Anda di halaman 1dari 3

SENARAI SOALAN RAMALAN PENULISAN

JENIS PERBINCANGAN
1.

Banyak kebaikan yang kita akan perolehi dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.
Bincangkan kepentingan mengambil pemakanan yang sihat.

2.

Air adalah punca utama kehidupan. Nyatakan kepentingan air dalam kehidupan

3.

Kegiatan kokurikulum banyak memberi manfaat kepada murid-murid. Bincangkan penyataan ini.

4.

Sebagai seorang pelajar, nyatakan langkah-langkah untuk anda berjimat cermat.

5.

Anda akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Nyatakan langkah-langkah untuk \
anda memperolehi keputusan cemerlang.

6.

Kemalangan jalan raya sering diperkatakan.


kemalangan jalan raya.

7.

Kesihatan badan haruslah dijaga. Nyatakan cara-cara amalan gaya hidup sihat yang mesti
diamalkan demi menjamin kesejahteraan diri.

8.

Kita digalakkan untuk melancong di dalam negara. Nyatakan apakah kelebihan-kelebihan


apabila anda melancong di dalam negara.

9.

Ibu bapa adalah insan yang harus kita hormati. Nyatakan mengapa anda harus menghormati ibu
bapa anda.

kita.

Nyatakan cara-cara untuk mengatasi masalah

10. Pencemaran alam semakin memudaratkan seluruh alam. Nyatakan punca-punca berlakunya
pencemaran alam.
11. Merokok adalah tabiat yang memudaratkan. Nyatakan keburukan-keburukan merokok.
12. Kelas tuisyen sering disediakan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan.
Nyatakan kebaikan-kebaikan menghadiri kelas tuisyen tersebut.

SENARAI SOALAN RAMALAN PENULISAN


JENIS CERITA
1. Anda sedang berjalan pulang dari sekolah, tiba-tiba anda terlihat seorang warga emas terbaring di
tepi jalan berlumuran darah. Apakah tindakan anda?
2. Anda sedang bermain dengan rakan-rakan anda di taman permainan. Tiba-tiba seorang budak
kecil menangis kerana terjatuh dari buaian. Dahinya luka dan berdarah. Apakah tindakan anda.
3. Anda sedang memancing bersama rakan-rakan anda di sebatang sungai. Terdapat sekumpulan
budak lelaki sedang bermandi-manda tidak jauh dari tempat anda memancing. Tiba-tiba anda
mendengar salah seorang daripada mereka menjerit meminta tolong sambil terkapai kelemasan.
Apakah tindakan anda?
4. Ceritakan temasya sukan tahunan sekolah anda.
5. Ceritakan sambutan Hari Guru di sekolah anda.
6. Ceritakan sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah anda.
7. Ceritakan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah anda.
8. Sekolah anda mengadakan Hari Kantin. Ceritakan kemeriahan aktiviti di Hari Kantin sekolah
anda.
9. Ibu adalah insan teristimewa. Anda dan ayah anda bercadang untuk menyambut Hari Ibu untuk
ibu anda. Rancangkan sesuatu yang menarik untuk sambutan Hari Ibu tersebut.
10. Sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar. Ceritakan pengalaman anda mengikuti
lawatan tersebut.
11. Setiap tahun kita pasti menyambut hari perayaan. Ceritakan kemeriahan hari perayaan yang
anda sambut pada setiap tahun.
12. Sekolah anda telah mengadakan Kempen Anti Dadah. Banyak aktiviti yang telah diadakan.
Ceritakan pengalaman anda semasa mengunjungi kempen tersebut.
13. Setiap tahun rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan. Nyatakan apakah yang akan
anda lakukan untuk menunjukkan rasa cinta anda terhadap negara.

SENARAI SOALAN RAMALAN PENULISAN


JENIS KARANGAN BERFORMAT
1. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda di luar negara. Ceritakan kepadanya tentang keindahan
Malaysia.
2.

Taman perumahan anda sering mengalami kecurian. Tulis sepucuk surat kepada Pengerusi
Penduduk Taman Perumahan anda untuk mencadangkan beberapa perkara membasmi kegiatan
kecurian yang semakin berleluasa.

3.

Anda sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu dikehendaki menyediakan sebuah laporang
tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sepanjang Minggu Bahasa Melayu yang diadakan di
sekolah anda.

4.

Tulis sebuah catatan tentang aktiviti perkhemahan yang anda sertai baru-baru ini.

Anda mungkin juga menyukai