Anda di halaman 1dari 8

Pentaksiran Autentik

Definisi
Pentaksiran

autentik

adalah

proses

yang

memerlukan

kanak-kanak

mendemontrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi


maklum balas atau hasilan dalam konteks dan realiti yang bermakna (Rudner &
Boston 1994).
Contoh-contoh Pentaksiran Autnetik
Persembahan tarian dan mempersembahkan karya tulis yang asli merupakan
salah satu contoh pentaksiran autentk. Mendemonstrasikan hasil karya semasa
pameran seperti pameran sains atau pertunjukkan seni juga adalah contoh
pentaksiran

autentik.

Contoh

pentaksiran

lain

ialah

keterampilan

yang

ditunjukkan dalam bentuk pengumpulan portfolio.


Kebaikan Kaedah Penilaian Autentik Kepada Murid
Kebaikannya ialah pemahaman akademik murid dapat diketengahkan dengan
baik. Murid dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada,
dunia dan masyarakat sekeliling mereka. penguasaan kompetensi murid dapat
dipertingkatkan. Malah, murid juga boleh menggunakan teknologi dan berfikiran
secara besistematik.

Ciri-ciri pentaksiran antentik


Pentaksiran ini dapat menilai pemahaman melalui tugasan yang dilaksanakan
serta berpusatkan murid-murid. .......................
Pentaksiran Performance Based
Definisi
Pentaksiran ini memerlukan murid menggunakan pengetahuan dengan bermakna
dan perlu mahir menggunakan pelbagai kemahiran sepent seperti penulisan,
penyelidikan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis.
Pentaksiran

ini

memberi

peluang

kepada

murid

untuk

melakukan

penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa sekiranya


inginkan kejayaan pada masa hadapan. Pentaksiran ini dapat merangsang murid

menggunakan kombinasi pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang wujud


dalam dunia sebenar.
Jenis-jenis Pentaksiran
Portfolio
Dari semasa ke semasa kaedah ini sering digunakan untuk menilai pencapaian
murid secara individu. Kaedah ini membolehkan penilaian dibuat secara
keseluruhannya.
Kaedah Pentaksiran Berpusat
Kaedah ini ialah murid perlu melakukan simulasi berdasakan situasi yang
sebenar. Murid perlu melibatkan diri menyelesaikan masalah apabila sesuatu
situasi diberikan.
Mengukur Berdasarkan Keupayaan
Kaedah ini dapat dinilai berdasarkan bahan penulisan, persembahan dan gerak kerja projek.
Pentaksiran dan Hasil Pembelajaran
Definisi
Proses mengumpul data yang menyatakan sama ada aktiviti atau pengalaman
yang dipelajari dan disediakan mampu memberi perubahan kepada individu yang
terlibat.
Tiga Kategori Kebaikan Pentaksiran Dan Hasil Pembelajaran
Kebaikan kepada Murid
Kebaikannya

ialah

murid

memahami

kehendak

hasil

pembelajaran

yang

diehendaki dan pentaksiran ini juga mengalakkan pembelajaran. Pentaksiran ini


meretas kurikulum dan ianya juga lebih konsisten dan telus. Bukan itu sahaja,
murid juga dapar menentukan perkara yang terbaik untuk memperolehi hasil
pembelajaran yang terbaik.
Kebaikan kepada Penilai
Penilai dapat menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai ataupun
tidak. Penilai juga dapat menyatakan keadaan murid dengan lebih mendalam.

Bukti kukuh bahawa sesuatu hasil pembelajaran telah berjaya juga dapat
dinyatakan.
Kebaikan kepada Sekolah
Pentaksiran

ini

dapat

membuktikan

bahawa

sekolah

tersebut

berusaha

memperkembangkan potensi murid. Maklumat yang tepat untuk rujukan akan


datang juga disediakan. Nilai akaunbiliti dalam usaha mengumpulkan maklumat
berkaitan perkembangan murid dapat diterapkan. Tindakan susulan juga dapat
dilaksanakan. .

Pentaksiran dan tindakan penambahbaikan


Pentaksiran dan motivasi
2.5

Pentaksiran dan Motivasi

Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri
individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah
laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi
dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah
pencapaian suatu tujuan.

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri


manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;

sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam

tindakannya sama ada secara negatif atau positif


Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan
Darjah Kesungguhan
Stimulator / semangat

Kategori motivasi
Motivasi terdapat tiga kategori iaitu motif primer, motif sekunder dan motif umum.
Motif Primer
Motid ini dibawa sejak lahir dan bukan hasil daripada proses pembelajaran dan lebih kepada
psikologi. Contoh moti ini ialah keinginan untuk makan dan minum.
Motif Umum
Motif ini dibawa sejak lahir dan bukan hasil daripada proses belajar. Motf ini tidak ada kaitan
dengan pertumbuhan tubuh manusia. Contohnya keperluan kasih sayang, perasaan ingin
tahu dan inginkan perhatian. ii.
Motif Sekunder
Motif wujud hasil daripada proses belajar. Contohnya inginkan pangkat, kuasa dan
berprestasi tinggi.
Pentaksiran aspek nilai dan sahsiah
Pentaksiran pembentukan watak
Pentaksiran berbantukan komputer
Pentaksiran kendiri
Pentaksiran ini merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri dan cara
dia menganggap tentang dirinya secara positif atau sebaliknya. Menerima
penilaian daripada orang lain juga tergolong dalam pentaksiran kendiri.

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep
kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi
persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan
tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik
terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang
pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar
sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan
dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi
seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang
dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

tanggapan diri seseorang individu

proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi,


peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya
dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku
perasaan dan fikiran.

Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri;

membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi


terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu
kemahiran atau disiplin ilmu;

memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan
perancangan bagi pembelajaran seterusnya;

memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai


perkembangan diri dan pencapaiannya;

mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan


kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran,
dan

membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Kaedah:

1.

Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan


menepati matlamatnya guru hendaklah
meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam

proses

pembelajaran
mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat
penilaian kendiri.

melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka


berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik

membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan


kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya;

2.

Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan

menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak
dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta

kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya.


Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.

Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya


sendiri itulah menjadi penilaian kendiri

Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai
minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka
dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif

Menghargai

Memuji orang lain

Puas hati dengan pencapaian

Murah hati

Mudah berkawan

Puas hati dengan dirinya

Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya

Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

Cenderung untuk merasa salah

Takut kepada kegagalan

Sering merasa bimbang

Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil

Pencapaian akademik yang rendah

Tidak gemar kerja mencabar

Kurang keyakinan pada diri sendiri

Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas

Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti

Anda mungkin juga menyukai