Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Praktikum Saya telah menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Perempuan Durian Daun,Melaka.

Tempoh praktikum ini ialah selama 12 minggu bermula dari 28 Jun 2010sehingga 24 September 2010. Semasa menjalani praktikum ini, pelbagai pengalamantelah saya tempuhi dan alami dan pengalaman ini banyak membantu saya menjadiseorang guru yang lebih baik dan banyak memperbaiki kelemahan diri saya sekaligusmenyediakan saya untuk menjadi guru yang baik. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, saya rasa lebih baik jika terlebihdahulu saya sentuh serba sedikit tentang tugas seorang guru. Sedar atau tidaksebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaituusaha untuk memanusiakan manusia, untuk membentuk insan bersahsiah danbermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan.Warga guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruhkepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar.Kerjaya ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yangdiambil manfaat oleh pelajarnya.Semua yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-matauntuk mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginyasekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan macam manadengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.Sememangnya tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat denganmasalah keruntuhan moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok,ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras,pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. Semuaini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini tidakboleh disentuh langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugasutama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan.Tugas-tugas profesional dari seorang guru iaitu meneruskan ataumenyampaikan ilmu pengetahuan, keterampilan serta nilai-nilai lain yang belumdiketahui oleh murid dan seharusnya diketahui oleh mereka.Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapatmemenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugasmanusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang dirisendiri.Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untukmengembangkan daya berpikir sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalamproses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi memperbaiki hidupnya sendiridan kehidupan seluruh masyarakat disekelilingnya.Tugas kemasyarakatan merupakan tanggungjawab guru sebagai warga negarayang baik, turut mengembang dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan olehbangsa dan negara.Seperti yang saya telah nyatakan tadi, sekolah tempat saya menjalani praktikumini ialah sekolah perempuan dan semua pelajar di sekolah ini terdiri daripada muridperempuan. Lagi pula, jumlah murid di sekolah in juga tidak ramai iaiatu lebih kurang205 orang murid sahaja. Ini memudahkan pengurusan dan pengawalan disiplin murid.Murid-murid juga tidak banyak kerenah dan jarang membuat masalah sepertimelakukan kesalahan disiplin yang teruk seperti mencuri, membuli rakan, vandalismeatau sebagainya.Secara umumnya, saya tidak menghadapi masalah yang besar tentang murid disekolah tersebut. Cuma kadang-kadang ada juga sedikit masalah kecil semasa didalam kelas iaitu murid kurang member perhatian terhadap pengajaran yangberlangsung di dalam kelas. Ini pun mungkin berlaku kerana kelemahan saya sendiridari sudut pemilihan kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang disediakan.

Sementara itu, pihak pengurusan sekolah juga memberikan kerjasama yangcukup baik sepanjang saya menjalani praktikum di sekolah ini. Pihak pengurusanterutamanya guru besar telah banyak memberikan bantuan kepada saya sepanjangsaya menjalani praktikum di sekolah tersebut. Pengurusan di sekolah ini saya lihatberjalan dengan baik kerana guru besar sekolah tersebut mengamalkan corakpengurusan yang berdiplomasi di mana beliau mengambil kira pandangan orangbawahan beliau dalam segala hal. Beliau juga seorang yang mudah mesra dan senangdibawa berbincang. Begitu juga dengan guru-guru penolong kanan di sekolah tersebutyang begitu mesra dan tidak lokek untuk membantu saya jika saya menghadapisebarang masalah ketika menjalani praktikum di sekolah tersebut.Sekolah ni bagi saya merupakan sekolah yang cantik dan ceria. Ini keranapersekitaran sekolah ini adalah bersih dan menenangkan. Walaupun sekolah ini agakkecil namun ia dilengkapi oleh fasiliti yang lengkap seperti kantin, pusat sumber, bilikkomputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup dan sebagainya. Pendek kata, sekolahini serba serbi lengkap dengan segala kelengkapan yang diperlukan oleh guru danmurid dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran sekolah juga cantik di mana sekolah ini dilihat cukup menjaga keindahan persekitaran sekolahdi mana persekitaran sekolah ini sentiasa dijaga dengan rapi bagi memastikan iasentiasa cantik dan kemas. Di samping itu, suasana di sekolah ini juga aman di manamurid tidak berbuat bising di dalam kelas. Ini mungkin kerana semua murid di sekolahini murid perempuan.Selain itu, guru-guru di sekolah tersebut juga amat mesra dan mudah dibawabergaul. Saya tidak menghadapi sebrang masalah dengan pergaulan dengan semuaguru di sekolah tersebut kerana mereka semuanya mudah mesra dan tidak lokek untukberkongsi ilmu serta pengalaman mereka dalam membantu saya sepanjang prosespraktikum yang saya jalani berlangsung. Lebih-lebih lagi guru pembimbing saya yangbanyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya serta melicinkan perjalananpraktikum yang saya jalani ini. Beliau banyak memberikan tunjuk ajar dan teguran yangmembina kepada saya sepanjang saya menjalani praktikum yang saya rasa banyak

Anda mungkin juga menyukai