Anda di halaman 1dari 4

Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia
wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan
yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang
menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan
cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup
yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan
cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan


Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia
akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa
kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta
kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar
cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia
menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk
berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling
memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada
yang dicintai.

Cinta Itu Indah


Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu
tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan
putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan


Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya
persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap
telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.
Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi
juga menerima.

Cinta Itu Menakluki


Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia
tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan
dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui


Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau
novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia
tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup


Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu
punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada
segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis.
Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta
itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci


Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia
tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak
bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.
Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan
cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah
cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona


Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi
kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya
comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona
ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh
kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa
dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu
walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu
dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat
kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?


Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau
menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka
cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang
tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga
agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa
dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >

Anda mungkin juga menyukai