Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Nama sebenar: Abdul Rahman bin Abu Bakr As-Suyuti


Imam As-Suyuti terkenal kerana alimnya dalam ilmu Hadis sehingga beliau
digelar Syeikhul Hadis. Di samping itu beliau juga terkenal sebagai seorang yang diberi
oleh Allah banyak Karamah.
Kelebihan Imam Suyuti dalam ilmu Hadis menyebabkan beliau sering difitnah oleh orangorang yang menaruh hasad terhadapnya.
Di Mesir, beliau pernah memberi fatwa yang tidak disenangi oleh beberapa orang yang
merasa bersalah akibat fatwanya itu. Mereka menghasut supaya beliau disakiti. Seorang
lelaki telah memukulnya dan melemparkan beliau ke dalam sebuah kolam bersama
pakaiannya.
Imam Suyuti kemudian meninggalkan Mesir dan enggan datang lagi ke negeri itu, sementara
orang yang memukulnya hidup melarat dan merasa lapar sepanjang waktu. Dia sentiasa
berhutang dengan orang lain untuk membeli makanan, tetapi tidak berdaya membayar
hutangnya. Setiap hari orang datang mengetuk pintunya menagih hutang, namun dia madsih
berhutang dengan orang lain.
Ada sekumpulan orang hendak menguji Karamah Imam Suyuti, lalu mereka meminta beliau
menyatakan (menerusi kasyafnya) apa yang akan terjadi pada seorang penguasa daerah yang
terkenal zalim terhadap rakyat di daerah itu.
Imam Suyuti berkata, penguasa yang zalim itu pada sekian hari akan terbunuh dan akan
diganti dengan orang yang namanya fulan bin fulan.
Denagn niat buruk, mereka menyampaikan ramalan Imam Suyuti itu kepada penguasa yang
zalim itu hingga penguasa itu memerintahkan orang-orangnya mencari Imam Suyuti untuk
dihukum bunuh.
Tetapi Imam Suyuti berjaya meluluskan dirinya dan tidak dapat dikesan selama 40 hari
hingga penguasa yang zalim itu sendiri terbunuh dan diganti dengan penguasa yang lain.
Syeikh Najmul Ghazi meriwayatkan dari seorang khadam Imam Suyuti yang bernama
Muhammad bin Ali Al Hibak yang bercerita bahawa Imam Suyuti pernah berkata
kepadanya : Aku akan bawa engkau ke Masjid Al Haram untuk bersembahyang Asar,
dengan syarat engkau tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini sepanjang hayatku.
Khadam itu bersetuju mematuhi syarat tuannya itu. Maka Imam Suyuti pun memengang
tangannya dan menyuruh dia memejamkan matanya. Kemudian dia ditarik oleh Imam Suyuti
berjalan sejauh 27 langkah. Kemudian beliau disuruh membuka matanya.
Kata khadam itu : Masa aku membuka mata, aku lihat kami sedang berada di Mala dekat
kuburan Siti Khadijah. Kami menziarahi kuburnya dan kubur Imam Fudhail bin Iyadh dan
Sufyan bin Uyainah. Kemudian kami masuk ke Masjid Al Haram dan tawaf serta minum air
Zam-zam. Bila sampai waktu Asar kami pun sembahyang Asar berjamaah.

Kemudian Imam Suyuti berkata : Perjalanan kita dari Mesir ke Makkah ini tidak
menghairankan. Lebih hairan, ada seorang Mesir yang duduk hampir dengan kita tapi tidak
mengenal kita.
Imam Suyuti berkata : Sekarang tugas kita di sini telah selesai. Jika kamu mahu tinggal di
sini saya izinkan. Tetapi khadamnya lebih suka untuk pulang. Lalu Imam Suyuti memegang
tangannya dan membawa dia berjalan tujuh langkah sambil memejamkan matanya.
Bila dia membuka matanya, dilihatnya mereka sedang berada di daerah Juyusyi, di kota
Khahirah. Dia mengikut Imam Suyuti ke Masjid Ibnu Tulun dengan menunggang keldainya.
Salah seorang murid Imam Suyuti bernama Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili
meriwayatkan bahawa Imam Suyuti pernah berkata : Aku pernah berjumpa dengan
Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga (bukan dalam mimpi). Aku dipanggilnya :
Wahai Syeikhul Hadis! Dan aku pernah bertanya : Ya Rasulullah s.a.w. apakah aku
termasuk ahli syurga? Rasulullah menjawab : Ya benar. Aku bertanya lagi : Tanpa
diseksa dahulu? Baginda menjawab : Ya, sesuka hatimu.
Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili pernah bertanya : Wahai tuan
guru, berapa kali tuan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam
keadaan jaga? Imam Suyuti menjawab : Lebih 70 kali.

Anda mungkin juga menyukai