Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH
JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar

: Kalayarasi A/P Gnanasegaran

Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012

Tempoh Praktikum : 12 minggu / 3 bulan
Pengkhususan

: Pendidikan Pemulihan

Catatan Minggu

: Kedua belas (12)

Tarikh

: 27 /04/2015

Nama Guru Pembimbing

: Pn.Rahmah Binti Huseen

Nama Pensyarah Pembimbing : Puan Salmah Binti Othman

Masalah
Pada minggu terakhir ini saya tidak banyak menghadapi masalah pengurusan dan
pembelajaran sebagaimana yang telah saya rancangkan. Namun begitu terdapat
beberapa masalah yang saya hadapi iaitu masalah displin yang agak kurang
memuaskan. Ia berpunca daripada murid-murid yang suka mencelah ketika saya
mengajar. Kesannya pelajar yang lain akan hilang tumpuan belajar disebabkan
beberapa orang yang mempunyai masalah displin ini. Hal ini menimbulkan masalah
bagi saya untuk mencapai objektif khususnya objektif yang akhir dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari berikutnya.
ANALISIS
Masalah mungkin timbul kerana penerimaan guru baru yang mengajar di kelas dan
mereka sangat teruja sehingga memperlihatkan sikap mereka yang kurang
memuaskan seperti suka bercakap, mahu diberi perhatian, menjawab soalan tetapi
tidak mengangkat tangan sebaliknya masing-masing terus menyatakan sesuatu

(menjadikan kelas tidak terkawal dan keadaan menjadi bising), suka berdiri semasa
guru menerangkan langkah akiviti, sikap suka mentertawakan rakan dan berbual
sesame mereka. Masalah ini timbul kerana mungkin berpunca daripada pelajar yang
mempunyai masalah hiperaktif yang terlalu banyak bercakap dan bertanya
sehinggakan

mendatangkan

gangguan

kepada

rancangan

pengajaran

dan

pembelajaran saya tetapi bukan saya sahaja terganggu malah murid-murid yang
berada di kelas itu turut terganggu dengan masalah ini. Ini akan menyukarkan
proses memahami apa yang saya ajarkan.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
1. Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing samada cikgu Salinda mahupun
cikgu Nazri berkenaan dengan tips cara-cara untuk mendapatkan perhatian murid
semasa proses P&P berlangsung.
2. Jika perkara ini berlaku juga, saya akan menegur sikap mereka. Menyatakan
pada mereka bahawa mereka perlu memberikan perhatian agar mereka dapat
melakukan aktiviti atau tugasan yang akan diberikan dengan langkah yang betul.
3. Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan
kelas dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.
TEMPOH MASA
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana keadaan kelas yang
tidak terkawal akan menyebabkan perjalanan atau kelancaran P&P mungkin
terganggu, malah objektif P&P juga tidak akan tercapai.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa membuat rancangan persediaan mengajar (RPH), saya akan memikirkan
objektif-objektif dan aktiviti yang sesuai yang melibatkan penglibatan semua murid
agar mereka yang bermasalah dapat dikawal dan lebih bersedia untuk belajar.

KESIMPULAN
Justeru, sebagai guru kita harus mahir dalam cara-cara menguruskan murid-murid
yang mempunyai masalah masalah displin seperti ini. Kita perlu tegas pada waktu
tertentu supaya keadaan kelas dapat dikawal dengan baik.

Pandangan / Komen Guru Pembimbing :

.......................................................................................................................................

.................
Tarikh : .............................................

Tandatangan : .........................................

Nama : .....................................................

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing :

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
.................
Tarikh : .............................................

Tandatangan : .........................................
Nama : ...................................................

..

Anda mungkin juga menyukai