Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5

(KUMPULAN 5)
MASA
TEMA
TAJUK
BIL. MURID
STANDARD
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF

AKTIVITI

PENGISIAN
KURIKULUM

BAHAN BANTU

9:20 PAGI - 10:20 PAGI (1 JAM)


PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
BERKUNJUNG KE DUSUN DATUK MUS
23 orang murid
5.1.1
Memahami dan menggunakan kata nama am tak
hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh
bilangan mengikut konteks dengan betul.
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i.
Mengecam sekurang-kurangnya 5 kata
nama am tak hidup bukan institusi abstrak
dari petikan.
ii.
Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5
penjodoh bilangan yang terdapat dalam
petikan.
i.
Murid menonton video pendek Upin Ipin
(berkebun)
ii.
Murid memberi pendapat tentang video
tersebut.
iii.
Murid kemudiannya melihat mainan buahbuahan yang ditunjukkan guru.
iv.
Murid menyatakan penjodoh bilangan
yang betul bagi mainan buah-buahan.
(berdasarkan pengalaman sedia ada)
v.
Murid membaca petikan Berkebun ke
Dusun Datuk Mus yang diberi oleh guru.
vi.
Murid mengecam kata nama am tak hidup
dan penjodoh bilangan yang terdapat
dalam petikan.
vii.
Murid menyenaraikan penjodoh bilangan
yang mereka perolehi daripada petikan.
viii. Murid menjawab latihan penjodoh
bilangan pada lembaran kerja yang diberi.
ix.
Murid merumus isi pelajaran.
EMK : Kreativiti dan inovasi
Nilai : Berdikari, mencintai alam sekitar dan
bertanggungjawab
Penggabungjalinan : Pendidikan sivik & muzik
i.
Lembaran kerja

MENGAJAR
PENILIAN P&P

ii.
Tayangan video
iii.
Mainan buah-buahan
Murid dapat memahami dan menggunakan kata
nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan
penjodoh bilangan dengan betul.

REFLEKSI

Berkunjung ke Dusun Datuk Mus

Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami


sekeluarga berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di
hujung kampung. Kami berkunjung ke sana dengan menaiki sebuah kereta
bapa yang baharu.
Setibanya di destinasi, datuk menyambut kami dengan tangan
terbuka. Kemudian, beliau membawa kami melawat dusunnya. Terdapat
pelbagai jenis pokok di dusun datuk. Antaranya termasuklah pokok durian,
pokok manggis,pokok rambutan dan sebagainya.Semua pokok buahbuahan di dusun datuk berbuah lebat.
Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur.Bau buah
durian sungguh harum dan enak. Durian-durian yang dikutip diletakkan ke
dalam sebuah bakul yang besar.Abang dan kakak pula mengait buah
rambutan dengan sebatang galah yang panjang.Rasa buah rambutan
manis dan lazat.
Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar.Kami
meletakkan buah-buahan di pondok tersebut.Datuk mengopek sebiji buah
durian untuk kami. Kami berehat di pondok sambil menikmati keenakan
durian.Selain itu,kami juga menjamah sebiji buah manggis dan segugus
langsat.
Sebelum pulang,datuk memberi beberapa jenis buah-buahan
kepada kami sebagai buah tangan.Kami mengucapkan terima kasih
kepada datuk.Selepas itu,kami meminta diri untuk pulang ke rumah.
Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru
saya.Saya amat menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat
berpeluang ke dusun lagi pada masa akan datang.

Lengkapkan peta bulatan di bawah.

1.

KATA NAMA AM
TAK HIDUP
BUKAN
INSTITUSI
ABSTRAK

2.

PENJODOH
BILANGAN

Nama : __________________________
Kelas : __________________________

Isi tempat kosong dengan menggunakan penjodoh bilangan yang


sesuai.

1. Harga se________ daun kesum ini ialah RM 0.50, kata jurujual itu.
2. Tok ayah membawa balik beberapa _________ buah rambai dari
dusun.
3. Nenek membawa lima _________ ubi kayu ke rumah kami.
4. Se_________ kulit durian dibiarkan di ruang tamu.
5. Beberapa _________ buluh telah dipotong untuk membuat tempat
menyimpan duit.
6. Nenek memetik lima _________ cili padi untuk dimasukkan ke dalam
tomyam.
7. Adik mengambil se__________ duan pandan seperti yang dipinta
oleh ibu.
8. Se__________ buaya telah ditangkap di Sungai Kelantan.
9. Ibu memasukkan se___________ perasa ke dalam sup tulang.
10.
Murid Pra sekolah menulis beberapa __________ ayat di buku
latihan.

Anda mungkin juga menyukai