Anda di halaman 1dari 13

KERTAS CADANGAN

PERMAINAN TRADISIONAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BELURAN
SANDAKAN, SABAH.

KERTAS CADANGAN
PERMAINAN TRADISIONAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BELURAN
SANDAKAN, SABAH.

1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran, Sandakan, Sabah untuk mengadakan
karnival permainan tradisional yang di anjurkan oleh kelab Permainan
Tradisional Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran, Sandakan, Sabah.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Karnival Permainan Tradisional ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Pekan
Beluran.Sabah buat julung kalinya.
2.2. Karnival Permainan Tradisional ini akan dianjurkan oleh kelab Permainan
Tradisional Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran.Sabah

2.3. Karnival

permainan

tradisional

ini

secara

tidak

langsung

dapat

memperkenalkan pelajar tentang permainan tradisional yang terdapat di


negara kita yang semakin lama semakin dilupakan terutamanya oleh
generasi muda.

3. MATLAMAT
3.1. Penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini adalah sebagai satu medan
untuk melatih dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran murid-murid
dalam memperkasakan teknik-teknik Permainan Tradisional.

4. OBJEKTIF
4.1. Dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan guru dan murid
yang tinggi bagi memastikan karnival ini berjalan dengan lancar dan jayanya.
4.2. Dapat melatih murid untuk mengasah bakat dalam bidang Permainan
Tradisional.
4.3. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang baik dalam kalangan
guru dan murid.

4.4. Dapat menyuburkan kembali kegiatan permainan tradisional dalam kalangan


generasi muda agar tidak luput ditelan zaman.

5. ASAS PERTIMBANGAN
5.1. Sebagai kelab Permainan Tradisional Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran,
para pelajar haruslah didedahkan dengan permainan tradisional.
5.2. Para pelajar dapat mengetauhi jenis-jenis permainan tradisional

5.3. Para pelajar juga, dapat memberi pendekatan secara lansung mengenai
permainan tradisional.

5.4. Menanam sifat cintakan khazanah Negara iaitu permainan tradisional agar
tidak luput di telan zaman.

5.5. Karnival ini akan menitikberatkan semangat kesukanan dalam kalangan


pelajar serta komunikasi sejagat.

6. CADANGAN
6.1.
Tempat

: Padang Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran.

Tarikh

: 28 September 2013.

Masa

: 7.30pagi 1.00tengahari.

7. KUMPULAN SASARAN
7.1. Semua pelajar tahap dua terlibat.( Tahun 4, 5 dan 6.)
8. BILANGAN GURU DAN MURID YANG TERLIBAT
8.1. Guru seramai 10 orang.
8.2. Semua pelajar tahap dua seramai 60 orang.( Tahun 4, 5 dan 6.)
Jumlah guru dan murid yang terlibat seramai 70 orang.
9. AHLI JAWATANKUASA
Lampiran 1
10. TENTATIF PROGRAM
Lampiran 2
11. Anggaran perbelanjaan
Lampiran 3
12. IMPLIKASI

Padang sekolah pekan Beluran akan digunakan semasa karnival dijalankan.

Peralatan sukan akan digunakan untuk menjalankan aktiviti karnival.

Pasukan pengawal keselamatan sekolah diminta bekerjasama dalam


menjaga keselamatan para pelajar semasa karnival tersebut dijalankan.

13. SYOR
Diharap kertas kerja ini mendapat kelulusan dan pertimbangan daripada
pihak Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran, bagi menjayakan
karnival sukan tradisional serta memberi pendedahan dan pendekatan
kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran. Hal ini akan memberi
impak yang sangat berguna dalam usaha memajukan Permainan tradisional
yang semakin pupus dalam era pendidikan negara. Segala kerjasama
daripada pihak guru besar amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih. Kami berharap agar karnival permainan tradisional ini
akan berjaya mencapai matlamat.
Disediakan oleh:

(MOHD AL AZHAR BIN M.ZULKIFLIE)


Setiausaha
karnival permainan tradisional,
sekolah kebangsaan pekan beluran,
Sandakan, sabah.

Disemak Oleh :

(NURUL HUDA BINTI MOHD IHWAN)


Pengarah Program
Karnival Permainan Tradisional
Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran
Sandakan, Sabah.

Disahkan oleh:

(SITI NORAIN BINTI SHAFFIE)

Ketua Kelab Permainan Tradisional


Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran,
Sandakan, Sabah.

Diluluskan oleh:

( DOLLY WINE ANAK WILLIAM AWET)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran,
Sandakan, Sabah.

JAWATANKUASA KARNIVAL
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BELURAN
SANDAKAN, SABAH.
Penasihat
Pengerusi
Pengarah Program
Setiausaha
Bendahari

:
:
:
:
:

Dolly Wine Anak William Awet


Siti Norain Binti shaffie
Nurul Huda Binti Mohd Ihwan
Mohd Al Azhar Bin Mohd Zulkiflie
Samsidar Binti Siling

Ahli Jawatankuasa
Urusetia Kejohanan

: Mohd Al Azhar Bin Mohd Zulkiflie


: Zamrizal Bin Zakaria
: Aziz Bin Jamaluddin
: Khairul Anuar Bin Abd Wahab

Cenderahati & Hadiah

: Siti Norain Binti shaffie


: Sabrina Binti Jumadi

Makanan

: Nurul Huda Binti Mohd Ihwan


: Pelajar

Publisiti / Fotografi

: Basari Bin Beddu Hasang


: Arshayd Bin Aziz

Keselamatan

: semua guru yang terlibat.


: pengawal keselamatan sekolah

TENTATIF PROGRAM
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BELURAN
SANDAKAN, SABAH.

MASA/TARIKH

Tarikh

: 28 September 2013.

Masa

: 7.30pagi 1.00tengahari.

AKTIVITI

TEMPAT

28 september
2013 (SABTU)

7.30 pagi
8.00 pagi
8.10 pagi
12.30 tengahari
1.00tengahari

Pendaftran peserta

Perasmian

Pertandingan Bermula

Pertandingan tamat

Penyampaian hadiah

Majlis bersurai

Padang Sekolah
Kebangsaan Pekan
Beluran.

ANGGARAN PERBELANJAAN
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BELURAN
SANDAKAN, SABAH.

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA

BILANGAN

JUMLAH

RM 4.00 x 70 org x 1 hari

RM 280.00

RM 10.00 x 3 kotak

RM 30.00

RM 40.00 X 1helai

RM 40.00

RM 30x 2 orang

RM 60.00

MAKAN & MINUMAN

MAKAN MINUM
(murid, urusetia dan
pengadil)

AIR MINERAL

2.0 BENNER

KAIN RENTANG

5.0 HADIAH, CENDERAHATI DAN SIJIL

Permainan tradisional
(lelaki dan Perempuan )
Johan

ii
iii
iv

Naib Johan
Ketiga
saguhati

RM 20 x 2 orang

RM 40.00

RM 10 x 2 orang

RM 20.00

RM 5 x 10 orang

RM 50.00

RM 50.00

RM 50.00

7.0 LAIN - LAIN

WANG KECEMASAN

JUMLAH KESELURUHAN

RM 570.00

REFLEKSI
NAMA: MOHD AL AZHAR BIN JULIO@M.ZULKIFLIE
NO I/C: 871010-49-5101

Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan diminta untuk
menghasilkan satu tugasan yang berkaitan dengan kertas kerja, dan menganjurkan
satu karnival kokurikulum yang melibatkan samaada semua ahli persatuan atau
permainan atau unit beruniform untuk pelajar tahap dua sekolah rendah. Saya dan
ahli kumpulan sepakat untuk memilih satu karnival yang berkaitan dengan
permainan tradisional.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu
yang baharu berkaitan dengan bagaimana hendak mengelola satu program di
sekolah. Hal ini kerana semasa saya bertugas sebagai guru sandaran tidak terlatih
dahulu, saya hanya berpeluang untuk menjadi ahli jawatankuasa sahaja. Namun
tugasan ini menjadikan saya sebagai pengelola program. Oleh yang demikian
tugasan ini mampu memberi dorongan dan panduan kepada saya apabila
berhadapan dengan tugasan yang diberikan di sekolah kelak.
Disini juga saya berpeluang menerokai serta mempelajari prosedur
bagaimana mengendalikan sesuatu program. Impak daripada tugasan ini,
membuatkan saya lebih yakin untuk mengendalikan sesuatu program nanti. Bagi
menghasilkan kertas kerja yang sempurna harus memiliki 6 aspek utama yang
berikut.antaranya ialah Tujuan, latar belakang, asas pertimbangan, cadangan,
implikasi dan lampiran. Kesemua aspek ini penting dalam membuat satu kertas kerja
yang baik.
Selain itu, saya juga memperolehi ilmu hasil daripada tugasan ini. Terdapat
beberapa format dalam kertas kerja yang baru saya kecapi melalui tugasan ini.
Seperti Asas pertimbangan, implikasi, syor dan sebagainya. Dengan mengakses
laman sosial sedikit sebanyak membantu saya dalam proses mencari contoh kertas
cadangan dan kertas kerja.

Hal ini memberikan saya input yang sangat bernilai. Melalui tindakan ini juga,
saya dapat membezakan contoh format kertas kerja yang berkaitan dengan
permohonan, bantuan, cadangan dan sebagainya.
Melalui tugasan ini juga dapat mengasah bakat saya sebagai bakal pendidik
mengenai erti kepimpinan. Sebagai ketua pelaksana aktiviti karnival permainan
tradisional, saya telah mempelajari tugas-tugas sebagai ketua pengelola sesuatu
program, walaupun ianya hanya fantasi namun saya benar-benar berasa seperti
sedang mengelola program tersebut.
.Selain itu, tugasan ini memberikan saya pengalaman baharu dalam
menjalankan aktiviti sesuatu program. Dalam kertas kerja yang saya dan rakanrakan kendalikan, kami memilih permainan tradisional. Permainan tradisional ini
harus diterap dalam kalangan murid-murid, kerana permainan ini sedang
menjalankan sisa-sia kehidupan yang semakin pupus ditelan arus pembaharuan
zaman. Oleh yang demikian, usaha yang saya jalankan ini mampu untuk
menyegarkan lagi ingatan murid-murid betapa pentingnya menghargai khazanah
Negara kita ini.
Melalui permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan
menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga
memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang
sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan
sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut. Permainan ini juga
memberikan keseronokan kepada murid-murid.
Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk
bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, muridmurid akan menjadi seronok ketika bermain dan sekali gus membantu mereka untuk
menguasai keamahiran asas yang ingin diajar

Sebagai kesimpulan daripada tugasan ini, secara peribadinya saya sangat


bertuah kerana tugasan ini mampu mengilap, mengasah dan membantu saya dalam
menghasilkan satu kertas kerja yang berkaliber. Dalam hal ini, prosedur dan format
kertas kerja wajib dilaksanakan. Faktor bahasa juga memainkan peranan dalam
penghasilan kertas kerja yang baik.
Selain itu, tugasan ini juga mampu mewujudkan komunikasi yang baik dalam
kalangan rakan-rakan serta kalobrasi yang jitu dalam memantapkan hubungan di
antara rakan sepasukan. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing Puan
Ruziaton yang selama ini memberi ilmu yang bermanfaat dan motivasi yang
berkesan sepanjang kuliah mahupun di luar waktu kuliah. Kepada rakan sekumpulan
dan rakan sekelas terima kasih kerana memberi komittmen serta kerjasama
sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai