Anda di halaman 1dari 7

MINIT CURAI

1. Nama Pegawai

: Encik Roslan bin Marzuki (BPK)


Encik Rozaini (BPK)
Encik Sabri Nordin ( Pensyarah Institut Perguruan Ilmu Khas)

2. Perkara

: Kursus Induksi Orientasi Pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran ( DSKP ) Tahun 4 KSSR 2013 Zon Sarawak ( Pendidikan Khas)
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

3. Tarikh / Masa

:17-18 September 2013

4. Tempat

:The Klagan Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

5. Anjuran

:Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

6. Pengerusi

:Encik Rozaini (BPK)

7. Bahan-bahan yang diedarkan: 1) Sukatan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


(DSKP) KSSR Tahun 4 Pendidikan Khas
2) Microsoft Excel Pentaksiran TMK Tahun 4 KSSR
8. Catatan Minit:

HARI PERTAMA (SELASA)


SLOT PERTAMA
17 SEPTEMBER 2013 (1430-1630)
Taklimat

: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Oleh

: Encik Roslan bin Marzuki

Penerangan mengenai:

Kurikulum Kebangsaan
Menurut Akta 550 (Akta Pendidikan 1996), Kurikulum Kebangsaan adalah:
suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Kurikulum juga bermaksud Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah
mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan.

Penerangan mengenai komponen kurikulum juga ada diterangkan iaitu:

Komponen Kandungan meliputi:

-Isi mata pelajaran dan juga matlamat dan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran yang
dihasratkan melalui mata pelajaran tersebut.

Komponen Pedagogi meliputi:

-Pengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui menerusi teknik dan kaedah yang berkualiti
ke arah mencapai objektif pembelajaran.
-Susun atur pengalaman pembelajaran yang terancang bagi mencapai objektif pembelajaran.

Komponen Pentaksiran meliputi:

-Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran
telah dicapai.

SLOT KEDUA
17 SEPTEMBER 2013 (2000-2300)
Taklimat

: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Oleh

: Encik Rozaini

Penerangan mengenai:

Apakah Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru?

-Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid


-Menilai keberkesanan P&P
-Membantu memperbaiki P&P
-Membantu perancangan tindakan susulan

Apakah Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid?

-Memahami tujuan mereka belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran mereka


-Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri
-Memaklumkan murid tentang tindakan susulan

Pentaksiran Dalam Bilik Darjah


Pentaksiran di bilik darjah meliputi dua komponen utama iaitu:

Wujud perbezaan antara pentaksiran formatif dan sumatif iaitu:

Cadangan Kaedah Pentaksiran Formatif


-Berikut adalah cadangan bagi guru untuk mentaksir murid secara formatif iaitu:
*Pemerhatian
*Tugasan
*Projek
*Kuiz
*Hasil Kerja
*Lisan
*Drama dan lain lain

HARI KEDUA (RABU)


SLOT KETIGA
18 SEPTEMBER 2013 (0830-1030)
Taklimat

:Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Oleh

: Encik Sabri Nordin

Penerangan mengenai:

Apa itu DSKP?


-Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran adalah satu dokumen yang mengintegrasikan
kurikulum dan pentaksiran.
-DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard
Prestasi (SPi).

Mengapa DSKP ?

-Kurikulum merangkumi Kandungan, Pedagogi dan Pentaksiran.


-Memberi pengupayaan (empowerment) kepada guru-guru untuk membuat pentaksiran formatif
dan sumatif di dalam bilik darjah.
-DSKP akan digunakan mulai Januari 2014 untuk Tahun 4

Kurikulum Berasaskan Standard


Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Standard Kandungan adalah:

-Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran adalah:

-Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan.

Standard Prestasi pula merujuk kepada:

-Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk
bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai (indicator of success)

Tahap Penguasaan murid adalah meliputi


*Kriteria Pencapaian Yang Berasaskan Setiap Kelompok Standard Kandungan Dan Standard
Pembelajaran Yang Ditetapkan

Tafsiran Standard Prestasi Secara Umum telah dikategorikan seperti berikut mengikut tahap
penguasaan dari tahap penguasaan 1 sehingga ke-6. Tahap penguasaan adalah seperti berikut:

Pelaporan Tahap Penguasaan Murid


-Pelaporan Tahap Penguasaan Murid adalah menggunakan Microsoft Excel yang telah
disediakan.
-Guru Perlu Membuat Pentaksiran Sehingga Lengkap Satu Kelompok Standard Kandungan
Dan Pembelajaran
-Tidak Secara Dalam Talian (STANDALONE OFFLINE)
-Rekod Disimpan Di Sekolah Untuk Tujuan Pelaporan Kepada Ibu Bapa

Dapatan yang lain juga ada menyatakan bahawa:


Tiadanya ujian setara di peringkat daerah atau negeri
Ujian pertengahan dan akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah
Ujian-ujian bulanan peringkat sekolah tidak perlu dijalankan

Bengkel
-Membuat Rancangan Pengajaran Harian TMK
-Membuat instrument dan eviden
-Cara mengisi data menggunakan excel

SLOT KEEMPAT
18 SEPTEMBER 2013 (1100-1230)

Taklimat

:Pembentangan

Oleh

: Encik Sabri Nordin

Pembentangan Bengkel beberapa kumpulan


Hasil kerja kumpulan
Ambil data dan maklumat dari pensyarah

Disediakan oleh,
.
(KASMINA BINTI YAMAN)

Anda mungkin juga menyukai