Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

OLEH: FANLY SOH SWEE FONG

Syukur kepada Tuhan, atas kesempatan waktu yang cukup untuk saya
menyiapkan tugasan Literasi Nombor ini dengan jayanya. Bermula pada cuti raya yang
lalu kami mula diberikan tugasn untuk menghasilkan satu rekaan poster yang
berdasarkan pada bahan tambahan dalam makanan. Bagi projek ini, kumpulan kami
telah memilih bahan tambahan makanan MSG Ajinamoto sebagai tajuk utama poster
kami. Pada awalnya, saya berasa agak risau dan bimbang semasa menghasilkan
poster ini kerana saya tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
menyampaikan maklumat melalui poster bergambar.
Walaupun tugasan ini agak mencabar bagi saya tetapi daripada kerja kursus ini
lah saya belajar banyak benda dan pengetahuan terutamanya berkaitan dengan teknik
memproses maklumat. Saya telah belajar untuk menyusun dan memilih maklumat dan
isi yang penting untuk dimuatkan dalam poster tersebut. Pengalaman ini telah mengajar
saya untuk memilih gambar-gambar yang boleh menyampaikan pesanan bahawa
penggunaan bahan tambahan dalam makanan yang berlebihan boleh memberikan
kesan yang buruk kepada kesihatan manusia. Ilmu ini sangat berguna bagi saya
sebagai guru pelatih yang akan mendidik anak murid pada masa hadapan.
Bukan itu sahaja, kami juga diberi tugas untuk mencari bungkusan kotak dan
menghasilkan satu lagi kotak yang berlainan bentuk. Melalui tugasan ini, saya dapat
mengaplikasikan teori konsep pengukuran dalam rekaan kotak kami. Kami telah
mengambil keputusan untuk membuat rekaan piramid sebagai penghasilan bungkusan
yang kedua. Saya menghadapi masalah dalam pengiraan isipadu dan luas permukaan
bagi piramid kerana kiraan

isipadu kurang tepat pada mulannya. Namun begitu,

masalah ini telah diselesaikan oleh ahli kumpulan saya yang lain untuk mengira semula
ukuran isipadu tersebut. Akhirnya, saya dapat menghasilkan bentangan piramid
mengikut isipadu yang sama dengan kotak Corn Flakes yang kami pilih. Ini telah
memberikan saya pengetahuan yang lebih mendalam bahawa ketepatan kiraan dan

potongan bentangan banyak mempengaruhi hasil kerja yang dibuat. Melalui tugasan ini
juga, ianya telah memupuk sikap yang positif dalam diri saya untuk membuat kerja yang
baik hasilnya serta kesabaran yang tinggi apabila berhadap dengan masalah semasa
menyiapkan projek.
Selain itu, kerja kursus Literasi Nombor juga merangkumi tugasan individu iaitu
membuat teselasi berasaskan bentuk geometri. Tugasan ini amat mencabar kekuatan
saya apabila saya berasa amat keliru dengan pilihan bentuk goemeteri yang perlu
digabungkan menjadi 2 bentuk berbeza. Dengan lakaran idea yang saya buat, saya
telah meminta pandangan dan pendapat rakan-rakan yang lain mengenai kesesuaian
bentuk yang dilukis. Pembinaan teselasi ini banyak mengembangkan proses pemikiran
yang kreatif dalam penjanaan idea baru dan pelbagai. Selain itu, ianya juga
memberikan pengetahuan kepada saya dalam mengenalpasti jenis bentuk yang boleh
dihasilkan secara berulang-ulang.
Sepanjang

melaksanakan

projek

ini

saya

berasa

sangat

gembira

dan

bersemangat kerana teringin untuk melihat hasil yang telah dicurahkan oleh pemikiran
sendiri terutamanya lukisan teselasi. Jadi, saya yakin bahawa pengetahuan yang sedia
ada ini dapat membantu saya dalam pengaplikasian semasa saya bergelar pendidik
pada masa hadapan. Saya berterima kasih kepada pensyarah yang telah banyak
membimbing dalam penerangan kriteria tugasan yang perlu dibuat. Selain itu, saya juga
berasa syukur dengan kerjasama ahli kumpulan saya yang bersikap terbuka dalam
perbincangan dan bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dengan
adanya kerjasama ini telah mendidik saya untuk terus komited dan belajar dari
pengalaman yang dilalui.

Anda mungkin juga menyukai