencium (Berebutrebut, mendesak atau berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad
adalah dilarang) (bukan mengucup), (Mengucup Hajar Aswad
dengan mengeluarkan bunyi adalah bidah. al-Madkhal. 4/223) atau
menyentuh dengan tangan (Adalah perbuatan bidah membaca



ketika mencium, mengusap atau menyentuh Hajar
Aswad. Lihat: Al-Muawwanah 2/124. (Penjelasan Imam Malik)) lalu
menciumnya, (Lihat: Hajjatun Nabi. Muhammad Nashiruddin alAlbani) atau menyentuh dengan sesuatu (seperti dengan tongkat)
atau juga memberi isyarat dengan tangan kanan jika tidak dapat
menyentuh atau menciumnya. Dari Ibnu Abbas beliau berkata:
Nabi sallallahu alaihi wa-sallam tawaf di atas untanya, setiap kali
sampai di Hajar Aswad, baginda memberi isyarat kepadanya

dengan sesuatu yang ada pada baginda dan seterusnya bertakbir.


(H/R Bukhari)
Apabila sampai ke Rukun Yamani, disunnahkan menyentuhnya atau
mengusap dengan tangan kanan. Tidak disunnahkan menciumnya
dan tidak bertakbir atau memberi isyarat dengan tangan setiap kali
melintasinya.
Setiap kali sampai di Hajar Aswad, hendaklah bertakbir, iaitu
dengan mengucapkan:


Allahu Akbar/Allah Maha Besar. (H/R Bukhari)
Atau membaca:





Dengan Nama Allah dan Allah Maha Besar. (H/R Al-Baihaqi 5/79
dari Ibnu Umar. Menurut An-Nawawi dan Ibn Hajar (dalam atTalkhis) bahawa sanad hadis ini sahih)
Dengan ini boleh dibaca salah satu dari dua lafaz takbir di atas.
Namun yang paling rajih dan jelas ialah hanya bertakbir ()
sebagaimana terdapat dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari.
Tiada doa, zikir atau bacaan khusus, kerana semasa tawaf, sai atau
melontar jamrah, tidak terdapat hadis yang sahih atau dalil yang
mensyariatkan agar membaca bacaan (zikir-zikir atau doa-doa
tertentu) khusus. Berdoa semasa tawaf adalah sunnah, bukan wajib,
sama ada semasa mengerjakan tawaf wajib atau tawaf sunnah.
Boleh dibaca apa sahaja doa yang diinginkan sebagaimana
keumuman hadis di bawah ini:












Sesungguhnya dijadikan tawaf di sekeliling Baitullah, sai di antara
Safa dan Marwah dan melontar Jamrah adalan untuk mengingati
(berdoa kepada) Allah. (H/R Ahmad dan Abu Daud)

Malah dibolehkan membaca al-Quran, berdoa atau berzikir. Kecuali


apabila sampai diantara Rukun Yamani dan Hajar Aswad,
disunnahkan membaca doa:









Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat serta selamatkanlah kami dari azab neraka!. (H/R Abu
Daud. No. 1892. Dinyatakan hasan oleh Al-Albani)
Hadis di atas ini adalah hadis sahih dari jalan Abdullah bin Saib.
Berithiba (
)iaitu memasukkan kain ihram di bawah ketiak
sebelah kanan, menutup bahu sebelah kiri dan tidak menutup bahu
sebelah kanan. Cara berihram seperti ini (


)hanya dilakukan
semasa mengerjakan tawaf, begitulah mengikut sunnah.
Berithiba selain ketika bertawaf (di luar tawaf) adalah menyalahi
sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam. Ithiba hanya pada
kaum lelaki sahaja.
SOLAT SELEPAS TAWAF
Selesai tawaf, hendaklah menuju ke Maqam Ibrahim untuk solat
dua rakaat. Amalan ini berdasarkan hadis:
Kemudian baginda sallallahu alaihi wa-salllam ketika sampai di
Maqam Ibrahim alaihis sallam membaca ayat:





Dan jadikanlah maqam (tempat berdiri) Ibrahim itu sebagai
tempat solat. (Al-Baqarah 2:125)
Kemudian (setelah itu) baginda sallallahu alaihi wa-sallam memilih
tempat sehingga Maqam Ibrahim terletak antara baginda dan
Kaabah, kemudian solat dua rakaat. (H/R Baihaqi dan Ahmad)
Dan tidak semestinya menentukan tempat solat selepas tawaf
hanya dikerjakan di Maqam Ibrahim, atau berdekatan dengan
Maqam Ibrahim sehingga berasak-asak. Sebenarnya boleh solat di
mana-mana sahaja asalkan di Masjid al-Haram. Cara solat selepas
tawaf yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam
ialah:

Jabir radiallahu anhu berkata: Maka pada kedua rakaat tersebut


beginda membaca masing-masing (dirakaat pertama selepas alFatihah baginda membaca)


dan di rakaat kedua selepas alfatihah baginda membaca

. (H/R Nasaii dan Tirmizi)
Diriwayat yang lain: Baginda membaca

dan kemudian
membaca


.
Selepas solat sunnah, baginda terus minum air zam-zam
sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadis sahih:
Kemudian baginda pergi ke telaga Zamzam, meminum airnya dan
menyiramkannya ke atas kepalanya. (H/R Ahmad)
Setelah itu, baginda sallallahu alaihi wa-sallam terus menuju ke
Hajar Aswad untuk menyentuhnya (jika mampu). Sebagaimana
menurut hadis:
Kemudian baginda kembali ke Hajar Aswad dan mengusapnya.
(H/R Ahmad dari Jabir radiallahu anhu)
Setelah semua itu selesai dikerjakan, baginda menuju ke Bukit Safa
(melalui pintu Safa) (H/R Tirmizi) untuk mengerjakan sai antara
Safa dan Marwah. Apabila menghampiri (mendaki Bukit Safa)
baginda membaca:





Sesungguhnya Safa dan Marwah itu dari syiar-syiar Allah. (AlBaqarah 2:158)
Dan seterusnya membaca:



Aku memulakan dengan apa yang telah Alllah mulakan. (H/R
Muslim 4/40)
Atau membaca dengan memulai dengan huruf nun/, iaitu:



Kami memulakan dengan apa yang telah Allah mulakan. (Menurut
Malik, Sufiyan dan Yahya bin Said al-Qatthan, telah ijmak bahawa
riwayat adalah untuk menunjukkan kebersamaan)

Semua bacaan di atas tidak diulang-ulang kerana tiada dalil yang


mengizinkannya. Apabila naik ke Bukit Safa, sambil menghadap
(sehingga melihat Kaabah) ucapkanlah:










Tiada tuhan yang berhak disembah, melainkan Allah dan Allah
Maha Besar. Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah sahaja, tidak ada satupun sekutu bagiNya, bagiNya segala
kekuasaan dan bagiNya segala puji. Di atas segala sesuatu, Dia
Maha Berkuasa. Tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Dia
sahaja. Yang menunaikan janjinya, menolong hambaNya dan
mengalahkan golongan orang-orang kafir. (H/R Nasaii, al-Baihaqi,
Ahmad, Ibnu Majah)
Tiada doa-doa khusus semasa melakukan sai antara Bukit Safa
menuju ke Bukit Marwah, boleh berdoa dengan apa sahaja doa
yang disukai, terutama doa yang warid dari Rasulullah sallallahu
alaihi wa-sallam. Apabila turun ke bawah dan sampai ke tempat
bertanda hijau (yang telah diberi tanda oleh kerajaan Saudi Arabia),
maka hendaklah berlari-lari anak sehingga keakhir tanda hijau.
Ketika sampai ke Bukit Marwah, lakukanlah sebagaimana dilakukan
sewaktu di Bukit Safa. Sai yang dilakukan antara Bukit Safa dan
Marwah sebanyak tujuh kali dan berakhir di Bukit Marwah.
Setelah selesai sai, wajiblah bertahalul (
) . Bagi kaum lelaki
lebih afdal (utama) membotakkan kepalanya, boleh juga
memendekkannya. Namun tidak ada dalil dari hadis-hadis yang
sahih bagi kaum lelaki yang hanya menggunting beberapa helai
sahaja dari rambutnya. Bagi kaum wanita memadai menggunting
beberapa helai sahaja dari rambutnya. Setelah selesai tahalul,
maka dihalalkan segala yang diharamkan semasa berihram.

MANASIK HAJI
Haji yang paling utama adalah tamattu walaupun ada haji ifrad dan
haji qiran. Tamattu ialah umrah dahulu dan bertahalul, kemudian
berihram di Mekah untuk haji pada tarikh 8hb Zulhijjah di hari
Tarwiyah. Tahalul adalah pembatal bagi haji ifrad atau qiran.
Rasulullah salllallahu alaihi wa-sallam telah memerintahkan para
sahabat yang berniat ifrad dan qiran agar melakukan haji tamattu.
Haji tamattu ialah bertahalul antara umrah dan haji. Haji tamattu
lebih utama jika dibandingkan dengan haji qiaran yang membawa
hadyu, kerana Nabi sallallahu alaihi wa-sallam sendiri
mengucapkan: (Alangkah baiknya) jika aku tidak membawa
hadyu. Malah baginda memerintahkan agar menukar kepada
tamattu kerana mereka tidak membawa binatang korban.
Sebagaimana sabda baginda kepada para sahabat yang tidak
membawa binatang korban:

Maka barangsiapa antara kamu yang tidak membawa hadyu


(binatang korban), maka hendaklah dia bertahalul dan jadikanlah
sebagai umrah. (H/R Muslim. 4/40)
Setelah diperintahkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam
agar bertahalul, maka para sahabat mentaati perintah baginda,
sebagaimana keterangan dari Jabir bin Abdullah radiallahu anhu:




Maka mereka semuanya bertahalul dan memendekkan rambut
mereka, kecuali Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, serta para sahabat
yang membawa hadyu (binatang korban). (H/R Muslim. 4/41)

BERIHRAM DIHARI TARWIYAH


Hari yang jatuh pada tarikh 8hb. Zulhijjah dinamakan hari Tarwiyah.
Pada hari tersebut, diwajibkan berniat dan berihram (memakai
ihram) untuk menunaikan haji dari tempat tinggalnya iaitu di Mekah
dengan mengucapkan:


Atau



Selepas itu terus bertalbiyah. Dan pada hari yang sama (8hb.
Zulhijjah) sebelum Zohor baginda sallallahu alaihi wa-sallam
berangkat ke Mina untuk mabit (tidur dan bermalam) di Mina.
Rasullullah sallallahu alaihi wa-sallam solat Zohor, Asar, Maghrib,
Isya dan Subuh di Mina. Solat Zohor, Asar dan Isya diqasar tetapi
tidak dijamak.
Sesiapa yang bersolat tamam (sempurna) atau qasar tetapi dijamak
adalah menyalahi sunnah. Mabit di Mina adalah wajib hukumnya.
BERANGKAT UNTUK WUQUF DI ARAFAH
Selepas menunaikan solat Subuh dan setelah matahari terbit,
baginda sallallahu alaihi wa-sallam berangkat ke Arafah untuk
wuquf. Dalam perjalanan ke Arafah, sebahagian sahabat bertalbiyah,
sedangkan yang bertakbir, sebagaimana terdapat dalam hadis Anas
radiallahu anhu dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim. (Lihat:
Hajjatun Nabi saw. Penjelasan 58 (keterangan 52). Al-Albani)
Wuquf dimulai setelah tergelincir matahari, berakhir sehingga
sebelum terbit fajar pada malam Idel Adha sebagaimana yang
disepakati oleh semua ulama. (Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Ibn
Bazz) Jika seseorang tidak memungkinkan (tidak sempat) untuk
wuquf pada siang hari, kemudian dia wuquf di malam hari, maka
yang demikian sudah memadai baginya walaupun dia hanya sempat
wuquf hanya beberapa minit sahaja. (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji &
Umrah. Ibn Bazz) Namun yang afdal ialah wuquf disiang hari.
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:


Haji itu adalah wuquf di Arafah, maka sesiapa yang mendapati
Arafah pada malam hari sebelum terbit fajar, sesungguhnya dia
telah mendaptkan haji. (H/R Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaii
dan Ibnu Majah)
Seluruh padang Arafah adalah tempat berwuquf, sebagaimana
sabada Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:
Aku wuquf di sini (Arafah) dan seluruh Arafah adalah tempat
wuquf. (H/R Abu Daud, Nasaii, Ibnu Majah, Ahmad, Ad-Darimi dan
Ibnu Jarud)
Tidak boleh meninggalkan Arafah sebelum matahari terbenam bagi
orang yang melakukan wuquf pada siang hari. Jika ia melakukan
demikian (meninggalkan Arafah sebelum matahari terbenam pent.),
maka menurut jumhur ulama, dia wajib menyembelih korban
kerana meninggalkan kewajiban haji, iaitu wuquf di Arafah antrara
malam dan siang bagi orang yang wuquf disiang hari. (Lihat:
Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz.)
Hendaklah mengerjakan solat Zohor dan solat Asar dengan cara
qasar serta jamak taqdim di Arafah. Dan antara perkara-perkara
yang dilakukan di Arafah:
1 - Mendengarkan khutbah Arafah.
2 - Meneruskan talbiyah.
3 - Memperbanyakkan doa sambil menghadap Kiblat dan
mengangkat tangan. Kerana Nabi sallallahu alaihi wa-sallam
bersungguh-sungguh dalam berdoa dan berzikir pada hari Arafah
sehingga matahari terbenam, iaitu setelah solat Zohor dan Asar.
(Lihat: Fatawa-Fatawa Haji & Umrah. Ibn Bazz)
4 - Berzikir atau juga membaca al-Quran.
Terdapat jamaah yang berdoa dengan mengangkat suara nyaring,
beramai-ramai dan menggunakan pembesar suara, perbuatan
seperti ini bertentangan dengan syara, yang mana Allah Azza waJalla telah melarang perbuatan seperti itu di dalam berfirmanNya:







Berdoalah kepada Rabbmu dengan merendahkan diri dan suara
yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang melampui batas. (Al-Araf, 55)








Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan
diri dan rasa takut dan tidak mengeraskan suara. (Al-Araf, 205)
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam juga bersabda:



:







:


















Berkata Abu Musa al-Asyari radiallahu anhu: Manusia
mengeraskan suara mereka semasa berdoa, maka Rasulullah
sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Wahai manusia,
perlahankanlah suara kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa
kepada yang tuli dan ghaib! Sesungguhnya zat yang kamu berdoa
kepadaNya adalah Maha Mendengar lagi Mahadekat lebih dekat
kepada seseorang antara kamu dari leher untanya
(tunggangannya). (H/R Bukhari dan Muslim)
Dan Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah menjelaskan
tentang kemuliaan dan kelebihan hari Arafah:

Tidak ada satu haripun, dimana hamba Allah lebih ramai


dibebaskan dari api neraka daripada hari Arafah. Bahawa Allah
Subhanahu wa-Taala dekat kepada mereka, lalu berbangga dengan
mereka Malaikat-malaikatNya dan berkata: Alangkah mulianya
keinginan mereka. (H/R Muslim)







.









(Allah berfirman kepada para Malaikat): Lihatlah hamba-hambaKu!
Mereka datang kepadaKu dengan rambut kusut dan berdebu,
kerana mengharapkan rahmatKu. Maka Aku bersaksi kepadamu,
bahawa Aku telah mengampunkan mereka. (H/R Ahmad dan AtTabrani)
Malangnya, ada dari kalangan jamaah yang melakukan perkaraperkara yang mungkar, iaitu mereka pergi mencari-cari barakah
dengan cara yang bidah dan syirik semasa wuquf di Arafah,
antaranya pergi ke Jabal (gunung) Rahmah. Ingatlah! Sesiapa yang
pergi ke Jabal Rahmah sama ada kerana mengutamakan wuquf,
berdoa di Jabal Rahmah atau untuk mendapatkan barakah, maka
perbuatan tersebut adalah perbuatan bidah yang sesat, sewajarnya
dijauhi dan ditinggalkan oleh mereka yang ingin memperolehi haji
yang mabrur. Setelah matahari terbenam, berangkat dari Arafah
menuju ke Muzdalifah.
Begitu juga, terdapat para jamaah haji yang naik dan mencari-cari
masjid di Jabal Rahmah untuk solat dua rakaat selain untuk berdoa
dan mencari barakah, perbuatan seperti itu adalah bidah yang
boleh membawa kepada kesyirikan. Perbuatan yang bidah ini
dijelaskan oleh Ibn Bazz rahimahullah:

Pemergian manusia kepada masjid-masjid (di Jabal Rahmah),


menyapu dindingnya dan mihrabnya (dengan tangannya) untuk
mendapat barakah adalah suatu yang bidah, termasuk jenis dari
jenis-jenis syirik menyerupai amalan orang-orang kafir dimasa
jahiliyah dahulu kala terhadap berhala-berhala mereka. (Lihat:
Fatawa Tataallaq Biahkamil Hajj wal-Umrah wa-Ziarah. Syeikh
Abdulaziz bin Bazz)
Diperintah agar bertenang (tidak terburu-buru ketika berangkat
menuju ke Muzdalifah sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu
alaihi wa-sallam:


!


Wahai manusia, tenanglah kamu, tenanglah kamu!. (H/R Nasaii)
Hadis di atas memerintahkan agar jamaah haji bertenang ketika
berangkat ke Muzdalifah, kerana mengikut sunnah tidak boleh
terburu-buru, iaitu tidak berasak-asak (berdesak-desak). (Begitulah
penjelasan Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim) Rasulullah
sallallahu alaihi wa-sallam berangkat ke Muzdalifah setelah
terbenamnya matahari dan tidak berangkat sebelum waktu Maghrib
(baginda tidak berangkat selepas Asar) sebagaimana yang banyak
dilakukan oleh jamaah sekarang. Dalam perjalanan ke Muzdalifah,
baginda terus bertalbiyah tanpa putus. (Lihat: Sahih al-Bukhari dan
Muslim)
BERMALAM (MABIT) DI MUZDALIFAH
Mabit (bermalam) di Muzdalifah adalah wajib, kecuali bagi orangorang yang lemah (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz)
seperti wanita, orang sakit atau orang yang uzur. Boleh mabit
(bermalam) di mana-mana sahaja di seluruh kawasan Muzdalifah,
kerana Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:




Dan saya wuquf (berhenti/bermalam) di sini (Muzdalifah), dan
semua kawasan Muzdalifah adalah tempat wuquf
(bermalam/berhenti). (H/R Abu Daud, An-Nasaii, Ad-Darimi dan
selain mereka)

Adapun orang yang meninggalkan mabit di Muzdalifah tanpa alasan


syarie, maka wajib baginya membayar dam (menyembelih binatang
korban). Dari Ibnu Abbas berkata:






Barangsiapa meninggalkan suatu ibadah (dalam ibadah haji) atau
terlupa salah satu darinya, maka dia hendaklah menyembelih
kurban. (H/R Malik)
Setelah tiba di Muzdalifah baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat menunaikan solat Maghrib yang dijamak
dengan solat Isya, dilakukan dengan cara jamak takhir, dengan
cara sekali azan dan dua kali iqamah. (Lihat: Penjelasan lanjut
dalam Nash Ar-Rayah. 3/69-70)
Kemudian baginda tidur (mabit) tanpa menunaikan solat qiyamullail
(solat malam) sampailah kewaktu Subuh. Baginda solat Subuh di
Muzdalifah dan bersabda:









Barangsiapa menyaksikan solat kami ini, wuquf (berhenti di
Muzdalifah) bersama kami sehingga kami berangkat (ke Mina) dan
dia telah wuquf sebelum ini di Arafah pada malam atau siangnya,
maka telah sempurna hajinya dan menghilangkan kotorannya.
(H/R Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya)
Baginda tidak juga menunaikan solat rawatib Isya. Tidak
disyariatkan mencari (memilih) batu di Muzdalifah, kerana untuk
melontar boleh mengambil batu jamrah walaupun di Mina. Begitu
juga tidak ada dalil yang memerintahkan agar batu jamrah dibasuh
terlebih dahulu, kerana perbuatan seperti itu adalah suatu bidah
yang sesat.

MASYARIL HARAM
Setelah menunaikan solat Subuh, baginda terus berada (wuquf) di
Masyaril Haram. Masyaril Haram adalah satu kawasan di
Muzdalifah. Dan menurut jumhur ahli tafsir, sejarawan dan ahli
hadis, bahawa Masyaril Haram adalah seluruh kawasan Muzdalifah,
demikian menurut pendapat Imam an-Nawawi rahimahullah. (Lihat:
Hajjatun Nabi saw. Al-Albani)
Baginda wuquf di Masyaril Haram sambil menghadapkan dirinya ke
Kiblat, mengangkat tangan dan berdoa dan memuji Allah (H/R Abu
Daud, Ibnu Majah, Ibnu Jarud dan Baihaqi) dengan doa:





Baginda terus wuquf di Masyaril Haram sehingga fajar terbit di ufuq
Timur, (Lihat: Hajjatun Nabi saw Al-Albani) kemudian berangkat ke
Mina sebelum matahari terbit. (H/R Abu Daud, Tirmizi, Baihaqi,
Ahmad. Lihat: Hajjatun Nabi saw. Al-Albani)
MELONTAR DI MINA & CARA MELONTAR
Waktu mula dibolehkan melontar Jamrah Kubara atau Jamrah
Aqabah ialah sejak terbit matahari sehinggalah kewaktu malam.
Namun baginda mula melontar Jamrah Aqabah setelah matahari
terbit (waktu Duha). (H/R Ibnu Majah, Abu Daud, Nasaii, Tirmizi,
Baihaqi, At-Tahawi (syarah al-Maani). Ad-Duruqutni dan Ahmad)
Tiada hujjah yang membolehkan melontar sebelum matahari terbit
walaupun bagi mereka yang lemah atau wanita, berdasarkan hadis
Ibnu Abbas radiallahu anhu:
Bahawa Nabi sallallahu alaihi wa-sallam memerintahkan isteriisterinya agar lebih dahulu pergi ke Mina, namun melarang mereka
melontar jamrah sebelum matahari terbit. ((1) Tirmizi dan Ibnu
Hibban mensahihkan hadis ini. (2). Ibnu Hajar menghasankannya.
Lihat: Fathul Bari 3/422)

Menurut Nasruddin al-Albani: Dalam hal ini, tidak sewajarnya


menentang hadis riwayat Bukhari, bahawa Asma binti Abu Bakr
melontar jamrah kemudian solat Subuh, ini terjadi setelah
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam wafat. Di sini tidak jelas
apakah Asma melakukannya berdasarkan keizinan Nabi sallallahu
alaihi wa-sallam selain kerana keberangkatannya ke Mina sesudah
tengah malam. Yang jelas menurut Asma, bahawa Nabi
mengizinkannya meninggalkan Muzdalifah, sehingga
memungkinkan Asma memahami keizinan tersebut meliputi
keizinan untuk melontar pada malam hari. Sedangkan larangan
Nabi sallallahu alaihi wa-sallam yang dihafal oleh Ibnu Abbas tidak
sampai kepada Asma radiallahu anha. (Lihat: Hajjatun Nabi (dalam
perkara melontar Jamrah Kubra) Al-Albani)
Melontar hanyalah dengan tujuh ketul batu-batu kecil kerana
baginda bersabda:
(Melontar) dengan batu-batu kerikil, diletakkan di antara kedua
jari. (H/R Abu Daud, Nasaii, Ahmad dan al-Baihaqi dengan sanad
yang sahih)
Setiap kali melontar hendaklah bertakbir dengan mengucapkan:


Setelah selesai melontar Jamrah Aqabah, maka halallah semua
yang sebelumnya diharamkan walaupun belum mencukur rambut,
kecuali bersetubuh yang hanya dihalalkan setelah selesai tawaf
ifadah, (Setelah tawaf ifadah dihalalkan apa yang sebelumnya
diharamkan ketika ihram, sebagaimana terdapat dalam Sahih
Bukhari dan Muslim, hadis dari Aisyah dan Ibnu Umar) iaitu
berdasarkan hadis Aisyah radiallahu anha:
Saya memakaikan wangi-wangian kepada Rasulullah sallallahu
alaihi wa-sallam ketika halal dan ketika akan ihram, juga setelah
melontar Jamrah Aqabah pada hari Nahar sebelum tawaf ifadah.
(H/R Ahmad dengan sanad yang sahih menurut syarat Bukhari dan
Muslim)
Demikianlah juga pendapat Ata, Malik, Abu Thaur dan Abu Yusuf.
(Riwayat Ahmad. Lihat: Al-Mughni 3/439. Ibn Qudamah)

AMALAN-AMALAN DI HARI NAHAR


Pada hari Nahar iaitu 10hb. Zulhijjah, para jamaah haji hendaklah
melakukan perkara-perkara tersebut (Inilah pendapat yang rajih
dari Imam an-Nawawi dan mazhab Syafiiyah):
Melontar Jamrah Aqabah dengan tujuh ketul batu-batu kerikil yang
kecil setelah matahari terbit. Baginda telah bersabda:






Janganlah kamu melontar sehinggalah matahari terbit. (H/R
Ahmad dan selain darinya)
Masih boleh juga melontar walaupun sampai ke petang hari, bahkan
pada malam hari (Lihat:Al-Muhalla. Ibnu Hazm. Dan juga
berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan selainnya) juga dibolehkan.
Adapun bagi mereka yang berhalangan kerana uzur atau lemah,
maka dibolehkan melontar pada waktu sebelum terbit matahari,
iaitu berdasarkan hadis Ummu Salamah radiallahu anha:





Bahawa dia melontar jamrah sebelum terbit fajar. (H/R Abu Daud)
Adapun antara perbuatan yang wajib ditinggalkan kerana tidak ada
dalilnya dalam syara ialah amalan jamaah haji yang membaca doa
selepas melontar dengan doa yang diambil dari hadis berikut:






:







Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam melontar jamrah di tempat
ini dan mengucapkan pada setiap lontaran: Allahu Akbar, Allahu
Akbar. Ya Allah, jadikanlah ibadah haji yang mabrur, dosa yang
terampun dan amalan yang disyukuri!.
Mengkhususkan doa dengan membaca doa ini adalah perbuatan
yang bidah, kerana ini adalah hadis lemah. Hadis dikeluarkan oleh
al-Baihaqi dalam Sunannya 5/129. Dan Al-khatib dalam Talkhisul

Mutasyabih 11/11. (Lihat: No. 1107.


Al-Albani) Begitu juga Nabi sallallahu alaihi wa-sallam tidak pernah
membaca doa tersebut setelah melontar jamrah.
Menyembelih binatang korban yang sihat (gemuk). Disunnahkan
memakan dagingnya kerana Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam
bersabda:
Maka makanlah dan ambillah dagingnya sebagai bekal. Jabir
berkata: Maka kami makan dan mengambilnya sebagai bekal
sehingga kami tiba di Madinah. (H/R Ahmad)
Dianjurkan juga menyembelih pada hari-hari Tasyriq. Dibolehkan
menyembelih binatang korban di seluruh kawasan Mina, iaitu
berdasarkan hadis:





Aku menyembelih korban di sini Mina), dan seluruh Mina adalah
tempat menyembelih (penyembelihan). (H/R Ahmad, Abu Daud,
Ibnu Majah, At-Tahawi, Al-Hakim dan Baihaqi. Lihat: Hajjatun Nabi
saw No. 100. Albani)
Dibolehkan juga menyembelih di kawasan Mekah, (Lihat: Hajjatun
Nabi saw. (Penjelasan hadis No. 101)) kerana hadis al-Baihaqi
bahawa Ibnu Abbas radiallahu anhu menyembelih di Mekah, (Lihat
hadis riwayat Al-Baihaqi 5/239) iaitu berdasarkan hadis:






Dan setiap ceruk di Mekah adalah jalan dan tempat
penyembelihan. (H/R Abu Daud, Ahmad, At-Tahawi, Al-Hakim dan
Al-Baihaqi)
Dibolehkan tawaf sebelum menyembelih sebagaimana hadis dari
Jabir radiallahu anhu, iaitu apabila Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ditanya:
Orang yang lain bertanya: Apakah dibenarkan kalau saya tawaf
sebelum menyembelih korban? Nabi sallallahu alaihi wa-sallam
menjawab: Sembelihlah tidak mengapa. (H/R At-Tahawi. Lihat:
Hajjatun Nabi saw. No. 98. Albani)

Dan dibolehkan juga menyembelih sebelum melontar berdasarkan


hadis dari Jabir radiallahu anhu, iaitu:
Lalu datang lagi yang lain dan berkata: Sesungguhnya saya telah
menyembelih sebelum melontar jamrah, apakah dibenarkan?
Baginda menjawab: Melontarlah tidak mengapa. (H/R Ad-Darimi,
Ibnu Majah, At-Tahawi, Ibnu Hibban, At-Thayalisi dan Ahmad.
Lihat: Hajjatun Nabi saw. No. 99. Albani)
Dan dibolehkan juga tawaf ifadhah sebelum melontar, sebagaimana
hadis:

. :

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu alaihi wa-sallam


dan dia berkata: Saya tawaf (tawaf ifadhah) sebelum melontar?
Maka baginda menjawab: Tidak mengapa. (H/R Ad-Darimi dan
Ibnu Hibban)
Memotong, mencukur atau membotakkan (yang afdal ialah
membotakkan) seluruh rambut di bahagian kepala bagi kaum lelaki,
kerana Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mendoakan dengan
keampunan dan rahmat Allah kepada orang-orang yang bercukur
sebanyak tujuh kali, dan hanya sekali kepada orang yang
memendekkan rambutnya.
Memadai memotong hanya beberapa helai rambut bagi kaum
wanita.

Dibolehkan memotong, menggunting atau mencukur rambut


sebelum menyembelih korban iaitu berdasarkan hadis:









:


:




:


:


:



Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah ditanya pada hari
Nahar di Mina, maka baginda bersabda: Tidak mengapa. Lalu
seseorang bertanya kepadanya seraya berkata: Saya bercukur
sebelum menyembelih korban? Maka baginda menjawab:
Sembelihlah, dan tidak mengapa. Lalu seseorang berkata: Saya
melontar setelah petang? Maka Nabi bersabda: Tidak mengapa.
(H/R Bukhari)
Dan dibolehkan bercukur sebelum melontar, iaitu berdasarkan hadis
dari Jabir radiallahu anhu, bahawa apabila Rasulullah sallallahu
alaihi wa-sallam ditanya:
Apakah dibenarkan jika bercukur sebelum melontar? Baginda
menjawab: Tidak mengapa. (Lihat: Hajjatun Nabi saw. No. 96.
Muhammad Nasrhiuddin al-Albani)
Dan setelah selesai melontar dan memotong rambut (bercukur),
dihalalkan semua perkara yang sebelumnya diharamkan, kecuali
bersetubuh, iaitu berdasarkan hadis:




:





:






Dari Aisyah radiallahu anha berkata: Telah bersabda Rasulullah
sallallahu alaihi wa-sallam: Apabila kamu telah melontar jamrah
dan telah bercukur (memotong rambut), maka dihalalkan bagi
kamu wangi-wangian dan segala sesuatu kecuali wanita
(bersetubuh). (H/R Abu Daud)
Tawaf haji atau tawaf ifadah. Semasa mengerjakan tawaf ifadah
tidak disunnahkan berjalan cepat.

Dibolehkan tawaf sebelum melontar, berdasarkan hadis dari Jabir


radiallahu anhu, iaitu apabila Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam
ditanya:

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu alaihi wa-sallam:


Saya tawaf sebelum saya melontar? Baginda menjawab: Tidak
mengapa. (H/R Ad-Darimi dan Ibnu Hibban. Lihat: Hajjatun Nabi
saw. No.96. Muhammad Nasruddin al-Albani)
Bagi yang mengerjakan haji tamattu, diwajibkan untuk sai sekali
lagi setelah selesai tawaf ifadah. Setelah tawaf ifadah dihalalkan
semuanya termasuklah bersetubuh walaupun belum melontar,
menyembelih binatang dan mecukur rambut.
MELONTAR JAMRAH & HARI TASYRIQ
Melontar yang pertama ialah pada hari Ied (Hari Raya), iaitu
melontar Jamrah Aqabah. Waktu melontar bermula dari waktu Duha
sehinggalah terbenam matahari pada hari Ied, iaitu berakhir pada
terbitnya fajar. Melontar hendaklah dengan tujuh kali lontaran
dengan membaca takbir di setiap lontaran.
Hari tasyriq ialah hari yang diwajibkan mabit (bermalam) di Mina,
iaitu pada tanggal 11hb - 12hb dan 13hb Zulhijjah. Sekurangkurang bermalam selama dua hari iaitu 11hb dan 12hb Zulhijjah
supaya dapat melontar Jamratul Ula, Jamratul Wusta (Saniyah) dan
Jamratul Kubra (Jamratul Aqabah).
Adapun melontar pada hari-hari tasyrik adalah dilakukan setelah
matahari tergelincir (setelah Zohor) tidak boleh dilakukan sebelum
Zohor, kerana Nabi sallallahu alaihi wa-sallam melontar setelah
Zohor sehingga mentakhirkan (melewatkan) solat Zohornya.
Baginda bersabda:







Janganlah kamu melontar sehinggalah matahari terbit. (H/R
Ahmad dan selainnya)

Ketika melontar di setiap jamrah, hendaklah melontar dengan tujuh


kali lontaran dengan batul-batu kecil. (Menurut Imam an-Nawawi:
Iaitu sebesar biji kacang, agar lebih besar atau lebih kecil. Akan
tetapi jika tidak memperolehi batu kecil maka tetap diperbolehkan
(yang lebih besar). Lihat: Hajjatun Nabi. Al-Albani) Disyariatkan
supaya melontar secara berurutan, iaitu dimulakan dari Ula yang
berdekatan dengan Masjid Khaif, kemudian Wusta dan yang
terakhir Aqabah. (Inilah pendapat An-Nawawi. Lihat: Hajjatun Nabi
saw. Al-Albani) Dan disertakan dengan takbir disetiap kali melontar.
Disunnahkan berdoa dengan menghadapkan diri ke Kiblah setiap
kali selesai melontar di Jamrah Ula (di Jamrah Ula, disunnahkan
berdoa di sebelah kanan tempat melontar). Kemudian melontar di
Jamrah Wusta (di Jamrah Wusta, disunnahkan berdiri di sebelah kiri
tempat melontar, menghadap kiblah dan berdoa panjang), kecuali
setelah melontar di Jamrah Kubra teruskan berdoa walaupun tidak
menghadap ke Kiblah. Menurut Imam Syafie dan Ibnu Hazm:
Tiada larangan untuk melontar dengan batu-batu yang telah
digunakan untuk melontar, kerana tidak ada dalil melarangnya.
(Lihat: Hajjtun Nabi. Al-Albani)
Sekali diingatkan, bahawa dihari Tasyriq, melontar hendaklah
dilakukan setelah matahari tergelincir (setelah waktu Zohor)
sehinggalah kewaktu malam. Iaitu berdasarkan hadis dari Jabir
radiallahu anhu:











Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam melontar pada hari Nahar
pada waktu Duha, baginda melontar selepas itu (hari-hari tasyriq)
ketika matahari telah tergelincir (setelah Zohor). (H/R Muslim)






Adalah kami menunggu-nunggu waktu melontar, maka apabila
matahari tergelincir (Zohor) kami melontar. (H/R Bukhari)



:


:

Seorang lelaki bertanya: Saya melontar setelah waktu petang,


baginda menjawab: Tidak mengapa. (H/R Bukhari)
Dibolehkan bermalam dua malam sahaja di Mina, kemudian pulang
ke Mekah sebelum terbenam matahari pada malam 13 Zulhijjah
setelah melontar jamrah. Amalan ini dinamakan Nafar Awal dan
telah menyempurnakan hajinya. Perbuatan ini diizinkan kerana
Allah Subhanahu wa-Taala berfirman:

Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua


hari, maka tiada dosa baginya. (Al-Baqarah, 203)
Bagi Jamaah yang bermalam sehingga tiga malam dan melontar
pada tiga hari (hari ke13 Dzulhijjah) pula dinamakan Nafar Thani.
Dan sesiapa yang pulang ke Mekah pada hari ke 11 Dzulhijjah,
bererti dia telah mengurangi jumlah melontarnya yang wajib
dilakukan pada hari ke12 Dzulhijjah. Oleh itu wajib baginya
menyembelih korban di Mekah untuk orang-orang miskin, bertaubat
dan beristighfar kerana pulang ke Mekah sebelum waktunya.
TAWAF WADA (TAWAF PERPISAHAN)
Sebelum meninggalkan Mekah untuk berangkat pulang ke tanah air,
maka wajib tawaf wada terlebih dahulu, kecuali wanita yang haid
atau nifas dibolehkan meninggalkan Mekah tanpa tawaf wada.
(Lihat: H/R Bukhari 2/195. Dan Muslim 4/93) Antara hadis-hadis
sahih yang menunjukkan wajibnya tawaf wada (perpisahan) ialah:







Janganlah seseorang antara kamu pulang melainkan akhir yang
dilakukannya adalah tawaf di Baitullah. (H/R Muslim)


Telah diperintahkan (oleh Nabi sallallahu alaihi wa-sallam) agar
manusia (yang menunaikan haji) supaya akhir yang dilakukannya
adalah tawaf di Baitullah. Namun baginda memberi keringanan
kepada wanita yang haid. (H/R Bukhari dan Muslim)
Dari Aisyah radiallahu anha berkata:
Kami menemui Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam di
khemahnya dimalam hari, lalu bersabda: Apakah kamu sudah siap?
Jawabku Ya! Lalu baginda mengizinkan para sahabat berangkat,
maka baginda keluar menuju Baitullah dan tawaf (wada) sebelum
solat Subuh, kemudian berangkat pulang ke Madinah. (H/R Bukhari
dan Muslim)
Ibnu Umar radiallahu anhum berkata:
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam tidak berjalan cepat pada
tawaf wada dan begitu juga pada tawaf ifadah. (H/R Bukhari dan
Muslim)
MENUNAIKAN HAJI TANPA BERSAMA MAHRAM
Seorang wanita tidak boleh pergi menunaikan haji kecuali bersama
suaminya atau diiringi oleh mahramnya. Kerana terdapat larangan
dari Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam sebagaimana hadis
baginda:






Tidak halal bagi wanita berpergian (belayar/musafir) dalam
perjalanan sehari semalam, melainkan bersama mahramnya. (H/R
Bukhari)









Tidak boleh seorang lelaki berkhalwat (berdua-duan) dengan
seorang wanita. Dan janganlah wanita berpergian (belayar/musafir),
melainkan bersama mahramnya. (H/R Bukhari dan Muslim)




Wanita tidak boleh berpergian, kecuali bersama mahramnya. (H/R
Bukhari & Muslim)
Larangan musafir bagi wanita di hadis ini adalah umum,
termasuklah dalam larangan tersebut ialah musafir untuk
menunaikan haji. Hadis-hadis di atas ini diperkuat lagi dengan hadis
tentang seorang sahabat yang dibatalkan oleh baginda untuk
berperang kerana wajibnya menemani isterinya menunaikan haji.
Yang mana dia berkata kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku menunaikan haji
dan aku berkewajipan dalam berperang serta demikian dan
demikian! Maka baginda bersabda:





Maka pergilah kamu, dan tunaikanlah haji bersama isterimu. (H/R
Bukhari dan Muslim)
Hadis ini sebagai dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah
sallallahu alaihi wa-sallam melarang wanita berpergian walaupun
untuk menunaikan haji jika tanpa ada mahram bersamanya.
Wallahu alam.
MENZIARAHI MADINAH
Ziarah ke Madinah tidak wajib dan tidak termasuk dalam rukun atau
syarat sahnya haji atau umrah. Tetapi niatkan menziarahi Madinah
kerana Masjid Nabawi, kerana itulah yang sewajarnya yang
diutamakan apabila ke Madinah. Kerana terdapat hadis-hadis sahih
yang menjelaskan tentang kemuliaan masjid Nabi sallallahu alaihi
wa-sallam di Madinah sehingga dituntut agar rehlah (berpergian) ke
sana sebagaimana baginda bersabda:


Janganlah kamu melakukan rehlah (perjalanan), kecuali kepada
tiga masjid: Masjid al-Haram, masjidku ini dan masjid al-Aqsa.

(H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasaii, Ibnu Majah dan


Ahmad)



Solat di masjidku ini lebih baik daripada solat di masjid lainnya,
kecuali Masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih utama
seratus kali solat di masjidku ini. (H/R Ahmad dan Ibnu Hibban
dengan sanad yang sahih)
Apabila menziarahi Masjid Nabawi, maka disyariatkan agar solat
dua rakaat di Raudhah, kemudian mengucapkan salam kepada Nabi
sallallahu alaihi wa-sallam dan dua sahabat baginda, iaitu Abu
Bakar dan Umar radiallahu anhuma sebagaimana disyariatkan
ziarah ke Baqi serta para syuhada. Disunnahkan memberi salam
dan berdoa:















Disunnahkan juga menziarahi masjid Quba dan solat dua rakaat di
dalamnya. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
Barangsiapa bersuci (berwuduk) di rumahnya dengan sempurna
kemudian datang ke masjid Quba lalu solat di dalamnya, maka dia
seperti umrah.
Adapun menziarahi masjid tujuh, masjid kiblatain atau tempattempat lainnya tidak pernah disyariatkan oleh Nabi sallallahu alaihi
wa-sallam. Dan barangsiapa berniat ke Madinah semata-mata
kerana kubur Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, maka niat dan
perbuatan seperti itu adalah menyalahi syara (bidah yang
membawa kepada kesyirikan). Terdapat hadis-hadis lemah,
mungkar atau palsu yang memperkatakan tentang ziarah kubur
Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam secara khusus,
antaranya:










Barangsiapa yang menziarahi aku di Madinah dengan penuh
keikhlasan, maka aku akan memberikan syafaat dan menjadi saksi
(pembela) kepadanya di hari Kiamat.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dari jalan Anas bin Malik,
tetapi hadis ini lemah kerana terdapat di dalam sanadnya Sulaiman
bin Zaid al-Kabi, dia seorang yang lemah () . Hadis
ini dari sanad Amr. Diriwayatkan oleh Abu Daud at-Tayalisi dari
jalan Umar, tetapi di dalam sanad-sanadnya terdapat orang yang
majhul () .

Barangsiapa yang pergi haji ke Baitullah dan tidak ziarah kepadaku,


maka dia telah mengkasariku.
(1). Hadis diriwayatkan oleh Imam Daruqutni, beliau berkata: Pada
sanad hadis ini ada kecacatan, iaitu pada Muhammad bin Numan
bin Syabil al-Bahili dari bapanya, keduanya (bapa dan anaknya)
sangat lemah. Hadis ini adalah hadis lemah, bahkan hadis palsu
atau hadis tipu ().
(2). Hadis diriwayatkan oleh Al-Bazzar. Di dalam sanadnya terdapat
Ibrahim al-Giffari, dia lemah () .
(3). Menurut imam az-Zahabi rahimahullah, bahawa hadis ini
adalah hadis palsu. Ditegaskan dalam Al-Mizan. 111/237.
(4). Hadis diriwayatkan oleh al-Baihaqi, beliau berkata: Pada
sanadnya terdapat orang yang tidak dikenali (majhul) () .
(5). Menurut Al-Albani bahawa hadis ini adalah palsu ().
(Lihat: No. 45. Al-Albani)
Hadis ini dari sanad Abdullah bin Amr, tetapi didapati sangat lemah
kerana di dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Numan bin
Syabil al-Bahili dari ayahnya. Keduanya (Muhammad bin Numan
dan ayahnya) sangat lemah sebagaimana dijelaskan di atas.

Barangsiapa yang menziarahi aku setelah aku meninggal, maka


seakan-akan dia menziarahi ketika aku hidup.
Hadis ini diriwayatkan oleh Daruqutni, Abu Yala (dalam Musnad)
dan Ibnu Adi (dalam Kamil). Hadis ini lemah kerana dalam
sanadnya terdapat Hafsah bin Daud yang mana dia terlalu lemah
dalam hadis. Dan dalam sanad hadis ini terdapat orang yang majhul.
SOLAT ARBAIN (SOLAT 40 WAKTU)
Sebahagian besar jamaah haji, lantaran kejahilan mereka dan
gemar beramal sekalipun ternyata hadis yang dijadikan landasan
lemah, palsu, mungkar dan sudah jelas perbuatan itu bidah,
mereka masih berusaha dan bersungguh-sungguh agar dapat
menunaikan solat fardu di masjid Nabi sallallahu alaihi wa-sallam
sebanyak 40 waktu. Sedangkan hadis yang menjadi pegangan
mereka (solat 40 waktu) adalah hadis lemah, iaitu hadis:









Barangsiapa menunaikan solat di masjidku empat puluh kali solat
(40 waktu solat fardu) dengan tidak tertinggal walau satu solat pun,
maka ditetapkan baginya bebas dari api neraka, selamat dari
siksaan dan terbebas dari kemunafikan.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad 111/115 dan Tabrani dalam alMujamul Ausat 11/125. Sanadnya dari Abdur Rahman bin Abi
Razaq, dari Nabith bin Amr, dari Anas bin Malik.
Berkata al-Albani rahimahullah: Sanad rawi hadis ini lemah, sebab
Nabith tidak dikenal oleh para Muhaddisin (Ahli Hadis) kecuali
dalam riwayat ini. (Lihat: No. 364.
Al-Albani)
Adapun hadis yang sahih ialah solat 40 hari, bukan 40 waktu, iaitu
hadis:
Barangsiapa solat berjamaah selama 40 hari, sempat bertakbiratul
ihram (bersama imam), maka ditetapkan baginya dua kebebasan.
Bebas dari api neraka dan bebas dari kemunafikan. (Lihat:

No. 364. Al-Albani)


APA ITU HAJI AKHBAR?
Semua pekerjaan haji yang mabit di Mina, wuquf di Arafah,
bermalam di Muzdalifah dan melontar di Mina adalah haji akbar.
Tetapi terdapat keyakinan yang mendalam di kalangan sebahagian
besar jamaah haji, iaitu meyakini kebesaran, kemuliaan dan haji
akbar hanya terjadi khusus pada hari Jumaat (wuquf di Arafah yang
berlaku pada hari Jumaat). Mereka yang berkeyakinan seperti itu
kerana berpegang kepada hadis batil iaitu:

Hari yang paling utama adalah hari Arafah, iaitu apabila bertepatan
dengan hari Jumaat, ia lebih utama daripada tujuh puluh kali haji
yang tidak pada hari Jumaat.
Menurut Syeikh al-Albani rahimahullah: Hadis ini adalah hadis batil,
tidak ada sumbernya. Az-Zailai berkata dalam Hasyiyati Ibnu
Abidin 11/384, diriwayatkan oleh Razin bin Muawiyah dalam kitab
Tajrid as-Sihah. (Lihat: Hadis No.
207. Al-Albani)
Sebenarnya, semua pekerjaan haji yang semua jamaah wajib wuquf
di Arafah, melontar, tawaf, sai dan bertahalul, tidak kira sama ada
ia berlaku pada hari Jumaat atau di luar hari Jumaat, maka ia
dinamakan sebagai haji akbar, tidak semestinya haji akbar itu di
hari Jumaat. Allahu alam.
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Isnin, Disember 10, 2007

Anda mungkin juga menyukai