Anda di halaman 1dari 16
Borang Beban Penyejukan Kogunaan (Omens btk ar) Penabatan (© _pengurangan sun Sohuluer : °C Panjang =———m erie | — (6) Hava Tent sas bok Kato Potbezaan su Tinggi =m a-tbxe Keselurshan tabal dding evan penyelukandslamKw= 2=DXE Angaran kogunaan =—— Jargkarasa Boban bahan = (i) Beban Habs Pernafasan ‘Boban beban an aca a aes et (b) haba pemafasarvnari = ———— kJ/kg Elsa lan eban penyojukan dalam KW = Boban penyeukandalamkW= 28=B-= KW Ponyolesaion Luaspermukaanluar,A — Isipadu dalam billk + acum Px mV 1xpxt —— pxt = m= im 9 sauna ke ‘tt = et 0 100 x24 ‘1000 x 24 iu = - bianganorang x "eo Wrreng x famvewona x __x 4 BEBANDINDING ) —Soaaxaa joox2a = —— (9) Luas pemukaanivar m tan (0) FakerUaeing = wink (e) Perbezaansuhu K gy MAHER Campur +243 +4 Kw 2 REAM PEROARANUDARA erm res 10% dr jumiah) - rt (eh pas cla tt = ——__m (fa daria re (©) _NomborPerubshan Ussra/24 jam: ‘esjam (©) Pergerakanhabaimdalampanyejukan =m 6 _KUASA DIPERLUKAN Bebancaiamkue4jam = axbxo =——Ku24jam Apabia penampat beroperas kurang da 28 jarvhar Bedancslamkw = BXBXC. kw suman we 24 3 BEPANBAHAN Trasapenarpatrepal (Boban penyojukan unuk sun simpanan, (@) beratbanan = ig echal 48 BEBAN HABA Sistem penyamanan udera digunakan untuk mem berikan keselesaan kepada manusia. Manusia boleh dibaratkan sebagai mesin haba. Bahan makanan yang dimakan bertindak sebagai minyak untuk injin manusia. Behan makanan ini akan ber- tukar menjadi tenaga di dalam badan. Proses ini menghasilkan haba di dalam badan manusia. Apa- bila manusia bergerak, badan manusia mengguna- kan tenaga yang tersimpan dan seterusnya meng- hasilkan haba pada kadar tertentu. Semua jumlah haba mesti disingkirkan untuk mengekalkan suhu badan biasa, iaitu pada 37°C, Pada kebiasaannya, badan menggunakan tiga kaedah penyingkiran haba pada satu-satu masa, iaitu perolakan, sinaran dan penyejatan. 302 Molalui kaedah perolakan, udara yang berham- piran dengan badan menjadi lebih panas daripada Uudara yang jauh dari badan. Udara yang panas adalah lebih ringan daripada udara yang sejuk. Oleh itu, udara panas terapung ke atas. Udara panas akan digantikan oleh udara sejuk bagi meneruskan proses ini. Sinaran adalah kaedah kedua penyingkiran haba. Haba terus tersinar daripada badan kepada sebarang permukaan yang,lebih sejuk seperti cara cahaya suria memancar terus ke tuang untuk memanaskan permukaan bumi. Haba mungkin ‘mengalir dari permukaan kulit ke dinding, siing atau sebarang permukaan objek yang lebih sejuk dari- pada badan. Kaedah ini berterusan dengan bebas berbandingan dengan kaedah penyingkiran melalui perolakan. Suhu udara atau suhu di antara badan dan permukaan lain tidak mempunyai kesan ke atas sinaran. lanya adalah sama seperti jika kita berada berhampiran dengan unggun api di mana bahagian badan yang berhampiran dengan api akan berasa panas walaupun udara sekelling adalah sejuk. Dalam kaedah penyejatan, lembapan atau peluh dikeluarkan melalui iang roma dan kul. Lem- bapan yang tersejat ini akan menyerap haba dari badan dan menyejukkannya. Hal ini dapat diperhati- kan atau dirasakan dengan lebih jelas jika alkohol disapukan kepada kul Kerana alkohol tersejat dan menyerap haba dengan lebih cepat. Periu. diingat bahawa ketiga-tiga kaedah pe- nyingkiran haba daripada badan ini berlaku serentak pada satu masa. Keadaan sekeliing memberikan kesan ke atas penyingkiran haba daripada badan ini. Suhu, kelembapan nisbi dan pergerakan udara adalah tiga keadaan yang memberikan kesan ke atas koupayaan badan menyingkirkan haba. Sebarang perubahan dalam salah satu dari- pada perkara tersebut, akan melambatkan atau mencepatkan proses perolakan, sinaran atau penyejatan, ‘Suhu udara yang rendah akan mempercepat kadar perolakan. Udara yang lebih sejuk akan menyebabkan lebih banyak haba badan hilang melalui perolakan. Haba biasanya mengalir dari- pada ruang yang lebih tinggi suhunya kepada ruang yang lebih rendah suhunya. Perbezaan suhu yang lebih besar akan mencepatkan lagi pengaliran haba dan udara. Jika perbezaan terlalu besar, badan mungkin kehilangan haba lebih kerap dari sepatut- nya dan ini akan menyebabkan manusia berasa tidak selesa pula. Sebaliknya, jika suhu udara terlalu tinggi, ianya akan melambatkan kadar perolakan. Suhu udara yang menghampiri suhu badan akan menyebabkan kehilangan haba badan melalui per- olakan lambat. Suhu udara memberikan kesan yang sangat penting ke atas keselesaan manusia, Kadar suhu udara yang sesuai atau selesa kepada ma- nusia ialah di antara 22 ke 27°C. ‘Suhu permukaan sekeliling juga adalah penting kerana ia memberikan kesan ke atas kadar sinaran. ‘Suhu permukaan yang rendah (di mana perbezaan suhu yang lebih besar di antara badan dengan per- mukaan sekeliing) bermakna lebih banyak haba disingkirkan melalui sinaran. Sinaran menjadi per- Jahan apabila suhu permukaan mencapai suhu badan. Proses sinaran berlaku sebaliknya jika suhu permukaan sekellling adalah lebih tinggi daripada 303 suhu badan. Apabila proses sinaran berlaku, badan akan menyingkirkan haba lebih melalui perolakan dan penyejatan sekiranya keselesaan diutamakan, Terdapat keadaan lain di sebalik suhu se- kelillng yang mempengaruhi penyingkiran haba daripada badan. Kelembapan nisbi_mempeng- aruhi jumlah haba badan yang disingkirkan melalui penyejatan. Kelembapan nisbi adalah ukuran jumlan Kelembapan yang sedia ada didalam dara. lanya dapat dikatakan sebagai kebolehan udara untuk menyerap lebih kelembapan. Konsep kelembapan nisbi ini adalan asas kepada penyamanan udara. Sebagai contoh, andaikan dara di dalam sebuah bilk yang tidak terkena hujan atau kabus berada pada keadaan kurang daripada takat tepu. Katakan pada satu kilo udara yang berada pada suhu 21°C dengan isipadunya 0.890 m®, terdapat 7.5 g wap air. Sekiranya pada Keadaan tepu, pada suhu yang sama, kandungan wap air adalah sebanyak 159. Untuk mendapatkan ke- lembapan nisbi, bahagikan 7.5 g dengan 15 g pada suhu yang sama. Nilainya ialah 50%. Dengan ini bermakna, terdapat sebanyak 50% kelembapan risbi di dalam udara bilk tersebut. Sekiranya udara di sekelling badan_mem- punyai_kelembapan nisbi yang rendah, badan akan dapat menyingkirkan lebin banyak haba me- lalui penyejatan. Merendahkan kelembapan nisbi akan mempercepat proses penyejatan. Keadaan yang selesa bagi manusia adalah 50% kelembapan niisbi pada suhu 27°C. Pergerakan udara mempengaruhi penyingkiran haba daripada badan kerana ia akan meningglkan kadar penyejatan, Penyejatan bergantung kepada keupayaan udara menyerap kelembapan dan udara yang bergerak melintasi permukaan badan. Ini kerana udara ini akan menyingkirkan udara tepu dan membenarkan lebih banyak kelembapan untuk tersejat daripada permukaan kulit badan. Sekiranya tiada pergerakan udara, lapisan udara yang terdekat defgan badan akan tertepu. Kelembapan nisbi akan meninggi ke takat:di mana ia tidak boleh lagi menyerap wap air. Apabila ini berlaku, proses penyejatan akan terhenti. Tetapi, pergerakan udara melindungi pembentukan lapisan tertepu tersebut. Pergerakan udara juga mencepatkan proses perola- kan dengan cara menggerakkan udara panas men- dekati badan dan membawa haba jauh untuk dising- kirkan, Pergerakan udare juga menyingkirkan haba daripada dinding, siing dan sebarang permukaan di sekelling badan, Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa ke- selesaan badan manusia adalah disebabkan oleh tiga faktor iaitu suhu, kelembapan nisbi dan per- edaran udara. 1 Beban Haba Penyaman Udara vika dibuat perbandingan, tidak terdapat banyak perbezaan di antara beban penyejukan dengan beban penyamanan udara. Terdapat dua jenis gandaan haba apabila kita menghitung beban haba penyamanan udara, iaity Haba Rasa dan Haba Pendam. Haba rasa ialah haba yang mengalir ke dalam uang atau haba yang terhasil di dalam ruang. Haba ini akan menyebabkan suhu meninggi di dalam ruang tersebut. Semientara haba pendam pula ada- lah haba yang berada di dalam bentuk lembapan dan tidak akan menyebabkan kenaikan suhu. Tetapi, haba ini akan mengubah keadaan udara di dalam ruang sehingga mengakibatkan kelembapan nisbinya menjadi tinggi. Gandaan haba rasa pada ruang terdiri dari- pada: (@) Kebocoran haba melalui struktur bangunan disebabkan pengaliran, perolakan, bahangan dan sinaran. (b) Haba rasa yang dibawa oleh udara luar untuk peredaran. (©) Haba rasa yang dihasilkan oleh penghuni ruang seperti manusia. (@) Haba rasa yang dihasilkan di dalam ruang oleh lampu, perkakas rumah, motor dan sebagai- nya. (©) Haba rasa yang dihasikan daripada bahan yang dibawa ke dalam ruang, Gandaan haba pendam pula terdiri daripada: (@) Haba pendam daripada udara luar yang terhasil oleh peredaran dan penyusupan udara ke dalam ruang tersebut. (b) Haba pendam daripada penghuni seperti manusia. (©) Haba pendam daripada kerja masak-mema- ‘sak, bilik mandi panas atau sebarang proses pemeluwapan di dalam ruang tersebut. (@) Haba pendam daripada bahan yang dibawa masuk ke dalam ruang. Dengan ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa terdapat dua Kategori beban haba penyamanan dara iaity beban haba Ivar (dihasilkan daripada ‘umber luar sama ada dalam bentuk haba rasa atau haba pendam) dan beban haba dalam (dihasilkan dari sumber dalam ruang sama ada haba rasa atau haba pendarn).. Beban penyamanan udara terdiri daripada beberapa sumber haba iaitu sumber haba luar dan ‘sumber haba dalam. Sumber haba luar terdiri dari- ada pengaliran haba, haba suria, udara luar dari- pada peredaran dan penyusupan. Sementara sumber haba dalam pula terdiri daripada manusia, lampu, motor elektrik, mesin pejabat, komputer dan perkakas rumah, 2 Haba Pengaliran Haba yang mengalir melalui dinding atau struktur- struktur lain pada bangunan adalah bergantung kepada perbezaan suhu di dua bahagian. Lebih besar perbezaan suhu sesuatu tempat itu, akan lebih besariah jumlah haba yang mengali. [a juga bergantung kepada luas dan jenis binaan. Luas dan Jenis binaan ini akan menentukan berapa banyak haba yang akan melalui setiap meter persegi keluasan dan bahan tersebut. Dengan ini, jumiah haba pengaliran dapat dicari dengan mendarabkan uas dengan faktor U dan perbezaan suhu. Pene- litian terhadap pengaliran haba dapat dirujuk di dalam beban haba penyejukan yang akan diterang- kan dengan lebih mendalam lagi. Dalam pengaliran haba melalui dinding, haba pengaliran dapat bergerak melalui kaca, bumbung, lantai dan dinding sekat. Bagi membandingkan kesan-kesan ini ke atas bangunan , beberapa jenis struktur bahan bukan penebat disenaraikan dengan faktor U masing-masing, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 14.7, di muka surat 313. Haba yang mengalir melalui tingkap adalah lebih besar jika dibandingkan dengan haba yang ‘melalui faktor-faktor lain pada perbezaan suhu yang sama. Bagi satu meter persegi kaca tingkap biasa, haba yang dibenarkan mengalirialah lebih Kurang 4¥% m* bagi dinding kediaman, atau 4 m? bagi sling kediaman, atau 3% m? bagi dinding perdagangan atau 3 m® bagi bumbung perdagangan. ‘Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan haba pengaliran melalui kaca. Haba pengaliran boleh dikurangkan sehingga 60% dengan cara menambahkan kerapatan tingkap. Ini akan mengurangkan faktor U kaca daripada 6.42 ke 2.56. Sekiranya kaca kembar dengan 6 mm kedap uang udara digunakan, faktor U adalah 3.69. Ini mengurangkan haba pengaliran sebanyak 43%. 3° Beban Suria Haba suria boleh menyerap ke dalam bangunan ‘melalui beberapa cara, iaitu melalui kaca atau ting- kap, melalui dinding dan melalui bumbung juga. Tenaga sinaran suria yang masuk melalui kaca ber- tindak terhadap objek di dalam bilik seperti lantai, dinding dan perabot. Tenaga suria ini akan me- manaskan objek melebihi daripada suhu bilik dan haba yang tersimpan ini kemiudian akan dibebaskan kepada bilik secara perolakan. Proses ini melambat- kan pembebasan tenaga suria kepada bilik dan peralatan penyamanan udara. Bagaimanapun, bagi kes dinding dan bumbung, cahaya suria memans kan permukaan di bahagian Ivar dan kemudian haba dialirkan ke dalam bilik. Dengan ini, jumlah haba yang masuk adalah bergantung kepada jenis binaan. Biasanya, dalam jangkamasa di antara 2 hingga 10 jam sebelum haba ini sampai ke dalam bik, haba mungkin akan diserapkan ke dalam se- telah suria tenggelam di bahagian barat. Jumlah gandaan haba yang tepat seperti dari punca-punca yang dinyatakan tadi adalah bergan- tung kepada luas, arah permukaan setiap dinding, pelindung untuk peneduhan cahaya, jenis dan wama permukaan yang terdedah kepada suria Gandaan haba juga bergantung kepada kedudukan suria pada musim-musim tertentu setiap tahun, masa sehari dan kedudukan garis lintang di mana bangunan tersebut berada. Kesan beban penya- manan udara oleh haba suria melalui kaca dapat dilhat apabila suria terbit di bahagian timur. Ini ber- makna, haba suria melalui kaca di bahagian timur sangat tinggi pada waktu pagi, sementara kaca di bahagian selatan memberikan beban yang besar pada waktu tengah hari dan rendah sebelum dan se~ lepas tengahhari. Kaca di bahagian barat pula ber- lawanan dengan kaca di bahagian timur. Sementara kaca di bahagian utara atau sebarang kaca yang ter- lindung sepanjang hari pula, hanya akan mendapat sedikit sahaja haba suria yang dibalikkan oleh debu- debu dalam udara. Oleh kerana itu, haba suria ada- lah sangat kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan suria yang dipancarkan terus. 4 Udara Luar ‘Sumber beban luar adalah udara luar yang diguna- kan bagi memberikan peredaran, Udara ini mungkin dibekaikan oleh salur udara luar atau bergantung kepada penyusupan udara sekeliling tingkap dan ‘melalui pintu. Haba udara luar mesti disejukkan dan dikeringkan dahulu sebelum dibawa masuk ke dalam bilik. Jumiah haba rasa yang mesti disingkir- kan dapat ditentukan dengan mendarabkan faktor 4.23 dengan L/s udara luar yang digunakan dan per- bezaan suhu antara udara iuar dengan udara dalam bilik. Suhu udara luar berubah mengikut masa dalam sehari. Dengan itu, beban haba lvar turut berubah sepanjang hari. Bagi suhu puncak luar 35°C dan suhu dalam 25°C, beban haba rasa setiap Us berubah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah ini. Jumiah ‘dara luar yang bocor ke dalam bik secara penyusupan adalah bergantung kepada halaju angin udara Ivar, luas keratkan dan kegunaan tingkap dan pintu. Bagi penambahan kepada penyu- supan udara, gantian udara adalah diperiukan untuk kebanyakan’ penggunaan. Apabila penerangan yang tepat tidak didapati, asas anggaran yang digunakan ialah 2.5 L/s sehingga 3.5 L/s bagi setiap orang yang tidak merokok dan antara 12 Us sehingga 19 Ls bagi setiap orang yang merokok. 5 Pengiraan Beban Haba Dalam semua perkiraan anggaran beban haba penyamanan udara, haba daripada manusia, per- alatan dan gantian udara harus dipertimbangkan seoara berasingan sebagai haba rasa dan haba pendam. Dalam Jadual 14.8 dimuka surat314, haba daripada manusia juga diberi, Perkadaran haba rasa dan haba pendam berubah mengikut suhu udara. ‘Apabila udara panas, bermakna haba dari badan manusia lebih banyak hilang secara penyejatan (haba pendam) daripada secara perolakan, Alasan bagi mengasingkan haba adalah kerana kipas per- edaran udara biasanya disaizkan untuk mengedar- kan udara yang periu bagi menyingkirkan beban haba rasa dalam, tetapi janakuasa penyamanan udara mesti disaizkan untuk menyingkirkan jumlah beban haba, termasukiah beban gantian udara dan haba pendat Waktu 8.00 10.00 12.00 2.00 3.00 4.00 6.00 8.00 Pg pg | th ptg | ptg | pty | ptg | mim SuhuLuar 4 35 34 33 3 (ee) 27 29 32 3 Watt Tiap 25 49 86 qt 123 144 9.8 74 Us 305 Contoh Beban Haba dari manusia: Contoh 14.8: Sebuah pejabat mempunyai kakitangan se- ramai 15 orang dan hendak dinyamankan kepada 24°C. Hitungkan beban haba rasa dan haba pendam daripada kakitangan pejabat ter- ssebut. Daripada Jadual 14.8, untuk pejabat pada suhu 24°C; (@)_beban haba rasa = 75 watt x bilangan kakitangan, = 75 x 15 = 1125 watt (b)_beban haba pendam = 65 watt x bilangan kakitangan = 65 x 15 = 975 watt. Sekiranya semua kakitangan pejabat tersebut adalah terdiri daripada orang dewasa, setiap jumlah beban haba mestilah didarabkan dengan 1.15. Ini bermakna, haba rasanya ada- lah 1125, x 1.15 = 1295 watt dan haba pen- damnya adalah 975 x 1.15 = 1120 watt. 6 Gantian Udara dan Penyusupan Udara segar mesti dibekalkan ke dalam sebarang Fuang penyamanan udara. Udara ini mungkin di- dapat! sama ada melalui kekisi gantian udara dari sistem pengagihan udara atau secara penyusupan melalui tingkap, pintu, celahan dan sebagainya, Udara ini mungkin juga didapati dari tekanan udara di sebelah bangunan. Isipadu penyusupan akan berubah bergantung kepada pintu yang dibuka, kedap tingkap dan halaju udara, seeprti keadaan angin kencang dan sebagainya. Penyusupan udara ke dalam sebarang bangunan mesti_ dihitung dengan menggunakan rujukan seperti yang ter- dapat dalam Jadual 14.9 bagi keadaan purata. Bagi kawasan yang kencang anginnya, nilai yang lebih tinggi digunakan. Contoh 14.9: Sebuah pejabat mempunyai pintu di bahagian sebelahnya dan 6 tingkap seluas 1.5 m? di bahagian sebelahnya yang satu lagi. Hitung- kan kadar penyusupan udara dengan merujuk kepada Jadual 14.9 berasaskan berat pintu berayun. Penghuni pejabat itu ialah seramai 15 orang, Daripada jadual, didapati: pintu berayun, kegunaan berat = bilangan pekerja x 4.0 5x 4.0 60 Us. tingkap = luas x bilangan =18x6x1 =9Us. Denaan itu, jumlah penyusupan = 60 + 9 = 69 Us. Dalam hal ini, kadar penyusupan adalah lebih rendah daripada gantian udara yang diperlukan untuk 15 orang (rujuk Jadual 14.10). Jadi, udara segar periu dimasukkan ke dalam sistem atau ruang. Bagaimanapun, jika kadar penyusupan dara melebihi gantian udara, penyusupan tersebut haruslah dikurangkan atau dikawal sekiranya boleh. Untuk mengurangkan beban di dalam penya- ‘manan udara, kotoran udara yang berlaku melalui bangunan harus dikurangkan dengan mengikut cara-cara berikut: (@) menggunakan tirai udara bagi pintu yang sen- tiasa terbuka (b)_menggantikan pintu yang berayun dengan pintu berpusing. (©) menggunakan dua pintu bagi ruang depan atau ruang masuk pada bangunan. (d)_memperkenalkan lebin udara melalui penya- man udara daripada penyusupan melalui ting- kap atau pint 7 Gantian Udara Semua bangunan awam dan perdagangan me- meriukan jumlah gantian udara segar. Ini bergan- tung kepada jumlah manusia dan kadar aktiviti yang dilakukan, dan luas lantai atau isipadu bik tersebut. Jadual 14.10 menunjukkan senarai keperiuan udara berdasarkan jenis bangunan dan aktivit, Gantian udara luar mungkin dikira dengan menggunakan sama ada LIs tiap orang atau Ls tiap meter persegi luas lantai. Bagaimanapun, dalam semua gantian udara mesti melebihi nilai minimum yang initung dengan mendarabkan isipadu bilik dengan 05. Contoh 14.10 Hitung gantian udara bagi udara luar yang di- kehendaki untuk pejabat dengan 15 orang kakitangan. Dimensi bilik ialah 10 x 8 x 2.6 m tinggi Merujuk kepada Jadual 14.10, diday (@) pejabat am dengan sebilangan perokok dicadangkan 7.5 Us setiap orang. Denganitu, udara luar = bilangan orang x kadar = 18X75 =1125Us (b) semak dengan menggunakan isipadu x 0.5, kaedah untuk menentukan L/s Isipadu = 10 x 8 x 2.6 = 208 m* Udara luar = isipadu x 0.5 208 x 0.5 = 104 Us (©) semak semula kadar penyusupan dalam Contoh 14.9. Dengan menggunakan Jadual 14.9 dengan satu pintu dan 6 ting- kap, kadar penyusupan = 69 Lis. Dengan itu, pemilihan jumiah udara luar mesti- lah nilai yang maksimum daripada nila di atas, iaitu nilai yang bersamaan dengan yang maksimum dari ada nilai di atas, iaitu nilal yang bersamaan dengan 112.5 Us. Adalah periui diingat bahawa sekiranya jumlah udara luar adalah berdasarkan kepada isi- adu bilik (b), melebihi udara luar (a), maka jurnlah udara luar pada (b) mesti dipilin untuk diambilkira, Sekiranya kadar penyusupan pada Contoh 14.9. adalah melebihi (a) dan (b), maka nilal yang lebih ini mestilah dimasukkan dan diambilkira. Contoh 14.11: ‘Andaikan kadar penyusupan pada (c) atau Contoh 14.9 melebihi kadar udara luar pada (a) dan (b). Andaikan penyusupan adalah 169 Lis, Ini bermakna, kadar penyusupan perlulah di- tolak dengan kadar yang tertinggi antara rilai pada (a) atau (b) tadi. Melinat kepada Contoh 14.10, didapati kadar udara luar (a) adalah yang tertinggi iaitu 112.5 Us. Ini bermakna, jumlah udara yang lebih daripada yang diperlu- kan ialah sebanyak (169 ~ 112.5 Ls) iaitu, 56.5, Us. Nilai 56.5 Us ini mesti dikira sebagai beban dalam bagi bilk tersebut. 8 Menghitung Beban Udara Luar—Haba Rasa Contoh 14.9, 14.10 dan 14.11 memberikan penyu- supan dan gantian udara luar yang mesti didarab- kan dengan faktor bagi menentukan beban dalam watt. Faktor yang digunakan dalam Jadual 14.11 adalah berasaskan perbezaan suhu di antara udara luar dengan udara bilik yang dinyamankan. Bagi negara kita Malaysia, perbezaan suhu adalah lebih kurang 32°C bagi suhu Ivar dan 24°C bagi suhu dalam bilik, Bagi suhu biik yang lebih rendah atau 307 tinggi, perbezaan suhu akan lebih besar. Jadual 14.12, menunjukian keadaan rekabentuk luar yang dicadangkan bagi keselesaan di bandar-bandar di lai berikut harus di- negara kita, Malaysia. Nilai gunakan dalam memilih keadaan sekeliling bagi kedua-dua beban haba rasa dan haba pendam dari- pada udara Ivar. Contoh 14.12 Sebuah pejabat menghendaki 112.5 Lis udara luar, Suhu bilik adalah 24°C dan pejabat ter- sebut terletak di Bandaraya Kuala Lumpur. Penyusupan udara ke pejabat adalah tinggi, jaitu 58.5 L/s (Contoh 14.11). Hitungkan beban udara Ivar bagi haba rasa dan haba pendam- nya. Daripada Jadual 14.12, didapati; ‘Suhu bebuli kering bagi Kuala Lumpur = 34°C Suhubebulikering bagipejabat == 24°C Dengan itu, perbezaan suhu bebuli keting = 10°C (@) bebanhaba penyusupan = penyusupan x faktor (rujuk Jadual 14.11) = 56.5 x 12.0 = 678 watt (b) bebanhaba pendam udara luar = gantian udara x faktor (rujuk Jadual 14.11) 112.5 12.0 1350 watt 9 Menghitung Beban Udara Luar - Haba Pendam Udara luar, sama ada udara yang disebabkan gant an udara atau penyusupan, biasanya mengandungi jumiah wap air yang berlebihan. Wap air ini mesti disingkirkan oleh sistem penyamanan udara. Di kawasan yang lembap, beban boleh dipertimbang- kan sementara di kawasan yang kering ianya diabal- kan. Dengan itu, adalah perlu diketahui keadaan udara luar untuk kawasan dan keadaan bilik bagi menentukan faktornya. Faktor ini apabila didarab- kan dengan udara luar yang diperlukan dan dengan jumiah yang lebih daripatia yang diperlukan, jika ada, nilai penyusupannya akan memberikan beban haba pendam, vadual 14.13(a) dan 14,13(b)_ memberikan kedua-dua kadar keadaan Ivar dan dalam bilik. Dengan memilih nombor anggaran daripada Jadual 14.13(a) iaitu setelah merujuk kepada Jadual 14.12, kemudian menolak nilai daripada Jadual 14.13(b), mengikut ketetapan keadaan billk, faktor untuk didarabkan akan diperoleh, Contoh 14.13: ‘Andaikan sebuah pejabat seperti dalam Contoh 14.12 tadi terletak di Kuala Lumpur. Daripada Jadual 14.12, keadaan bagi Kuala Lumpur ada- lah 34°C suhu bebuli kering dan 27°C suhu bebuli basah. Daripada Jadual 14.3(a) secara penentuan dalaman (interpolasi), faktor = 59.4. Daripada Contoh 14.12, suhu bebuli kering pejabat adalah 24°C. Merujuk kepada Carta Psikrometrik, pada 24°C suhu bebuli kering dan 50% kelembapan bandingan, didapati suhu bebuli basah adalah 17°C. Dengan merujuk kepada Jadual 14.3(b) secara penentuan dalaman, bagi faktor keadaan bik bagi 24°C, suhu bebuli kering dan 17°C suhu bebuli basah adalah 27.6. Dengan itu, daripada Jadual 14.3(a) = 59.4 tolak Jadual 14.3(b) = 27.6 Faktor =318 Dengan itu, penyusupan bagi haba pendam = lebihan penyusupan x faktor = 56.5 x 318 = 1796.7 watt Dengan itu, gantian udara luar (haba pendam) = isipadu luar x faktor = 1125 x 31.8 = 3577.5 watt LAIN-LAIN SUMBER HABA DALAM BANGUNAN Pada cuaca yang panas, manusia bertumpu me- menuhi ruang penyaman udara dan memerlukan gantian udara yang segar bagi kesihatan mereka. Dengan itu, adalah perlu dipertimbangkan beban tetap bagi ruang penyaman udara tersebut. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan bangunan, bahagian utama jumlah beban adalah haba yang terhasil daripada empat punca atau sumber asas seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 14.1 Haba suria yang melalui tingkap dan dinding secara terus. Pengaliran melalui dinding, tingkap dan siling Perkakas dan lampu yang menggunakan kuasa elektrik atau mekanikal. Gandaan haba salur udara di mana salur udara adalah di luar ruang yang dinyamankan. 308 ‘Adalah perlu bagi arkitek atau jurutera untuk ‘meminimumkan pembaziran tenaga seberapa yang boleh dengan merekabentuk bangunan dengan teliti dan menggunakan bahan-bahan yang menjimatkan tenaga tersebut. (@) Haba Suria Cahaya mataharl yang memancar terus boleh menambah hampir satu kilowatt haba setiap meter persegi bagi tingkap yang menghadap bahagian timur atau barat pada masa puncak, jaity pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang. Haba suria hendaklah dikira bagi tingkap daripada persamaan yang biasa iaitu; Q = A x perbezaan suhu (suria) di mana: ‘Aadalah luas permukaan dalam m? Faktor U adalah koefisien kaca (rujuk Jadual 14.7) Perbezaan suhu adalah kesan persamaan kesan sinaran cahaya matahari terus diban- dingkan dengan kesan perbezaan suhu se- bener. Cahaya matahari yang memancar terus pada tingkap yang menghadap ke barat adalah bor- samaan dengan perbezaan suhu lebih kurang 97°C melalui tingkap (lihat Jadual 14.14). Untuk sebagai contoh, anggaran suhu sebuah bilk ialah 24°C dan suhu luarnya sama juga dengan (97 + 24) = 21°C. Pelindung tingkap dengan pelindung bahagian dalam atau lapisan kasar venetian akan mengu- rangkan gandaan haba kepada lebih kurang 65% daripada tingkap yang tidak berpelindung; semen- tara kajang (awning) luar yang dapat menghadkan sinaran terus, tetapi tidak membalikkan cahaya hanya dapat mengurangkan gandaan sebanyak 23% daripada keadaan tidak berpelindung, Pemilihan Waktu Beban suria mesti dikira pada waktu tengah hari, iaitu ketika beban adalah terbesar dan ini akan bergantung kepada jumiah beban suria daripada semua tingkap. Untuk memilih waktu beban maksi- mum, biasanya peri dihitung jumlah beban suria pada pukul 10.00 pagi dan kemudiannya, pada pukul 4.00 petang. Walau bagaimanapun, jika semua tingkap menghadap ke sebelah timur atau utara, beban puncak akan hanya dikira pada pukul 10.00 pagi. Jika kebanyakan t'~kap menghadap ke ig eaeH ueqeE UEIGEYEquIEd —4'bs YoleveqWeD IWANYTINWTBW NYEFWONSE sebelah barat, nilai beban puncak yang perl dikira ialah pada pukul 4.00 petang. Contoh 14.14: Andaikan sebuah pejabat mempunyai 6 ting- kap. Tiap-tiap satunya seluas 1.5 m?. Dua dari- ada tingkapnya terletak di sebelah barat dan berpelindung dalam, manakala tingkap yang di sebelah utara dan selatan tidak berpelindung. ‘Andaikan faktor U kaca adalah 6.0 w/m? K. Hitungkan gandaan haba suria pada tingkap tersebut Pemilihan waktu bagi perkiraan adalah pada pukul 4.00 petang i mana, @ = Ax UX perbezaan suhu surla x faktor pelindung () Tingkap Selatan Luas = 2 x 1.5= 3.0m? Faktor Ukaca = 6.0 Wim? K. Perbezaan suhu pada pukul 4.00 petang (rujuk Jadual 14.14) =9K Faktor pelindung tidak ada. Dengan itu; Q=3x 6x9 = 162 watt. (i) Tingkap utara Luas = 2 x 1.5=3.0m? Faktor Ukaca = 6.0 Wim? Perbezaan suhu pada pukul 4.00 petang (rujuk jadual) = 18K Faktor pelindung dalam = 0.65 Dengan itu; Q= 3x6 x 18 x 0.65 = 210 watt. Tingkap barat Luas = 2x 1.5 = 3.0m? Faktor Ukaca = 6.0 Wim? K Perbezaan suhu pada pukul 4.00 petang (rujuk jadualy ) = 97K. Faktor pelindung luar = 0.25 Dengan itu; Q=3 x 697 x 0.25 = Jumilah beban suria (tingkep) 5 walt. (+ Gi) + Gi) = 807 watt (b) Pengaliran haba melalui dinding, tingkap dan siling Prinsip pengaliran haba melalui dinding bagi ruang 310 bilik sejuk dan kabinet telah diterangkan terlebih dahulu dalam bab ini. Prinsipnya adalah tidak ber- bah, iaity dengan prinsip pemindahan haba yang bergantung kepada tiga faktor yang sama di bawah luas permukaan. faktor koefisien pemindahan haba, U. () perbezaan suhu, () Luas permukaan Luas permukaan semua dinding, tingkap, sling dan lantai mesti dihitung berasaskan kepada luas baha- gian luar. Ukuran yang hampirkepada 0.5m? adalah memadai bagi bangunan yang kecil. Bagi bangunan yang besar, had terimanya adalah lebih. Beberapa perkara berikut dapat dilakukan bagi menghitung jumlah beban haba ini, iaitu dinding luar yang sama binaannya boleh disatukan bersama, dinding dalam atau dinding sekat yang sama binaannya boleh juga disatukan. Luas tingkap bahagian luar mestiditolak- kan daripada luas kasar dinding. Kemudian, beban pengaliran haba di kira seperti beban haba suria. Sementara luas tingkap bahagian dalam pula, biasanya disatukan dengan luas dinding sekat bagi ukuran haba pengaliran. Siling adalah merupakan beban haba yang penting dan mesti diukur dengan tepat. Lantai yang di atas atau terletak ditanah, atau di atas ruang yang dinyamankan tidak perlu dikira kerana tiada sumber haba. Lantai yang terdedah atau ruang gantian udara yang baik mesti diukur. (i) Faktor Koefisien pemindahan haba, faktor Udalam Wim? K bagi bahan-bahan bangunan yang biasa, dapat dilihat dalam Jadual 14.7. Nilai-nilai ini membenar- kan lapisan udara dalam dan luar serta kesan pe- nebatan ruang udara. Pengiraan bagi struktur binaan yang lebih daripada satu bahan dapat dirujuk sebagaimana yang diterangkan dalam Bab Beban Penyejukan. (ii) Perbezaan suhu rekabentuk Ini adalah perbezaan dalam suhu di antara suhu bebuli ering Ivar rekabentuk dengan suhu bebuli kering dalam bilik rekabentuk sebagaimana yang dikehendaki. Adalah dicadangkan supaya perbeza- an suhu hendakiah tidak melebihi 9.5°K. Hal ini ada- Jah untuk mengurangkan ‘kejutan suhu’ manusia yang bergerak dari satu atmosfera kepada atmos- fera yang lain. ‘Apabila menentukan perbezaan suhu bagi luas bilik yang berlainan, seperti lantai dan siling tertentu, perbezaan had terima mestilah dibuat bagi suhu rekabentuk, seperti di atas siling, bagi dalam rumah yang suhunya melebihi 60°C, pada hari 35°C; dan bagi bawah lantai yang suhu buminya ialah 20°C, tetapi lebih tinggi jka ada gantian udara ke atasnya. Jadual 14.15 menunjukkan persamaan perbezaan suhy bagi jenis lantai dan siling. Contoh 14.15: Berikut adalah contoh pemindahan haba me- lalui dinding, tingkap dan sebagainya. (a) Tingkap Sebuah pejabat mempunyai 6 tingkap. Setiap satunya 1.5 m? luas dengan kaca tunggal. Per- bezaan suhu rekabentuknya adalah 12 K. ingkan pengaliran haba melaluinya. Jumlah luas tingkap = 6 x 1.5 = 9m? Faktor Ukaca (rujuk Jadual 14.7) = 6.0 Wim? K. Perbezaan suhu rekabentuk = 12 K Dengan itu; Q=9x 6 x 12 = 648 watt. (b) Dinding Daripada Contoh 14.10, andaikan bahawa sebuah dinding setinggi 2.6 m dibuat daripada batu bata berongga dengan dua 10 m dan dua 8 mpanjang. Bagi jumiah luas, ianya hendakiah ditolak dengan luas tingkap, Luas: 2dinding pada 10m x2.6 = 2x 10x26 = Sam? 2dinding padaBmx2.6 = 2x8x26 41.6 me Jumlah luas kasar 93.6 m*. Tolakluas tingkap 9.0m? Dengan itu, jumiah luas dinding = 84.6 m?. Didapati luas dinding adalah 84.6 m?. Faktor U (rujuk Jadual 14.7) = 1.9 Perbezaan suhu rekabentuk = 12 K Dengan itu; Q = 84.6 x 1.9 x 12 = 1930 watt, (©) Siling ‘Andaikan bahawa sebuah pejabat mempunyal ¢geladak bumibung logam dengan kerajang pan- tulan campur siling papan gipsum. Andaikan perbezaan suhu melalui siling adalah 40 K (adual 14.15). 311 Luas siling = 10 x 8 = 80 m?. Faktor U, Jadual 14.7 - haba mengalir ke bawah, = 0.50 Perbezaan suhu sebenar = 40 K Dengan itu; Q = 80 x 0.5 x 40 = 1600 watt. (0) Lantai: ‘Anggapkan lantai yang hendak dikonkrit di atas sebahagian daripada ruang menutupi kedutan dan di bawah lantai adalah hampir kepada 26°C. Luas pantai = 80 m*. Faktor U, Konkrit (haba mengalir ke atas) 5 Wim? K, Perbezaan suhu sebenar = 26 ~ 24 K Dengan itu; Q= 80 x 3.5 x 2 = 560 watt. (c) Haba dari perkakas dan lampu (haba rasa dan haba pendam) Sokiranya perkakas di dalam bangunan atau ruang adalah barang elektrik, ini bermakna haba akan sama dengan kuasa masuk elektrikal dalam ul watt. Jika perkakas adalah barang-barang mekai kal, bermakna penilaian kuasa masuk mestilah dibuat berdasarkan kepada: kuasa x 100 ‘%hkecekapan Contohnya, dengan lampu pendartluor, haba yang dinasiikan dengan balast dan menjadikan watt keluar adalah watt tiub 1.25. Tetapi, bagi lampu pijar nilai wattnya dikira dan dibaca darinya sahaja. () Beban-beban yang terputus-putus Kebanyakan perkakas tidak digunakan secara ber- terusan atau sepanjang masa atau bersama-sama dengan perkakas lain. Peti sejuk hanya berfungsi 80% pada jangka waktu atau berfungsi untuk sepanjang masa puncak, iaitu pada 10.00 pagi atau 4.00 petang. Lampu pula miungkin hanya dipasang di luar ruang atau tidak digunakan di siang hari. Ini bermakna, perkakas yang tidak digunakan pada waktu tertentu, iaitu pada waktu puncak, boleh di- abaikan, Jumlah haba daripada perkakas haruslah ter- masuk haba daripada kipas pengalihudaraan penyaman udara dengan mengambil nilai dalam Jadual 14.16, bergantung sama ada motor kipas adalah di dalam atau di luar ruang. (il) Haba rasa dan haba pendam Alat perkakas seperti pengering rambut, pembakar dan alat memasak menambahkan haba rasa dan haba pendam bagi perkakas ini. Ini dapat dilihat dalam Jadual 14.16 yang menunjukkan nilai-nilai haba rasa dan haba pendam bagi perkakas i Semua beban haba rasa mesti disatukan bersama- sama dengan semua nilai haba rasa dalam yang lain. Sementara itu, haba pendam mest diasing dan disatukan dengan beban haba pendam daripada ‘manusia dan udara luar atau penyusupan. Contoh 14.16: Berikut adalah pengaliran beban haba daripada perkakas. Andaikan sebuah pejabat mem- ppunyai 20 tiub pendartluor yang setiap satunya 40 watt, sebuah penelus Kopi yang besar, sebuah peti sejuk 300 watt, mesin kira elek- tronik dan sebagainya berjumlah 400 watt dan sebuah pemanas makanan yang kecil dengan luas permukaan atasnya 0.2 m®. Hitungkan beban perkakas dan had-had untuk haba kipas daripada jumiah haba tersebut. | Haba | Haba Perkakas rasa_|pendam Lampu pendartluor =bilangan x watt x 1.25 = 20x40 1.25 joo0 | Peneluskopiyangbesar | 1900 | 600 Pati sejuk 300 | - Alat elektronik 400 | - Pemanas makanan, 0.2 x 1000 Wim? 200 | 200 Jumiah 3800W| 800W Jumlah beban haba rasa adalah 3800 Watt ditambahkan ‘dengan haba kipas. Sementara beban haba pendam yang disatukan pula dengan haba pendam lain dari Contoh 14.7, 14.13 dan 14.16 ialah 800 watt. Dalam menen- tukan haba kipas penyaman udara, anggaran yang berpatutan mungkin dibuat dengan men- Jumlahkan beban haba rasa dari Contoh 14.7, 312 14.12, 14.14, 14.15 dan 14.16 dan kemudian, ditambah dengan 1.8%. Jumlah haba rasa x 1.8 Jumlah haba kipas = ioe 12300 x 1.8 oo = 4020 watt Dengan ini, jumlah haba rasa perkakas = 3800+220 = 800watt (@) Gandaan haba salur udara Apabila salur udara bekal penyaman udara melalui ruang yang tidak dinyamankan, sejumlah haba ‘mesti ditambahkan kepada jumlah beban. Gandaan haba ini akan bergantung kepada beberapa faktor iaitu: () suhu udara sekeliling salur udara. (ii) ketebalan penebat salur udara. (ii) panjang salur udara yang terdedah. Adalah perlu untuk meminimumkan gandaan haba dengan mengurangkan kehilangannya. Cara- nya ialah dengan meninggikan penebat, terutama- nya jika salur udara itu terletak di dalam siling atau terdedah kepada udara luar atau matahari. Pengira- an yang digunakan bagi menghitung gandaan haba adalah seperti berikut: Q= Ax faktor Usalur udara x perbezaan suhu Pada kebiasaannya, adalah lebih baik jika di- tambah 10% beban haba rasa dalam bagi beban salur udara ini, Bagi salur udara yang pendek dan bertebat baik, 5% beban haba rasa adalah men- ‘cukupi. Sementara, bagi salur udara yang panjang, 10% perlu ditambah kepada beban haba rasa. Dengan ini, dapat dinyatakan bahawa jurnlah beban haba pada bangunan adalah jumlah semua haba yang akan mengalir ke dalam bangunan tersebut atau bilk ketika masa puncak yang dipilih. Daripada nila ini, kelengkapan penyaman udara yang diperlu- kan untuk menyingkirkan haba dapat dipitih. PEMBAHAGIAN BEBAN Biasanya beban dibahagikan kepada tiga bahagian. Ini adalah untuk memudahkan seseorang dalam membuat pemilihan sowaktu hendak memilih kelengkapan sistem. Bahagian-bahagian tersebut jalan: 1 Haba rasa bilik yang mengandungi semua haba yang mengalir ke dalam bilik, Jumlah haba rasa yang merupakan tambahan luar haba rasa udara kepada haba rasa bilik. 2 3 Haba pendam daripada semua sumber seperti Penyusupan, manusia, perkakas dan udara luar. Haba pendam ini tidak meninggikan suhu bilik, tetapi menambahkan beban kepada ruang yang dinyamankan. Binaan Faktor U | Faktor R we K | MEOW L Dinding: Konkait 100 mm ringan 1 jubin 31 | 0320 Batu bata berongga dengan lepa 19 | osis Batu bata venir 60 mm 22 | o4s7 Batubala veni+kerajangaluminum | 1.1 | O07 22 | o4es 12 | 0868 Dinding sohat: Dining glpsum + ruang udara 19 | ose Lantal: Konkrit 100 mm—habake ata 38 | o2e9 haba ke bawah e6 | ose kayu haba e atas 23 | 0339 keyu haba ke bawah 23 | 0439 Siting: Goladakiogam + 100mm penebatan | 052 | 1.94 Geladakogam + keralang + dinéing ipsum —haba ke atas 09s | 1.06 haba ke bawah 050 | 200 ‘Bumbung jubin + dinding ipsum haake ates 34 | 0207 haba ke Dawah 13 | 076 ‘Bummbung ubin + 50 mm kaca gantian “haba ke atas, oss | 1.457 haba ke bawah 52 | 1920 Tingkap: ‘aca tunggal 6 mm 80 | 0166 ‘aca kembar 32 | oai2 aval 14.7 1 Haba Rasa Bilik Haba rasa bilik digunakan untuk menentukan jumlah udara yang diedarkan melalui billk yang hendak didinginkan. Dengan ini, seseorang akan dapat menetapkan saiz kipas dan salur udara bekal dan balik untuk digunakan. Berikut adalah perkara- Perkara yang termasuk di dalam haba rasa bil iaitu: (@) manusia yang memenuhi ruang, (b) penyusupan yang melebihi dan mengenalkan jumiah udara luer. (¢)bahan suria daripada kaca luar. (4) pengaliran haba daripada semua tingkap, din- ding, lantai, siling dan bilik dalam yang tidak dinyamankan, (e) haba perkakas dan lampu termasuk, motor kipas_gelung pendingin dan lain-lain punca haba tertentu. () gandaan salur udara apabila salur melalui ruang yang tidak dinyamankan yang menye- babkan suhu dalam udara bekal meningkat. 2 Jumiah Haba Rasa Jumiah haba rasa ini termasuklah-haba rasa dari- pada udara luar yang diperlukan dalam kitar pada bbahagian udara balik gelung pendingin. Udara ini ‘adalah di tahap prasejuk sebelum ia memasuki bik. Dengan ini, ja merupakan beban kepada unit penya- manan udara, tetapi tidak bagi sebahagian beban bik Jumlah haba rasa = Haba rasa bilik + Haba rasa udara luar 3 Haba Pendam Haba pendam ini termasuklah semua punca wap air yang akan meninggikan kelembapan ruang melebihi Paras keselesaan dan perlu disingkirkan oleh unit penyaman udara. Haba pendam mungkin memberi- kan 10% hingga 30% jumlah haba dan rekabentuk gelung pendingin bagi menentukan faktor pirau. Haba pendam bergantung kepada nisbah haba rasa habarasa habarasa + haba pendam ‘Sumber-sumber yang termasuk dalam beban haba pendam adalah seperti manusia, penyusupan yang melebihi udara luar yang diperkenalkan, udara luar dan perkakas. Borikut ditunjukkan contoh pengiraan beban haba yang lengkap berpandukan kepada contoh- contoh yang diberikan sebelum ini, iaitu melalui Contoh 14.7 hingga 14.16. (). manusia, 15 x 75 watt = 1125W (i) lebihan penyusupan, (Contoh 14.12) = 814W (ii) haba suria tingkap (Contoh 14.14) = 807 (iv) pengaliranhaba, (Contoh 14.15) tingkap= 648 W dinding: (iii) Perkakas dan sumberbahan siling tortentu, (Contoh 14.16) = 800W. lantai Jumlah habapendam biik = 2742 Watt. Vv. perkekas dan lampu, Tambah Haba Pendam udara (Contoh 14.16) luar = 1925W. Jumlah Haba Rasa Bil JUMLAHHABAPENDAM — = 4666 Watt. Tambah Haba Rasa Udara luar, (Contoh 14.12) Dengen JUMLAHHABARASA = 13154Watt. _Jumlah beban haba = jumlah haba rasa + jumlah Haba Pendam Bilk: haba pendam () Manusia, 15 65 watt = 975W cane em periodate Watt. = 17820 Watt. (Contoh 14.13) = 966W. = 19164-+ 4666 = 17.82 KW. Saha Boba Kering Bik avait tenia Penggunaan | aac ao ma AP DAR P| AR AP Ducukrat Pawagam,sekoan | s7 | 45 | o7 | 55 | 70 | 25 Koja Pojooat, | Pejavat. Hote! oa | 7 | 75| 05 | 05 | 55 Boralanperanan, | Bank Bert ‘Dudu sambibokoy | Restoran es | es] ec] 7] 00] o Kejarngans | Kang es | 155 | 6 | 199 | 107 |.10 mmojakera Menar Dewantaian ra |r| os | 155 | 110 | 100 Beran ang 0 | 205 | 112 | 109 | 108 | 100 Kerja bert otanggang 15 | 200 | 155 | 270 | 175 | 200 vJedual 14. Gandaan Haba Manusia (Haba Resa dan Haba Pendam) Porkara Butiran Penyusupan, L's Pintu (biasa) | borayun,kegunaan purata | bilangan orang x 1.0 Dberayun, Kegunaan beret | Bilengan orang x 4.0 berpusing bilangan orang > 1.0 terbuka apabila untuk ‘untuk memasukinya 282 Tingkap balk koketatnya Iuas tingkap x 0.5 Sederhana keketainya luas tingkap x 1.5, tidak balk keketatnya was tngkap > 3.5 Jedual 14.9: Penyusupan melalui pintu dan tingkap 314 Us Tiep Orang Ustiapm a) Parse Merokok | Dicadangkan | Minimum | Luas Lantal Rumah pangsa | beberapa 10 5 = uang bank kagangkala 5 35 - Kedal sole boborapa 75 5 ~ Selor tiada 4 3 03 ‘ang tiada 5 35 055, Pumah sakt wad tiada 10 10 - ~bilkkhas ‘iada 5 13 18 ilk bedah tiada - - 110 Bil hotel ‘amai 6 13 17 Pjabat ‘am beberapa 75 5 7 —persendiian tiada 3 95 14 Restoran Deberapa 75 6 = Pawagam tiada = = 220 Jadual 14.10: Gantan Usera Luar Perbezaan unu| 8 | 10K | 12K | 14k | 16K Faktor 96 | 120] 144] 168] 192 \Jecual 14.11: Faitor Boban Haba Rasa bagi Penyusupan dan Gantian Udara Sahu Bandar Kedudukan | Ketinggian| Bebull Kering | Bebull | Julat Udara Garistintang | m Basah | Luar Harlan KualaLumeur| 9 o7uriot 42°] 98.7 34 28 " PulauPinang | 5 25°U/100 18T| 5.18, 34 27 10 ohorBahru’ | 1 1e'Uit03 50-7] 10°06 33 27 8 Jada 14.12: Keadaan Fekabontuk Luar ‘Suh Bebult ‘Sahu Babul Kering (O) [| | #| | 8] wo] 2 i 3 261 | 237] 210] 186] 162] 195] 111] 84 33 | 312 | 288| 261) 237/ 210| 188) 159 423 | 399 | 972| 245) 301] 294) 270) 243 16 | 498 | 462| 438) 41.1] 384] 360) 333 ers |s01| 85] s40| 513] 436] 459) 435 726 | 609 672) 64a) 61.1) 504] 567) sao ~ | 819] 792| 765| 738| 71.1| 68.4| 6650 SBRRRB Jacvel14.19(a): Faktor Keadaan Udara Luar ‘Sahu Bebull] ‘Suh Bebull Kering CO) Basah(‘C) [20] 22] 4] 26] 28 ve [ie2} isa] 111] a9] 60 14 [228] 201] 174] 150] 123 18 |201| 287| 240] 218) 189 13 |363| ss0| 312] 288 | 261 2 [ata] ata] 390] 363 a9 2 = | s04| 477 a0 | 429 Jedual 14.18(6): Fektor Keadaan Bik 315 ‘Arah Terdedah ae 70.00 peat | 4.00 peiang ‘Selatan 9 8 Tenggara 26 8 Timur 59 8 Timur Laut 88 8 Utara 57 8 Barat Laut 8 6 Barat 8 97 Barat Daya 8 ca Mendatar 7 a2 Jadual 14.14: Porsamaan Perbezaan Subu, (suri) bagi Kaca pada pukul 10.00 pag dan 4.00 petang Persamaan Perbezaan Suhu (K) 1 Sting dt bawah bumbung Garak) 28 2 Siling dibawah bumbung rata 0 + kerajang pantuian 3. Sling divawan bumbung rata, tanpa keraang atau ponebatan 100 4 Sing ci bawah blk tidak sinyamankan 5 Lanta atas biti sinyamankan 6 Lanta cates rang kedutan terbuka Jada! 14.15: Perbozaan Subu Rekabentvk bagl Sling dan Lanta Watt Butiran Haba Rasa [Habs Pendam engering rambut-serkup! topi 850 100 Pengering rambut-semburan| 800 200 Penuias kop ~kecl 260 65 PPenuias kopi—bersaiz (Skw) | 1900 600 Pomanas makanan (Gap miuss) +1000 +000 Mesin elektro watt masule - Motor watimasuk | = Pasiseluc watt masue = Lampu-pendartiuor ada watt 125 Lampu-plar watt nasi - \ledual 14.16: Gandaan Haba daripada Perkakas PENGEZONAN Pengezonan adalah pembahagian ke atas ruang bangunan kepada beberapa bahagian yang dikawal 316 ‘secara berasingan. Di antara sebab-sebabnya perlu diadakan pengezonan ini ialah terdapatnya per- bezaan terhadap pendedahan beban dalam dan Penempatan, saiz dan susunatur dan kesan pe- umpuan, ‘Alasan utama tentang pengezonan terhadap pendedahan yang berbeza adalah disebabkan beban suria yang berubah di antara ruang pada sesuatu masa, arah dan halaju angin. Adalah so- suatu yang baik jika sesuatu bahagian dalam ba- gunan mempunyai zon yang berasingan bagi setiap pendedahan. Pengezonan dalam adalah perlu kerana perubahan dalam beban seperti dari- pada lampu dan sebarang peralatan yang meng- hasilkan haba berbeza. Beberapa bilik mungkin memerlukan suhu dan kelombapan yang berbeza daripada yang lain atau mungkin bilik dipenuhi pada ‘masa ruang lain tidak dipenuhi. Pengezonan memerlukan beberapa bahagian lantai yang dilakarkan kepada empat,iatu bahagian, timur, selatan, barat dan utara. Setiap ruang zon harus mempunyai sifat-sifar beban yang hampir ‘sama supaya keadaan yang selesa dapat diselaras- kan. Contoh 14.17: Berikut adalah jumlah beban bagi setiap zon pada masa yang berlainan. Pukul 10.00 pagi 35 kw] u 35 kw} —|70 4m | = 1750 35 kw 8 T ‘Tengahari 8 a2kw 52 kn 42k] = 17840 4ekw Pukul 4.00 petang. 52 ke] 83 kw askw| = 227 kin sekw | Adalah didapati bahawa terdapat sedikit per- bezaan beban di antara pukul 9.00 pagi dengan waktu tengahari. Tetapi, perbezaannya agak jauh bagi waktu 3.00 petang. Dengan ini, timbul masalah untuk menentukan berapa banyak keupayaan sistem yang diperlukan bagi ruang tersebut. Sekira- nya digunaxan sistem pusat, ini bermakna jumlah beban haba yang peru dinyamankan adalah 227 kw. Jika menggunakan sistem yang berlainan bagi ssetiap zon, ini bermakna beban maksimum setiap zon perlu dlambitkira, di mana 42 kw di timur, 52 kw di selatan, 88 kw di barat dan 52 kw di utara, men- jadikan jumlahnya 262 kw. MENGUJI KEFAHAMAN ANDA 1 Nyatakan tiga kategori pengawetan makanan secara penyejukan. 2 Nyatakan kegunaan peti sejuk perdagangan jenis kabinet sejuk, blik sejuk dan unit paparan. 3 Hitungkan faktor U bagi penebatan yang te daripada 100 mm polyurethene, 26 mm papan gabus dan 75 mm kaca gentian. 4 Nyatakan tiga faktor yang memberi kesan ke atas kadar penyingkiran haba dari badan. 5 Berapakah suhu dan kelembapan bandingan yang memberikan keselesaan kepada manusia di Malaysia? 6 Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi jum- lah haba dalam watt melalui dinding, bumbung/ siling dan dinding sekat. 7 Dalam menyamankan udara bilik, terdapat tiga sumber haba luar yang perlu disingkirkan, Apa kah sumber-sumber haba tersebut? 8 Berikan lima sumber haba dalam yang mungkin diperoleh oleh ruang yang hendak dinya- mankan, 9 Namakan dua kaedah untuk mengurangkan beban haba melalui tingkap kaca. 10 Berapakeh nilai gandaan haba rasa blk jika sebanyak 10 lampu pendarflour 40 w setiap satu digunakan di dalam bili tersebut? 11 Hitungkan jumiah gandaan haba sebuah restoran pada masa puncaknya pukul 4.00 petang dengan pelanggan seramai 100 orang dan pekerjanya 15 orang. Data-datanya adalah seperti berikut: (2) Gandaan haba melalui dinding dan bumbung = 2500 kufjam (b) Gandaan haba melalui kaca = 500 kisjam (©) Bilangan tampu pendarflour = 60buah (0) Kadar bagi setiap lampu pendarfluor 40 kw. (e) Kadar pembakar roti () Gandaan haba rasa 2650. setiap pelanggan = 250 kisjam (9) Gandaan haba pendam setiappelanggan = 260 kiyjam (h) Gandaan haba rasa setiap pekeria = 305 kivjam () Gandaan haba pendam sotiap pekerja = 545 kiijam () Keadaan rekabentuk dalam = 25°C bebulikering = 19°C bebuli basah, (k) Keadaan rekabentuk war = 40°C bebull kering = 27°C bebulibasah (). Gantian udara dipertukan = 0.4 morang

Anda mungkin juga menyukai