Anda di halaman 1dari 3

Panduan Menghadiri Temuduga SPA

Apa itu Temuduga


Temuduga merupakan satu sesi penilaian yang dijalankan oleh panel penemuduga untuk memilih
calon yang terbaik bagi tujuan lantikan ke sesuatu jawatan.
Aspek yang dilihat oleh Panel
Antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:

Sahsiah diri

Kelayakan

Pengetahuan am dan hal ehwal jabatan

Pengalaman kerja

Kebolehan memimpin

Bidang tugas jabatan

Kebolehan berkomunikasi dengan baik

Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi

Sebelum Temuduga:
Persiapan Minda

Buat rujukan dan kajian melalui laman web dan bahan-bahan rujukan mengenai jawatan
yang dipohon

Kemas kini pengetahuan mengenai Jabatan dan pengetahuan am semasa

Dapatkan khidmat nasihat dan panduan daripada keluarga, rakan dan mereka yang
berpengalaman serta berpengetahuan

Berkeyakinan dan tidak gemuruh

Buat latihan temuduga (mock interview) bersama keluarga dan rakan jika perlu

Dapatkan maklumat awal mengenai lokasi dan tempat temuduga

Anggap temuduga adalah satu proses biasa dan perlu dilalui oleh semua individu

Berdoa untuk kejayaan

Persiapan Fizikal

Kekemasan untuk lelaki:

Berambut pendek dan kemas

Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai

Baju berlengan panjang dan bewarna lembut. Contoh: Putih, biru muda, cream

Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai

Berkasut kulit seerta memakai stoking bewarna gelap

Memakai tanda nama

Kekemasan untuk wanita:

Berpakaian sopan serta tidak menjolok mata

Menggunakan make-up yang sesuai serta tidak berlebihan

Berkasut tutup penuh (court shoes)

Memakai tanda nama

Persiapan Dokumen
Pastikan dokumen-dokumen berikut dibawa, disusun dengan kemas dan teratur sebaik-baiknya
di dalam folder lut sinar (transparent).

Surat panggilan temuduga

Kad pengenalan

Sijil-sijil kelayakan akademik (SPM dan ke atas)

Siji;-sijil kemahiran

Sijil-Sijil kursus

Sijil atau surat penghargaan

Dokumen sokongan lain jika ada

Pada Hari Temuduga

Datang awal seeloknya sejam sebelum temuduga

Dapatkan nombor giliran temuduga

Duduk dengan tenang dan matikan telefon bimbit

Semasa Temuduga:

Beri salam kepada ahli panel temuduga

Guna panggilan yang betul kepada ahli panel. Contoh Dato', Datin, Tuan, Puan

Serahkan dokumen kepada panel temuduga dengan sopan dan tertib

Duduk selepas diarahkan

Dengar dengan teliti setiap soalan yang diajukan

Ucap terima kasih kepada panel apabila selesai

Anda mungkin juga menyukai