Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
transformasi kurikulum pendidikan memberi penekanan kepada konsep
kemahiran berfikir aras tinggi( HOTS) yang berupaya melahirkan generasi
mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (
Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin menyatakan
bahawa pelaksanaan HOTS di bawah PPPM kali ini difokuskan kepada subjek
Sains, Matematik dan Sejarah serta dilakukan secara menyeluruh membabitkan
proses pengajaran dan pembelajaran, soalan peperiksaan penyediaan alat
bantu mengajar, malah diterapkan dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz dan
pertandingan. Transformasi kurikulum pendidikan ini akan membawa beberapa
cabaran kepada para guru. Sebagai seorang guru baharu, kita harus bersedia
mengorban dan melepasi semua halangan yang disedia ada termasuk
gangguan emosi (stres) diri sendiri
2.0 Rumusan Keratan Akhbar
Menurut definisi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) ialah keuayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran

dan

nilai

dalam

membuat

penaakulan

dan

refleksi

bagi

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya


mencipta sesuatu.
Kemerosotan keputusan pelajar Malaysia di dalam ujian TIMSS dan PISA
telah menunjukkan tahap pelajar Negara kita tidak cukup berdaya saing di
peringkat antarabangsa. Oleh itu Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
telah menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) untuk melahirkan
generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif .Dengan itu, kementerian
akan menguah konsep soalan peperiksaan dengan memasukkan elemen HOTS
dalam solan UPR dan SPM secara berperingkat. Di dalam kalangan UPSR,
sebanyak 40 peratus soalan HOTS dalam kertas soalan UPSR. Maka, guru
harus bermula melatih kemahiran berfikir aras tinggi dan menerapkan elemen
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut keratan akhbar Utusan Online bertarikh 09/08/2014, yang bertajuk
Kemahiran berfikir tingkat pencapaian pelajar, didapati bahawa guru
memainkan peranan utama dalam melaksanakan dasar pendidikan yang
digariskan oleh kerajaan selaras dengan usaha menaik taraf sistem sedia ada,
khususnya bermula dari peringkat rendah.
Menurut Pengetua Sekolah Menengah Sri KDU, Datin Ong Guan Siew

menyatakan bahawa guru perlu bergerak bersama murid-murid dalam sesi


pembelajaran dengan menumpukan kepada kemahiran berfikir ke arah
meningkatkan daya kefahaman dan kebolehan berinteraksi di dalam kelas
secara berkumpulan atau individu, sejajar dengan 6 Aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.
Beliau juga menyatakan bahawa penglibatan guru-guru bersama muridmurid untuk memberi bimbingan dapat meningkatkan keberhasilan proses
pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pendekatan antara guru dan murid-murid
perlu difokuskan untuk melatih permikiran yang tinggi. Kemampuan berfikir yang
tinggi secara tidak langsung membolehkan pelajar mendapat pencapaian
akademik cemerlang dan mempertingkatkan tahap sistem pendidikan Negara.
Maka, perubahan ini tidak semestinya dilihat dalam masa sekejap selain
memakan masa yang lama.. Walaubagaimanapun, tahap prestasi murid perlu
ditetapkan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya kita bersedia untuk
bersaing ke peringkat yang seterusnya.
3.0 Platform Perbincangan
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia
sukar mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi. Murid perlu ada keupayaan
penaakulan membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif
dalam suasana yang berlainan. Murid juga memerluan ciri-ciri kepimpinan unuk
bersaing di peringkat global.
Dalam Anjakan pertama, telah menekankan kita harus merombak
peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan
terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016. Menurut PPPM 2013-2025,
menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk permikiran aras tinggi akan
ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR.
Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu
meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang sama
tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu. Sebaliknya, murid
dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam
pelbagai konteks keperluan.
Untuk

melaksanakan

penekanan

KBAT

tersebut,

guru

harus

mengubahsuaikan cara mengajar dan pendekatan guru dan murid di dalam


kelas. Walaubagaimanapun, Guru lebih yakin tentang kemahiran penyampaian
pengajaran yang mereka miliki untuk mengajar mata pelajaran lain berbanding

kemahiran pedagogi untuk mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. 60.0% guru
yang pernah menghadiri kursus untuk mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) juga belum bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir (Rajendran,
2001). Namun, Sekolah di Bandar lebih menjurus kepada peperiksaan. Guru
berpendapat bahawa semua pelajar perlu mengetahui semua fakta dan konsep
terlebih dahuu sebelum mereka digalakkan berfikir. Pelajar digalakkan
menghafal fakta-fakta tanpa melibatkan perkembangan pemikiran mereka
dengan lebih berkesan( Abd Rahim, 1999). Bagi memastikan mendapat
pencapaian yang tinggi, pihak sekolah dan guru lebih mementingkan corak
hafalan di dalam pengajaran mereka. Oleh itu, kemahiran berfikir aras tinggi
tidak digalakkan di dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah.
Selain itu, kesediaan dari segi mental dan fizikal murid terhadap kemahiran
aras tinggi pula tidak mencukupi. Murid-murid kurang mampu untuk menjawab
item HOTS. Hal ini disebabkan oleh kekurang latihan kemahiran berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan skrip jawapan UPSR, PMR, SPM
hampir 30% tidak mencuba untuk menjawab apabila item itu tidak dalam bentuk
lazim. Ia telah menunjukkan tahap pemikiran murid Malaysia masih tidak mampu
berdaya saing dengan negara lain.
Pengetua Sekolah Menegah Sri KDU, Datin Ong Guan Siew mengatakan
bahawa perubahan kemahiran berfikir aras tinggi tidak semestinya dapat dilihat
dalam tempoh sekejap semakin memakan masa yang lama. Untuk mencapai
standard yang ditetapkan, perlu satu jangka masa yang panjang dan
bekerjasama daripada semua pihak bukan sahaja bergantung kepada para guru.
Maka, isu kemahiran berfikir aras tinggi sememangya merupakan satu
cabaran kepada para guru
4.0 Cabaran
Sebagai seorang guru baharu di sekolah Bandar, penekanan kemahiran berfikir
aras tinggi akan membawa cabaran-cabaran yang berikut :
4.1 Pengetahuan dan Kemahiran guru terhadap Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi tidak mencukupi.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan agenda utama Negara.
Kemampuan murid-murid menguasai KBAT dalam proses pembelajaran dan
pengajaran menjadi fokus utama setiap guru merancang pengajarannya.
Guru kurang pengetahuan dan bekebolehan untuk mengintegrasikan
kemahiran berfikir dalam mata pelajaran. Penggunaan cara pengajaran

berkemahiran berfikir kritis dan kreatif tidak di ambil berat oleh guru dan mereka
tidak

mempelbagaikan

kaedah

atau

teknik

menyampaikannya.

Jadi,

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terjejas.


Perasaan kekecewaan dan rendah diri akan dipertimbangkan di atas
kegagalan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dunham & Varma (1998),
menangani perubahan merupakan salah satu punca stress yang dihadapi oleh
guru. Guru tidak selesa terhadap menerapkan KBAT dalam pengajaran dan
pembelajarannya

serta

mempengaruhi

kualiti

pengajaran

beliau.

Stres

anticipation ditimbul kerana guru tidak yakin menghadapi sesuatu perubahanan


yang baru.
4.2 Sokongan daripada Pihak Sekolah dan Rakan Sekerja
Pihak sekolah lebih menjurus kepada peperiksaan. Cabaran yang
dihadapi oleh guru dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran
kritis dan kreatif adalah penekanan pengajaran yang lebih menjurus kepada
peperiksaan terutama sekali dalam UPSR yang lebih mementingkan
pengujian kebolehan pelajar mengingat kembali fakta. Secara tidak
langsung, ianya mendorong guru untuk memberi lebih banyak fakta dan
mengutamakan penghafalan serta kurang menggalakkan supaya pelajar
berfikir tentang fakta yang dipelajari.
Faktor ini akan menghalang guru untuk menerapkan KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaran. Harvey (1990) telah menyenaraikan faktor
yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu
kekurangan sokongan pentadbiran. Sebagai seorang guru baharu, sukar
untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah tanpa sokongan
daripada pentadbiran dan rakan sekerja. Untuk melahirkan generasi
mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif, perlu berkerjasama dengan pihak
sekolah, guru-guru dan ibu bapa.
Kalau tidak mendapat

Anda mungkin juga menyukai