Anda di halaman 1dari 33

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

HBML4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

PUSAT PEMBELAJARAN

: PP WILAYAH SARAWAK
KANDUNGAN

1.0.

PENGENALAN

2.0.

KONSEP DAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN

2.1.

Definisi dan konsep penggabungjalinan

2.2.

Strategi penggabungjalinan

3.0.

APLIKASI STRATEGI PENGGABUNGJALINAN DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)


3.1.

4.0.

5.0.

Aplikasi penggabungjalinan beberapa kemahiran


dalam P&P

3.2.

Aplikasi penggabungjalinan aktiviti dalam P&P

10

3.3.

Aplikasi penggabungjalinan bahan dalam P&P

12

REFLEKSI

13

4.1.

Pencapaian objektif

13

4.2.

Kekuatan pengajaran dan pembelajaran

13

4.3.

Kelemahan pengajaran dan pembelajaran

14

4.4.

Cadangan

15

RUMUSAN

15

RUJUKAN

17

LAMPIRAN

18

1.0.

PENGENALAN
Dalam era globalisasi kini, zaman telah berubah dengan pesat sekali termasuk juga sistem

pendidikan. Pelbagai kaedah dan pendekatan baru yang diperkenalkan serta digunakan agar
strategi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Salah satu strategi yang digalakkan untuk
guru-guru gunakan ialah penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua (2003:7-8), disebut:
Penggabungjalinan turut terdiri daripada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran,
penggabungjalinan bahan dan penggabungjalinan aktiviti.

(Dipetik dari HBML Kurikulum dan Perkaedahan


dalam Pengajaran Bahasa Melayu, 2010: 5)

Berdasarkan kenyataan ini, penggabungjalinan bertujuan untuk menggalakkan pengajaran dan


pembelajaran sesuatu kemahiran atau aspek bahasa secara bersepadu. Penggabungjalinan
kemahiran, bahan pengajaran, dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadikan aspek-aspek
pembelajaran saling melengkapi. Proses penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan, menarik dan bermakna dan memberikan peluang kepada
murid untuk menguasai beberapa kemahiran secara serentak.
Dengan menggunakan strategi gabungjalin diharap pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan, menggalakkan pelajar lebih aktif dan mengelakkan kebosanan dalam
proses pembelajaran. Di antara lain, program gabungjalin bertujuan untuk:
i.
ii.
iii.
iv.

Membolehkan pelajar-pelajar menguasai beberapa kemahiran serentak dan dengan


lebih bermakna;
Mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik;
Menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan
Kemahiran-kemahiran saling memperkukuhkan.
(Kamarudin Hj Husin, 1989: 121)

Sehubungan dengan itu, tugasan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
guru-guru dalam mengamalkan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran melalui
pendedahan yang betul kepada konsep tersebut. Dengan wujudnya kesedaran tentang
kepentingan

strategi

penggabungjalinan

dalam

pengajaran

bahasa,

guru-guru

dapat

mengamalkannya dengan sempurna dan melaksanakan strategi ini dalam pengajaran setiap kali
ada peluang.

2.0.

KONSEP DAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN

2.1.

Definisi dan konsep penggabungjalinan


Penggabungjalinan bermaksud perihal atau perbuatan mencantumkan (Kamus Dewan

Edisi ke-4, 2007:420). Penggabungjalinan juga dapat ditakrifkan sebagai suatu pengolahan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang melibatkan pengajaran beberapa aspek
kemahiran bahasa dikumpulkan dan diajar serentak dan berkait rapat di antara satu dengan lain
dalam satu waktu pengajaran. Penggabungjalinan juga meliputi penggabungan beberapa mata

pelajaran, aktiviti, pendekatan dan media (Mat Nor Hussin, Normah Abdullah dan Marzukhi
Nyak Abdullah, 1989:23-24).
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 5
(2003), penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku
antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu inter bidang atau kemahiran
berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intra bidang. Selain itu aspek tatabahasa, kosa kata, dan
peribahasa juga digabungjalinkan.
Oleh yang demikian, konsep sebenar penggabungjalinan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu ialah proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi
mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Antara kemahiran-kemahiran asas
yang dimaksudkan adalah mendengar dan bertutur (lisan), membaca dan menulis. Melalui proses
penggabungjalinan ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan dengan cara ini juga
membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran-kemahiran secara bersepadu sama seperti
yang dialami dalam kehidupan sehari-hari. Melalui strategi penggabungjalinan ini juga pelbagai
kemahiran, aktiviti, bahan, media dan pendekatan dapat saling memperkukuh.

2.2.

Strategi penggabungjalinan
Dalam konteks KBSR (Asas KBSR I, 1992:4), penggabungjalinan ialah proses

pembelajaran beberapa kemahiran dalam satu pelajaran atau beberapa pelajaran yang saling
berkaitan. Kemahiran boleh digabung jalin melalui dua cara, iaitu:
(a) menggabungjalin beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran; dan
(b) menggabungjalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran.
Manakala mengikut konteks KBSM (Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua,
2003:7-8), penggabungjalinan terdiri daripada tiga bentuk, iaitu:
(a) Penggabungjalinan kemahiran
(b) Penggabungjalinan aktiviti; dan
(c) Penggabungjalinan bahan.
Berdasarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM), terdapat persamaan dari segi penggabungjalinan aspek kemahiran, cuma
diperincikan lagi dalam KBSM strategi penggabungjalinan dari aspek bahan dan aktiviti. Oleh
itu, ketiga-tiga aspek telah diberi keutamaan dalam rancangan pelajaran.
2.2.1. Pelaksanaan penggabungjalinan
Penggabungjalinan boleh dilaksanakan dengan tiga cara iaitu:
(a)
Penggabungjalinan kemahiran

Penggabungjalinan ini melibatkan dua strategi, iaitu:


(i)
Menggabungjalin beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Dalam pengajaran bahasa, ada empat kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur (lisan), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalin
beberapa atau kesemua kemahiran itu dalam sesuatu pengajaran mengikut tahap kesesuaiannya.
Contoh penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran adalah seperti dalam Rajah 1
yang berikut:

Membaca

Mendengar
Lisan

Menulis

Rajah 1: Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran


Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan
berdasarkan kepada objektif, kebolehan, pencapaian murid dan masa yang diperuntukkan untuk
pengajaran tersebut. Contoh:
Lisan

Bacaan
Tatabahasa

Penulisan

Penulisan

Lisan
Tatabahasa

Penulisan

Lisan

Bacaan
Tatabahasa

Lisan

Lisan

Penulisan
Tatabahasa

Bacaan

Rajah 2: Gabungan dan susunan kemahiran dalam sesuatu pelajaran


Kemahiran fokus dan kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus
hendaklah dirancang dengan teliti. Misalnya, dalam model pengajaran dalam Rajah 3 fokus
utama ialah lisan, dengan bacaan dan tulisan sebagai fokus sampingan. Manakala tatabahasa
disampaikan secara tidak langsung sepanjang pelajaran.

Lisan

Tatabahasa

Bacaan

Tulisan
Lisan + Tulisan + Bacaan
Rajah 3: Penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam satu pengajaran
(ii)
Menggabungjalin kemahiran beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran.
Guru juga boleh menggabungjalin kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam
satu pelajaran. Misalnya dalam pelajaran bahasa, boleh digabungjalinkan dengan kemahiran
Pendidikan Seni dan Muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus manakala
kemahiran Pendidikan Seni dan Muzik sebagai kemahiran sampingan. Contoh:

Tajuk

: Kawan saya.

Kemahiran bahasa

: Membaca dan menulis mengenai kawan saya.

Kemahiran Pendidikan Seni: Melukis dan mewarna gambar kawan saya.


(b)

Kemahiran Muzik aktiviti: Menyanyi lagu Kawan Saya untuk mengukuhkan


Penggabungjalinan
Guru menggabungjalinkan perbendaharaan
sekurang-kurangnya
dua digunakan
aktiviti atau
mengikut
kata yang
dalamlebih
bacaan.

kesesuaian yang meliputi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan. Penggabungjalinan
aktiviti-aktiviti dirancang mengikut urutan yang baik (dipetik dan diubahsuai dari HBML4303
Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu, 2010:6). Contoh:
Aktiviti 1:
Mendengar
*Guru
memperdengar
kan kepada
pelajar-pelajar
rakaman
bacaan yang
baik, misalnya
satu petikan
dari majalah.

Aktiviti 2:
Membaca
*Pelajar
membaca
bahan petikan
daripada
rakaman kaset
yang
diperdengarka
n tadi.

Aktiviti 3:
Mengesan isi
penting
*Pelajar
mengesan isiisi penting dari
bahan petikan
yang di baca

Aktiviti 4:
Menulis ulasan
*Pelajar
menulis ulasan
berdasarkan
isi-isi yang
diperolehi tadi.

Rajah 4: Penggabungjalinan aktiviti


(c)

Penggabungjalinan bahan
Penggabungjalinan bahan mengutamakan bahan-bahan atau tema pengajaran dan

pembelajaran. Bahan-bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.
Perancangan adalah penting bagi menentukan kesesuaian dan keperluan bahan mengikut

pengalaman dan tahap pencapaian pelajar. Bahan-bahan yang digabungjalin hendaklah mengikut
keperluan masa disamping mempunyai pertalian dan urutan yang baik. Contoh:

BAHAN
SOKONGA
N

Renca
na

BAHAN
UTAMA

Gamb
ar

Temub
ual
BAHAN
LISAN

Rajah 5: Penggabungjalinan bahan


Berdasarkan Rajah 5 di atas, guru boleh menggunakan satu bahan utama rencana tentang
pencemaran digabungjalinkan dengan bahan sokongan yang berupa bahan rangsangan, iaitu
gambar dan bahan lisan, iaitu temu bual tokoh atau individu yang diperkatakan dalam rencana
tersebut.
Maka, huraian terperinci tentang definisi, konsep, strategi dan pelaksanaan pendekatan
penggabungjalinan sebelum ini jelas sekali menunjukkan bahawa murid akan mengambil
bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponenkomponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta
kesenian dan rekreasi. Dalam menggunakan pendekatan yang sedemikian, guru-guru digalakkan
menjalankan pelbagai kegiatan atau aktiviti serta menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.
Sehubungan dengan itu, strategi sebeginilah yang cuba saya terapkan dalam Rancangan
Pengajaran Harian Bahasa Melayu untuk Tahun 5.

3.0.

APLIKASI STRATEGI PENGGABUNGJALINAN DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN (P&P)
Bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan, saya telah

merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik mengikut

prosedur yang disebut sebagai Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Yang berikut ini ialah
contoh dan pelaksanaan RPH menggunakan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di Tahun 5. Pengaplikasian strategi ini akan dihuraikan
berdasarkan tiga perkara berikut:
3.1.

Aplikasi penggabungjalinan beberapa kemahiran dalam P&P


Dalam pengajaran, saya telah memilih kesemua kemahiran bahasa yang hendak dicapai

iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis. Objektif yang hendak
dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran difokuskan kepada kemahiran lisan (kemahiran
utama). Di samping itu, kemahiran membaca dan menulis (kemahiran sampingan) turut
digabungjalinkan. Masa yang lebih banyak ditumpukan pada kemahiran lisan kerana ia
merupakan kemahiran fokus manakala sebaliknya untuk kemahiran membaca dan menulis
kerana kedua-duanya adalah sebagai kemahiran sampingan. Kesemua kemahiran yang
digabungjalin di susun atur mengikut langkah-langkah pengajaran yang telah disediakan dan
secara ringkasnya digambarkan dalam Rajah 6 di bawah.

Langkah
pengajara

Kemahiran

Aktiviti pembelajaran

n
KEMAHIRAN LISAN
2.2. Melaporkan sesuatu perkara dengan
Set
Induksi
(5 minit)

menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.


Aras 1(i) Mengemukakan data yang
diperoleh tentang sesuatu perkara.

Guru menunjukkan gambar


animasi Kampung Boy dan
bersoal jawab dengan murid.
Guru mengaitkan gambar dengan
tajuk pembelajaran pada hari itu.

Langkah 1
(15 minit)

KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca secara senyap petikan

5.2. Membaca kuat teks prosa dan puisi

Kartunis Lat dengan sebutan

dengan sebutan dan intonasi yang betul dan

dan intonasi yang betul.

lancar serta memahami perkataan yang

Bersoal jawab dan berbincang

dibaca.
Aras 3(ii) Memahami isi kandungan teks

berkaitan teks yang telah dibaca.

yang dibaca.
Langkah 2
(20 minit)

KEMAHIRAN LISAN

Berbincang dalam kumpulan dan

10.3. Membuat ringkasan daripada bahan

melengkap isi borang pengurusan

yang didengar atau dibaca.

grafik tentang isi-isi penting dan

Aras 2(i) Mencatat isi daripada pelbagai

ciri-ciri dalam karya Lat.

bahan yang dibaca.

Wakil kumpulan membentangkan


hasil tugasan.
Sesi sumbang saran bagi
memantapkan hasilan kumpulan.

Langkah 3
(15 minit)

KEMAHIRAN MENULIS DAN SISTEM

Guru menerangkan ciri-ciri kata

BAHASA

hubung.

2.2. Melaporkan sesuatu perkara dengan

Murid menyenarai dan menyata

menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

kata hubung yang didapati dari

Aras 1(i) Mengemukakan data yang

petikan.

diperoleh tentang sesuatu perkara.

Murid membina ayat secara lisan


dan melengkapkan ayat dengan
menggunakan kata hubung yang

KEMAHIRAN LISAN
2.2. Melaporkan sesuatu perkara dengan
Penutup
(5 minit)

menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.


Aras 1(i) Mengemukakan data yang
diperoleh tentang sesuatu perkara.

sesuai dan tepat.


Murid menyatakan siri animasi
lain, dihasilkan oleh anak
tempatan sambil berbincang dan
berbual tentang kejayaan siri
animasi di Malaysia.
Kerja projek: Murid secara
berkumpulan melukis dan
mewarna poster animasi yang
digemari.

Rajah 6: Penggabungjalinan beberapa kemahiran dalam satu mata pelajaran


Aplikasi kemahiran lisan telah saya terapkan seawal langkah set induksi lagi. Kemahiran
lisan digalakkan melalui perbualan tentang gambar animasi Kampung Boy. Ianya dibincangkan
dari segi pengetahuan sedia ada pelajar terhadap siri animasi tersebut iaitu melalui pengalaman
menonton siri animasi tersebut di dalam kehidupan seharian mereka. Perbincangan dan
perbualan antara guru dan murid secara tidak langsung telah mengaitkan gambar dengan tajuk
pembelajaran pada hari itu.

Langkah pengajaran berikutnya, kemahiran membaca lebih ditumpukan. Pelajar-pelajar


pada mulanya dikehendaki membaca petikan tentang Kartunis Lat secara senyap kemudian,
mereka dipilih secara rawak untuk aktiviti bacaan secara nyaring dengan sebutan dan intonasi
yang betul. Bagi mengetahui sama ada pelajar faham atau tidak mengenai petikan yang mereka
baca, saya telah mengemukakan beberapa persoalan dan meminta mereka menjawab secara lisan
soalan-soalan tentang petikan tersebut.
Seterusnya, melalui aktiviti kerja kumpulan pada langkah ke-2 pengajaran, kemahiran
lisan ditekankan semula. Pelajar-pelajar telah dikehendaki mencari isi-isi penting dan
menyenaraikan ciri-ciri dalam karya Lat dari bahan yang dibaca tadi. Hasilan kumpulan
kemudiannya dikemukakan oleh wakil setiap kumpulan. Sesi sumbang saran ini adalah bertujuan
untuk memantapkan hasilan kumpulan di samping menambahbaik dan memperbaiki jawapan
pelajar.
Langkah ke-3 pengajaran pula mengutamakan kemahiran menulis. Kemahiran ini
ditimbulkan melalui aspek tatabahasa iaitu kata hubung di dalam konteks petikan karangan
Kartunis Lat yang telah diedar sebelumnya. Dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia KBSR
dan KBSM, tatabahasa tidak diajar secara langsung sebagai satu tajuk sendiri. Oleh itu, semasa
pengajaran telah diterapkan aspek tatabahasa (kata hubung) kepada pelajar. Pengajaran aspek
tatabahasa ini telah diajar melalui bacaan dan pemahaman di dalam konteks petikan itu,
kemudian dikembangkan melalui perbualan dan perbincangan bersama pelajar mengenai
fungsinya. Saya juga telah mengembang dan meminta pelajar-pelajar menggunakan kata hubung
itu melalui aktiviti membina ayat secara lisan menggunakan kata hubung yang tepat. Setelah
pelajar didedahkan kepada aspek tatabahasa tersebut secara tidak langsung, pengukuhan
penggunaan tatabahasa boleh ditingkatkan melalui kemahiran tulisan pelajar. Bagi tujuan ini
pelajar diminta melengkapkan ayat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai dalam
lembaran kerja yang disediakan. Selepas itu perbincangan jawapan bersama pelajar dilakukan
untuk memastikan pelajaran tatabahasa menjadi lebih bermanfaat, sesuai dan tepat pada
tempatnya.
Akhirnya, pada langkah penutup sekali lagi kemahiran lisan diterapkan. Teknik soal
jawab digunakan untuk membolehkan pelajar menyatakan pendapat mengenai siri animasi lain
yang dihasilkan oleh anak tempatan selain dari kartunis Lat yang dibincangkan dari bahan
petikan sebelumnya. Secara tidak langsung perbincangan ini cuba mengaitkan isi pelajaran dan
sekaligus merumus pelajaran pada hari itu. Aktiviti selanjutnya, pelajar secara berkumpulan

diminta melukis dan mewarna poster siri animasi di Malaysia. Mereka dikehendaki berbincang
dan memilih satu siri animasi dan melaksanakan kerja projek dalam suatu tempoh yang telah
ditetapkan. Secara tidak langsung kemahiran Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan
mewarna gambar animasi adalah sebagai kemahiran sampingan selain kemahiran bahasa yang
menjadi fokus utama pengajaran dan pembelajaran.
3.2.

Aplikasi penggabungjalinan aktiviti dalam P&P


Segala aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan

pengukuhan terhadap pertumbuhan minat yang berterusan di kalangan pelajar mengikut


kesesuaian yang meliputi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan. Kepelbagaian aktiviti
akan lebih mencabar pemikiran pelajar-pelajar dan ini menjurus kepada perkembangan aras
keyakinan mereka, menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang sihat, bermotivasi dan aktif.
Hakikatnya kepelbagaian aktiviti membolehkan pelajar menguasai beberapa kemahiran
secara serentak dalam satu pengajaran. Hal ini jelas saya terapkan di dalam set induksi.
Permulaan pengajaran dimulai dengan aktiviti lisan bersoaljawab tentang gambar animasi
Kampung Boy, kemudian dilanjutkan dengan aktiviti kefahaman, iaitu aktiviti memahami
perkaitan gambar animasi dengan isi pelajaran pada hari itu. Secara tidak langsung,
membolehkan kemahiran lisan dan kefahaman dikuasai secara serentak oleh pelajar. Begitu juga
halnya dalam langkah pertama pengajaran, aktiviti bacaan iaitu aktiviti memahami petikan
bertajuk Kartunis Lat digabungjalinkan dengan aktiviti lisan perbincangan, di mana teknik
soaljawab telah digunakan untuk menilai pemahaman pelajar tentang petikan yang telah mereka
baca. Aktiviti bahasa seperti bacaan dan perbincangan ini sesuai diadakan untuk menggalakkan
pelajar-pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang tajuk petikan berkenaan. Rajah 7 di
bawah menjelaskan lagi penggabungjalinan aktiviti yang dibincangkan tadi.

SET
INDUKSI

LISAN
Bersoaljawa
b

BACAAN &
KEFAHAMA
N
Memahami

LANGKA
H1

BACAAN &
KEFAHAMA
N
Memahami

LISAN
Perbincang
an

LANGKA
H2

BACAAN &
KEFAHAMA
N
Mengesan
isi

TULISAN
Mencatat isi

LISAN
Perbincang
an

LANGKA
H3

BACAAN &
KEFAHAMAN
Mengesan
kata hubung

TULISAN
Mencatat
kata
hubung

LISAN
Membina
ayat

PENUTU
P

LISAN
Berbual

TULISAN (AKT
LANJUTAN)
Melukis &
Mewarna

TULISAN
Melengkap
ayat

Rajah 7: Penggabungjalinan aktiviti


Seterusnya, langkah ke-2 pengajaran dimulai dengan aktiviti pemahaman, mengesan isiisi dan ciri-ciri penting dalam petikan dan disusuli aktiviti tulisan iaitu pelajar secara
berkumpulan mencatat isi-isi dan ciri-ciri penting dari petikan ke dalam lembaran kerja yang
disediakan. Gabungjalin aktiviti diteruskan dengan aktiviti lisan perbincangan secara
berkumpulan bagi menggalakkan pelajar menyuarakan tentang jawapan dan pendapat mereka,
guru menjadi penasihat dan pembimbing kepada perbincangan tersebut.
Dalam langkah ke-3 pengajaran, aktiviti pemahaman iaitu mengesan kata hubung dari
bahan yang sama digabungjalin dengan aktiviti tulisan mencatat kata hubung yang dikesan dari
petikan, kemudian membina ayat secara lisan menggunakan kata hubung yang sesuai dan
seterusnya dilanjutkan dengan aktiviti pengukuhan bertulis, iaitu melengkap ayat untuk
memantapkan penguasaan kata hubung para pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran pada hari itu diakhiri dengan aktiviti lisan berbual di
samping guru merumus isi pelajaran. Kemudiannya, kerja projek secara berkumpulan iaitu
aktiviti melukis dan mewarna poster siri animasi yang dijalankan di luar waktu pengajaran telah
diadakan agar pendidikan yang diperolehi melalui pengalaman secara langsung meninggalkan
kesan pengajaran yang lebih mendalam di kalangan pelajar di samping menggabungjalin
kemahiran matapelajaran Pendidikan Seni Visual ke dalam pengajaran bahasa.

3.3.

Aplikasi penggabungjalinan bahan dalam P&P


Setiap mata pelajaran berpotensi menggunakan pelbagai bahan dalam pembelajaran.

Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bahan-bahan ini memungkinkan
kewujudan suatu gambaran yang membolehkannya dilihat atau didengar. Oleh itu berkesan atau
tidaknya sesuatu pelajaran bahasa itu bergantung kepada kebijaksanaan guru memilih bahan
yang dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Maka aplikasi penggabungjalinan bahan telah diperkembangkan sehingga meliputi semua
kemahiran pengajaran dan pembelajaran bahasa. Contohnya, bahan gambar iaitu siri kartun
animasi Kampung Boy, digunakan untuk mengajar pelajaran bahasa di bawah kemahiran lisan
seperti berbual, bersoaljawab dan berbincang. Susulan dari aktiviti tersebut, pelajar dikehendaki
membaca dan memahami bahan petikan bertajuk Kartunis Lat dan seterusnya melengkapkan
lembaran kerja yang diberikan. Pelajar kemudiannya menjawab soalan dan membincangkan
jawapan bersama guru. Susun atur penggabungjalinan bahan utama (petikan) dan bahan
sokongan (gambar) dapat dilihat dalam Rajah 8.

BAHAN
SOKONGAN
Gambar

BAHAN UTAMA
Petikan

Rajah 8: Penggabungjalinan bahan


Kesinambungan dan unsur gabungjalin bahan yang ditunjukkan dalam Rajah 8
menjadikan suatu pelajaran itu boleh dihubungkaitkan dengan pelbagai aspek kemahiran bahasa
iaitu lisan, tulisan, bacaan dan kefahaman.

4.0.

REFLEKSI
Selepas proses P&P di dalam bilik darjah berlaku, perbincangan diteruskan berdasarkan

perkara-perkara berikut:
4.1.

Pencapaian objektif
Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan penggabungjalinan

membolehkan pelajar menguasai beberapa kemahiran secara serentak. Selain itu pelbagai
kemahiran, aktiviti dan bahan pengajaran mengikut kebolehan, sesuai dengan minat dan tahap

pengetahuan bahasa pelajar-pelajar dapat saling memperkukuh. Pelajar telah menunjukkan


minat, rasa seronok, aktif dan dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan dikemukakan guru,
melengkapkan 5 daripada 8 isi penting dalam petikan serta dapat melengkapkan 5 daripada 7
ayat menggunakan kata hubung. Ini bermakna objektif pengajaran dan pembelajaran adalah
tercapai.
4.2.

Kekuatan pengajaran dan pembelajaran


Pengajaran dan pembelajaran (P&P) menggunakan strategi penggabungjalinan telah

memberi hasil yang sungguh menggalakkan. Didapati cara menggabungkan beberapa kemahiran
bahasa dalam satu pelajaran dan menggabung kemahiran daripada mata pelajaran lain lebih
menimbulkan minat pelajar-pelajar untuk mempelajari dan mengetahui isi pelajaran dengan lebih
mendalam menerusi kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai oleh mereka. Sehubungan itu,
pendekatan ini juga menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara
seimbang, harmonis dan bersepadu. Pelajar digalakkan untuk berfikir dan memberikan pendapat
semasa pengajaran berlangsung. Secara tidak langsung ianya mendidik pelajar dalam kemahirankemahiran tertentu dan pelajar-pelajar juga berpeluang untuk menyepadukan kemahirankemahiran yang perlu dalam kehidupan seharian mereka.
Pendekatan ini juga berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan
mengelakkan kebosanan terhadap pelajar. Kepelbagaian aktiviti membolehkan pelajar
melibatkan diri semasa P&P dijalankan dengan bergiat aktif contohnya menjawab pertanyaan
guru, membaca, menulis dan sebagainya. Ini dapat membuktikan bahawa pelajar lebih mudah
menumpukan perhatian sekiranya guru menggunakan bahan pengajaran yang menarik dan
merangsang minda pelajar. Pembelajaran yang menyeronokkan adalah berpusatkan kepada
pelajar.
Selain itu penggabungjalinan kemahiran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
menggalakkan pelajar membuat rujukan, contohnya di makmal komputer sekolah. Pelajar dapat
mengetahui sesuatu topik pelajaran secara mendalam dengan cara mengalami sendiri, seperti
meneroka dan mengakses maklumat dari internet serta pelbagai cara lain yang ada di sekeliling
mereka.
Saya juga berpendapat, strategi ini dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semua
kemahiran bahasa boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang besar dalam masa yang
singkat. Di samping itu, cara ini dapat menyumbang bahan-bahan tambahan yang tidak boleh
diperoleh oleh pelajar melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan sesetengah pelajar akan

merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian yang lebih distrukturkan. Mereka lebih mudah
menganalisa, menginterpretasi, dan mensintesis bahan-bahan pembelajaran apabila disampaikan
secara langsung.
4.3.

Kelemahan pengajaran dan pembelajaran


Umumnya, penggunaan bahan kartun mendapat tempat di hati pelajar ketika proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun, saya seharusnya peka terhadap kelemahan
penggunaan bahan ini. Saya dapati semasa set induksi pelajar lebih tertarik kepada gambargambar kartun, bukan kepada perbincangan dan soalan-soalan yang dikemukakan guru.
Selain itu tanpa bahan yang sesuai proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang
menarik. Tumpuan yang mampu diberikan oleh murid-murid hanyalah sekitar 20 minit
awal sahaja. Selepas tempoh tersebut, tumpuan pelajar mulai berkurangan. Saya tidak
menggunakan bahan atau alat bantu mengajar yang menarik dalam langkah seterusnya
menyebabkan pelajar kehilangan minat untuk menumpukan perhatian dalam pengajaran
selanjutnya.

4.4.

Cadangan
Pada sesi pengajaran akan datang, saya akan kerapkali menerapkan pendekatan ini dalam

pengajaran agar para pelajar lebih menonjol dalam semua kemahiran. Di samping itu saya akan
cuba menjadi lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid
lebih berasa seronok dan tidak mudah bosan dalam memahami setiap apa yang diajarkan kelak.
Berdasarkan pengggunaan bahan gambar kartun animasi dalam set induksi, jelas sekali ia
merupakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran. Jika disesuaikan dengan konteks situasi dan kognitif murid, bahan itu boleh
meransang penglibatan keseluruhan kelas. Oleh itu dalam pengajaran yang akan datang saya
akan kerap lagi menggunakan bahan kartun dalam pelbagai aspek kemahiran bahasa. Misalnya
dalam pengajaran lisan; lukisan kartun bersiri boleh digunakan. Manakala dalam mengajar aspek
pemahaman, soalan-soalan yang dibina daripada rentetan cerita dan dailog-dailog boleh
digunakan. Seterusnya untuk pengajaran aspek tatabahasa, dailog-dailog kartun yang
menggunakan bahasa pasar boleh ditukar menjadi ayat yang gramatis atau melakukan aktiviti

menukar cakap ajuk dan cakap pindah. Kartun juga dapat membantu dalam aktiviti praktikal
seperti perbualan dan lakonan.
Kewujudan tugasan ini, telah membuatkan saya lebih mahir mengunakan strategi
penggabungjalinan ini dengan semaksimum mungkin dan banyak input-input baru yang saya
dapat ketika mempelajari dan menjalankan tugasan ini. Jadi dapatlah saya menggunakan ilmu
pengetahuan ini bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas nanti.
5.0.

RUMUSAN
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, strategi penggabungjalinan kemahiran,

aktiviti dan bahan sangat penting untuk menjadikan sesuatu pelajaran itu lebih bermakna dan
berkesan. Konsep penggabungjalinan ini tidak pula mengongkong guru menggunakan kesemua
kemahiran dan isi pelajaran keseluruhannya dalam satu waktu. Sebaliknya guru haruslah
menentukan jenis kemahiran utama yang hendak ditekankan dan kemahiran sampingan yang
sesuai. Sehubungan itu juga guru harus memberikan tumpuan utama, baik dari segi aktiviti
mahupun bahan pengajaran. Kemahiran dalam satu mata pelajaran, atau beberapa mata pelajaran,
serta kepelbagaian aktiviti dan bahan pengajaran perlu dihubungkaitkan, kerana setiap unsur itu
adalah saling memperkukuh antara satu sama lain. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang guru
merancang dan melaksanakan strategi ini secara sedar dan sistematik, supaya pelajar dapat
menguasai beberapa kemahiran serentak dan secara bersepadu dalam suasana pembelajaran yang
menarik dan merangsang minat pelajar untuk terus belajar.
Tugasan ini mengemukakan beberapa contoh bagaimana strategi dan aktiviti
penggabungjalinan kemahiran boleh dilaksanakan dalam satu-satu pelajaran. Terpulanglah
kepada kebijaksanaan dan kreativiti guru untuk memperluas dan menambahbaik Rancangan
Pengajaran Harian seperti yang dicadangkan. Dalam hal ini, sangat penting bagi seseorang guru
untuk sentiasa menilai keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran yang
digunakan. Malahan guru juga hendaklah sentiasa bersedia untuk mengubahsuai kaedah
pengajarannya dan menggabungjalinkan kemahiran lain untuk membantu pelajar menguasai
kemahiran tertentu.
Strategi penggabungjalinan yang dilaksanakan dengan cekap dan sempurna akan
meningkatkan mutu pendidikan di sekolah keseluruhannya, kerana pelajar dapat belajar dalam
situasi yang lebih realistik dan bermakna kepada dirinya. Dengan bimbingan guru, murid
seharusnya dapat menghubungkaitkan dan menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam satu

mata pelajaran kepada pelajaran lain dan secara langsung dalam kehidupan sehariannya. Dengan
cara inilah penguasaan sesuatu kemahiran itu dapat dipertingkat dan dimantapkan.
(3517 patah perkataan)

RUJUKAN

Asas KBSR I. (1992). Siri panduan guru kurikulum baru sekolah rendah; Jilid. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faridah Nazir. (2010). HBML4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Kamarudin Haji Husin. (1989). Pedagogi Bahasa. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.
Kamarudin Haji Husin. (1989). KBSM dan model-model pengajaran bahasa. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi ke-4. (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Nor Hussin, Normah Abdullah & Marzhuki Nyak Abdullah. (1989). Kaedah Pengajaran
Bahasa Malaysia KBSM. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mohd. Nasar bin Sukor, et al. (2006). Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan: Buku
Panduan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Kebangsaan (SK) Tahun 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shahabudin Hashim, et al. (2003). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.
Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor
Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

1.

Lampiran A Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tahun 5

2.

Lampiran B - Gambar-gambar kartun animasi Kampung Boy

3.

Lampiran C - Petikan bertajuk Kartunis Lat

4.

Lampiran D - Lembaran kerja

5.

Lampiran E - Lembaran kerja

LAMPIRAN A
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5
SEKOLAH KEBANGSAAN GITA

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tahun

: 5 Arif

Tarikh

: 10 Oktober 2011

Hari

: Isnin

Masa

: 60 Minit (1120-1220)

Bilangan Murid

: 40 orang
: 19 lelaki
: 21 perempuan

Tema

: Kegigihan

Tajuk

: Kartunis Lat

Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama:
5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perka

yang dibaca.
Aras 3 (ii)

Memahami isi kandungan teks yang dibaca.

Fokus Sampingan
2.2

Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.

Aras 1 ( i ) Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.


10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Aras 2 ( i ) Mencatat isi daripada pelbagai bahan yang dibaca.
Objektif:
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran;
i.
ii.

murid-murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan pemahaman dengan betul setelah merujuk petikan.
murid-murid dapat melengkapkan 5 daripada 8 isi penting dalam petikan dan ciri-ciri karya Lat setelah

iii.

mendapat bimbingan guru.


Sekurang-kurangnya 75 peratus murid dapat melengkapkan 5 daripada 7 ayat menggunakan kata hubung yang
betul setelah mendapat bimbingan guru.

Sistem Bahasa
Kosa kata
-

aktif
komedi
watak
gelagat
versi

Tatabahasa
Kata Hubung
-

sementara
dan
kerana
atau
ketika

Pengisian Kurikulum :

a) Penerapan ilmu: Kajian Tempatan, Sejarah


b) Penerapan nilai : Sayang
Rasional
Kerjasama
c) Kemahiran Bernilai Tambah :
i. Pembelajaran Kontekstual : Pengetahuan sedia ada murid.
ii. Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Verbal-Linguistik
iii. Kemahiran Berfikir : Menganalisis, Menjana Idea, Mengenal pasti
Bahan Bantu Mengajar:
-

Gambar kartun Lat, Lembaran kerja

Pengetahuan Sedia Ada:


-

Murid-murid pernah menonton cerita animasi Kampung Boy

Masa
/Langkah
Set

Isi Pelajaran

Aktiviti pengajaran & Pembelajaran

Catatan

SET INDUKSI

i. Guru menunjukkan gambar animasi

BBM:

Induksi

Guru menunjukkan gambar animasi

Gambar animasi

5 minit

Kampung Boy.
1. Adakah kamu pernah melihat gambar

Kampung Boy kepada murid.


ii. Guru bersoal jawab dengan murid

(07000705)

ini?
2. Apakah tajuk bagi cerita animasi ini?
3. Siapakah pelukis bagi cerita ini?

Kampung Boy

berdasarkan gambar tersebut.


iii. Guru mengaitkan gambar dengan tajuk
pembelajaran pada hari ini.

Kecerdasan Pelbagai :
Verbal- Linguistik
Kemahiran Interpersonal
KBKK:
Menginterpretasi

Langkah 1 KEMAHIRAN MEMBACA


15 minit
( 0705
0720)

Objektif :
i.Guru meminta murid membaca secara

Guru meminta murid membaca petikan

senyap petikan Kartunis Lat.


ii.Guru memilih beberapa orang murid secara

Kartunis Lat
Soalan:
1.

rawak untuk membaca petikan tersebut


Kartun Lat

dikatan mempunyai unsur..


2.
Apakah tujuan

dengan sebutan dan intonasi yang betul.


iii.Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan

BBM:
Lembaran kerja

cerita yang telah dibaca.


Lat mengetengahkan isu-isu semasa iv.Guru berbincang jawapan dengan murid.

Kecerdasan Pelbagai:

dalam karyanya?

Verbal- Linguistik

3.

Karya Lat
tempatan kerana...

4.

Pembelajaran
kontekstual :
Pengetahuan sedia ada.

Pernyataan
yang berikut benar tentang petikan
kecuali...

5.

Apakah

Penerapan nilai murni:

maksud rangkai kata sekali gus dalam

Hormat menghormati

petikan?

Rasional
Sayang
Objektif:

Langkah 2 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN


BERTUTUR

(0720 -

Guru meminta murid melengkapkan

0740)

boring pengurusan grafik tentang isi

Kecerdasan
Interpersonal

benar-benar memaparkan budaya

20 minit

(i)

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada

(ii)

murid.
ii. Guru memilih murid secara rawak untuk
memberikan jawapan.

Kecerdasan pelbagai :

penting dalam petikan dan ciri-ciri dalam iii. Guru berbincang jawapan dengan murid.
iv. Murid melengkapkan lembaran kerja yang
karya Lat.
diberikan

Kecerdasan VerbalLinguistik
Interpersonal

Isi Penting:
-

Menceburi bidang lukisan sejak 13

BBM :

tahun dan telah menghasilkan 26

Lembaran kerja

koleksi kartun
Memaparkan kehidupan

bermasyarakat
Karyanya bertujuan untuk hiburan dan

menyampaiakan mesej
Kampung Boy telah diterbitkan di luar

KBKK :
Mengenal pasti
Menganalisis

negara dalam pelbagai versi

Penerapan nilai:
Kerjasama

Ciri-ciri karya Lat :


-

Merakamkan kehidupan masyarakat

sekeliling
Menggunakan isu-isu semasa
Memaparkan budaya tempatan
Mengandungi unsur hiburan dan

mesej tertentu
Langkah 3 KEMAHIRAN MENULIS DAN SISTEM
15 Minit

BAHASA

(0740-

Guru menerangkan ciri-ciri kata hubung

0755)

Kata Hubung:

Hormat-menghormati

i.Guru menerangkan maksud kata hubung


kepada murid.
ii.Guru memilih beberapa orang murid secara
rawak untuk membina ayat secara lisan

Objektif (iii)
BBM :
Lembaran kerja

Kata hubung ialah kata yang

menggunakan kata hubung.


iii.Guru meminta murid melengkapkan ayat
menghubungkan dua binaan ayat atau
dengan menggunakan kata hubung yang
lebih.
tepat.
iv.Guru berbincang jawapan dengan murid.
Contohnya:

Kertas sebak
Kecerdasan Pelbagai:
Kecerdasan VerbalLinguistik

1. Aminah membeli sehelai tudung


untuk ibunya.
2. Nelayan itu menjahit jala

KBKK:
Mengenal pasti

sementara menunggu hujan

Menjana Idea

teduh.

Penerapan nilai:
Penutup

Kerjasama
Kecerdasan Pelbagai :

RUMUSAN

5 minit

Guru berbincang dengan murid tentang

(0755

animasi-animasi yang terdapat di

0800)

Malaysia.
-

Cerita animasi lain yang terdapat

i.

ii.

di Malaysia.
iii.
Kejayaan siri animasi yang berjaya
menembusi pasaran luar negara.

Guru menerangkan kerja projek


berkumpulan.

Guru bertanya kepada murid tentang siri

Verbal- Linguistik

animasi lain yang dihasilkan oleh anak

Kemahiran Interpersonal

tempatan
Guru berbincang dengan murid tentang
kejayaan siri animasi di Malaysia
Murid melaksanakan kerja projek
kumpulan iaitu melukis dan mewarna
poster kartun animasi Malaysia yang
digemari. (luar waktu pelajaran)

Penerapan nilai murni:


Bangga
Kerjasama

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

Nama:_______________________ Kelas :___________ Tarikh :___________


Kartunis Lat

Baca dan fahami petikan di bawah ini.


Datuk Mohaammad Noor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, mula melukis kartun ketika berumur 13 tahun. Kini
beliau sudah berumur 59 tahun tetapi masih aktif berkarya tanpa mengenal erti jemu. Hingga hari ini, Lat telah
menghasilkan 26 koleksi karya kartun. Beliau juga telah menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Antropologi dan
Sosiologi) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap jasanya menghasilkan seni kreatif
dalam bentuk kartun yang disifatkan mempunyai unsur komedi intelek.
Lat mencipta nama daripada hasil kreativitinya yang cukup unik dan menarik. Pemerhatiannya yang cukup tajam
merakamkan kehidupan masyarakat sekeliling dan penggunaan isu-isu semasa memperlengkapkan karya beliau agar
lebih dekat dan terus hidup dalam hati pembaca. Tarikan utama kartunya terletak pada penghayatan watak dan
penggunaan objek tempatan yang berada di sekelilingnya. Beliau memaparkan cara hidup, termasuklah cara makan, adat
resam, dan gelagat pelbagai kaum dalam setiap karya beliau. Kartun beliau benar-benar memaparkan budaya tempatan.
Bakat Lat sememangnya cukup signifikan dalam kalangan peminat kartun di Malaysia. Perjalanan seninya
sememangnya cukup panjang dan laluan yang ditempuhi beliau bukan semudah yang disangkakan. Sejak kecil lagi,
beliau gemar melukis dan sering duduk sambil memerhatikan setiap benda yang berlaku di sekitarnya. Rakaman
mindanya itu telah dipaparkan melalui karya-karya yang telah dihasilkannya, yang bertujuan menghiburkan dan sekali
gus menyampaikan mesej tertentu.
Karya Lat mula mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila karya beliau tentang upacara berkhatan disiarkan
oleh The Asia Magazine di Hong Kong pada tahun 1974. Karya Lat yang paling masyhur ialah Kampung Boy yang
diterbitkan pada tahun 1979 dan Town Boy yang diterbitkan pada tahun 1980. Koleksi kartun Kampung Boy telah
diterbitkan di luar negara dalam pelbagai versi, termasuklah versi bahasa Jepun, Perancis, Portugis dan Jerman. Koleksi
Kampung Boy juga dijadikan siri kartun beranimasi pada tahun 1998 dan disiarkan oleh Astro.
Jawab soalan-soalan yang berikut dengan berpandukan petikan
1. Karya Lat dikatakan mempunyai unsur

2.

3.

4.

5.

A
kebudayaan Barat
B
komedi intelek
C
abstrak
D
kritikan sosial
Apakah tujuan Lat mengetengahkan isu-isu semasa dalam karyanya?
A
Supaya karyanya dapat diterima oleh golongan atasan
B
Supaya karyanya dapa bersaing dengan karya asing
C
Supaya karyanya terus hidup dalam hati pembaca
D
Supaya karyanya menjadi lebih bermutu
Karya Lat benar-benar memaparkan budaya tempatan kerana
A
merakamkan kehidupan masyrakat sekeliling
B
membawa mesej tertentu
C
memaparkan cara hidup masyarakat Malaysia
D
mengetengahkan masalah sosial golongan miskin
Pernyataan yang berikut benar tentang petikan kecuali
A
Lat telah berkecimpung dalam bidang lukisan kartun selama 43 tahun
B
koleksi kartun Kampung Boy telah diterbitkan dalam bahasa Jepun dan
Perancis
C
kartun Lat amat menarik kerana watak dan objek tempatan diberi
penghayatan yang mendalam
D
kebanyakan karya Lat bertujuan mempersendakan cara hidup rakyat
tempatan.
Apakah maksud rangkai kata sekali gus dalam petikan?
A
tanpa membuang masa
B
dengan serentak
C
pada masa yang sama
D
secara mudah
LAMPIRAN D

Nyatakan empat isi penting dalam petikan yang diberikan

Isi 1
Isi 2
4
3

Lengkapkan jadual dibawah dengan berpandukan petikan

EMPAT
CIRI
KARYA LAT

LAMPIRAN E

Nama:_____________________ Tarikh:___________ Kelas :___________

Lengkapkan ayat di bawah ini dengan kata hubung yang sesuai

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Aminah membeli sehelai tudung ___________( agar, untuk ) ibunya.


Nelayan itu menjahit jala _____________( sementara, lalu ) menunggu hujan teduh.
Azlin menangis __________( dan, kerana ) kucing kesanyanganya telah hilang
Azmi____________( dan , atau ) Daneng didenda oleh Cikgu Suan kerana mereka bergaduh.
Prakash sedang tidur ___________ ( ketika, sementara) kami sampai di rumahnya.
Farhan sangat kurus____________( walaupun, lalu ) dia kuat makan.
Puan Janet pengsan____________( bahawa, taktala) mendengar berita buruk itu.

Anda mungkin juga menyukai