Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN PROJEK : AMALI 2 (SCE 1034)


SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

PROGRAM

: PPISMP

NAMA

: AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI


KEVIN TIANG SOON MING
LAU WEE MENG

KELAS

: P1SN

AMBILAN

: JUN 2015

NAMA PENSYARAH

: PUAN AZILINA BINTI MOHAMED NOR

TARIKH HANTAR

: 20 OGOS 2015

Tujuan
Mengkaji sel haiwan dan sel tumbuhan
Alat radas dan bahan
Mikroskop,slaid dan penutup slaid,pisau,forsep,bawang,larutan iodin,air suling,larutan
metilina biru,pencungkil gigi,kertas turas
Prosedur
A. Mengkaji sel bawang
1. Sehelai daun sisik sukulen berukuran 1 cm3 daripada sebiji bawang besar dikupas
dengan menggunakan pisau.
2. Lapisan epidermis lutcahaya ditanggalkan dari sebelah dalam daun sisik itu
menggunakan forsep secara berhati-hati.
3. Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih.
4. Kemudian, epidermis bawang diletakkan di atas titisan air itu dengan cermat supaya
epidermis tidak berlipat.
5. Selepas itu, epidermis bawang ditutup dengan penutup slaid secara perlahan-lahan.
6. Kemudian, sehelai kertas turas diletakkan di salah satu pinggir penutup kaca dan
satu titik larutan iodin dititiskan pada satu pinggir penutup kaca.Larutan iodin itu akan
meresap ke dalam sel epidermis bawang lalu mewarnakan bahagian tertentu di
dalam sel itu.Teknik ini dikenali sebagai teknik pengairan.
7. Spesimen tersebut diperhatikan di bawah mikroskop dengan menggunakan kanta
objektif kuasa rendah dan diikuti dengan objektif kuasa tinggi.Hasil pemerhatian sel
tersebut pada kuasa pembesaran yang berbeza dilukis dan dilabelkan.Dinding
sel,membran sel,nukleus,vakuol dan sitoplasma.
B. Mengkaji sel pipi
1. Berkumur mulut dengan air bersih.
2. Pencungkil gigi digunakan untuk mengikis lapisan dinding dalam pipi secara
3.
4.
5.
6.

perlahan dengan berhati-berhati.


Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih.
Selepas itu, hasil kikisan tersebut diletakkan di atas titisan air itu.
Hasil kikisan tersebut ditutup dengan penutup slaid secara perlahan-perlahan.
Kemudian, sel tersebut dititiskan dengan larutan metilina biru melalui teknik

pengairan.
7. Spesimen tersebut diperhatikan di bawah mikroskop dengan menggunakan kanta
objektif kuasa rendah dan diikuti dengan objektif kuasa tinggi.Hasil pemerhatian sel
tersebut pada kuasa pembesaran yang berbeza dilukis dan dilabelkan.
Keputusan

a. Sel bawang

4x

10x

4x

10x

b. Sel pipi

Perbincangan
Setelah menjalankan ekperimen ini kita dapat mengetahui bahawa sel tumbuhan dan sel
haiwan mempunyai persamaan dan perbezaan dalam ciri-ciri tertentu. Yang mana
persamaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan ialah mempunyai nukleus, sitoplasma ,

membran plasma, jasad Golgi, mitokondrion dan jalinan endoplasma. Di antara


perbezaannya dinyatakan dalam jadual di bawah.
PERBEZAAN DI ANTARA SEL TUMBUHAN DENGAN SEL HAIWAN
SEL TUMBUHAN

SEL HAIWAN

1. mempunyai dinding sel

1. tidak mempunyai dinding sel


2. mempunyai bentuk yang tidak

2. mempunyai bentuk yang teratur


3. mempunyai vakuol-vakuol yang
besar
4. mempunyai kloroplas dengan
pigmen klorofil di dalamnya.

teratur
3. mempunyai vakuol-vakuol yang
kecil
4.tidak mempunyai kloroplas
5. mempunyai granul glikogen

5. mempunyai granul kanji (simpanan

(simpanan makanan) di dalam

makanan) di dalam sitoplasma

sitoplasma.

Kesimpulan
Secara asasnya,sel pipi tidak mempunyai bentuk yang tetap dan setiap sel mengandungi
nukleus,sitoplasma dan membran plasma. Di samping itu, sel haiwan tidak mempunyai
dinding sel dan mempunyai bentuk yang tidak teratur. Ianya mempunyai vakuol-vakuol yang
kecil dan tidak mengandungi kloroplas. Ianya juga mempunyai granul glikogen ( simpanan
makanan) di dalam sitoplasma. Sel tumbuhan mempunyai bentuk tetap. Sel tumbuhan
mempunyai dinding sel, membran plasma, nukleus, sitoplasma dan vakuol yang besar.
Setengah sel seperti sel daun Elodea mempunyai kloroplas. Struktur membran plasma
berselaput nipis, kenyal dan separa telap dan ianya terdiri daripada protein dan lipid.
Fungsinya ialah untuk mengawal pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel. Di samping
itu, struktur dinding sel terletak di luar membran sel dan terbina daripada selulosa dan
bersifat telap sepenuhnya. Ianya keras dan tegar. Ia berfungsi memberi sokongan,
ketegaran dan bentuk kepada sel tumbuhan.

Anda mungkin juga menyukai