Anda di halaman 1dari 7

BAB 4 :PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

Setelah melihat kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam
kelas Cikgu Danial. Mari kita sama-sama cari jalan untuk mengatasi masalah
tersebut dengan memahami model-model yang terdapat dalam Pengurusan Bilik
Darjah.

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN

Model Modifikasi Tingkah Laku B.F.Skinner

Model Disiplin Asertif Lee Canter

Model Akibat Logikal Rudolf Dreikurs

Model Pengurusan Kelompok Jacob S. Kounin

Model Terapi Realiti William Glasser

Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner

Diasaskan oleh Burrhus Frederic Skinner ( 1904- 1990).


Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran
untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan negatif.
- pengeguhan positif: murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik
seperti tidak membuat bising ,melakukan kerja rumah dengan baik dan
menyiapkan tugasan rumah dengan baik akan diberikan ganjaran.
- peneguhan negatif : sebagai contoh, ketika guru sedang mengajar, murid leka
membaca komik di belakang. Oleh itu, sebagai tindakan atau peneguhan guru itu
akan merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali
menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
Menggunakan dendaan ke atas tingkah laku murid yang salah atau tidak diingini.

Peneguhan berkala.

Model Disiplin Asertif Canter

Diasaskan oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976.


Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan
murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah.
Hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan
hak guru adalah untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan
peraturan bilik darjah perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancer.
Pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif iaitu secara berkeyakinan
dan tegas.
Guru beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

Jenis-Jenis Guru Dalam Model Disiplin Asertif Canter

Guru yang agresif : lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak
ansur.
Guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan
mengelirukan.
Guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam
menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan
berlaku adil kepada semua murid

Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan


beserta tindakan pembetulan atau akibat yang akan dikenakan.

Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah


penerangan peraturan
cara pelaksanaan peraturan
semak kefahaman murid
maklumkan tentang ganjaran
penerangan tentang tindakan pembetulan
cara tindakan pembetulan dikenakan
semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid


bertindak dengan tenang
konsisten
berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

Murid bermasalah
perlu ditangani dengan berhemah
paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk
berinteraksi dengan murid

Model Akibat Logikal Dreikurs

Diasaskan oleh Rudolf Dreikurs (1897-1972)


Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam
bilik darjah.
Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan
disiplin bilik darjah.
Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan
disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

Motif-motif tingkah laku bermasalah:


mendapatkan perhatian
mencabar kuasa
membalas dendam
mempamerkan kekurangan
Cara komunikasi yang berkesan untuk guru menangani salah laku murid:

Sentiasa berkomunikasi perkara yang positif.


Menggalakkan peningkatan murid
Mengenal pasti kelemahan murid
belajar daripada kesilapan
percaya kebolehan murid
Galakkan murid semangat bekerjasama
Menunjukkan rasa bangga dengan pencapaian murid
optimis
beri galakan dan motivasi

Model Pengurusan Kelompok Kounin

Diasaskan oleh Jacob Kounin(1971).


Menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam
pengurusan bilik darjah.
Guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih
daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa.
kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan.
(overlapping)

Contoh: dalam gerak kerja berkumpulan, guru ini Berjaya mengawasi dan
berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun ketika itu dia sedang
mengajar satu kumpulan yang tertentu.
Kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tindakan guru
terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih
efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius.
Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang
baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkaraperkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
Fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan
pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh.
Momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia
melibatkan diri dalam aktiviti p&p
Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran
dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan
membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan
berkesan.

Model Terapi Realiti oleh William Glasser

Diasaskan oleh William Glasser


Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh
individu berasaskan pilihan yang dibuat.

- Pilihan yang dibuat oleh individu adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas


mereka.

Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat
daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam
bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi
keperluan asas mereka di sekolah.

Keperluan-keperluan asas termasuk:

- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
- Kurikulum yang berkualiti
- Kualiti pengajaran.
Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu
individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang
dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada
masa akan datang.
Kesan-kesan terapi realiti :
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid.Terapi realiti membantu murid mengenal
realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang
telah ditetapkan.

Membina bilik darjah yang berkualiti

tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan
hubungan baik
mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian

bina hubungan dengan guru murid.


peraturan kelas
elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah
atau mengancam murid apabila timbul sesuatu masalah
pengetahuan
kompentensi
kualiti
penilaian
kefahaman dan penggunaan

Anda mungkin juga menyukai