Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN TINDAKAN

MATEMATIK
MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENDARABAN NOMBOR
NEGATIF MENGGUNAKAN KAEDAH SAHABAT-BAIK DAN MUSUH-TAK
BAIK
Oleh
NURLATIFAH BTE MOHD ARISH
ASMIDAR BINTI AMRAN
MOHD AZUWAN BIN MAT RAYANI
SABK AL-HIDAYAH,
PARIT ABAS,
34350 KUALA KURAU,
PERAK.
JUN 2015
1.0 TAJUK KAJIAN
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan kaedah
sahabat-baik dan musuh-tak baik.
2.0 NAMA PENGKAJI
-Nurlatifah Bte Mohd Arish
-Asmidar Binti Amran
-Mohd Azuwan Bin Mat Rayani
3.0 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
SABK Al-Hidayah, Parit Abas, 34350 Kuala Kurau, Perak

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Semasa peperiksaan akhir tahun 2014, terdapat pelajar yang tidak dapat menguasaai konsep
asas nombor negatif. Hampir keseluruhan pelajar dari Tingkatan 2 Umar gagal menyatakan
tanda dengan tepat hasil dari daraban yang melibatkan nombor negatif.
Topik nombor negatif ini akan digunakan dalam topik lain semasa di Tingkatan Tiga seperti
ungkapan algebra dan soalan PT3 banyak berkaitan dengan nombor negatif . Apabila dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar sering tidak dapat menyatakan tanda yang tepat.
Pelajar hanya meneka dan tidak dapat menyatakan mengapa tanda tersebut bertukar.
Pelajar memberi ulasan, bahawa penyelesaian melibatkan nombor negatif amat sukar
dilaksanakan. Guru-guru juga memberikan respons yang serupa apabila mendapati pelajar
amat sukar menyelesaikan masalah melibatkan penggunaan nombor negatif. Pelajar sering
melakukan kesilapan yang serupa setiap kali melibatkan soalan melibatkan penggunaan
nombor negatif.
Topik ini dirasakan penting kerana pelajar akan menduduki peperiksaan PT3 pada 2015 dan
SPM 2017. Pentingnya mengaitkan keadaan persekitaran peajar itu sendiri dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingati formula,
dengan itu mengaitkan sesuatu formula dengan persekitaran mereka adalah lebih mudah.
5.0 FOKUS KAJIAN
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Umar dalam mata
pelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah pelajar yang tidak
dapat menguasai penggunaan nombor negatif dalam operasi darab. Kesilapan yang sering
dilakukan oleh pelajar adalah :a) Kesilapan dalam menyatakan tanda yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam operasi darab dan bahagi bagi nombor
negatif.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda yang betul
terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan nombor negatif. Tindakan susulan
selepas ini akan diteruskan demi kejayaan anak murid dan sekolah.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN


Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat mencapai
tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar terhadap
penggunaan nombor negatif akan dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambag
apabila menyelesaikan masalah melibatkan penggunaan nombor negatif.
i) Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan kaedah
sahabat-baik dan musuh-tak baik.
ii) Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru.
Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir.
Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban nombor negatif
Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang dijalankan.
Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan pembelajaran
matematik.
7.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 34 orang pelajar Tingkatan 3 Umar yang
keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tesebut akan disaring berdasarkan daripada
temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan serta daripada latihan yang lepas berkaitan
pendaraban nombor negatif. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang pelajar sahaja yang
terpilih.
8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
i. Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya
dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah
berdasarkan kepada beberapa cara :a) Hasil dapatan dan pemerhatian daripada jawapan pelajar semasa peperiksaan akhir tahun
2014. Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masalah yang mereka hadapi semasa

menjawab soalan peperiksaan dan juga PdP. Temuramah antara guru dan pelajar serta guru
mata pelajaran yang lain juga dilakukan.
b) Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengenalpasti masaalah yang dihadapi
oleh mereka.
c) Buku latihan dan buku nota dilihat untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar.
ii. Program Sahabat-Baik Musuh-Tak Baik.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah Sahabat-Baik Musuh-Tak Baik.
b) Memadankan gambar yang serupa atau tanda yang sama bagi setiap gambarajah yang
dipaparkan. Padanan yang serupa bermakna Sahabat (positif). Terdapat juga gambarajah yang
tidak mempunyai padanan, maka untuk itu bermakna Musuh (negatif).
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian dan dalam konteks
Pengajian Islam.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah yang telah
digunakan.
9.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Bil
1.

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat awal.

Tarikh Perlaksanaan
20 Apr 2015

2.

Menulis proposal kajian

20 Mei 2015

3.

Merancang tindakan

4 Jun 2015

4.

Melaksanakan aktiviti 1

15 Jun 2015

5.

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1.

15 Jun 2015

6.
7.
8.

Rekod ujian untuk mengesan pencapaian pelajar


Refleksi kajian
Menulis laporan kajian

24 Jun 2015
26 Jun 2015
29 Jun 2015

10.0 JUMLAH PERUNTUKAN


Bil

Jenis Alatan / Bahan

Jumlah Kos

1.

Kertas A4

(1 Rim X RM 9.00) RM 9.00

Kad Manila

(4 X RM 0.50) RM 2.00

3.

Marker Pen

(2 X RM 2.00) RM 6.00

4.

Dakwat Pencetak

RM 90.00

5.

Photostat Bahan & Laporan Kajian

RM 15.00

6.

Buku Catatan Guru

RM 3.00

7.

JUMLAH

RM 125.00

Anda mungkin juga menyukai