Anda di halaman 1dari 3

Minggu:

Tarikh:
Masa:
Tempat:
Topik:

1
24.6.2015
8-10
Pulako
Tali dan Ikatan
Jenis-jenis tali dan penjagaan tali
Cara membuat ikatan dan simpulan serta
kegunaannya.

TALI DAN IKATAN


PENGENALAN
Terdapat pelbagai jenis tali yang digunakan oleh manusia. Setiap tali mempunyai
fungsi dan kekuatan yang berbeza antara satu sama lain.

Jute rope
Manila rope/hand
Cotten rope
Polythlene rope
Nyelon rope
Polyster rope

JENIS TALI
1.

Tali fiber asli (natural fibre)

2.

Tali fiber tiruan (artificial fibre)

3.

Tali dawai (wire rope)

JENIS-JENIS TALI FIBRE ASLI

Tali belati - Kekuatanya sederhana dan harganya murah. Digunakan secara


meluas dalam kerja menyelamat.

Manila hemp - Diperbuat dari pokok hemp yang banyak di Filipina (Manila).
Harganya murah. Banyak digunakan di jeti-jeti pelabuhan.

Tali Sisal - Sejenis pokok yang kekuatanya sama dengan Manila hemp.
Kembang dan lian apabila basah serta tahan untuk kerja-kerja seharian atau
biasa.

Tali Jut - Diperbuat dari pokok jut (jerami) di India. Harganya murah dan
digunakan untuk kerja harian.

Tali sabut - Diperbuat dari sabut kelapa. Ringan, kurang kukuh dan mudah
terapung. Digunakan dalam perkhidmatan bomba.

Tali kapas - Bersifat elastik (memanjang dam memendek), lembut dan mudah
rosak sekiranya bengkok. Sapu minyak khas untuk elakkan cepat rosak.

JENIS-JENIS TALI FIBRE TIRUAN

Tali nilon (nylon)


Tali polister (polyester)
Tali kernmantle
Static
Dinamik

SEBAB-SEBAB KEROSAKAN TALI

Geseran atau diserat pada permukaan tanah atau pasir yang kasar
Reput atau telah mencapai jangka hayat penggunaan
Terkena bahan kimia (asid/alkali)
Berkulat/bercendawan
Dikenakan beban yang berlebihan
Salah guna
Disentap-sentap
Dikenakan beban secara mengejut

PENJAGAAN TALI
a.

b.

Tali harus diuji pada masa-masa :

Semasa baru dibeli

Sebelum digunakan

Selepas digunakan

Ujian berkala (ikut spesifikasi)

Selepas tali dibaiki

Jangka hayat tali bagi kerja-kerja biasa adalah 5 tahunselepas digunakan.


Bagi tali kernmatle 700 kali atau 100 jam penggunaannya secara intensif.

c.

Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekalisakala.

d.

Elakkan dari memotong tali kecuali terpaksa.

e.

Ikat dibahagian hujung supaya tidak terburai.

f.

Gunakan takal yang sesuai jika bekerja.

g.

Gunakan tali yang paling sesuai untuk sesuatu tugas dan jenis beban kerja.

h.

Selepas digunakan, tali hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat


yang kering dan selamat.

i.

Simpan tali di tempat kering pada suhu bilik.

j.

Kita tidak boleh membasuh tali.

k.

Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi
cepat reput dan tidak boleh digunakan.

l.

Elak dari terdedah kepada cahaya matahari yang terik secara langsung,
terkena bahan kimia dan sebagainya yang menjejaskan kekuatan tali.

m. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label panjangnya dan digantung di
tempat yang sesuai.

LANGKAH KESELAMATAN
SEMASA MEMBUAT IKATAN
a. Ikatan yang digunakan hendaklah ikatan yang kurang memberi
tekanan pada tali dan mudah untuk dibuka (manuk)
b. Semua ikatan hendaklah dimatikan dengan setengah belit
c. Gunakan ikatan sokongan dihadapan simpulan utama.
d. Gunakan ikatan pancang untuk menahan palang utama.
e. Lapik setiap palang yang hendak diikat.
SEBELUM DAN SELEPAS TALI DIIKAT (PEMERIKSAAN)
a.
b.
c.
d.
e.

Tentukan tali tidak terpotong atau terputus.


Tentukan tali tidak hangus
Tentukan urat-urat tali
Tentukan tali tidak berkulat.
Tentukan tali tidak haus dan tergeser.

Anda mungkin juga menyukai