Anda di halaman 1dari 4

Amali 3: Pemerhatian sel haiwan (sel pipi) dan sel tumbuhan (sel epidermis daun bawang) Objektif: Untuk

menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik staining yang betul Alat radas dan bahan: Mikroskop ,slaid mikroskop ,sisip kaca ,penitis ,forsep ,bilah pencungkil gigi , larutan Metilena biru,larutan Iodin ,bawang Prosedur: (a) Pemerhatian sel pipi

1) Berkumur-kumur. 2) Dengan menggunakan pencungkil gigi, kikis satu lapisan sel bahagian dalam

pipi dengan berhati-hati.


1

3) Setitis air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih


4) Hasil kikisan diletakkan ke dalam titisan air tersebut,

Tutup dengan sisip kaca perlahan-lahan


5) Warnakan dengan setitik larutan Metilena biru menggunakan teknik

pengairan
6) Perhatikan spesimen di bawah kanta objektif berkuasa rendah diikuti dengan

kanta objektif berkuasa tinggi.


7) Lukiskan sel tersebut dan labelkan bahagian berikut: nukleus, bahan

kromatin, sel membran dan sitoplasma. Nyatakan pembesaran lukisan anda. Sekiranya anda tidak ingin menggunakan sel pipi,anda juga boleh menggunakan sel kulit mati. Letakkan pelekat selotape pada tangan dan tarik sel tersebut dan letak pada slaid. Ini akan menunjukkan saiz dan bentuk sel tetapi anda tidak dapat melihat kandungan sel tersebut.

(b) Pemerhatian sel epidermis bawang

1) Potong sehelai daun sisik sukulen berukuran 1 cm daripada sebiji bawang besar
2) Dengan menggunakan forsep,tarik lapisan epidermis dari sebelah dalam

daun sisik tersebut. 3) Letak setitis air di tengah sekeping slaid yang bersih 4) Letak epidermis bawang di atas titisan air itu dengan cermat supaya tidak terlipat
5) Rendahkan sisip kaca penutup secara perlahan-lahan.

6) Warnakan dengan larutan iodin dengan teknik pengairan.


7) Perhatikan spesimen di bawah kanta objektif berkuasa rendah diikuti dengan

kanta objektif berkuasa tinggi.


8) Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian berikut:nukleus,bahan

kromatin,sel membran,dinding sel,sitoplasma dan vakuol. Nyatakan pembesaran lukisan anda. Untuk melihat sel tumbuhan dengan kloroplas ,anda boleh melihat pada daun lumut dengan menggunakan cara yang sama. Soalan: 1) Namakan jenis sel pada bahagian dalam pipi.
2) Mengapakah sel epidermis bawang tidak mengandungi kloroplas? Cadangkan

tumbuhan yang boleh anda gunakan untuk memerhatikan kloroplas.


3) Bina satu jadual untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan antara sel

haiwan dan sel tumbuhan. Cuba dapatkan informasi tentang orang yang pertama menemui sel dan bila.

Anda mungkin juga menyukai