Anda di halaman 1dari 16

SULIT 2

Bahagian A
(50 markah)
1

Prinsip berikut terkandung dalam

Kepercayaan kepada Tuhan
A
B
C
D

Rukun tetangga
Rukun keluarga
Rukun saudara
Rukun Negara

Berikut merupakan ciptaan Tuhan kecuali

A planet.
B bintang.
C harimau.
D kapal terbang.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan manusia menggunakan akal dengan
bijak dalam melakukan sesuatu perkara?
A Mencederakan binatang.
B Menjauhi golongan kurang berupaya.
C Menanam pokok-pokok di persekitaran rumah.
D Menggalakkan kemusnahan alam sekitar.

Antara berikut, yang manakah bukan keunikan manusia sebagai makhluk ciptaan Tuhan?
A Mempunyai wajah yang menarik.
B Dikurniakan umur yang panjang.
C Mempunyai anggota yang tersusun rapi.
D Dianugerahkan akal dan keupayaan mental.

Apakah sikap yang harus ada pada diri manusia yang dilahirkan cacat anggotanya?
A Memusuhi Tuhan.
B Memarahi kejadian Tuhan.
C Menyesali kekurangan diri.
D Menerima hakikat kekurangan diri.

Berikut ialah ciri-ciri orang yang amanah, kecuali

A mengakui kelemahan diri.
B berintegriti melaksanakan tugas.
C bertanggungjawab terhadap sebarang masalah.

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 3

D berkeyakinan tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab.

7

Pekerja yang amanah sentiasa mengamalkan

A rasuah di tempat kerja.
B sikap malas ketika bekerja.
C sikap membenci rakan sekerja.
D sikap jujur dan ikhlas ketika bekerja.

Mengapakah kita perlu amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab?

I Mewujudkan semangat kerjasama.
II Akan disayangi oleh orang sekeliling.
III Menimbulkan kepercayaan orang lain.
IV Tugas dapat dijalankan dengan lancar.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Guru meminta Suresh membuang sampah di kelas ke dalam tong sampah yang
disediakan pihak sekolah selepas waktu persekolahan. Suresh harus
A membuang sampah pada keesokan harinya.
B mengikut arahan guru dengan bertanggungjawab.
C berpura-pura terlupa dan meminta maaf daripada guru.
D menyuruh rakan membuangnya kerana ingin cepat pulang.

10 Hala tuju hidup yang positif dapat memberi

A kemudaratan sesama kita.
B kegagalan dalam kehidupan.
C kesejahteraan dalam kehidupan.
D pergaduhan antara sahabat karib.
11 Sekiranya kita mempunyai kelemahan, kita hendaklah
A membaiki kelemahan tersebut.
B menghindari diri daripada rakan-rakan.
C membiarkan kelemahan menguasai diri.
D meminta orang lain menghormati kita.
12 Pei Ling dinasihati gurunya agar berusaha meningkatkan prestasi subjek Matematik. Pei
Ling harus
A memberi tumpuan kepada subjek Matematik sahaja.
B merayu guru memberi markah yang tinggi kepadanya.
C membuat lebih banyak ulang kaji subjek Matematik berbanding subjek yang lain.
D tidak membuat ulang kaji langsung kerana dia memang lemah dalam subjek
Matematik.

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 4

13 Alina tidak pernah mengungkit pertolongannya kepada orang lain, Alina seorang yang
A baik hati.
B pemurah.
C mempunyai harga diri.
D suka menunjuk-nunjuk.
14 Sikap bertanggungawab mencerminkan seseorang itu semakin
A berani.
B emosional.
C terburu-buru.
D dewasa dan matang.
15 Pengambilan makanan yang seimbang penting untuk menjamin kesihatan. Antara yang
berikut yang manakah pilihan yang paling baik untuk diambil dalam kuantiti yang
banyak?
A Bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.
B Mentega, coklat dan aiskrim.
C Gula-gula dan keju.
D Susu dan ikan.
16 Berikut merupakan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, kecuali
A mewujudkan persekitaran yang ceria.
B terhindar daripada sebarang penyakit.
C menjamin keselesaan hidup.
D disenangi oleh orang lain.
17 Perlakuan yang manakah tidak menunjukkan sikap bertangungjawab terhadap diri?
A Wong Nee selalu bersenam dengan adiknya.
B Ranjit memakai pakaian yang bersih ke sekolah.
C Tania bermain tenis bersama-sama Chun Ling pada setiap petang.
D Ah Lian gemar makan aiskrim dan ayam goreng.
18 Pengambilan makanan yang berlebihan akan menyebabkan kesihatan terganggu. Antara
kesan buruk amalan tersebut ialah
A sihat dan cergas.
B badan menjadi kurus.
C sihat sepanjang masa.
D berat badan bertambah
Soalan 19 hingga soalan 22 merujuk kepada nilai-nilai yang telah disenaraikan berikut
Nilai H:
Nilai I :

Kepercayaan kepada Tuhan

Amanah

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 5

Nilai J :
Nilai K:

Harga Diri
Bertanggungjawab

19 Kita mesti mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing- masing.
A Nilai I
B Nilai J
C Nilai K
D Nilai H
20 Seorang pelajar yang mempunyai _____________ akan menghormati guru.
A Nilai I
B Nilai J
C Nilai K
D Nilai H
21 Seorang pekerja melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Pekerja tersebut tidak
pernah menyerahkan tugasnya kepada orang lain. Pekerja tersebut mengamalkan
A Nilai I
B Nilai J
C Nilai K
D Nilai H
22 Seorang pekerja yang baik perlu datang ke pejabat tepat pada masanya. Seorang pekerja
mesti menjalankan tugas yang diberi dengan cekap dan bersih. Pekerja ini mengamalkan
A Nilai I
B Nilai J
C Nilai K
D Nilai H
23 Tingkah laku yang sopan harus diamalkan
A dalam apa-apa jua situasi tanpa mengira status dan warna kulit.
B ketika bergaul dengan orang yang tertentu.
C apabila berada dalam majlis formal
D di tempat-tempat tertentu
24 Orang yang berhemah tinggi menggunakan _________________ dalam pertuturannya.
A bahasa isyarat
B bahasa sindiran
C bahasa yang kasar
D bahasa yang lembut
25 Rajah 1 di bawah menunjukkan perlakuan ketika bertemu dengan jiran baharu.

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 6

Rajah 1
Antara berikut, yang manakah menunjukkan perlakuan tidak sopan ketika bertemu
dengan jiran baharu?
A Mengucapkan selamat datang.
B Senyum dan memandang jiran baharu.
C Memberi salam dan bertanya khabar.
D Menunjukkan wajah kurang selesa dan tidak memandang ke arah jiran baru.

26 Sudikah anda membantu saya untuk .................................

Pengucapan ini menunjukkan anda mempunyai
A tutur kata yang sopan.
B tingkah laku yang kasar.
C sikap mementingkan diri sendiri.
D tutur kata meminta bantuan.
27 Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan adab sopan yang perlu diamalkan di
meja makan?
A Meletakkan siku di atas meja.
B Duduk dengan cara yang sopan.
C Membasuh tangan sebelum duduk di meja.
D Tidak bercakap ketika mulut penuh dengan makanan.
28 Definisi toleransi ialah

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 7

A kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
B kesanggupan bertolak ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan pertelingkahan.
C berpegang kuat pada pendapat sendiri sahaja.
D hanya sanggup menerima persamaan antara insan.
29 Apakah kebaikan mengamalkan nilai toleransi?
A Dapat menunjukkan keikhlasan hati kita kepada orang lain.
B Dapat memberi pelbagai reaksi terhadap kesusahan orang lain.
C Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran dan situasi.
D Mampu membezakan cara hidup kita dengan orang lain.
30 Berikut adalah ciri-ciri toleransi kecuali
A fleksibel
B berfikiran terbuka
C mementingkan diri
D mengakui kesalahan diri
31 Bagaimanakah cara memupuk toleransi dengan rakan-rakan di sekolah?
A Meminggirkan rakan yang kurang bercakap.
B Berkawan dengan rakan yang tinggi taraf sahaja.
C Memberi lebih perhatian kepada rakan yang bijak.
D Menerima dan menghormati budaya hidup rakan yang berlainan kaum.
32 Anda mendapat seorang jiran baru yang berlainan bangsa dengan anda. Apakah perkara
yang seharusnya anda lakukan?
A Tidak mengendahkan jiran tersebut.
B Menegur sekadar untuk mengambil hati.
C Menghidangkan makanan yang lazat untuk jiran.
D Menghormati agama dan kepercayaan jiran tersebut.
33 Ah Beng dikatakan berdikari apabila dia ______________________.
A menggosok baju sekolahnya sahaja.
B menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa.
C berupaya melakukan tugasan dengan bantuan kakaknya.
D meminta pertolongan abangnya untuk mencuci kasut sekolahnya.
34 Antara yang berikut merupakan amalan berdikari yang boleh diamalkan di sekolah.
I Membuat rujukan sendiri
II Mencari bahan untuk membuat tugasan.
III Membuat kerja sekolah dengan meminta bantuan daripada rakan-rakan.
IV Melaksanakan tugasan dan latihan yang diberikan oleh guru tanpa bantuan orang lain.
A I dan IV
B II dan IV
C I, II dan III
2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 8

D I, II dan IV
35 Nilai berdikari boleh dipupuk dalam diri kanak-kanak dengan cara ......................
I memaksa anak-anak melakukan kerja-kerja di rumah sejak kecil.
II menggalakkan mereka melakukan kerja-kerja yang mampu dilakukan sendiri.
III memberikan hukuman berat sekiranya mereka tidak melakukan kerja rumah.
IV memberikan mereka pujian apabila mereka dapat melakukan kerja rumah dengan
sendiri.
A I dan IV
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV
36 Ng Li Lian pelajar yang cemerlang. Dia telah memperoleh gred A bagi semua mata
pelajaran dalam Pentaksiran Tingkatan 3. Dia mengamalkan sikap __________________
A berdaya maju, berdedikasi dan bersemangat tinggi ketika belajar.
B adil, jujur dan ikhlas dalam mengulang kaji pelajaran.
C menghargai kebolehan diri.
D bertanggungjawab dan amanah terhadap pelajaran.
37 Mengapakah sikap kerajinan harus ada pada diri setiap pelajar?
A Untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup.
B Untuk mengelakkan hidup dalam kesusahan.
C Untuk mengejar kekayaan dunia.
D Untuk menjadikan diri lebih matang.
38 Semua peribahasa berikut menggambarkan nilai kerajinan kecuali
A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
B kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
C sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
D kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
39 Bagaimanakah cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa?
A Mematuhi nasihat dan arahan ibu bapa.
B Mendampingi ibu bapa pada setiap masa.
C Memberikan wang yang banyak kepada mereka.
D Membelikan hadiah yang mahal untuk mereka.
40 Rakan Robert mengajaknya untuk menyertai perlumbaan haram yang diadakan pada
hujung minggu. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh Robert?
A Menerima ajakan tersebut dengan senang hati.
B Memarahi rakannya dengan kata-kata yang kesat.
C Menolak dengan baik ajakan rakan tersebut.
D Tidak mengambil peduli ajakan tersebut.

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 9

41 Golongan yang manakah amat memerlukan kasih sayang?

A Orang tua
B Remaja.
C Dewasa.
D Kanak-kanak.
42 Berikut merupakan ciri-ciri individu yang sayang akan nyawa kecuali
A menjauhi perkara-perkara negatif.
B sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
C berusaha untuk mengembangkan potensi yang ada pada diri.
D mengurangkan penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan.

43 Ciri utama nilai keadilan ialah

A mengambil kira perasaan dan kepentingan orang lain.
B bertindak secara saksama dan tidak berat sebelah.
C mengambil tindakan setelah memikirkan kesannya.
D mementingkan kepuasan hati sebelah pihak sahaja.
44 Pemilihan pelajar untuk memasuki institusi pengajian tinggi terbuka kepada semua kaum.
Tindakan ini menunjukkan kerajaan bersikap
A jujur
B amanah
C adil dan saksama
D bertanggungjawab

45

Penduduk Taman Setia bersetuju untuk

bergilir-gilir menjaga keselamatan kawasan
taman perumahan mereka
Pernyataan ini menunjukkan pendudukan Taman Setia mengamalkan sikap ___________
A mementingkan diri
B berat tulang
C bangga diri
D toleransi

46 Antara berikut, yang manakah kebaikan mengamalkan nilai rasional dalam membuat
sesuatu perkara?
I Mendapat pujian dan penghargaan orang lain
2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 10

II
III
IV
A
B
C
D

Membawa keuntungan kepada pihak tertentu

Mengelakkan daripada membuat tindakan salah
Memastikan tindakan yang dibuat memberikan kebaikan kepada diri dan orang lain
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

47 Mengapakan pertimbangan yang menyeluruh dan terperinci dilakukan terhadap

pemberian biasiswa pendidikan?
A Biasiswa penting untuk melancarkan pelajaran.
B Supaya pelajar dapat merasai biasiswa yang diberikan.
C Supaya pelajar yang layak sahaja menerima biasiswa tersebut.
D Peluang pendidikan tidak dirasai oleh pelajar yang tidak berkemampuan.
48 Bersikap rasional memerlukan tindakan yang wajar dan pertimbangan yang ___________
A matang, logik dan bernas berdasarkan bukti-bukti yang kukuh.
B ikhlas, jujur dan berpandukan pendapat orang lain.
C berasaskan nasihat dan panduan orang tua-tua.
D adil dan saksama tanpa dipengaruhi emosi.
49 Sebaik-baik tindakan yang harus anda ambil setelah mendengan berita mengenai sesuatu
yang mencemarkan maruah keluarga adalah ____________________
A mencari bukti yang kukuh sebelum bertindak.
B mencari jalan penyelesaian dengan cepat.
C tidak mengendahkannya kerana hal itu hanyalah khabar angin.
D bertindak terburu-buru akibat dikuasai perasaan malu dan marah.
50 Apakah perkara yang tidak boleh dilakukan melalui Internet?
A Mencari maklumat dan gambar.
B Melayari laman web dari seluruh dunia.
C Menghantar e-mel kepada pengguna lain.
D Bertukar maklumat sulit kerajaan dengan negara lain.

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 11

Bahagian B
(40 markah)

Jawab semua soalan di bawah dalam ruangan yang disediakan. [ 10 markah ]

menyayangi

kepercayaan

tumbesaran

potensi

diskriminasi

kematangan

nutrien

keistimewaan

peraturan
prihatin

Sebagai ahli persatuan, kita mematuhi segala ________________________

persatuan.

Sikap amanah dalam melaksanakan tugasan membolehkan kita mendapat

_______________________ daripada orang lain.

Pemakanan

yang

mengandungi

semua

jenis

___________________ sangat

diperlukan oleh individu untuk menjamin kesihatan

d

Pengambilan makanan yang berkhasiat dan mencukupi sangat penting untuk

_______________________ seseorang.

Kita tidak boleh memandang rendah terhadap kebolehan atau kelebihan orang lain
kerana setiap orang mempunyai ________________________ tersendiri.

Kita

tidak

seharusnya

berprasangka

dan

mengamalkan

sikap

_____________________ terhadap perbezaan yang wujud dalam kalangan ahli

masyarakat.
g

Individu yang melaksanakan sesuatu tugas tanpa bantuan orang lain dapat
memperkembangkan _______________________ dan keyakinan diri.

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 12

Kebolehan seseorang melakukan sesuatu tugas tanpa bantuan orang lain bergantung
kepada ____________________ mental dan fizikal.

Perasaan kasih sayang mewujudkan sikap _________________________ dan saling

menghormati antara sesama insan.

Kasih sayang tidak hanya _________________________ antara manusia dengan

manusia sahaja tetapi juga dengan haiwan dan makhluk lain.

Berikan definisi bagi setiap nilai di bawah

a) Toleransi
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)
b) Berdikari.

c) Hemah tinggi.

d) Rasional.

e) Kepercayaan kepada Tuhan
2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 13

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)

Jawab semua soalan berdasarkan peribahasa di bawah

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Apakah maksud peribahasa di atas?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( 2 markah )

Berikan satu nilai yang sesuai dengan peribahasa di atas.

_____________________________________________________________________
( 1 markah )

c
i

Berikan dua sikap orang yang mengamalkan nilai di atas.

____________________________________________________________________

ii ____________________________________________________________________
( 2 markah )
4

Soalan berikutnya berdasarkan dialog di bawah

Aini :
Sophia :
Aini :

Mari kita bersenam, Sophia.

Malaslah. Saya tak suka bersenam.
Bukankah bersenam baik untuk kesihatan?

Berikan dua sebab mengapakah bersenam dikatakan baik untuk kesihatan.

____________________________________________________________________

ii ____________________________________________________________________
( 2 markah )
b Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Sophia.
2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 14

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
( 3 markah )
5

Jawab semua soalan berdasarkan Rajah 1 di bawah

Rajah 1
a

Apakah nilai yang menjadi amalan oleh masyarakat dalam situasi di atas?
_____________________________________________________________________
( 1 markah )

Apakah kepentingan masyarakat Malaysia mengamalkan nilai di atas?

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
( 2 markah )

Nyatakan dua cara anda boleh memupuk toleransi.

____________________________________________________________________

ii ____________________________________________________________________
( 2 markah )

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 15

Jawab semua soalan berdasarkan pernyataan di bawah

Sikap berdikari amat penting untuk menjamin kejayaan seseorang individu
pada masa hadapan

a Berikan dua ciri individu yang mengamalkan nilai berdikari

i ___________________________________________________________________
ii ___________________________________________________________________
( 2 markah )
b Berikan tiga contoh pelajar yang mengamalkan nilai berdikari
i _____________________________________________________________________
ii _____________________________________________________________________
iii _____________________________________________________________________
( 3 markah )

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

SULIT 16

Bahagian C
(10 markah)
Baca pernyataan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang berikutnya dalam bentuk esei.

Penggunaan Internet semakin meluas dalam kalangan remaja sehingga boleh

menimbulkan perkara-perkara negatif. Namun remaja yang bijak dapat memaksimumkan
penggunaan Internet ke arah perkara-perkara yang positif dan menjadikannya sebagai
medium pembelajaran yang berkesan.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan kebaikan dan keburukan penggunaan Internet dalam
kalangan pelajar sekolah.
______________________________________________________________________________

SULIT 17

(10 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT

2015 Hak Cipta Panitia Pendidikan Moral SMK Bakong

[LIHAT HALAMAN SEBELAH

SULIT

Anda mungkin juga menyukai