Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK :
ESEI KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA (GSB1012)

PROGRAM

: PPISMP

NAMA

: AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI

KELAS

: S1T1PSN

AMBILAN

: JUN 2015

NAMA PENSYARAH

: PUAN NORMA BINTI ABD MAJID

TARIKH HANTAR

: 4 SEPTEMBER 2015

Gejala sosial mahupun isu-isu kemanusiaan yang berlaku di Malaysia pada zaman
ini kian berlarutan sejak sekian lama. Kita sering dikejutkan dengan berita-berita yang
menggemparkan terpampang di dada-dada akhbar mengenai gejala sosial yang berlaku
dalam kalangan remaja. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan media sosial yang
memudahkan lagi mereka untuk mengakses maklumat dan berkomunikasi antara satu sama
lain. Golongan remaja ini bersifat ingin tahu dan suka mencuba sesuatu benda yang baharu
tanpa memikirkan apakah kesan buruk yang akan mereka terima jika mereka melakukan
sesuatu perkara yang negatif mahupun salah di sisi undang-undang. Terdapat banyak faktor
yang menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja. Faktor-faktor
berlakunya gejala sosial dan isu-isu kemanusiaan dalam kalangan remaja ini berhubung kait
dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana rumah,
pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain. Terdapat banyak bentuk
gejala sosial yang wujud di dalam negara kita pada masa kini.
Menurut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, mendefinisikan pemerdagangan
manusia sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan atau
penerimaan seseorang bagi tujuan eksploitasi. Bagi pengertian eksploitasi pula, Seksyen 2
Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mendefinisikan ia sebagai segala bentuk eksploitasi
sama ada seks, buruh paksaan, pemindahan organ atau aktiviti yang menyalahi undangundang. Jenayah pemerdagangan manusia ini merupakan salah satu bentuk jenayah yang
tertua di dunia. Ia dianggap sebagai satu industri yang universal kerana tidak tertakluk
kepada satu-satu negara yang beroperasi. Aktiviti ini melanggar hak sesebuah negara.
Seramai 2.7 juta manusia diperdagangkan di seluruh dunia. 80% daripadanya adalah wanita
dan kanak-kanak. Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia telah menarik minat
ramai warga asing dari seluruh dunia. Hal ini telah membuka peluang kepada kerancakkan
aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia kerana di negara mereka keadaannya
adalah sangat bertentangan dengan negara kita. Negara mereka mempunya taraf ekonomi
yang jauh lebih rendah dan pergolakan sering berlaku di negara mereka saban hari. Selain
itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga menjadi punca pemerdagangan
manusia ini berlaku. Malaysia yang berada di tengah-tengah negara ASEAN, menjadikannya
sebagai satu lokasi strategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi aktiviti
penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Menyedari akan masalah ini, Akta Anti
Pemerdagangan Orang 2007 telah diluluskan namun ia masih belum cukup kuat untuk
menghalang kemasukan sindiket yang membawa wanita dan gadis muda bagi tujuan
pelacuran dan buruh domestik. Tambahan pula, modus operandi sindiket membawa masuk
mangsa adalah sukar dikesan pihak berkuasa disebabkan mereka ini menggunakan pas

lawatan sosial atau pas pelajar. Seterusnya, masyarakat Malaysia mempunyai kesedaran
yang masih kurang tentang isu pemerdagangan manusia malah masih ramai lagi yang tidak
memahami definisi sebenar yang dimaksudkan dengan pemerdagangan orang. Memetik
kata-kata bekas Pengerusi Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), Datuk Seri
Mahmood Adam, selain skopnya yang luas, aktiviti pemerdagangan manusia adalah lanskap
jenayah yang masih dianggap baru yang menyebabkan pemahamannya masih kurang.
Mengikut Laporan Pemerdagangan Manusia 2014, keluaran Jabatan Negara Amerika
Syarikat, telah meletakkan Malaysia di negara yang mempunyai status Tahap 3 dalam
aktiviti pemerdagangan manusia bersama dengan beberapa negara lain antaranya ialah
Thailand dan Venezuela. Hal ini merupakan perkara yang agak memalukan kerana Malaysia
diletakkan setaraf dengan beberapa negara yang diklasifikasikan oleh Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu sebagai negara yang kurang membangun seperti Mauritania dan Yaman.
Antara kesan yang akan dialami akibat daripada aktiviti pemerdagangan manusia adalah
penularan penyakit berjangkit. Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia kebiasaannya
datang dari negara yang mempunyai kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik yang
kurang ataupun tidak lengkap kerana pergolakan yang berlaku ataupun taraf ekonomi yang
rendah. Maka, mereka yang datang ke negara ini secara haram dikhuatiri membawa
penyakit-penyakit berbahaya seperti H1N1, HIV, AIDS dan tibi dan penyakit-penyakit ini
akan merebak secara mudah dan meluas sekiranya aktiviti pemerdagangan manusia tidak
dikawal oleh pihak yang bertanggungjawab. Pihak berkuasa perlulah membendung aktiviti
pemerdagangan manusia dengan kadar yang segera agar masyarakat tidak berasa
bimbang akan penyakit berbahaya di sekeliling mereka. Aktiviti pemerdagangan manusia ini
hanya

dapat

dibendung

sekiranya

kerajaan

menjalankan

usaha-usaha

untuk

menghentikannya dengan lebih giat seperti menjalin hubungan antarabangsa dengan


negara-negara yang sering terlibat dan mempunyai kaitan dengan aktiviti pemerdagangan
manusia di negara kita. Pemimpin boleh menandatangi memorandum persefahaman
dengan pemimpin negara-negara lain untuk mewujudkan satu protokol atau prosedur untuk
membawa masuk buruh asing ke dalam negara kita. Hal ini secara tidak langsung
menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan amat serius dalam membendung aktiviti
pemerdagangan manusia. Masyarakat juga tidak terkecuali untuk memberikan kerjasama
kerana ia sangat diperlukan bagi membantu mengurangkan kadar jenayah yang berlaku.
Kanak-kanak merupakan satu rahmat daripada Tuhan kepada sesebuah keluarga
dan menjadi lambang kebahagiaan keluarga tersebut. Mereka dibesarkan dengan penuh
kasih sayang agar dapat hidup dalam keadaan sihat dari fizikal, mental, emosi, dan
sebagainya agar dapat menjadi insan yang berguna kelak. Namun begitu, terdapat kelahiran
yang tidak direstui oleh ibu bapa mereka. Kesannya, ada antara mereka yang dibuang

selepas kelahiran ataupun ada juga kanak-kanak yang tidak mendapat penjagaan yang
sewajarnya daripada ibu bapa mereka. Mereka dianiaya, dijadikan bahan dagangan dan
sebagainya oleh ibu bapa mereka. Fenomena ini dipanggil sebagai penganiayaan atau
penderaan kanak-kanak. Hal ini bukanlah sesuatu perkara yang baru malah ia telah berlaku
sejak zaman dahulu lagi iaitu sejak zaman jahiliah. Menurut Kamus Dewan, perkataan
mendera membawa maksud seksaan sama ada hati atau fikiran atau denda dan hukuman.
Secara umumnya, terdapat empat jenis salah laku ke atas kanak-kanak iaitu penderaan
fizikal, penderaan seksual, pengabaian dan salah laku psikologi. Penderaan kanak-kanak
sering disalah anggap hanya berlaku dalam kalangan keluarga yang miskin atau
berpendapatan rendah sahaja. Namun begitu, apabila dikaji dalam skop yang lebih luas
seperti pengabaian emosi dan menggunakan kuasa dalam membuat paksaan terhadap
kanak-kanak, didapati penderaan kanak-kanak tidak terbatas kepada keluarga miskin
sahaja. Kadangkala, keluarga yang berpelajaran juga mengabaikan anak mereka kerana
sibuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kerjaya dan lebih mementingkan
kebendaan berbanding kekeluargaan. Ibu bapa merupakan golongan terbesar yang menjadi
pendera kanak-kanak. Kes penderaan ini bukan hanya terjadi kepada anak kandung, tetapi
terdapat juga kes penderaan ke atas anak angkat. Terdapat juga pendera yang terdiri dalam
kalangan pengasuh yang dipertanggungjawabkan dan diberi kepercayaan menjaga kanakkanak. Ada beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya kes penderaan kanak-kanak.
Antaranya ialah masalah tekanan ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang bertindak di luar kawalan kerana tekanan tersebut. Akibat terlalu sibuk
dan penat menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kerjaya, tekanan yang dialami akan
dilepaskan kepada anak-anak. Anak-anak yang menanti kepulangan ibu bapa akan dimarahi
atau dipukul sehingga anak-anak menangis kesakitan dan terdapat kesan-kesan lebam
yang jelas pada anggota badan. Selain itu, punca paling utama berlakunya masalah
penderaan kanak-kanak ini ialah ibu bapa kurang mendapat pendidikan agama. Ilmu agama
adalah sangat penting dalam hidup setiap individu di dalam dunia ini. Agama merupakan
suatu cara hidup dan menjadi panduan kepada individu tentang baik buruk sesuatu perkara
itu. Mereka yang kurang mendapat didikan agama mudah hilang pertimbangan kerana tidak
memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka tidak merasa bersalah melakukan penderaan
kepada darah daging mereka sendiri. Agama telah menyediakan satu panduan yang terbaik
dalam

menguruskan

rumah

tangga.

Setiap

masalah

yang

berlaku

pasti

ada

penyelesaiannya. Sebagai contoh, agama Islam telah menerapkan sikap yang baik yang
perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi dalam melayan
kerenah anak-anak. Seterusnya, krisis rumah tangga juga menjadi punca kes penderaan
kanak-kanak berlaku. Krisis rumah tangga kebiasaannya disebabkan gangguan pihak luar
yang menyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi

lebih garang dan tanggungjawab terhadap keluarga mula terabai kerana mempunyai
kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pasti
akan menjadi mangsa dalam pergaduhan tersebut. Keadaan ini secara tak langsung
membuatkan mereka menjadi malas dan malu ke sekolah disebabkan kecederaan yang
mereka alami sama ada penderaan itu dilakukan oleh ibu bapa sendiri ataupun pihak lain.
Kanak-kanak yang didera ini akan mengalami gangguan mental dan emosi. Ia juga
membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi trauma. Akibatnya, kanak-kanak tersebut akan
mengalami perubahan yang drastik daripada segi personaliti seperti murung, dan lebih suka
untuk melakukan aktiviti secara bersendirian. Sudah pasti prestasi pembelajaran mereka
akan mula merosot dan menduduki kedudukan terendah di dalam kelas. Kes penderaan
kanak-kanak di negara kita masih boleh dikawal jika kita menjalankan beberapa langkah
bagi membendung kes tersebut. Pihak berkuasa patut mengambil tindakan sewajarnya
kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang melakukan penderaan kanak-kanak.
Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menimbulkan rasa takut kepada
pendera-pendera akan hukuman yang bakal mereka hadapi sekiranya mereka berkeras
untuk terus melakukan penderaan kanak-kanak. Kerajaan juga perlu menjalankan satu
kempen yang bertemakan antipenderaan kanak-kanak untuk memberi pendedahan kepada
umum bagi membendung aktiviti yang tidak berperikemanusiaan ini. Namun, kebiasaannya
pelaksanaan kempen-kempen seperti ini masih kurang memberi kesan terhadap penurunan
kes penderaan kanak-kanak. Keadaan ini berlaku kerana tiada tindakan tegas yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlu mengkaji semula
akta-akta yang diwujudkan untuk melindungi kanak-kanak bagi memastikan akta-akta
tersebut rasional dan relevan untuk digunakan pada masa kini. Oleh itu, setiap ahli
masyarakat boleh memainkan peranan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa
sekiranya mendapat maklumat mengenai sebarang kes penderaan kanak-kanak yang
berlaku di sekitar mereka. Hal ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana
perbuatan mendera kanak-kanak ini seolah-olah bertujuan untuk memusnahkan keturunan
kita sendiri yang sepatutnya menabur jasa kepada keluarga, bangsa, agama dan negara
kelak. Jika mereka sering diperlakukan dengan tindakan yang ganas sewaktu kecil, tidak
mustahil jika mereka akan bertindak lebih ganas apabila mereka meningkat dewasa kelak.
Justeru, mereka perlu dibimbing dengan penuh perhatian dan kasih sayang agar dunia ini
dapat diwariskan kepada mereka dengan harapan mereka dapat menjaganya dengan baik.
Budaya lepak merupakan satu budaya yang telah menjadi kebiasaan dalam
masyarakat Malaysia. Ke mana-mana sahaja tempat yang kita pergi, pasti akan ada yang
melepak seperti di pusat membeli-belah, restoran mamak dan di taman perumahan. Kamus
Dewan telah mendefinisikan lepak sebagai mereka yang menganggur, tidak mempunyai

pekerjaan, tidak melakukan sebarang pekerjaan. Berdasarkan pengertian tersebut, kita


boleh membuat kesimpulan bahawa orang yang melepak ialah orang yang membuang
masa tanpa melakukan perkara berfaedah. Oleh itu, perbuatan melepak ini bukanlah seperti
perbuatan bersiar-siar, bersantai atau berehat-rehat tetapi ia menjadi gejala yang negatif
apabila melibatkan kumpulan yang besar, secara berterusan dari hari ke hari tanpa mengira
hari yang khusus. Lepak juga boleh ditakrifkan sebagai tidak melakukan sebarang perkara
yang bermanfaat dan produktif untuk satu jangka masa yang lama di tempat-tempat awam.
Perbuatan merehatkan diri di tempat tertentu sama ada bersendirian atau berkumpulan juga
ditakrif sebagai lepak, Hal ini bermakna jika seseorang pergi ke pusat membeli-belah atau
tempat awam yang lain dan berlegar-legar atau berehat di sana tanpa melakukan apa-apa
perkara yang bermanfaat setiap hari dalam seminggu, maka ia boleh dikategorikan dalam
perbuatan lepak. Amalan lepak asalnya ialah suatu amalan yang tidak dianggap sebagai
amalan yang negatif. Manusia daripada pelbagai budaya dan umur, sememangnya
memerlukan masa untuk berehat bersendirian atau bersama keluarga dan rakan-rakan.
Golongan yang tidak bekemampuan mungkin memilih tempat-tempat yang murah dan
sesuai untuk berehat atau melepak iaitu di pusat membeli-belah atau di kedai-kedai kopi.
Golongan yang berada pula memilih tempat-tempat yang eksklusif seperti kelab rekreasi,
hotel terkemuka ataupun padang golf. Amalan lepak menjadi negatif apabila ia dianggap
sebagai keperluan, melampaui had dan menjadi sebahagian daripada gaya hidup
seseorang dewasa atau remaja. Apabila seseorang memperuntukkan masa yang banyak
untuk melepak setiap hari atau setiap minggu di tempat-tempat awam, maka ia bukan lagi
menjadi aktiviti untuk berehat. Pada tahap ini, amalan lepak menjadi satu bentuk gejala
sosial yang kurang baik dan perlu diberi perhatian untuk diatasi.

Isu kekeluargaan

berkemungkinan tinggi untuk menjadi pencetus kepada budaya melepak ini. Kepincangan
dan

keruntuhan

rumah

tangga

seperti

berlakunya

perceraian,

perbalahan,

ketidaksefahaman, kesibukan dan sebagainya, telah memberi kesan yang mendalam


terhadap perkembangan mental dan fizikal remaja yang sedang membesar. Oleh itu,
mereka melihat perbuatan melepak ini sebagai cara bagi menenangkan kekusutan yang
dihadapi. Akhirnya, mereka akan mula terjebak dengan perlakuan jenayah sosial seperti
menagih dadah, memeras ugut, menganggotai kumpulan haram dan sebagainya. Selain itu,
keluarga yang terlalu mengabaikan kebajikan sosial remaja kerana amat mengagungkan
kekayaan, pangkat dan kuasa juga boleh mendorong para remaja melepak di sesuatu
lokasi. Mereka merasakan dengan melepak akan dapat melepaskan kesunyian mereka. Di
sana mereka dapat berbual dengan rakan-rakan sebaya. Antara kesan yang ketara
berpunca daripada aktiviti melepak ini ialah remaja tidak menghormati orang-orang tua
kerana mereka terpengaruh dengan budaya lepak. Mereka lebih selesa dan gemar
menggunakan kata-kata yang kasar dan tidak menghormati orang tua. Kata-kata kesat

sering digunakan terhadap orang yang lebih tua daripada mereka. Akibatnya, banyak remaja
kini sudah tidak mengenali nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya masyarakat
Malaysia. Perkara ini berlaku akibat pengaruh budaya lepak yang bukan sahaja diamalkan
dalam kehidupan seharian tetapi juga telah dijadikan sebagai pegangan hidup. Selain itu,
budaya lepak juga menimbulkan kes jenayah dan kes maksiat. Kebanyakan remaja melepak
tanpa arah dan tujuan. Sekiranya remaja ini melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah,
sudah tentulah mereka yang akan mendapat manfaatnya. Akibat melepak tanpa arah dan
tujuan, ramai remaja hari ini terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti menghisap dadah,
bohsia dan memeras ugut. Rokok sudah menjadi simbol kedewasaan golongan ini. Namun
begitu, rokok juga membawa kepada ketagihan dadah. Gadis remaja pula sanggup
menggadaikan maruah diri. Mereka begitu mudah dibawa oleh kenalan baru sungguhpun
tidak mengenali latar belakang teman baru dengan mendalam. Oleh itu, terjadilah kes-kes
hamil tanpa nikah, pembuangan bayi dan sebagainya. Masyarakat hidup dalam keadaan
tidak tenteram akibat daripada kes-kes ini. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan
mewujudkan suasana keluarga yang bahagia. Ibu bapa boleh memberi panduan dan
bimbingan kepada remaja tentang cara untuk mengawal tekanan dan mengisi masa lapang
secara bijaksana. Dalam sesebuah keluarga itu juga perlu diwujudkan keharmonian,
ketenangan, keamanan dan kesejahteraan. Situasi sedemikian boleh mempengaruhi jiwa
remaja untuk sentiasa bersama keluarga. Ibu bapa sebagai ketua dan pembimbing dalam
keluarga perlu memberi perhatian terhadap anak-anak dan menanamkan sikap ingin ambil
tahu setiap pergerakan dan dan kelakuan anak ketika mereka berada di luar rumah. Ibu
bapa mesti mendisiplinkan anak mereka dan memupuk nilai-nilai agama kepada anak sejak
kecil. Menjadi ibu bapa pada zaman serba moden ini bukannya satu tugas yang mudah. Ibu
bapa sekarang menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesarkan
dan mendidik anak-anak mereka.Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibu bapa ialah
peringkat peralihan daripada zaman kanak-kanak kepada remaja. Struktur rumah yang
sempit perlu diubah bentuknya supaya lebih selesa dan menarik sesuai dengan jiwa remaja
yang inginkan keselesaan. Tegasnya, jelaslah bahawa budaya lepak ini bersifat negatif,
tidak menguntungkan serta bertentangan dengan budaya tempatan. Oleh itu, ibu bapa perlu
mula memantau setiap pergerakan anak-anak mereka agar budaya negatif ini tidak menular
dalam diri anak-anak kita kerana gejala ini ibarat racun yang membunuh mangsanya tanpa
disedari. Bagi para remaja, budaya ini harus dikikis terus daripada kehidupan seharian
mereka.
Pembuangan bayi atau lebih kejam lagi disebut sebagai pembunuhan bayi
merupakan satu perbuatan yang telah berlaku sejak zaman jahiliah lagi, di mana pada
zaman itu bayi lelaki telah dijadikan sasaran. Atas perintah Firaun iaitu raja yang

memerintah pada masa itu, setiap ibu yang melahirkan anak lelaki akan dibunuh. Hal ini
disebabkan Firaun percaya dengan ramalan ahli nujum yang mengatakan akan lahir
seorang lelaki yang bakal mencabar kewibawaannnya, dan seterusnya merampas takhta
pemerintahannya. Perbuatan ini juga berlaku dalam masyarakat Greek dan Rom, di mana
anak-anak kecil dibunuh disebabkan kesempitan hidup. Pada zaman dahulu, pembunuhan
bayi hanya kerana jantinanya dan berlaku dalam masyarakat yang tidak berpelajaran,
terkenal dengan sikap ganas dan kejamnya, hidup berpuak-puak dan saling bermusuhan.
Tetapi pada hari ini ia berlaku dalam keadaan masyarakat yang mempunyai taraf pendidikan
yang tinggi, hidup dalam keadaan aman damai dan mempunyai sistem kehidupan yang
teratur dan mantap. Lebih menyedihkan, ia berlaku tanpa mengira jantina. Biarpun bayi
tersebut tidak ditanam hidup-hidup, tetapi dibuang ke longkang, diletak di tepi jalan, di dalam
semak, tong sampah dan yang paling kejam dimasukkan ke dalam lubang tandas.
Berdasarkan statistik kes buang bayi yang dikeuarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
bagi dua tahun 20112012, seramai 187 orang bayi telah dibuang, iaitu 98 bagi tahun 2011
dan 89 orang bagi tahun 2012. Bagi negeri yang mancatatkan kes pembuangan bayi yang
teramai ialah Selangor dengan 46 kes, iaitu 25 orang bagi tahun 2011 dan 21 orang bagi
tahun 2012. Ini diikuti oleh Sabah yang melibatkan 29 kes, iaitu 15 orang bagi tahun 2011
dan 14 orang pada tahun 2012. Seterusnya, Johor mencatatkan kes pembuangan bayi
seramai 24 orang, iaitu 13 orang pada tahun 2011 dan 11 orang pada tahun 2012. Negerinegeri lain yang mencatatkan kadar pembuangan bayi yang tinggi melebihi sepuluh orang
bagi dua tahun ialah Kuala Lumpur (15 orang) dan Sarawak (13 orang). Perasaan malu
kepada orang ramai dan masyarakat yang dialami si ibu kerana mengandung anak luar
nikah mungkin menjadi salah satu punca pembuangan bayi. Malu juga mungkin disebabkan
oleh keadaan anak itu sendiri seperti kecacatan yang tidak dapat diterima oleh ibu bapa bayi
tersebut. Manusia yang bersikap begitu ialah mereka yang tidak menghargai anak yang
dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Selain itu, perasaan takut seorang perempuan terhadap ibu
bapa dan undang-undang menyebabkan dia akan cuba untuk melepaskan diri daripada
keadaan yang menimpanya, di mana dia telah melahirkan anak luar nikah. Untuk itu,
perempuan

dan

lelaki

yang

terlibat

telah

bertindak

dengan

cara

yang

tidak

berperikemanusiaan iaitu dengan cara membuang bayi tersebut. Seterusnya, perasaan


marah terhadap pasangan yang tidak bertanggungjawab mungkin timbul dalam jiwa
seseorang perempuan yang telah terlanjur melahirkan anak luar nikah. Keadaan marah ini
menyebabkan dia tidak boleh menerima bayi tersebut lalu membuangnya ke dalam tong
sampah atau sebagainya. Sewajarnya setiap pasangan perlu bertanggungjawab ke atas
hasil perbuatan mereka tanpa meninggalkan si ibu keseorangan yang boleh menyebabkan
berlakunya tekanan perasaan dan menimbulkan perasaan marah terhadap pasangannya.
Oleh sebab itulah betapa pentingnya pasangan tersebut bertanggungjawab ke atas perilaku

sumbang yang mereka lakukan. Kesan terhadap bayi yang dilahirkan adalah dia akan
dipandang rendah dan dihina oleh masyarakat setempat. Bayi ini tidak akan dapat
mengetahui siapakah ibu bapa kandung dia apabila meningkat dewasa kelak. Kesan
terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan
tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat
menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahteraan masyarakat kita. Nilai-nilai
tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi telah luntur dalam
kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih faham dan menyisihkan orang yang telah
membuang bayi. Peranan pihak berkuasa dan badan-badan NGO adalah mengatasi
kemelutan pembuangan bayi yang kian parah dari masa ke masa. Pihak berkuasa terutama
pihak polis haruslah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan
anggota masyarakat terutama golongan remaja dengan melakukan pemantauan berkala
terhadap premis-premis perniagaan. Selain itu, pihak polis juga perlu tegas mengenakan
hukuman yang setimpal kepada mereka yang bersalah itu dikenakan hukuman penjara
seumur hidup.Oleh itu, mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan
hubungan yang melampaui batasan agama. Badan-badan NGO pula hendaklah
mengadakan program peringkat awal yang mendidik kanak-kanak daripada peringkat akar
umbi tentang pendidikan agama dan sosial dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Penekanan pendidikan amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja
dengan maklumat yang tepat agar mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang
membabitkan

jenayah

pembuangan

bayi

ini.

Kesimpulannya,

aktiviti

yang

tidak

berperikemanusiaan ini perlulah dibendung dengan kadar segera kerana ia melibatkan


nyawa jutaan manusia yang tidak berdosa dan mereka merupakan generasi yang akan
menjadi pemimpin pada masa hadapan.
Isu-isu yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah telah menjadi isu sosial yang
amat serius di negara kita dan tidak terkecuali beberapa negara luar. Ancaman
penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh nombor satu negara. Meskipun telah
banyak kempen dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan, namun masih terdapat
manusia yang tegar untuk menyalahgunakan dadah. Penagihan terhadap dadah merupakan
penyakit kompleks yang merosakkan kehidupan seseorang penagih terutama daripada segi
fizikal, mental, sosial dan spiritual. Rawatan terhadap mereka yang terlibat dalam
penyalahgunaan dadah perlu merangkumi aspek fizikal, psikologi, mental dan spiritual untuk
membantu proses pemulihan tersebut. Semakin parah masalah dan kerosakan yang dialami
penagih pada setiap aspek tersebut, semakin tinggi kemungkinannya untuk menagih
semula. Tekanan hidup dikatakan menjadi salah satu punca penyalahgunaan dadah ini
berlaku. Tekanan yang berpunca daripada bebanan tempat kerja boleh menyumbang

kepada aktiviti penyalahgunaan dadah dek kerana tidak dapat membahagikan masa dengan
sebaiknya antara urusan peribadi dan urusan kerja. Akibatnya, golongan ini akan mula
terjebak dengan najis dadah yang kononnya dianggap boleh menghilangkan tekanan.
Prestasi di tempat kerja akan merosot dan lambat laun mereka akan kehilangan kerja
sekiranya terus terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Kesan yang jelas ialah dari segi
tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan mula menjauhkan diri daripada
masyarakat umum dan hanya bergaul dengan kumpulan penagih-penagih dadah. Maruah
dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh
menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga, wang yang
banyak untuk merawatnya. Masyarakat pula kini tidak lagi dapat hidup dalam keadaan yang
tenteram kerana berlakunya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh
penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Bagi mencegah penyalahgunaan
dadah ini, undang-undang dadah telah diwartakan di Malaysia dan ia merupakan undangundang paling keras di dunia. Sejak dari tahun 1920-an dan 1930-an lagi telah diwujudkan
enakmen dan pengisytiharan mengenai dadah dan candu yang berasingan. Dalam
pembentukan pendidikan rohani dan jasmani yang sihat untuk anak-anak, ibu bapalah yang
berperanan penting dalam meneruskan institusi kekeluargaan. Dalam konteks ini, ibu bapa
perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa tekanan perasaan dalam kehidupan
seharian dapat diatasi tanpa terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Ibu bapa sepatutnya
memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak mereka, mengambil tahu apa yang mereka
lakukan dan dengan siapakah mereka berkawan. Memandangkan penyalahgunaan dadah
ialah masalah bersama masyarakat, maka setiap anggota masyarakat sepatutnya
memainkan peranan masing-masing untuk mencegahnya. Ia boleh dimulakan seawal
daripada rumah dan di sekolah dengan pemantauan ibu bapa dan pihak sekolah
merangkumi penggunaan masa, pergaulan dengan rakan dan sebagainya. Seterusnya,
selain penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh kerajaan, pemulihan juga
merupakan salah satu langkah untuk mengurangkan kadar penagihan dan pengambilan
semula dadah. Akhir sekali, anggota masyarakat perlu bersikap terbuka dengan menerima
mereka yang sudah insaf dengan kesalahan mereka.
Natijahnya, gejala-gejala sosial yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia begitu
membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak
ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam
keselamatan negara kerana gejala-gejala sosial ini boleh menjerumuskan seseorang itu ke
arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan ketika ini tidak memberi apa-apa makna
sekiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan matlamat untuk mencemerlangkan negara dan

bangsa. Inilah antara perkara yang menjadi isu dan cabaran besar pemimpin dan semua
pihak.

Rujukan
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam : Punca dan
Penyelesaiannya. Cheras, Selangor, Malaysia: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Anu Ratha. (2014, Jun 28). Penderaan Kanak-Kanak. Diperolehi daripada Academia:
http://www.academia.edu/7466953/penderaan_kanak-kanak
Brunnstrom, D. (2014, Jun 21). U.S. says Thailand, Malaysia, Venezuela among worst
human trafficking centers. Diperolehi daripada Reuters:
http://www.reuters.com/article/2014/06/21/us-usa-trafficking-sanctionsidUSKBN0EV19S20140621
Kurniawati Kamarudin. (2011, Mac 30). Malaysia Bertungkus Lumus Hapuskan
Pemerdagangan Manusia. Diperolehi daripada Majlis Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran: http://mapo.bernama.com/news.php?id=574797
Mohd Jamil Yaacob. (2005). Mental sihat: OK di rumah, OK di tempat kerja. Bentong,
Pahang, Malaysia: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-Kanak. Batu Caves, Selangor, Malaysia:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mustafa 'Afifi Ab Halim, Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Rezki Perdani Sawai, Nurhafizah
Muhd Shukor, Dini Farhana Baharuddin, Joki Perdani Sawai, & Abd Halim Mohd
Hussin. (2013). Bayi Yang Dibuang : Hak dan Kedudukan Bayi di Sisi UndangUndang. The Malayan Law Journal, 4.
Nita. (2011, Julai 3). Penyalahgunaan Dadah. Diperolehi daripada Nita's Homepage:
http://members.tripod.com/nita_73/dadah.html

Shahera Diana, & Safri Shahril. (2015, Julai 18). Pemerdagangan Manusia. Diperolehi
daripada Docslide: http://documents.tips/documents/pemerdagangan-manusia55ab4f611f97c.html

Anda mungkin juga menyukai