Anda di halaman 1dari 4

Emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t.

Ia
merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula
menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula
mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan
berkembang.
Dalam hal ini, zakat emas dan perak terbahagi kepada dua perbahasan iaitu atas zat atau
ain emas dan perak itu sendiri sama ada dipakai atau disimpan dan perbahasan kedua
ialah zakat mata wang kerana sandaran mata wang pada zaman ini asasnya kepada emas.
ZAKAT EMAS DAN PERAK
Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila telah sampai nisab
dan telah cukup haul setahun.
DALIL WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAK
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak, serta tidak membelanjakannya di
jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang
tidak terperi sakitnya.
(surah at-Taubah 34)
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya,
melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah
dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan
semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala
perkara yang berkaitan dengan hambaNya.
-Riwayat MuslimJENIS EMAS YANG DIWAJIBKAN ZAKAT
EMAS YANG DISIMPAN
Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun
sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85
gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. sebagai contoh, jika berat
keseluruhan emas yang tidak dipakai itu seberat 90 gram bernilai RM9500 maka
zakatnya adalah : RM9500 x 2.5% = RM237.50
EMAS YANG DIPAKAI
Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam
tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia
melebihi uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari
nilaiuruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk
batu permata atau seumpamanya.

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.


Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
1.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3.
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4.
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5.
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

6.
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7.
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8.
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9.
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10.
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11.
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12.
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13.
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14.
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur
tahun 2008) (klik)
NISAB DAN KADAR ZAKAT EMAS
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar
(85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat
padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut
lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya.
(Riwayat Abu Daud)
Nisab bagi emas ialah 85gm atau 20 miskal / dinar atau 25 mayam.
Apabila seseorang memiliki emas menyamai nisab semasa atau lebih dan telah cukup
haul (setahun) ia wajib mengeluarkan zakat. Ulama sepakat mengatakan bahawa emas
apabila cukup 20 misqal, maka wajib dikenakan zakat. Kadar zakat ialah rubu al usyur
iaitu satu perempat puluh (1/40) atau dua setengah peratus (2.5%).
Emas yang disimpan seberat 85gm dan telah mencukupi satu tahun, wajib dikeluarkan
zakat sebanyak 2.5 % daripada nilai semasa emas tersebut (termasuk juga emas yang
rosak / patah)
Emas yang dipakai tidak diwajibkan zakat kecuali melebihi uruf. Kadar uruf (kebiasaan
pemakaian setempat) di Negeri Pahang ialah 200gm. Emas yang dipakai yang melebihi
uruf dikenakan zakat sebanyak 2.5 %. (berat yang melebihi uruf sahaja).
CONTOH PENGIRAAN :
(Andaikan nisab semasa 85gm emas adalah RM 8,909.48)
Emas tersimpan seberat 90gm.
1gm emas
=
(RM 8,909.48 85)
=
RM 104.82
90gm emas
=
90gm x RM 104.82
=
RM 9,433.80
Zakatnya
=
RM 9,433.80 X 2.5%
=
RM 235.85
Emas yang dipakai seberat 300gm.
200gm
=
uruf pemakaian emas
300-200gm
=
lebihan daripada uruf
=
100gm
100gm emas =
100gm x RM 104.82
=
RM 10,482.00
Zakatnya
=
RM 10,482.00 X 2.5%
=
RM 262.05

Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:


1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim
Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?

Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik


2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu
dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat
modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul
bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi
beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang
bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu
digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan
menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan
diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat
sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi
jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya,
wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang
digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.
NISAB DAN KADAR ZAKAT PERAK
Wajib zakat pada perak lima auqiyah ;
[ Satu auqiyah = 40 dirham. ( 5 x 40 = 200 dirham ) ] Ijmak ulama telah menetapkan
nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq.
(Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :
Pada perak (zakatnya) 1/40
(Riwayat al-Bukhari)
Contoh Pengiraan Zakat Perak :
Andaian 1 gram perak
= RM 30.00
Perak yang dimiliki seberat 1,000 gram.
1,000 gram perak (lebihan 405 gm dari nisab)
1,000 x RM 30
= RM30,000
Zakat yang dikenakan ialah
: RM 30,000 X 2.5%
= RM 750.00
Kesimpulan
Saya berharap agar topik kali ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah
dalam pengiraan zakat emas dan perak kerana zakat ini merupakan perkara yang wajib
ditunaikan oleh setiap orang Islam sekiranya cukup syaratSebagai pelabur kita
inginkan kejayaan di dunia dan juga keberkatan di akhirat

Oleh itu, selamat membuat pelaburan emas dan perak dan semoga berjaya

Anda mungkin juga menyukai