Anda di halaman 1dari 20

Topik5

Kraf Tempatan
dan Apresiasi

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
2.
3.

Membincangkan akan nilai-nilai dan apresiasi dalam karya seni kraf


tempatan;
Mengenali jenis-jenis kraf tempatan; dan
Menghuraikan mengenai motif kraf tempatan.

X PENGENALAN
Jika disebut kraftangan, apakah yang dapat anda gambarkan? Di fikiran anda
pastinya terbayang batik, tenunan, tembikar, ukiran ataupun anyaman. Dari segi
etimologi, kraftangan datang dari bahasa Jerman yang bererti kekuatan,
keteguhan dan kecekapan. Tidak dapat dinafikan, kraftangan merupakan hasil
seni yang bersifat kegunaan.
Kraftangan telah diterima sebagai hasil asas daripada masyarakat di Malaysia.
Tukang-tukang yang mahir dalam bidang tertentu akan menghasilkan karya seni
mengikut kreativiti tersendiri. Setiap kraftangan yang terhasil akan dihiasi
dengan ragam hias yang unik berdasarkan alam sekitar. Namun, setiap ragam
hias berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 61

Rajah 5.1: Kompleks Kraf Kuala Lumpur


Sumber: www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=91

AKTIVITI 5.1

Tuliskan satu esei pendek mengenai apresiasi kraf tempatan mengikut


persepsi anda sendiri.

5.1

KRAF BATIK

(a) Budaya/ Kegunaan


Kain batik dan proses penghasilannya dikatakan telah wujud sejak 2000
tahun dahulu di negeri Mesir dan Parsi. Batik juga telah digunakan sejak
abad ke-7 di Jepun dan China. Manakala batik dipercayai diperkenalkan
pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka.
Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai
alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan
alat-alat moden.
Batik dikatakan berasal dari Indonesia dan terbit daripada perkataan Jawa
'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Mubin Sheppard
berpendapat bahawa perusahaan batik berkembang pesat di Indonesia
terutama sekali Pulau Jawa
sebelum Perang Dunia Kedua dan

62

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

kemudiannya tersebar ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Namun


begitu, terdapat perbezaan antara batik Malaysia dengan batik Jawa
Indonesia dari aspek motif, ragam hias dan pengolahan warna.
Teknik terap hitam digunakan untuk mengecap kain. Blok kain yang
berukir dengan gaya ukiran timbulan akan dicelup dengan pewarna
sebelum diterapkan pada kain putih pada tahun 1920an. Pada tahun 1926,
pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan di Tanah Melayu.

Rajah 5.2: Proses menghasilkan blok batik.


Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur

(b) MOTIF

Perkembangan ragamhias batik Melayu mempunyai ciri-ciri yang berbeza
dengan ragam hias Indonesia. Menurut Mubin Sheppard:

Kelantan designers have abandoned the traditional foliated patterns of


Java and have replaced them with large flowers and leaves. The
Terengganu designers use colours and patterns are nearer to the
Javanese, but their composition are original.
Sumber : Petikan dari buku Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi

Bentuk motif dicipta dalam dua gaya iaitu gaya organik dan gaya geometrik.
(i)

Motif Organik
x
Motif yang berciri alam seperti awan, tumbuhan, bunga, ranting,
pucuk, kuntum dan sebagainya.

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 63

Bentuknya disusun secara tunggal (sekuntum) yang sering menghiasi batik ela.
Terdapat juga bunga disusun dan berdahan tegak yang selalu menghiasi
bahagian batik sarung.

Rajah 5.3: Motif Organik - tumbuhan

Sumber: Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

Unsur fauna seperti unggas, serangga dan haiwan yang disusun secara
beriringan dengan motif tumbuhan. Motif dilukis dengan gaya organik
tetapi dibentuk dalam seni abstrak. Terdapat juga ragam hias batik yang
dilukis secara simbolik. Simbol yang dimaksudkan ialah bentuk burung
garuda dengan menonjolkan bahagian sayap, kepak dan ekor dan
melihatkan bahagian kepala dan kaki.

Rajah 5.4: Motif Organik - fauna


Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur

Unsur benda buatan manusia seperti wayang kulit, wau, jaring ikan dan
sebagainya juga turut dijadikan motif.

64

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

Rajah 5.5: Motif Organik buatan manusia


Sumber: Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

(ii)

Motif Geometrik
Motif geometrik asli terdapat dalam susunan garis-garis halus yang
terdapat bahagian kaki kain yang disebut gigi.
Motif geometrik Dong-son begitu ketara dalam bentuk S yang disusun
berpintal dikenali sebagai pilin berganda dan parang rosak.

Rajah 5.6: Motif Geometrik


Sumber: Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 65

(c)

ALAT MEDIA DAN TEKNIK

(i)

BATIK BLOK

Dalam menghasilkan batik blok beberapa peralatan diperlukan diantaranya:


Alat

Blok bunga / Sarang - Untuk menerap lilin di atas kain dasar


Kuali Leper - Untuk memasak campuran lilin
Meja Terap - Meja yang dilapisi sekam padi, guni dan kelopak pisang
untuk menyejukkan lilin yang diterapkan
Dapur - Untuk memasak dan memanaskan lilin yang akan diterapkan

Bahan

Kain Putih - Kain dasar untuk membatik


Campuran Lilin - Bahan yang terdiri daripada damar,lilin putih parafin,
lilin lebah dan minyak kelapa yang akan diterap pada kain dan bertindak
sebagai penahan warna
Pewarna - Bahan pencelup jenis naftol
Debu soda - Bahan kimia iaitu soda karbonat untuk menanggalkan dan
membersihkan lilin semasa kain direbus
Kanji - Untuk mengilatkan permukaan kain

Proses
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Lilin dan damar dipanaskan sehingga cair dalam kuali leper dan
permukaan blok akan dicelupkan dalam lilin
Lilin diterapkan pada permukaan kain
Kain yang telah diterapkan dengan lilin akan dicelup ke dalam
pewarna
Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulangkali untuk
menghasilkan kain batik yang pelbagai warna
Lilin akan direnyuk atau dipukul dengan kayu sehingga lilin retak.
Kain kemudiannya direbus dengan air yang dicampur dengan bahan debu
soda
Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemus sehingga kering
Kanji akan diletakkan supaya kelihatan berkilat dan berseri.

Mari kita lihat rajah 5.7 bagi lebih memahami proses batik blok.

66

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

Rajah 5.7: Proses Penghasilan batik blok


Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur

(ii) BATIK CANTING


Dalam menghasilkan batik canting beberapa peralatan diperlukan di antaranya:
ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
Alat

Canting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang digunakan untuk


melukis corak pada kain.
Pemidang - Alat yang diperbuat daripada kayu untuk meregangkan kain
dasar untuk mencanting
Berus - Alat yang digunakan untuk menyapu bahan pewarna  terdiri
daripada pelbagai saiz
Periuk - Bahan untuk memasak campuran lilin
Kuali dan bekas - Untuk merebus kain
Dapur - Tempat meletakkan kuali untuk memasak dan memanaskan
campuran lilin
Pemati warna - Cecair sodium silikat mengekalkan corak serta warna
Debu soda - Untuk menanggalkan lilin

Bahan

Kain putih - Jenis sutera,kapas,rayon dan sebagainya.


Campuran lilin - Terdiri daripada campuran lilin putih (parafin), lilin
lebah damar dan minyak kelapa.

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 67

Bahan Pewarna - Pencelup aktif seperti remazol atau primazin.

Proses
1)
Kain dasar perlu dibersihkan terlebih dahulu;
2)
Kain dasar yang sudah bersih dan kering diregangkan
pada pemidang kain;
3)
Motif dilakarkan dengan menggunakan pensil;
4)
Bahan lilin dicairkan;
5)
Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melakar corak;
6)
Bahan pewarna disapukan pada motif atau corak yang sudah siap
dicanting mengikut kreativiti;
7)
Kain dibiarkan kering;
8)
Setelah kering, kain perlu direndamkan dalam sodium silikat selama lapan
hingga duabelas jam untuk mematikan warna;
9)
Kemudiannya kain akan direbus dalam air panas yang dicampur dengan
bahan debu soda;
10) Kain dicuci dan dibilas dengan air biasa, dijemur pada kawasan redup
hingga kering.

Rajah 5.8: Batik canting


Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm

5.2

KRAF TENUNAN

Kedatangan seni kraf tenunan berkait rapat dengan sejarah perdagangan. Di


Asia, seni tekstil dikatakan berkembang dengan pesat setelah perhubungan
dagangan dengan negara luar terjalin. Manakala di Tanah Melayu, ianya hasil
kedatangan pedagang dari Jawa, Pulau Maluku, Borneo dan Bugis.
Menurut sejarah, kain tenun telah ditemui di Langgar, Kedah. Kain tenun pada
waktu itu tidak menggunakan motif emas atau songket. Selain daripada itu, kain
tenun juga ditemui ketika zaman Che Siti Wan Kembang (1610-1677).

68

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

Perkembangan kain tenun di Kelantan juga telah ditemui di Kota Kubang Labu
ketika zaman pemerintahan Long Pandak, manakala tenunan songket bermula di
perkampungan Gerung, Tumpat. Kebiasaannya kain tenunan ini halus
pembuatannya.
JENIS-JENIS KAIN TENUNAN
o

Kain tenunan
Kain tenun yang telah diselit benang emas secara melintang dalam proses
menenun. Kain ini juga dikenali sebagai hujan emas atau beras patah.

Kain cindai
Dihasilkan secara teknik ikat celup daripada sutera sederhana kasar,
biasanya berwarna coklat kehitaman. Dikatakan berasal dari India.

Kain limar
Ditenun daripada benang sutera halus yang telah diikat dan dicelup
dengan motif emas. Kebiasaannya kain ini berwarna kuning, jingga dan
merah tua.

Mari kita rujuk rajah 5.9 untuk jenis-jenis kain tenunan.

Rajah 5.9: Menunjukan jenis-jenis kain tenunan


Sumber: Buku Inspirasi  Pendekatan Kontemporari Reka corak Tekstil Melayu

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 69

(a)

Motif
Motif yang terdapat dalam kain tenunan dipengaruhi elemen alam. Namun
begitu, dalam penghasilan tenunan ini telah menyebabkan semua bentuk
motif dilahirkan dalam gaya geometrik. Motif tumbuhan songket meliputi
bentuk-bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian buah yang disebut
sebagai tampuk.
Motif bunga yang disusun adalah dalam motif pucuk rebung.Manakala
motif bunga yang dijadikan susunan corak bertabur adalah seperti motif
bunga pecah lapan, bunga tanjung atau bunga berembang.
Motif burung merak dan ayam adalah di antara motif menarik dan biasanya
besar. Pada susunan corak bunga bertabur, motif ini sering ditempatkan
pada bahagian kaki kain.
Motif siku keluang menjadi hiasan untuk songket corak melintang sama ada
mengikut kelebaran kain atau bahagian kaki kain.

Rajah 5.10: Motif kain tenunan


Sumber: Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

70

(b)

ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

Alat
Dalam menghasilkan kain tenunan beberapa peralatan diperlukan diantaranya:

Kek Tenunan  Pemidang untuk tenunan yang diperbuat daripada kayu


yang sangat keras dan diletakkan pada tanah di bawah rumah. Ia juga
dikenali sebagai kek berkaki dan rahak daun
Rahak  Terdapat dua jenis rahak iaitu rahak piring dan rahak daun
Pelenting buluh dengan benang  Buluh plastik untuk menggulung benang
Pelenting buluh dengan benang  Buluh plastik untuk menggulung benang
Papan gulung  Bahan yang digunakan untuk menggulung benang loseng
Belira  Bahagian badan kek berupa kayu panjang nipis untuk membilang
benang loseng, mengangkat benang butang dan menguak benang loseng
supaya tegang
Sikat/ gentera  Menyerupai sikat yang berfungsi sebagai laluan benang
loseng dan merapatkan benang pakan

Bahan

Benang  Sama ada benang kapas, sutera atau emas/ perak


Pewarna  Terdiri daripada warna asli dan warna nimia

Contoh warna asli: Daun Selasih  hijau, Sabut kelapa muda  hitam
Contoh warna kimia : berbentuk serbuk
Proses
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Celupan benang  Benang dibersihkan dan dicelupkan dalam warna dan


dikeringkan
Melerai atau menerai  Benang yang sudah kering dimasukkan dalam
rahak untuk diputarkan pada pelenting
Menganing  Benang dimasukkan dalam alat menganing
untuk
menentukan ukuran panjang benang untuk ditenun
Mengepoh  Benang loseng dimasukkan ke dalam gigi jentera atau sikat
Mengarak  Benang asing atau benang karak dililit pada kau karat
Menyongket benang  Proses membuat motif atau bunga songket.
Merupakan proses paling rumit

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 71

Menenun
Proses terakhir untuk menghasilkan kain tenun. Mari kita lihat Rajah 5.11 bagi
proses menenun kain.

Rajah 5.11: Proses Penghasilan Kain Tenunan


Sumber: Siti Zainon Ismail (1986).
Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

AKTIVITI 5.2

Hasilkan satu esei perbandingan mengenai kain tenun Melayu dan kain
tenun Indonesia dari sudut latar belakang, motif dan warnanya

72

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

5.3

KRAF ANYAMAN

Kraf anyaman dipercayai mula berkembang tanpa unsur pengaruh luar. Siti
Zainon Ismail dalam buku beliau yang bertajuk Rekabentuk Kraftangan Melayu
Tradisi (DBP,1986) menyatakan bahawa, menganyam merupakan satu proses
menjaring helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis
tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusup antara satu sama lain.
Anyaman yang berasal dari tumbuhan pandarus (pandan dan mengkuang)
hanya boleh didapati dengan banyak di kawasan Asia.
Di Malaysia, negeri-negeri seperti Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri
Sembilan menjalankan usaha anyaman tradisi menggunakan daun pandan.
Manakala di Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka pula menghasilkan
anyaman menggunakan daun mengkuang.

Rajah 5.12: Tumbuhan pandan dan mengkuang yang sesuai dijadikan kraf anyaman.
Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur.

(a)

Motif
Penciptaan kelarai (motif) dan corak merupakan aspek penting dalam seni
anyaman. Kelarai bermaksud, motif unsur alam yang dikhususkan dalam
ragam hias anyaman; manakala, corak pula bermaksud susunan warna
tanpa memperlihatkan bentuk motif.

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 73

Siti Zainon Ismail turut menyatakan bahawa terdapat empat bentuk ragam hias
yang terhasil secara tertentu seperti dicatat Rajah 5.2. Mari kita lihat:










4BENTUKRAGAMHIAS
ANYAMANTRADISIONAL

Kelarai

Corak


Bunga
Bersulam

Bunga
Kerawang


Rajah 5.13: Teori Siti Zainon Ismail mengenai 4 bentuk ragam hias anyaman

Anda perlu tahu bahawa kelarai dan corak merupakan bentuk ragam hias
anyaman yang biasa digunakan.
(b) Kelarai
Tahukah anda bahawa istilah kelarai berbeza-beza mengikut negeri? Di
Perlis, kelarai bermaksud anyaman yang diperbuat dari buluh dan
digunakan sebagai dinding dan penyekat rumah. Di Perak pula, kelarai
diperbuat daripada daun bertam dan dipanggil sebagai tupas. Manakala di
Kelantan, kelarai bermaksud buluh yang dipipihkan dengan cara
memukulnya sebelum dianyam dan disebut pelupuh. Perbezaan ini
dirumuskan di dalam Rajah 5.3.

74

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

Jadual 5.1: Istilah kelarai mengikut negeri-negeri di Malaysia.


Perlis
- Diperbuat dari buluh.
- Digunakan sebagai
dinding dan penyekat
rumah.

(c)

Perak
- Diperbuat dari daun
bertam.
- Dipanggil tupas.

Kelantan
- Buluh yang dipipih
dengan cara
memukul.
- Dipanggil pelupuh.

Jenis Kelarai
Semua jenis kelarai terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, binatang, unggas
dan gambaran hidupan alam yang lain. Kelarai dihasilkan dalam gaya
geometrik.

KelaraiBentukTampuk,PucukdanAkar
KelaraiUnsurBinatang

Rajah 5.15: Jenis-jenis kelarai


Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu
Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

(d) Corak
Berbeza dengan konsep kelarai, corak anyaman lebih menjurus kepada
susunan warna dalam petak atau ruang-ruang dalam bentuk geometrik.
Corak yang dimaksudkan adalah latar belakang bagi anyaman iaitu seperti
anyaman berdiri atau melintang. Mari kita rujuk Rajah 5.16 untuk
mengenali jenis-jenis corak anyaman.

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 75

Selangseli

Dam

Catur

Rajah 5.16: Jenis corak


Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

(e)

Bunga Bersulam
Dalam kebanyakan teknik anyaman, semestinya kita sudah terbiasa dengan
teknik anyaman bakul. Motif yang digunakan lazimnya berkaitan bungabungaan. Beberapa bentuk bunga yang dihasilkan dalam teknik anyaman
adalah seperti bunga pecah empat, pecah lapan, pecah dua belas, bunga
cengkih dan bunga tanjung. Selain itu, terdapat juga motif geometrik seperti
potong wajik, susunan pecah empat dan sebagainya. Sila rujuk Rajah 5.6
yang memaparkan jenis-jenis bunga bersulam.

BungaPecahEmpat

BungaPecahLapan

BungaPecahDuaBalas

Rajah 5.17: Jenis-jenis Bunga Bersulam


Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

76

(f)

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

Bunga Kerawang
Teknik bunga kerawang kebiasaannya digunakan dalam anyaman tikar.
Teknik ini, dikatakan lebih halus berbanding kelarai dan corak. Bentukbentuk bunga dan motif yang lain dibuat berlubang-lubang tetapi tidak
memisahkan dari rupa bentuk tikar.
Antara asas lubang dalam bunga kerawang adalah seperti:
i. Lubang persegi
ii. Lubang bersiku
iii. Lubang zigzag

(g) Alat, media dan teknik


Seni anyaman yang halus, merupakan hasil tangan penganyam yang
mempunyai teknik dan kemahiran yang luarbiasa. Seni menganyam
memerlukan seseorang yang mempunyai sifat kesabaran yang amat tinggi.
Dibantu pula dengan alat-alatan dan media tambahan, maka terciptalah
karya seni anyaman yang berestetika.
(h) Alat
Antara alat-alatan yang digunakan dalam seni menganyam adalah seperti:
Parang  Untuk memotong daun;
Pisau  Untuk membuang empulur dan duri di kiri dan kanan daun;
Pelurut  Dibuat daripada buluh untuk melembutkan daun;
Tempayan  Untuk merendam daun;
Bekas besar  Untuk mencuci daun;
Periuk  Untuk merebus daun;
Jangka  Buluh tajam untuk melerai daun menjadi helaian kecil mengikut
kelebaran yang dikehendaki;
Ampaian  Menjemur daun yang direndam dan yang telah diwarnakan;
Penyisip  Untuk menyisip helaian daun ketika menganyam agar tidak
terburai; dan
Pisau kecil yang tajam  Untuk memotong lebihan anyaman agar lebih
kemas.

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 77

Rajah 5.18: Contoh Anyaman


Sumber: Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk
Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka

SEMAK KENDIRI 5.1


Bincangkan perbezaan antara anyaman Melayu dan anyaman Bali
berdasarkan daripada motif yang digunakan, warna, corak dan estetika
penghasilannya.

78

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI

RUMUSAN
x

Kraftangan wujud semenjak zaman perdagangan lagi. Pertukaran budaya


telah membentuk satu lembaran baru dalam dunia kraf tempatan.
Beberapa jenis kraf yang berasal dari benua yang berlainan diolah dan
disuntik acuan nilai-nilai etnik tempatan. Batik misalannya yang berasal
dari Indonesia, telah digubah mengikut identiti budaya kita. Coraknya dan
warnanya diolah dengan cita rasa yang lebih lembut. Cara pembuatannya
juga telah melalui pelbagai proses inovasi. Kraf tempatan kini menjadi
antara sumber pendapatan pelancongan yang tinggi.

Batik, tenunan, anyaman, tembikar dan ukiran merupakan beberapa jenis


kraftangan yang terkenal di Malaysia. Jenis-jenis ini turut dipecahkan
kepada batik tekap, batik lukis, songket, bakul, tikar, labu sayong dan
bermacam-macam lagi. Kraf tempatan diolah oleh tenaga-tenaga yang
mahir dan teliti. Seni kraf pula kebanyakannya dipengaruhi alam
semulajadi. Idea yang diterapkan pada corak seni kraf, berunsur tumbuhtumbuhan, bunga-bungaan, haiwan, juga benda buatan manusia (corak
wayang kulit). Secara tidak langsung, seni kraf menarik kita semua untuk
menghargai kewujudan alam.

Seperti yang kita ketahui, motif dan corak yang terdapat pada seni kraf
tempatan dipengaruhi oleh unsur-unsur alam, flora, fauna, haiwan, dan
juga benda-benda yang berada disekeliling kita. Motif dan corak
kadangkala direalisasikan seolah-olah kelihatan hidup, namun
kebanyakannya telah digubah berbentuk geomatrik. Motif batik terbahagi
kepada motif tekap dan motif canting. Manakala, motif kain tenunan
antaranya terdiri daripada motif bunga cengkih, bunga cempaka, bunga
bintang, bunga mawar dan sebagainya. Motif pada anyaman pula
terbahagi kepada kelarai, corak geomatrik, bunga bersulam dan bunga
kerawang. Proses menghidupkan motif dan corak pula memerlukan
kehadiran alat-alatan tertentu dan bahan media untuk dicorakkan. Teknik
penghasilan sesuatu seni kraf itu pula agak remeh dan memakan masa,
namun di situlah terletaknya nilai estetik sesebuah seni kraf itu.

TOPIK 5 KRAF TEMPATAN DAN APRESIASI W 79

x
x
x
x
x
x

Kraftangan
Batik
Tenunan
Anyaman
Kelarai
Motif

x
x
x
x

Songket
Alam
Flora
Fauna

RUJUKAN
x

Mohd

Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).


Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran


Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.


Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Zaharah Ahmad Osman , Zaliha Shaari (Jabatan Senireka Tekstil,


Intitut Teknologi Mara, Shah Alam) & Oriental Bank Berhad
(1995). Inspirasi  Pendekatan Kontemporari Reka corak
Tekstil Melayu.Universiti Pertanian Malaysia Press.

Johari
Ab.Hamid
(2004).Falsafah
dan
Kritikan
Seni.Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Anda mungkin juga menyukai