Anda di halaman 1dari 3

Refleksiakan

Saya

Kumaressan

Sargunan,

pelajar

PPISMP

P1

Bimbingan

dan

Kaunseling. Tiada perkataan yang lain yang dapat saya luahkan sebaik sahaja
saya berjaya menyiapkan tugasan ini selain rasa syukur kepada tuhan kerana
diberi kesempatan masa dan kebaikan kesihatan pada sepanjang saya
menyempurnakan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan
kepada pensyarah saya iaitu En.Zulkafly Bin Mohd Noor di atas penerangan dan
maklumat berkaitan kerja kursus Pengantar Bahasa Melayu ini. Tidak terkecuali
anggota keluarga dan rakan-rakan yang menjadi motivasi saya untuk
melengkapkan kerja kursus ini.
Dalam kerja kursus ini, saya dikehendaki menulis sebuah esei yang tidak
kurang

daripada

2500

patah

perkataan.

Tajuk esei

ini

ialah

sejarah

perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia. Untuk melaksanakan tugasan ini


dengan sempurna saya mengunjungi pusat sumber IPGKPP untuk mendapat
bahan rujukan supaya melaksanakan kerja kursus ini. Saya juga melayari
internet untuk mengumpul bahan bacaan tentang perkembangan Bahasa
Melayu. Melalui kerja kursus ini, saya telah menambah ilmu pengetahuan
tentang Bahasa Melayu secara lebih dalam. Saya juga dapat kenal tentang
bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan juga bahasa Melayu Moden
melalui melaksanakan kerja kursus ini.
Selain itu, tugasan kedua saya dalam kerja kursus ini ialah tugasan yang
berpasangan.

Saya

dengan

rakan

sekumpulan

saya,

Aiswarya

telah

membincang tajuk tugasan kedua dengan terperinci supaya dapat menghasilkan


kerja yang lebih sempurna. Perbincanagan dan kolaborasi dengan rakan
sekumpulan saya membantu saya untuk mengulangkaji semula apa yang diajar
oleh pensyarah di bilik kuliah. Saya juga menganalisi cadangan dan pandangan
yang dikeluarkan dengan kritis agar boleh menghasilkan kerja yang bermutu.
Secara tidak langsung perbincangan ini juga dapat mengeratkan hubungan

dengan rakan sekumpulan saya.


Seterusnya, dengan melaksanakan tugasan kedua, saya dapat memahami
tentang kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran menulis
mentalis secara lebih dalam. Sebelum melaksanakan tugasan ini saya hanya
mengetahui tentang definisi dan konsep kemahiran bertutur dan mendengar
tetapi selepas melaksanakan tugasan ini saya dapat mengenal tentang aktivitiaktiviti yang dapat boleh laksanakan untuk meningkatkan kemahiran muridmurid. Saya juga mendapat bahawa bukan hanya aktiviti yang kompleks sahaja
akan memberi kesan kepada murid tetapi aktiviti yang mudah juga memberi
impak yang besar terhadap murid. Sebagai seorang bakal guru saya juga dapat
belajar langkah-langkah pengajaran kemahiran menulis mentalis yang sesuai
untuk pelajar tahap satu di sekolah rendah.
Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan
terutamanya tentang kemahiran mendengar dan bertutur. Sebagai seorang bakal
guru, ilmu pengetahuan tentang kemahiran mendengar dan bertutur amat
penting kerana kebanyakan murid di sekolah rendah tidak dapat menguasai
kemahiran tersebut dengan lebih dalam dan baik.
Walaupun saya mengakui saya mengalami beberapa kesukaran sewaktu
menyiapkan tugasan ini, namun masih banyak manfaat yang saya peroleh
disebalik ini. Antaranya ialah sentiasa bersikap positif apabila berhadapan
dengan tugasan yang mencabar yang memerlukan kesabaran dan ketekunan.
Jangan mudah putus asa apabila gagal mendapat apa yang diimpikan. Yakin
dengan apa yang dilakukan dan tetap pendirian apabila telah berada dalam
landasan yang betul.
Kesimpulannya, tugasan ini telah memanfaatkan saya dari pelbagai segi
semasa menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar banyak perkara. Saya juga
telah mendapat pengetahuan tentang sejarah perkembangan bahasa Melayu

dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan bertutur. Saya amat berpuas hati
dengan hasil kerja saya ini walaupun mungkin terdapat sedikit sebanyak
kecacatan yang tidak dapat dielakkan. Hasil kerja ini juga memberi banyak input
yang berguna kepada saya. Mungkin hasil kerja ini akan menjadi pedoman dan
rujukan di masa hadapan. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai