Anda di halaman 1dari 6

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

TAJUK 4

1.1

BUMI:

Kitaran Air, Sungai, Tasik dan Air bawah tanah

Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui fenomena kitaran air, sungai,
tasik dan air bawah tanah.

1.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1.3

i.

Menerangkan kitaran air berkaitan sumber air

ii.

Membuat inference hasil ujikaji

iii.

Membuat kajian keberkesanan aktiviti bagi memenuhi hasil pembelajaran PPIK.

iv.

Menulis rasional memilih aktiviti PPIK

v.

Membina strategi pentaksiran PPIK.


Kerangka Tajuk

Bumi

Kitaran
Air

Sungai

Tasek

35

Air
Bawah
Tanah

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Gambar Kitaran Hidrologi

4.3.1 Proses Kitaran Air (Hidrologi)


i. Proses mendatar
a. Larian air permukaan
Baki air hujan yang mengalir di atas permukaan tanah setelah ditolak dengan air yang
mengalami sejatan, pintasan, susupan, dan juga yang digunakan oleh tumbuhan dan
setelah semua liang pori tanah tepu dengan air dan hujan tidak lagi boleh meresap
sebaliknya menuju ke sungai, tasik,kolam dan laut.

b. Aliran air bawah tanah


Air bawah tanah mengalir perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air
mengalir kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepi mengalir
menuruni cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.
c. Alir Lintang atmosfera
Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang akan
berkumpul menjadi awan. Wap-wap air (awan) ini pula akan dialirkan secara melintang
oleh angin ke bahagian daratan atau sebaliknya dari daratan ke lautan. Bila sampai ke
tahap tepu akan turun sebagai kerpasan.

36

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

ii. Proses menegak

a.Sejatan
Proses penukaran bentuk air daripada cecair kepada wap air.Berlaku apabila
tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di atmosfera yang
belum sampai ke peringkat tepu. Memerlukan bekalan tekanan haba dari matahari yang
mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada daripada lautan, sungai, tasik,
kolam dll. Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatan : Sila rujuk unsur sejatan di tema
sistem atmosfera.
b.Sejatpeluhan(perpeluhan/ transpirasi)
Pemindahan wap air ke atmosfera melalui proses transiprasi dari tumbuhan dan
sejatan daripada tanah dan tumbuhan. Terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel
permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera
terutama pada waktu siang yang panas.
Faktor-faktor mempengaruhi proses sejatpeluhan
a) suhu permukaan tersejat
semakin tinggi suhu air permukaan tersejat semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana
partikel air akan mempunyai tenaga untuk bertukar ke wap air di atmosfera.
b) pengaruh angin
jika terdapat pengaliran udara yang baik, kadar sejatpeluhan akan tinggi kerana udara
yang bergerak akan membawa udara yang tepu keluar dengan ini memberi ruang untuk
proses sejatpeluhan yang seterusnya.
c) kandungan air
- air bersih akan mudah tersejat berbanding air masin. Jika kandungan air tanih banyak
mineral ia akan melemahkan proses sejatpeluhan.

37

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

d) litupan tumbuhan
semakin banyak litupan tumbuhan di sesuatu kawasan ia akan menggalakkan proses
transpirasi dan seterusnya sejat peluhan.

e) kandungan lembapan tanih


semakin tanah lembap semakin tinggi kadar sejatpeluhan kerana ketersediaan air
untuk disejat.

4.3.2 EDARAN AIR TANIH

Semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanih sebagai medium(bahan


antaranya) seperti aliran sub permukaan , susupan/infiltrasi(menegak), dan pergerakan
air secara mendatar(rembesan) dalam sistem akuifer.
KOMPONEN EDARAN AIR TANIH
i. Pergerakan Mendatar
a. Larian air permukaan

38

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

b. Aliran air bawah tanah


Aliran secara perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Air mengalir
kerana terdapat perbezan tekanan dan kecerunan. Air dari Zon tepu mengalir menuruni
cerun aras mata air hingga sampai ke sungai, tasik atau paya.

Gambar pergerakan air


ii. Pergerakan menegak:
a) Resapan/infiltrasi
iii. Keporosan
Keporosan ialah ruang rongga antara tanih
Faktor-faktor memepengaruhi keporosan tanih
a) susunan partikel tanah susunan partikel secara longgar akan menyebabkan
keporosan yang tinggi
b) komposisi partikel tanah jika batuan homogenius ( partikel yang sejenis)
keporosannya lebih tinggi . Berbanding batuan heterogenius ( partikel berlainan jenis)
kerana celahan saiz partikel yang besar boleh dipenuhi saiz partikel yang
kecil maka ini mengurangkan ruang rongga dalam tanah.
c) saiz partikel semakin besar partikel tanah semakin rendah keporosan sebab kurang
rekahan antara partikel.
d) Pemadatan tanah jika sesuatu tanah itu semakin padat keporosan semakin rendah
kerana ruang rongga telah dimampat.
e) Proses geomorfologi semakin sesuatu tanah terdedah kepada proses geomorfologi
seperti gerakan jisim akan meningkatkan keporosan tanah.
iv. Ketelapan.
Ketelapan ialah kebolehan air mengalir melalui ruang rongga tanah.
39

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

v. Akuifer(ground water)
Takungan air di lapisan batu tidak telap air setelah proses resapan berhenti.
vi. Simpanan air tanih
Simpanan air di permukaan bawah tanah dalam zon pengudaraan sebelum air diresap
ke lapisan akuifer dan digunakan oleh tumbuhan.

Latihan
Terangkan bagaimana manusia boleh mengganggu proses sejatpeluhan.
Terangkan proses kitaran air.

Layari Internet
.

Selesai bahagian ini.

Rehatlah dulu.

Rujukan
Lutgens, F. K. & Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of earth
science. 4th Edition, : Pearson Prentice Hall.

40

Anda mungkin juga menyukai