Anda di halaman 1dari 5

Apa Itu Program Linus ?

Posted in Pengumuman
Tukar Saiz Huruf
PROGRAM LINUS& PROTIM

APA MAKSUD PROGRAM LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening


Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada
(KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas
membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah


perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah
perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah
perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea


matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga
50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan
mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga
1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit
serta mengukur objek dalam unit piawai

LINUS

Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan


untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah pada akhir 2012
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru
Pemulihan
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah
kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha
memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
LATAR BELAKANG

* Satu daripada National Key Result Area (NKRA)


semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan
untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah pada akhir 2012.
(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
* Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah
rendah (Kohort Pertama).
* Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk
menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan
murid sekolah rendah.
Rasional
* Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru
pemulihan khas di sekolah masing-masing.
* Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM)
untuk murid Tahap II.
Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum
menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi
sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan.
Antaranya:
Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi
kehendak NKRA.
* KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan
supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini
perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai

kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar


memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu
untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3
(Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini
dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).
Matlamat LINUS

- Celik huruf
- Celik nombor
Strategi Pelaksanaan Di Sekolah

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
Saringan 1 (Mac)
Saringan 2 (Jun)
Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai
tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid


tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah
penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan
masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab
sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah ini.

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN.


PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul dalam
program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan sistem
bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk membantu
pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program PROTIM mahukan
murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa yang ditetapkan.

Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program


PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai
yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali
melakukan kesilapan semasa menulis.

Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :


SELIPAR murid tulis SIPE
LOCENG ditulis LONCENG
SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.
Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum
rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata
pelajaran Matematik.

Kedua-dua program ini akan melepaskan murid mereka setelah didapati


cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat
memberi maklumat berguna untuk semua.

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M


dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid
tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki
menjalani satu ujian tapisan. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya
90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi
Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan
UPSR.

Anda mungkin juga menyukai