Anda di halaman 1dari 1

1.

Apakah pantang larang yang masih diamalkan oleh saudara/saudari pada hari
pertama Tahun Baru Cina?

Pada hari pertama, kami tidak boleh menyapu sampah kerana masyarakat Cina percaya,
tuah akan singgah di rumah. Oleh itu, perbuatan menyapu itu boleh menghalau tuah atau
Dewa Wang. Antara pantang yang masih lagi diamalkan ialah tidak memakai warna
berkabung iaitu warna hitam dan warna putih. Ada juga orang-orang tua menyebut, jangan
pecahkan barang khususnya pinggan mangkuk atau cawan, kerana ia boleh menandakan
nasib yang tidak baik.
2.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemberian limau mandarin pada Tahun


Baru Cina?

Pemberian limau Mandarin yang bunyinya dalam bahasa Mandarin sama dengan emas. Ini
bermakna pemberian limau seolah-olah menghadiahkan emas pada orang lain.
3.

Adakah pentingnya makan kuih bakul pada Tahun Baru Cina?

Kuih bakul penting kerana ia menandakan semakin tinggi sama ada akan naik pangkat,
tambah pendapatan dan sebagainya.
4.

Apakah perbezaan Tahun Baru Cina dahulu dengan sekarang?

Dulu, pada Tahun Baru Cina, semua orang mesti pakai baju merah yang menandakan nasib
tuah. Sekarang, pemuda suka memakai baju hitam dan ini sepatutnya tidak boleh
kerana warna gelap dikatakan membawa nasib malang.
Apakah yang kamu tahu tentang sejarah Tahun Baru Cina?
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas
yang bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia
hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan
makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben
merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Anda mungkin juga menyukai