Anda di halaman 1dari 3

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN KHAS
Isu Perlaksanaan Pengajaran:
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atauguru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan
kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar
belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan
berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Kadangkala hal sedemikian tidak berlaku dalam Pendidikan Khas. Ada sebilangan guru
yang mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan murid. Mereka mengambil jalan
yang mudah dan mengajar dengan sambil lewa sahaja. Tidak ada persediaan dan
beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar kerana mereka pasti tidak
cemerlang seperti murid aliran perdana. Tidak perlu tetapkan target kerana mereka
sememangnya tidak ada pencapaian. Sikap beginlah menjadikan persepsi guru aliran
perdana dan pihak pentadbir semakin berat sebelah .
Terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas, dan ada juga
yang masuk tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Pengajaran tidak
berlaku biasanya guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli dan
difotostat untuk semua muridnya. Kemudian, murid akan diarah menyiapkan latihan
tersebut sementara guru membuka laptop dan melayari internet. Hal ini sememangnya
amat tidak patut dilakukan oleh guru walaupun mereka menganggap pengajaran akan
menjadi sia - sia kerana murid cepat lupa. Bagi guru yang prihatin, memang akan

digunakan latihan di dalam buku namun perlu mempunyai pengisian dan mengajar
dahulu murid berkaitan pengajaran tersebut. Betulah jika pihak pentadbir mengatakan
murid Pendidikan Khas setiap hari asyik mewarna.
Selain daripada itu, hasil kerja murid tidak dinilai dengan betul. Memberi tugasan
kepada hanya sebagai umpan untuk duduk diam sahaja. Murid tidak dibimbing dengan
baik dan seperti yang sepatutnya. Guru Pendidikan Khas sendiri memandang rendah
kepada kemampuan muridnya apatah lagi orang lain.
Isu seterunya berkaitan dengan pengawasan dan tanggungjawab guru selepas waktu
mengajar mereka. Walaupun bukan tugas guru biasa untuk mengawasi murid selepas
waktu mengajar, ia berbeza dengan pendidikan khas. Murid ini perlu diawasi setiap
masa namun bukan perlu memegangnya, cuma diperhati dan menegur sekiranya salah.
Namun, kebanyakan guru tidak menghiraukan perkara tersebut dan memandang
sebelah mata sahaja sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Selalunya
tugas ini akan ditolak terus kepada pembantu pengurusan murid dan guru pula duduk
rehat dan melayari internet ataupun berborak sesama sendiri. Berbeza pula bagi guru
yang prihatin,mereka akan mengiringi muridnya ke kantin dan mengawasi agar tidak
berlaku pergaduhan atau menganggu murid lain.

Cadangan Mengatasi:
Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di dalam kelas
pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran
mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu
proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid
dapat belajar dengan selesa dan kondusif.
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting
memantau dan memberi teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan
kesilapan. Mereka perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan
tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas.

Guru yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan


berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan
prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu menguasai dan menghayati
sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk

pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat


pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah
pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan
susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi. Guru yang berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif,
bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai
pendidik.
Juga dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses
pengajaran, mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai
dengan keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran
Tidak Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi membantu
mereka menyesuaikan diri dengan proses pengajaran.
Selain daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolahsekolah rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion
keguruan. Di samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel
atau seminar yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai
pemantapan dalam ilmu pengetahuan.
e g B } uru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek
personalti,minat,latar belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi
perguruan membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar
negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan
bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu
dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih
cemerlang dan berkualiti.

Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan
ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama
supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai