Anda di halaman 1dari 5

ROTI BAWANG PUTIH KEJU

Resepi Asas Roti Ban Manis


(Kaedah Doh Segera)
Bahan 1
500gm Tepung Roti 100gm Tepung gandum
110 gm Gula
10gm garam
20gm Tepung susu
4 sudu yis segera
1 sudu Peningkatan roti (bread imrover)

Bahan 2
1 biji Telur
300ml Air sejuk
1/3 sudu cuka

Bahan 3
60gm mentega / marjerin

Cara-Cara
1.Adun semua Bahan 1.
2.Tambah bahan 2 dan uli sehingga menghasilkan doh.
3. Campurkan bahan 3, dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut
dan kenyal.
4. Bentukkan menjadi bebola dan tutup doh dengan plastik,biarkan ia naik
selama 15 minit atau berganda saiznya.
5. Siap untuk membuat roti atau ban.

3 ulas bawang putih


4 sudu besar buttercup
sedikit hirisan daun parsley
sedikit serbuk lada hitam
100 gram keju cheddar parut kasar

1. Masukkan bawang putih dalam aluminium foil dan bakar dalam oven selama
15 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

2. Setelah dibakar,ketuk dan cincang bawang putih dan masukkan ke dalam


butter.

3. Cairkan butter dalam oven dan setelah cair, masukkan hirisan daun
parsley,lada sulah,keju dan kacau rata.

4. Sapukan pada roti dan bakar selama 10 minit.

MANTOU SPIRAL KOPI DAN MILO


Bahan-bahan:-*500gm tepung pau @ tepung high protein
-*1 biji telur
-*1/2 sdt garam halus
-*200ml air suam
-*1 sdb yis mauripan
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb shortening
-*2 sdb gula
-*2 sdb susu pekat
-*1 sdb serbuk kopi
*1 sdb serbuk milo

Cara-cara:
1. Didalam bekas adunan atau bekas lain yang agak besar, tuangkan air
suam...masukkan yis, marjerin, shortening, gula dan susu pekat...kacau
sedikit dan biar adunan tadi 8 - 10 minit.
2. Bila yis dah berbuih...masukkan separuh tepung, telur yang dipukul sedikit
dan garam.
3. Gaul adunan tadi dengan sudu sehingga sebati dan melekat pada
sudu...bila dah sebati, gaul dalam satu arah.
4. Bahagi adunan tadi kepada dua...yang satu lebihkan sedikit dari yang satu
lagi...satu adunan letakkan serbuk koko dan yang satu lagi tanpa
pewarna / boleh letak pewarna kegemaran...gaul sebati.
5. Kemudian masukkan lebihan tepung tadi dan gaul dengan sudu
sekejap...kemudian uli guna tangan...kalau adunan lembik boleh tambah
tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tak melekat pada bekas
adunan.
6. Bulat-bulatkan adunan hingga habis...doh coklat bulatkan kecil sedikit dari
doh asal...canai doh asal dan doh coklat...setelah siap letak doh coklat
atas doh asal dan potong sikit hujung doh pink untuk kemaskan nya.
7. Gulung dengan kemas doh tadi kemudian potong kecil-kecil...masa potong
jangan menekan kerana adunan akan jadi tak kemas...setelah siap letak
diatas kertas minyak...

8. Rehatkan selama 15 minit...kukus pau menggunakan api yang


sederhana...kalau api yang kuat...tepung akan jadi keras dan kekuningan
kalau pau putih...kukus 15 minit atau sehingga masak.

TEH HIJAU EPAL


Bahan dan Bumbu Resep Teh Hijau Apel Spesial
Bahan dan bumbu Teh Hijau Apel spesial adalah sebagai berikut :
1/2 sendok makan teh hijau
500 ml air
3 cm kayu manis
35 gram gula pasir
300 ml jus apel
Cara Masak Teh Hijau Apel Spesial
Cara membuat Teh Hijau Apel ini cukup mudah. Ikuti langkah langkah
berikut ini:
1. Rebus air sampai mendidih. Masukkan teh hijau dan kayu manis. Rebus
dengan api kecil. Saring.
2. Masukkan gula pasir. Aduk sampai larut. Tambahkan jus apel. Aduk sampai
mendidih.
3. Sajikan hangat.

SWEET CORN KONNYAKU JELLY


bahan-bahan:
15 gm. Konnyaku Jelly
750 ml. air
200 ml. santan
150 gm. gula kastor
1 tin krim gaya jagung manis

kaedah:
( 1 ) Masakkan 750 ml. air.
( 2 ) Letakkan gula dan konnyaku jeli ke dalam mangkuk dan kacau hingga
sekata bercampur.
( 3 ) Apabila air hampir masak , tuangkan dalam konnyaku jelly campuran dan
terus kacau sehingga jelly konnyaku dan gula larut.

( 4 ) Tuangkan santan dan krim manis dan kacau hingga sekata bercampur.
( 5 ) Tuangkan campuran ke dalam acuan konnyaku jelly dan biarkan ia
ditetapkan.
( 6 ) Sejukkan sebelum dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai