Anda di halaman 1dari 43

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Tajuk
1

Kandungan
Pengenalan kepada asas Seni Reka
Unsur Seni

Jam
5 Jam

Garisan
Rupa
Bentuk
Jalinan
Ruang
Warna

Pengenalan Kepada Asas Seni Reka


Prinsip-Prinsip Rekaan

Harmoni
Kontra
Penegasan
Imbangan
Pergerakan
Kepelbagaian
Kesatuan

Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual


Sekolah Rendah

Melukis dan Membuat


Gambar
Membuat Rekaan dan Corak
Membentuk dan Membuat
Binaan
Mengenal Kraf Tradisional

Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik

Konsep muzik

Irama
Harmoni
Melodi
Ekspresi
Bentuk
Warna ton
Jalinan

5 Jam

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas


melalui aktiviti
Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik

Kemahiran muzikal nyanyian

Kemahiran muzikal muzik dengan


gerakan

Kemahiran muzikal permainan alat muzik

Pengenalan kepada kepentingan muzik


sekolah rendah

Membina nilai nilai murni di kalangan


pelajar

Pengenalan kepada konsep pergerakan

5 Jam

1. Pendekatan kepada asas pergerakan


2. Pergerakan Asas
3. Kemahiran Lokomotor Beritma
Sekata

Berjalan
Berlari
Skip
Galop

4. Kemahiran bukan lokomotor

Membongkok
Meregang
Mengilas
Memusing
Menolak
Menarik
Hayun
Berbuai-buai
JUMLAH

15 jam

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN


KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS
Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan
kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses
pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar, membantu guru-guru atau
peserta kursus mengetahui dan memahami latar belakang Seni Dalam
Pendidikan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Mata Pelajaran ini menjurus ke arah pengetahuan asas tentang Seni
Visual,Seni Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga aspek ini
akan mengembangkan proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak
yang menyeronokan.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Memahami dan menghuraikan konsep, latar belakang, matlamat
dan objektif Seni Dalam Pendidikan.
2. Membuat hubungkait teori konstruktivisme dengan Seni Dalam
Pendidikan serta membanding beza pendapat beberapa tokoh-tokoh
pendidik .
3. Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam aktiviti penerokaan.

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

KERANGKA TAJUK

SENI VISUAL

PENGENALAN KEPADA
KONSEP ASAS SENI
VISUAL

PENGENALAN KEPADA
ASAS SENI REKA

PENGENALAN KEPADA
BIDANG SENI VISUAL
SEKOLAH RENDAH

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA
PENGETAHUAN ASAS
SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA
KEMAHIRAN MUZIK
ASAS MELALUI AKTIVITI

PENGENALAN KEPADA
KEPENTINGAN MUZIK
SEKOLAH RENDAH

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA
KONSEP PERGERAKAN

TAJUK 1

1.

PENDEDAHAN KEPADA
KEMAHIRAN ASAS
PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA
ASAS PERGERAKAN DI
SEKOLAH RENDAH

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN


KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL

SENI VISUAL
1.1

Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual


Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni
tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan
estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional
dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat
bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak,
membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid
diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih
luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui
kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami
mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan
bangsa.

HASIL PEMBELAJARAN

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.

Membuat huraian tentang Asas Seni Reka serta mengenali


bidang- bidang kegiatan Seni Visual.

2.

Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan


terarah kendiri untuk kecemerlangan diri yang berterusan.

1.2 Pengenalan kepada asas Seni Reka


Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam Asas
Seni Reka.
1.2.1 Unsur Seni
Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang
penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual:
1.2.1.1

Garisan

i.

Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan


mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai
jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton,
corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang
dan gerakan dalam seni visual.

ii.

Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis,


berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan
lain-lain lagi. Garisan merupakan cantuman satu siri
titik

iii.

Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja


melukis dan menggambar

iv.

Melalui garisan kita boleh menulis, melakar,


membuat jalinan gambar, membuat rupa dan
membentuk.

v.

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik


seperti;
6

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Teknik koyakan,Teknik tampalan ,


Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan
Teknik capan

Rajah 1 : Garisan
1.2.1.2

Rupa
Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan
mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang
berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak
berjisim). Merupakan pertemuan antara penghujung
garisan dan permulaannya.
Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat
leper atau mendatar.
Rupa terbahagi dua:
i.

Rupa organik mempunyai garisan luaran


yang berbagai, tidak menentu
dan bersifat dominan. Sebahagian besar
objek di dunia ini mempunyai
rupa jenis ini.

ii.

Rupa geometri yang terikat dengan bentuk


yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun,
kubus, selinder, empat segi bujur, piramid
dan beberapa contoh yang lain.Secara
lumrahnya, rupa geometri dihasilkan
berbantukan alat geometri.

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 2: Rupa

1.2.1.3

Bentuk
Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat
dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan
kraf tradisi.
Bentuk terdiri dari dua jenis;
i.

Bentuk ilusi (maya)


Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan,
cetakan, foto, illustrasi dan lukisan . Bentuk
ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan
apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam
bentuk dua dimensi.

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 3: Bentuk Ilusi

ii.

Bentuk konkrit
Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud,
berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton,

warna,
jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian,
bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

1.2.1.4

Jalinan
Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan
sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan
ekspresi sesuatu objek kepada kita. Terdapat pada
sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat
dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau
dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara
semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari
ciptaan Yang Maha Kuasa.
Jalinan terbahagi dua jenis:
i.

Jalinan tampak
Jalinan dapat dilihat pada satah gambar
yang bersifat dua dimensi. Ia terdir
daripada gambar, slaid, billboard, paparan
jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia dalam
bentuk gambar, kita tidak dapat merasa
jalianan secara sentuhan.

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 4: Jalinan Tampak

ii.

Jalinan sentuh
Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana
ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia
terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit
kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

Rajah
5: Jalinan
Sentuh

1.2.1.5

Ruang

Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau


kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara
dua objek
Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di
sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan
antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi
di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar,
ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan,
jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan
kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

10

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 6: Ruang
1.2.1.6

Warna
Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada
sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga
kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder
dan warna tertier.
Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning;
dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan
warna tertier
Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau,
jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada
campuran dua warna asas.
Sementara itu, warna tertier terhasil daripada
percampuran warna asas dan sekunder.

11

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 7 : Roda Warna

1.3

Pengenalan Kepada Asas Seni Reka


Prinsip-Prinsip Rekaan
1.3.1 Harmoni
Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya
susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau
gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni
adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan,
objek atau imej. Gabungan ini akan menimbulkan keadaan
yang selesa, aman dan tenang.

12

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 8: Harmoni

1.3.2 Kontra
Keadaan ini berlaku apabila salah satu daripada unsurunsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara
satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan
yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait
rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra
semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan dengan
rupa, garisan, bentuk dan warna.

Rajah 9 : Kontra
1.3.3 Penegasan
Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan
kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya
penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan
menjadikan gubahan lebih menarik. Penegasan diwujudkan
untuk menimbulkan kesan kelainan.

13

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 10 : Penegasan
1.3.4 Imbangan
Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat
dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama
gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu
imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah.
Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam
sesuatu hasil karya.

Rajah 11 : Imbangan
1.3.5 Pergerakan
Wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,
bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan
sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa,
rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.
Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan
ruang.

14

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 12 : Pergerakan
1.3.6 Kepelbagaian
Merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai
dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur
seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan
mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 13: Kepelbagaian


1.3.7 Kesatuan
Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni
secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema
atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas,
teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan
keseragaman atau kesatuan.

15

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 14 : Kesatuan

1.4

Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah


Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat
bidang:
1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap
aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media
dan teknik dengan menekankan aspek
ruang,struktur,imbangan dan komposisi. Penguasaan
gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada
kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan.
Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah
rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan
dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang
dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti
menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai
alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara
ekspresinya yang tersendiri, membantu perkembangan
pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari
segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

16

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 15: Kolaj

1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid
memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana
hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan
cara.
Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif
yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak
boleh didapati daripada:
i.

Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu,


serangga
dan haiwan

ii.

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan


gunting

iii. Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat


iv. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan
keris
1.4.2.1 Jenis Susunan Corak
17

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.
xv.
xvi.
xvii.
xviii.
1.4.2.2

Penuh
Turun satu suku
Turun tiga suku
Turun separa
Sisik ikan
Selang seli
Tampak dam dan tampak catur
Siku keluang
Pucuk rebung
Orgee
Batu bata
Tunggal
Berpusat
Sendeng
Berombak
Jidar
Berjalut
Cerminan
Teknik Corak
i. Corak terancang
- Lukisan
- Catan
- Cetakan
- Capan
- Lipatan dan Guntingan
- Resis
- Kolaj
- Kaligrafi

Rajah 16: Resis

18

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

ii. Corak tidak terancang


-

Titisan
Renjisan
Ikatan dan celupan
Tiupan
Pualaman
Lipatan
Tarikan

Rajah 17: Pualaman

19

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 18: Ikat dan Celup

1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan


Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap
aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami
dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai
bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan.

1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di


sekolah rendah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

Arca timbul
Arca asemblaj
Arca bergerak
Arca stabil
Model
Diorama
Boneka
Topeng
Origami

Rajah 19: Topeng


20

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.4.3.2 Tema dan Subjek


i.
ii.

Alam semulajadi
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi
si pelukis
iii. Aliran dan tema sejagat
iv. Keperluan dan pengalaman harian

1.4.4 Mengenal Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau
kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja
tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang
diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing.
1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

Alat domestik
Alat permainan
Alat mempertahankan diri
Alat Perhiasan Diri
Batik
Seni tekat
Tembikar
Anyaman
Tenunan

21

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 20 : Batik Tulis

Rajah 21: Anyaman

Rajah 22:
Seni Tekat

22

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 23 : Gasing

Rajah 24 : Tembikar

Rajah 25:
Tenunan
RUMUSAN
Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang perlu dipelajari oleh murid
semasa di dalam alam persekolahan. Ia merupakan matapelajaran yang dapat
memberi peluang kepada murid mengembangkan bakat dan minat secara
bersistem. Pengetahuan yang diperolehi merupakan ilmu dalam bidang seni
dan kreatif. Kandungan topik ini menjadi pengetahuan asas Seni Visual dan
juga menjadi bahan penting yang boleh diserap dan diterapkan dalam mata
pelajaran lain pada masa sesi pengajaran dan pembelajaran.

GLOSARI
Mobail

Arca yang digantung, boleh bergerak dan apabila


bersentuhan ada kalanya menghasilkan bunyi.

23

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Montaj

Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang


membentuk satu cerita.

Resis

Satu teknik kalis air

Asemblaj

Arca gabungan pelbagai bahan dan jenis

Latihan 1
1.

Dengan menggunakan contoh-contoh hasil karya yang berkaitan


jelaskan bagaimana prinsip-prinsip rekaan dapat diaplikasikan.

Latihan 2
1.

Terangkan dan klasifikasikan jenis-jenis rupa, untuk penerangan yang


lebih jelas kemukakan contoh-contoh karya.

RUJUKAN
Kathleen Chee. ( 1999 ). Pendidikan Seni, Bangi: Penerbitan Pelangi.
Rahmat Salihon ( 2003 ). Pendidikan seni visual tingkatan 1, Fajar Bakti,
Selangor Darul Ekhsan.
Raja Baharudin ( 1999 ).Kursus amali pendidikan seni PMR, Selangor Darul
Ekhsan: Pan Asia Publications, Bhd.

24

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 2

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN


KEMAHIRAN ASAS SENI MUZIK

2. SENI MUZIK
SINOPSIS
Topik ini memberi peluang kepada guru-guru menambah
pengetahuan asas dalam bidang seni muzik yang merangkumi
pengenalan asas muzik, kamahiran muzikal dan apresiasi muzik.
25

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN

1.

Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas

2.

Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan


kepercayaan

3.1

Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik


KONSEP MUZIK
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan
mempunyai kualiti tersendiri. Susunan muzik yang betul dan
teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah:

I.

IRAMA

CORAK
IRAMA

IRAMA

RENTAK

DETIK

TEMPOH

Rajah 1 : Irama
26

METER

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza


akan
menghasilkan irama

II.

HARMONI

HARMON
I

PERGERAKA
N KOD

ARPEGGIO
TRIAD

Rajah 2 : Harmoni

Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan


serentak. Not ini bila digabung menjadi Kod sebagai
mengiringi lagu.

III.

MELODI

MELOD
I

PIC
SKEL
JEDA
SOLFA

RANGKAIAN
LAGU

27

KONTO
R

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 3 : Melodi
Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan
tinggi. Contohnya: lagu Rasa Sayang

IV.

EKSPRESI

EKSPRESI

DINAMIKS

ISTILAH

TANDA
ISYARAT

Rajah 4: Ekspresi
Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu
persembahan samada vocal atau instrumental. Ciri
muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.
V.

BENTUK
Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua
bahagian iaitu bentuk AB.
Misalnya:
susunan: Bentuk dua bahagian
Tiga bahagian
Rondo
Strofik
Bentuk tradisional

VI.

WARNA TON
Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu
28

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

muzik
Contoh:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Suara menjerit dan berbisik


Suara kanak-kanak dan orang dewasa
Ketukan batu dan kayu
Bunyi salakan anjing dengan ngauman
harimau
Bunyi burung hantu dan bunyi katak
Bunyi seruling dan drum
Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan


perkataan seperti lembut, kasar, garau, nyaring, berat dan
ringan. Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes.
Manakala suara perempuan mempunyai suara soprano
dan alto. Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara yang
menjadikan pendengaran menarik. Dalam orchestra
pula,gabungan pelbagai alatan muzik yang berbeza
menghasilkan ton warna indah dan menarik pendengaran.
VII.

JALINAN
Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa
mengadun bunyi agar jadi menarik dan digemari.

2.2

Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti


Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik
secara solo dan ensembel, kita harus menjalankan aktiviti
bermain alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar
menikmati dan menilai persembahan muzik.
2.2.1 Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik
3.2.1.1 Kemahiran muzikal nyanyian
i. Membina teknik menyanyi dengan mengikut
Postur
Pernafasan
Sebutan
Artikulasi
29

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Ekspresi
Penghasilan ton
Rangkaian

ii. Membina kemahiran menyanyi


Kemahiran secara individu
- Menyanyi berbagai lagu secara
individu
- Menyanyikan skel: jeda, arpeggio
menaik dan menurun
- Menyanyi semula keratan lagu yang
didengar
- Menyanyi serta merta ikut skor muzik

3.2.1.2

Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

3.2.1.3

Kemahiran Ensembel
- Menyanyi dalam ensembel vokal
senada
- Menyanyi dalam ensembel vokal
berharmoni
- Mendengar dengan teliti dan selektif

Bergembira bergerak ikut muzik


Melibatkan diri secara aktif
Mendengar dengan teliti
Melahirkan ekspresi diri dengan gerakan
Faham konsep muzik dengan gerakan
Mengaitkan dengan budaya dalam
pergerakan muzik
Memupuk keyakinan diri disiplin dan estetik

Kemahiran muzikal permainan alat muzik


i.
ii.

Bergembira bermain muzik


Penglibatan secara akrif
30

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
3.3

Mendengar dengan teliti


Bermain alat muzik secara muzikal dan
terkawal
Memahami dan mengaplikasi konsep muzik
dan alat permainan
Mengenali alat tradisional
Memperbaiki dengan meneroka konsep
muzik menerusi alat permainan
Memupuk yakin diri, disiplin dan estetika

Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah


3.3.1 Membina nilai nilai murni di kalangan pelajar

Membentuk disiplin
Membentuk sifat bekerjasama
Sifat bertolak ansur
Memberi rangsangan
Memberi kegembiraan
Merentas kurikulum
Emosi
Memupuk keyakinan diri

RUMUSAN
Tajuk ini membantu memberi pengetahuan asas dalam muzik. Ia juga
merangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di
Malaysia. Dalam tajuk ini juga memberi penekanan tentang konsep muzik yang
hendak disampaikan, tajuk ini juga memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti
yang selalu dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menerangkan
tiga komponen bidang penting yang diberi tumpuan di dalam mengajar
pendidikan muzik termasuklah bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan
memainkan alat-alat muzik. Beberapa pendekatan muzik seperti Carl Orff,
Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon dapat membantu guru muzik
melaksanakan interaksi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
GLOSARI

31

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Komposisi

- Kebolehan mengubah lagu

Kemahiran ensemble

- Kemahiran bermain alat muzik secara kumpulan


dengan pelbagai alat muzik.

Polifoni

- Apabila satu atau dua melodi dibunyikan berterusan


dengan menggunakan alat iringan.

Homofoni

- Apabila melodi diiringi oleh alat muzikal yang


berharmoni yang mempunyai kod seperti gitar, organ,
piano ddan alat-alat lain.

Monofoni

- Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu


tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu
bunyi sahaja.

LATIHAN 1
1. Nyatakan 2 unsur-unsur pergerakan yang diberi keutamaan dalam
pengajaran dan pembelajaran muzik dengan pergerakan.
2. Bincangkan 2 jenis kegiatan muzik dengan pergerakan untuk pelajar
sekolah rendah.

LATIHAN 2
1. Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidang
permainan alat muzik kepada pelajar tahun 2.
Nyatakan langkah-langkah yang anda akan ambil dalam penyampaian
konsep tersebut.

RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan
Muzik Sekolah Rendah ( Semakan ). Kuala lumpur: PPK.
Loh, P. K. (1991). A Handbook of muzic theory. Kuala Lumpur: Penerbitan
32

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Muzikal
Taylor.E. (1989). The AB guide to muzic theory, Part 1. Great Britain:
Associated Board.

TAJUK 3

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN


KEMAHIRAN ASAS SENI PERGERAKAN

3. SENI PERGERAKAN
SINOPSIS
Topik ini merangkumi pengetahuan asas dalam pergerakan; bidangbidang pergerakan serta alatan dan keselamatan; pergerakan asas
pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan apresiasi pergerakan.

33

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas.
2. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan
kepercayaan.
3.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

Rajah 1: Kerangka Konsep


3.1 Pendekatan kepada asas pergerakan
Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang
menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar
dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan
kepada model holistik perkembangan kanak - kanak
bertujuan;
i.
ii.
iii.

Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor


dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif
dan kestabilan saraf otot.
Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan
dan sikap.
Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui
34

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

pengalaman - pengalaman pergerakan terarah.


3.3.

Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah rendah


3.3.1 Pergerakan Asas
Proses yang memandu pelajar untuk memperoleh
kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik
menyelesaikan masalah.
Mengimprovisasi dengan menekankan kebebasan
ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penemuan,penerokaan dan kreativiti.
3.3.2

Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata


3.3.2.1

Berjalan
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Postur badan & kepala tegak


Kedudukan kaki
Pemindahan berat badan
Pergelangan kaki, lutut & pinggul
bengkok.
Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:
i.
ii.

Berjalan bebas menggunakan ruang


Berjalan dan berhenti bila isyarat
diberi.
iii. Berjalan dengan kelajuan berbeza.
iv. Berjalan mengikut arah yang
berlainan.
v. Berjalan dengan langkah kecil & besar
vi. Berjalan dengan keadaan relak
vii. Berjalan dengan membentuk badan
Menjadi gemuk dan kurus.
viii. Berjalan di atas jari-jari kaki.

35

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.3.2.2

Berlari
1.
2.
3.
4.

Kedudukan kaki
Kedudukan badan
Kedudukan lutut
Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:
i.
ii.

Berlari bebas
Berlari bebas & berhenti apabila
isyarat diberikan
Berlari setempat
Berlari cepat & lambat
Berlari dengan langkah pendek &
panjang
Berlari ke hadapan & kebelakang
Berlari lurus, berbelok-belok & dalan
bulatan
Berlari dalam arah yang berlainan
Berjalan & berhenti, berlari & berhenti
Membuat perbandingan dua
pengalaman.
Bincang mengapa senang berhenti
apabila bergerak lambat
Memperkenalkan konsep momentem
ke hadapan
Memaklumkan keperluan untuk
memindah pusat graviti dari hadapan
ke belakang

iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.
xiii.

3.3.2.3

Skip
Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu
berjalan dan hop
1.

Pergerakan kaki
Melangkah & hop:
Satu langkah ke kanan di ikuti dengan
hop kaki yang sama dan kaki kiri
melangkah di ikuti dengan
hop kaki yang sama. Masa melangkah
adalah lebih panjang daripada masa
hop menyebabkan pergerakan
beritma tidak sekata.
36

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

2.

Hayunan tangan :
Tangan dihayun ke hadapan dan ke
atas. Tangan bertentangan dengan
kaki hadapan dihayun. Hayunan
tangan yang bertentangan ini
memenuhi dua fungsi iaitu memberi
imbangan dan momentum
semasa dalam fasa hop.

3.

Berat badan dan pusat graviti


Berat badan sentiasa di bebola kaki di
sepanjang pergerakan. Pusat graviti
berubah ke hadapan melepasi jari-jari
kaki apabila skip ke hadapan
manakala apabila skip ke belakang,
pusat graviti berpindah ke belakang
melepasi tumit.
Aktiviti-aktiviti:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

3.3.2.4

Skip bebas
Skip ke hadapan
Skip ke belakang
Skip mengelilingi objek
Skip ke dalam dan ke luar
gelung rotan
Skip berbelok-belok dalam
bulat

Galop
Pergerakan kaki dan pemindahan berat
badan satu kaki bergerak ke hadapan dan
berat badan dipindahkan kepadanya. Kaki
belakang digerakan ke hadapan di belakang
tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan
pantas kedua-dua kaki diangkat di hadapan
dan berat badan diletak pada kaki belakang.
Kaki hadapan sentiasa dihadapan.
1. Pusat graviti

37

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Ia bergerak ke hadapan apabila galop ke


hadapan
2. Menolak dan mendarat
a) Menolak dengan bebola kaki belakang
dan mendarat dengan kaki hadapan
b) Lutut dan pergelangan kaki sentiasa
dibengkokkan semasa pergerakan
dilakukan
Aktiviti-aktiviti:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

3.3.3

Galop secara bebas


Galop lurus, bebelok-belok dan
dalam bulatan
Galop melepasi objek-objek
seperti kon dan pundi kacang
Berkumpul dan galop dalam
bulatan, ikut arah pusingan jam
dan lawan jam
Berpasangan, seorang galop
mengejar pasangannya
Berpasangan, galop bersama
dan ikut rentak yang sama

KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR


3.3.3.1 Membongkok
i. Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian
rapat antara satu sama lain
ii. Bahagian badan yang boleh dibengkokkan
bergantung kepada struktur sendi terlipat
iii. Sendi engsel membenarkan badan
dibongkokkan kehadapan dan kebelakang
sahaja
iv. Sendi bola dan soket pula, membenarkan
badan dibongkokkan kehadapan,
kebelakangan, ke kiri dan dalam bulatan
38

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.3.3.2 Meregang
i. Membongkok dan meregang bahagian-bahgian
badan bermula dengan bahagian kecil badan
seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan
kaki kepada bahagian besar badan seperti kaki,
lengan, kepala dan belakang
ii. Membongkok dan meregang bahagian badan
dengan menggunakan bahagian yang berlainan
untuk dijadikan dasar menyokong
3.3.3.3 Mengilas
i.
ii.
iii.

Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi


panjang tanpa menggerakkan dasar
menyokong
Berlaku dalam arah bulatan sahaja
Sendi menentukan bahagian badan yang boleh
dikilas

3.3.3.4 Memusing
i.
ii.

Mengilas bahagian badan yang berlainan


seperti kaki, lengan, badan dan leher.
Membentuk dengan mengilas dan
menggunakan bahagian badan berlainan
sebagai dasar menyokong

3.3.3.5 Menolak
i.
ii.
iii.

Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa


rintangan
Menolak menjauhkan objek dari badan atau
menjauhkan badan dari objek
Pergerakan dilakukan dengan menggunakan
tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan
pinggul

3.3.3.6 Menarik

39

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

i.
ii.
iii.

Menggerakkan atau merapatkan objek kepada


badan
Menolak dalam ruang dengan menggunakan
bahagian badan yang berlainan
Menolak objek seperti pundi saga dan bola
menggunakan bahagian badan yang berlainan
seperti tangan, siku dan kaki

3.3.3.7 Hayun
Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan
mengelilingi bulatan satu titik tengah yang tetap
3.3.3.8 Berbuai-buai
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau


menyilang badan di dada
Hayun kaki ke hadapan, belakang, atau ke sisi,
menyilang kaki lain
Hayun dengan bergayut pada palang
Berbuai dengan berdiri tegak dan
mengerakkan badan ke sisi, ke kiri, dan ke
kanan
Dua tangan ke hadapan, bengkokkan siku,
berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke
kiri dan ke kanan

RUMUSAN
Tajuk ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas pergerakan
merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif.
Penekanan banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikanya, potensi
sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai
pemangkin kemahiran dan tabii social yang murni. Pendidikan pergerakan
dalam konteks persekolahan mempunyai matlamat untuk menyediakan
pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk berjaya
dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

40

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

GLOSARI
Lokomotor

- Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti


melompat, berjalan, berlari da sebagainya.

Bukan Lokomotor

- Kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil seperti


mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun
tangan dan sebagainya.

Artistik

- Dilakukan dengan perasaan seni dan mengandungi mutu


seni serta keindahan

Kreatif

- Berkupayaan mencipta atau menghasilkan sesuatu serta


berkebolehan menghasilkan sesuatu dengan
memperhitung aspek-aspek perasaan seperti yang
terdapat dalam hasilan lukisan, muzik dan pergerakan.

Kreativiti

- Kebolehan dan berkemahiran melakukan atau


menciptakan bakat semulajadi yang asli.

Kinestetik

- Pergerakan yang dihasilkan oleh pergerakan anggota


badan.

LATIHAN 1
1. Terdapat pelbagai jenis pendidikan pergerakan antaranya ialah
pendidikan gimnastik
I.
II.
III.

Senaraikan jenis-jenis pendidikan gimnastik


Senaraikan jenis-jenis gimnastik berirama
Bagaimanakah untuk menjayakan sesi gimnastik berirama.

LATIHAN 2

41

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1. Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu


diperkembangkan oleh pelajar untuk pembinaan kordinasi motor.
LATIHAN 3
1. Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui

Rujukan Asas
Isbell, R. & Raines, S. (2002 ).Creativity and the arts with young children. NY:
Thomson Delmer Learning
Mayeskey, M. (2003 ). How to foster creativity in all children. NY: Thomson
Delmer Learning.
Pica, R. ( 2000 ). Experiences in movement with music, activities & theory. NY:
Thomsen Delmer Learning.

Rujukan Tambahan
Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. ( 1991 ). Integrating music into the
classroom. Belmont, California: Wadswort Publishing Co.
Buschner, C.A. (1994 ). Teaching children movement concept and skill. IL:
America Master Teacher Programme.
Dauer, V.P. & Pangrazi, R.P. ( 1998 ). Dynamic pysical education for
elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company.

42

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Fogarty, R. (1991). Integrete the curricula. IIIinois: IRI/ Skylight Publshing Ins.
Gardner, H. ( 1982 ). Art, mind, and brain : a cognitive approach to Creativity.
NY: Basic Books Inc.
Lowenfeld, V. And Brittain, W.L. ( 1986 ). Creative and mental growth,
NY.Macmillan.
Menon, N. ( 2005 ). Permainan, lagu & puisi. Bentong, Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Salmah, Ayub ( 1998 ). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise
Sdn. Bhd.

43

Anda mungkin juga menyukai